Anda di halaman 1dari 8

NAMA: WARDAH BT SHAIK ABDULLAH

NO.MATRIK: DP00251
Tarikh : 16 Disember 2009
KUMPULAN: 2
Masa : 7.40 pagi-9.00 pagi

Tingkatan : 4 Bestari

Bilangan Pelajar : 25 orang

Mata Pelajaran : Sains Pertanian

Tajuk Pengajaran : Sifat Fizikal Tanah

a) Tekstur tanah-Eksperimen mendapan tanah

Pengetahuan Sedia ada : Pelajaran yang lepas mengenai warna tanah dan juga kelas teori
pengenalan kepada tekstur tanah

Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran pelajar dapat

1. Menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah


mendapan seperti yang telah ditunjukkan di dalam kelas amali.
2. Menerangkan cara-cara membaca segi tiga tekstur tanah
dengan betul

Isi Pelajaran : 1. Ciri-ciri tanah

2. Kelas tekstur tanah

3. Segitiga tekstur tanah

I. Segitiga tekstur tanah Sistem Atterberg

Nilai-nilai murni : 1. Bekerjasama

2. Sistematik

3. Berdisiplin

4. Menjaga kebersihan

Media Pengajaran : silinder penyukat,spatula, kertas turas, penimbang sampel tanah,


Langkah Keselamatan :

1. Pelajar diminta agar tidak berebut semasa mengambil alat


dan radas.
2. Pelajar perlu memasukkan kerusi ke bawah meja untuk
mengelakkan gangguan semasa amali dijalankan.
3. Pelajar diminta agar tidak membuang lebihan tanah ke
dalam sinki.
4. Bersihkan alatan dan radas selepas menggunakannya.
5. Simpan kembali alatan yang telah digunakan ke tempat asal
dengan baik.

Permulaan/set induksi (5minit): Guru menerangkan secara sepintas lalu tajuk pelajaran lepas
yang berkaitan dengan amali pada hari ini.

Guru akan menunjukkan beberapa sampel tanah dan


memberikannya kepada pelajar untuk mereka merasa dengan
tangan (jari).

Guru bertanyakan soalan berikut:

1. Apakah yang kamu dapat rasa daripada sampel tanah tersebut?


Jangkaan jawapan: halus, kasar,

2. Pada pendapat kamu apakah jenis tekstur tanah tersebut?


Jangkaan jawapan: pasir/liat

3. Bagaimana lagi caranya untuk kita mengenalpasti tekstur


tanah?
Jangkaan jawapan: kaedah mendapan

Guru menyatakan bahawa pada hari ini, pelajar akan menajalankan


amali untuk menentukan tekstur tanah dengan menggunakan
kaedah mendapan.
LANGKAH PENYAMPAIAN

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI ATAU KAEDAH


1 KELAS TEKSTUR TANAH
( 6 MINIT) 1. Satu kumpulan tanah yang mempunyai Guru menerangkan sedikit mengenai
sifat kasar dan halus yang disebabkan kelas tekstur tanah di mana ia berkaitan
oleh kehadiran pasir, kelodak dan liat dengan amali pada hari ini untuk
mengikut peratusan tertentu memudahkan pelajar untuk memahami
tujuan amali ini.
2. Ditentukan dalam makmal melalui cara
mendapan. Guru mencatatkan sedikit nota pada
papan putih.

Guru mengedarkan lembaran prosedur


amali pada hari ini.
2 MENENTUKAN TEKSTUR TANAH Guru memulakan amali dengan
(12 minit) DENGAN KAEDAH MENDAPAN. menerangkan langkah-langkah
keselamatan kepada pelajar.
i. Alat/radas
Guru menerangkan alatan dan radas
a) Silinder penyukat yang diperlukan semasa menjalan
b) Corong turas amali ini.
c) Spatula
d) Penimbang Guru bertanyakan soalan berikut:
e) Pembaris 1. Siapa boleh berikan nama alat
yang cikgu tunjukkan di
ii. Bahan hadapan?
2. Apakah kegunaan alat tersebut?
a) sampel tanah
b) air
Guru member arahan kepada pelajar
membahagikan kepada 3 kumpulan
iii. Langkah-langkah untuk menjalankan amali ini.

1) Masukkan 50g tanah ke dalam silinder Guru menerangkan langkah-langkah


penyukat dengan menggunakan corong untuk menjalankan amali ini.
turas
2) Isikan air ke dalam silinder penyukat
sehingga tiga per empat penuh
3) Tutup mulut silinder penyukat dengan
tapak tangan dan goncang campuran
perlahan-lahan sehingga kumin tanah
terpisah.
4) Letakkan silinder penyukat di atas
meja semalaman (24jam) tanpa
gangguan.
5) Ukur ketinggian setiap pisahan tanah
yang mendap dan juga ketinggian
keseluruhan pisahan tanah.catatkan ke
dalam jadual.
6) Hitung peratusan pisahan tanah.
7) Tentukan kelas tekstur tanah dengan
menggunakan segitiga tekstur tanah
system Atterberg.

