Anda di halaman 1dari 22

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN

PERSAMAAN SERENTAK DAN MENDARAB DUA MATRIKS


DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “PARKING” SEBAGAI
SERAMPANG 2 MATA DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
TINGKATAN 5 ELEKTRIK

Oleh:

Bishanani bt Omar
SM Teknik Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu

Abstrak

Kajian ini dijalankan dengan tujuan dapat membantu


meningkatkan kemahiran menjawab soalan persamaan
serentak dan mendarab dua matriks di kalangan pelajar-
pelajar Tingkatan 5 Elektrik melalui kaedah “Parking”.
Seramai 12 orang pelajar dan seorang tenaga pengajar
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal yang dilakukan
melalui pemerhatian . temubual, soal selidik, semakan
kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra. Tinjauan
mendapati pelajar keliru dan tidak menguasai kemahiran
mendarab dua matriks peringkat 2 X 2, melakukan
kesalahan mendarab unsur-unsur dalam baris dan lajur,
dan salah meletakkan kedudukan jawapan di tempat yang
sepatutnya. Ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat
menjawab dengan betul soalan-soalan yang melibatkan
pendaraban dua matriks. Perancangan kajian
dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan ini. Klinik
Matematik yang dilaksanakan di luar waktu persekolahan
selama 2 minggu telah menunjukkan peningkatan sikap dan
minat pelajar-pelajar kepada mata pelajaran Matematik.
Setelah kajian tindakan dilakukan, ujian pos menunjukkan
peningkatan prestasi , di mana kebanyakan ,70% ,
daripada pelajar-pelajar dapat menjawab dengan betul
soalan-soalan yang diberi. Motivasi dan perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang teliti dapat
meningkatkan kemahiran mendarab dua matriks dan
seterusnya membantu pelajar-pelajar tersebut memperolehi
markah yang lebih tinggi di dalam mata pelajaran
Matematik.

1.0 Refleksi

-1-
Di dalam Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 5, topik Matriks
merupakan satu topik yang agak mencabar di kalangan pelajar-pelajar
Tingkatan 5, terutama pelajar-pelajar yang lemah di dalam pengoperasian
Matematik. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 perlu mempelajarinya kerana
beberapa soalan berkaitan topik ini akan diuji di dalam Kertas 1 dan Kertas
2 Matematik SPM sebagai soalan-soalan wajib jawab . Tanpa memahami
konsepnya, calon-calon SPM akan kehilangan sekurang-kurangnya 8
markah, yang boleh menyebabkan kegagalan memperolehi kredit dalam
mata pelajaran ini. Penekanan bagi pendaraban dua matriks dengan
mengaplikasikan kaedah “PARKING”. Di sini kaedah “PARKING” adalah
sebagai serampang 2 mata kerana kaedah ini boleh digunakan untuk
menjawab 2 soalan Kertas 2 Bahagian A yang wajib dijawab iaitu soalan
No 5-persamaan serentak ( 4 markah ) dan soalan 8 (b) – matriks ( 4
markah ).
Kemahiran mendarab dua matriks amat penting terutama di dalam
menjawab soalan kertas 2. Semasa memeriksa kertas 2 dan menganalisa
item soalan kertas 1 saya dapati ramai di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan
5 Elektrik tidak dapat menjawab dengan betul dan terdapat beberapa
kekeliruan di dalam membentuk hasil pendaraban kedua-dua matriks. Oleh
itu, saya mengambil inisiatif untuk mengenengahkan kaedah ini yang saya
namakan kaedah “PARKING” untuk membantu pelajar-pelajar Tingkatan 5
Elektrik mengatasi kekeliruan terhadap kemahiran ini.

Sekiranya kajian ini berjaya, saya berharap dapat mengubah cara


dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan
serta dapat mengujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi
pelajar. Di samping itu, pelajar-pelajar dapat menggunakan kaedah
“PARKING” sebagai serampang 2 mata untuk menjawab 2 soalan Kertas 2-
Bahagian A yang wajib dijawab.