Guru menyoal samaada pelajar faham


atau tidak langkah-llangkah yang telah
diterangkan.

3 Pelajar diminta untuk mengambil alat


(3 minit) dan bahan yang telah disediakan

4 Pelajar menjalankan amali seperti mana


(15 minit) yang telah diterangkan oleh guru.

Guru memerhatikan setiap langkah


yang dijalankan oleh pelajar untuk
memastikan pelajar tidak melakukan
kesilapan.

Guru menekankan tentang kekemasan


kerja dan pentingnya menjaga
kebersihan makmal.

5
PISAHAN KETINGGI PERATUS Setelah siap, guru meminta pelajar
(12minit) AN (cm) untuk kembali ke tempat masing-
PASIR masing untuk menerangkan cara-cara
KELODAK untuk mengukur dan mencatatkan
TANAH bacaan ketinggian setiap lapisan tanah.
LIAT
Oleh kerana keputusan eksperimen
hanya akan diperolehi dalam masa
24jam, jadi guru telah menyiapkan
beberapa sampel untuk memudahkan
pelajar belajar membuat ukuran.

Guru menunjukkan sampel amali yang


telah siap untuk pelajar membuat
ukuran.
Pelajar perlu mencatatkan setiap
ukuran ke dalam jadual yang
ditunjukkan seperti dalam lembaran
arahan kerja

Guru melukis gambarajah pisahan


tanah di papan putih.

Guru menulis rumus untuk mengira


peratusan pisahan tanah dipapan putih.

6 SEGITIGA TEKSTUR TANAH SISTEM Guru kemudian menerangkan cara-cara


(15 minit) ATTERBERG untuk menggunakan carta segitiga
tekstur tanah.

Guru menyoal sama ada pelajar faham


atau tidak.

Kemudian pelajar diminta untuk


mengukur ketinggian lapisan dengan
menggunakan sampel guru dan
menentukan tekstur tanah dengan
menggunakan segitiga tekstur tanah
system Atterberg.

Guru menyoal keputusan yang pelajar


perolehi daripada bacaan mereka.

Guru menyoal :
 Adakah jenis tekstur tanah yang
kamu perolehi sesuai untuk
digunakan dalam pertanian?
Mengapa?
Kesimpulan Guru merumuskan bahawa tekstur tanah dapat
(4minit) ditentukan dengan menggunakan kaedah
mendapan dan segitiga tekstur tanah.
Terdapat cara yang betul dalam penggunaan
segitiga tekstur tanah, iaitu dengan mengikut
arah pusingan jam.
Penilaian Guru bertanyakan soalan berikut secara lisan:
(8minit) 1. Apakah arah untuk memulakan bacaan
pada segitiga tekstur tanah?
2. Mengapakah pasir mendap terlebih
dahulu daripada yang lain?
3. Bagaimanakah penentuan tekstur tanah
ini dapat membantu dalam aktiviti
pertanian.
4. Apakah jenis tekstur tanah yang sesuai
untuk tanaman.

Tugasan : Guru memberikan beberapa soalan untuk pelajar siapkan di rumah dan dimasukkan
sebagai perbincangan dalam laporan amali yang akan dihantar oleh pelajar nanti.

Soalan berikut adalah:

1) Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?


2) Apakah ralat-ralat yang mungkin berlaku?
TAJUK: MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN

ALAT/RADAS:

1. Silinder penyukat
2. Corong turas
3. Spatula
4. Penimbang

BAHAN:

1. Tanah
2. Air

LANGKAH-LANGKAH:

1) Masukkan 50g tanah ke dalam silinder penyukat dengan menggunakan corong


turas
2) Isikan air ke dalam silinder penyukat sehingga tiga per empat penuh
3) Tutup mulut silinder penyukat dengan tapak tangan dan goncang campuran
perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
4) Letakkan silinder penyukat di atas meja semalaman (24jam) tanpa gangguan.
5) Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap dan juga ketinggian
keseluruhan pisahan tanah.catatkan ke dalam jadual.
6) Hitung peratusan pisahan tanah.
7) Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segitiga tekstur tanah
system Atterberg.

KEPUTUSAN: Ketinggian Keseluruhan pisahan…………cm


PISAHAN KETINGGIAN (cm) PERATUS
PASIR
KELODAK
TANAH LIAT

SEGITIGA TEKSTUR TANAH SISTEM ATTERBERG

Anda mungkin juga menyukai