2.0 Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan berfokus kepada kemahiran mendarab dua matriks


peringkat 2 X 2 dengan kaedah “PARKING” bagi membantu pelajar
menjawab soalan dengan mudah.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:


 Kesilapan mendarab unsur yang salah
 Kesilapan apabila menggunakan kaedah penghapusan dan
penggantian dalam menjawab soalan persamaan serentak
 Kelemahan dalam mengenalpasti mana elemen di dalam matrik
yang akan di darab
 Kelemahan dalam sifir yang mana penggunaan kalkulator akan
membantu pelajar-pelajar tersebut

-2-
Kumpulan pelajar sasaran, akan didedahkan dengan kaedah “parking”,
dengan diberi penerangan dan tunjuk ajar terlebih dahulu. Terdapat 3
langkah yang perlu difahami oleh pelajar-pelajar semasa kaedah “parking”
iaitu sebelum , semasa dan selepas “parking”. Sebelum “parking” adalah
kemahiran pelajar membentuk persamaan serentak menjadi bentuk matriks
yang mana di sini pelajar dengan mudah akan memperolehi 1 markah.
Semasa parking adalah kemahiran pelajar-pelajar untuk memasukkan
formula yang telah diberi yang mana di sini juga pelajar dengan mudah
akan memperolehi 1 markah. Manakala peringkat terakhir ialah selepas
“parking; di sini kelemahan pelajar akan kelihatan bagi pelajar-pelajar
yang lemah dalam kemahiran mendarab. Jika pelajar-pelajar dapat
menguasai ketiga-tiga tahap maka dengan mudah 8 markah akan diperolehi
oleh para pelajar di dalam bahagian A Kertas 2, yang mana 4 markah untuk
soalan persamaan serentak dan 4 markah untuk soalan matrik. Dengan
membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran di dalam pendaraban
dua matrik peringkat 2 X 2 ini, saya yakin pelajar-pelajar tersebut boleh
menjawab dengan baik soalan-soalan yang berkaitan dengannya terutama
soalan kertas 2 Bahagian A ( Soalan Wajib ) yang memperuntukkan 8
markah. Hal ini seterusnya dapat membantu pelajar-pelajar memperolehi
kecemerlangan di dalam mata pelajaran Matematik SPM, dan diharapkan
keadaan ini dapat meningkatkan peratus pencapaian Matematik sekolah
saya.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am
 Membantu meningkatkan kelulusan dan pencapaian
cemerlang di dalam Matematik SPM
 Menimbulkan minat pelajar-pelajar di dalam mata
pelajaran Matematik
 Membantu sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( PNP ) di
dalam kelas
3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran pendaraban dua matrik peringkat


2X2
3.2.2 Membantu menjawab soalan-soalan di dalam Kertas 1 dan
Kertas 2-Bahagian A, Matematik SPM
3.2.3 Membantu pelajar menjawab soalan persamaan serentak
dan matriks
3.2.4 Meningkatkan minat pelajar di dalam pembelajaran
matematik
3.2.5 Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru

-3-
4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 3 orang pelajar perempuan dan 9


pelajar lelaki daripada Tingkatan 5 Elektrik yang didapati menghadapi
masalah di dalam kemahiran pendaraban dua matriks dan menjawab soalan
persamaan serentak. Pelajar-pelajar adalah daripada kalangan pelajar-
pelajar GALUS di dalam mata pelajaran Matematik tetapi menunjukkan
minat untuk mempelajarinya.

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Langkah-langkah Perlaksanaan

5.1.1 Tinjauan Masalah


5.1.1.1 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
Semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya telah
melaksanakan kaedah pemerhatian. Ini termasuk respon kepada
soalan yang diajukan, semakan kerja rumah, latihan bertulis dan
ujian pos.

5.1.1.2 Temubual secara tidak formal terhadap kumpulan sasaran


Temubual terhadap kumpulan sasaran secara tidak formal dengan
mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan minat terhadap
mata pelajaran Matematik dan kemahiran mereka di dalam
pendaraban dua matriks.

5.1.1.3 Soal selidik


Borang soal selidik bagi mendapat maklumat berkaitan mata
pelajaran Matematik dan topik Matriks telah diedarkan di kalangan
kumpulan sasaran supaya dijawab secara jujur dan tertutup.

5.1.1.4 Ujian Pra


Ujian Pra yang mengandungi 2 soalan yang berkaitan iaitu Soalan
Kertas 2 Bahagian A SPM 2004, No 5-Persamaan Serentak dan No
8-Matriks telah dijalankan sebelum sesi bimbingan dimulakan.

5.1.2 Analisa Tinjauan Masalah

5.1.2.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, didapati kaedah pendaraban dua matriks menjadi
masalah kepada kebanyakan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Elektrik,
serta menyebabkan kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab
soalan-soalan yang berkaitan dengannya. Dengan

-4-
memperkenalkan kaedah “Parking”, saya yakin ia merupakan
kaedah yang terbaik dibandingkan dengan kaedah yang lain bagi
membantu pelajar-pelajar memperolehi gred yang baik di dalam
kertas Matematik SPM.

5.1.2.2 Temubual - Di sini adalah hasil temubual 3 pelajar

Dialog 1
G : Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran Matematik?
M : Minat, sikit-sikit
G : Bagaimana dengan tajuk Matriks?
M : Boleh tahan, mudah dan senang dipelajari
G : Adakah anda mahir mendarab matriks?
M : Tidak mahir sebelum cikgu ajar
G : Kenapa?
M : Tak faham dan keliru
G : Adakah anda bosan mendarab dua matriks?
M : Tak. Suka tapi tak faham selepas “parking”
G : Apakah langkah yang kamu lakukan untuk memahirkan
pendaraban matriks?
M : Pastikan saya mendarab dengan betul dan berhati-hati

Dialog 2
G : Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran Matematik?
M : Minat
G : Bagaimana dengan tajuk Matriks?
M : Seronok dengan kaedah “parking”
G : Adakah anda mahir mendarab matriks?
M : Sikit-sikit. Bolehlah
G : Kenapa?
M : Masih lemah dalam mendarab
G : Adakah anda bosan mendarab dua matriks?
M : Tidak bosan kerana kaedah “ parking” lebih mudah
daripada kaedah penghapusan dan pengantian
G : Apakah langkah yang kamu lakukan untuk memahirkan
lagi pendaraban matriks?
M : Buat latihan , sentiasa.

Dialog 3
G : Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran Matematik?
M : 30%. Sebab matematik susah.
G : Bagaimana dengan tajuk Matriks?
M : Susah juga
G : Adakah anda mahir mendarab matriks?
M : Tidak mahir dalam matematik
G : Kenapa?

-5-
M : Tak pandai nak darab dua matriks
G : Adakah anda bosan mendarab dua matriks?
M : Bosan. Lebih suka soalan graf fungsi.
G : Apakah langkah yang kamu lakukan untuk memahirkan
pendaraban matriks?
M : Akan mengulangkaji bersama kawan dan bertanya guru
yang mengajar.

5.1.3 Soal Selidik


Dapatan daripada soal selidik yang dijalankan:

JADUAL 1
Dapatan dari soal selidik

BILANGAN PELAJAR
PERKARA TIDAK
SETUJU
BERSETUJU
1. Minat mata pelajaran Matematik . 1 11
2. Minat kaedah “Parking” untuk matriks 9 3
3. Mahir “Penghapusan” untuk persamaan serentak 2 10
4. Berupaya mendarab dua matriks dengan lancar 8 4
5. Bosan mendarab dua matriks. 11 1
6. Soalan pertama akan dijawab semasa peperiksaan 10 2
7.Berupaya menjawab dengan tepat soalan yang
3 9
melibatkan pendaraban matriks

Berdasarkan jadual di atas, di dapati 11 orang pelajar (91.67%) pelajar


saya tidak berminat matapelajaran matematik. Manakala 10 orang
(83.33%) pelajar tidak mahir kaedah penghapusan. Di samping itu, 1
orang (8.33%) pelajar bosan mendarab dua matriks. Oleh kerana tidak
berupaya mendarab dua matriks, maka (75%) pelajar saya tidak dapat
menjawab dengan tepat soalan-soalan yang melibatkan pendaraban
matriks.

JADUAL 2
Analisis Borang Soal Selidik

Setuju Tidak Setuju


No Item
Bil % Bil %
1 Tajuk diminati “ Matriks” 3 25 9 75
2 Cara mendarab matriks keliru 10 83.33 2 16.67
3 Sukar mengingati “ Parking” 1 8.33 11 91.67

-6-
4 Sebelum “Parking” 12 100 0 0
5 Semasa “Parking” 11 91.67 1 8.33
6 Selepas “Parking” 11 91.67 1 8.33
7 Kaedah “Parking” menarik 9 75 3 25
Kurang mengulangkaji tajuk
8 7 58.33 5 41.67
matriks
Kaedah penerangan guru
9 12 100 0 0
membantu
10 Bilangan latihan mencukupi 5 41.67 7 58.33

Berdasarkan jadual di atas, antara punca yang


menyebabkan pelajar gagal menjawab soalan matriks kerana faktor
kurang meminati tajuk matriks (75%) serta cara mendarab matriks
yang keliru (83.33%). Faktor lainnya ialah pelajar kurang
mengulangkaji tajuk matriks (58.33%) dan latihan untuk tajuk
matriks dan persamaan serentak tidak mencukupi (58.33%)

5.1.4 Ujian Pra


Hasil dapatan daripada ujian pra bagi 2 soalan iaitu persamaan serentak
dan matriks yang telah dijalankan dapat ditunjukkan di dalam jadual di
bawah:

JADUAL 3
Analisis Ujian Pra

KELAS MARKAH BILANGAN


7-8 0
5-6 1
3-4 7
1-2 3
0 1
JUMLAH PELAJAR 12

Berdasarkan Jadual 3 , didapati 91.67% pelajar mendapat kurang


daripada 5-6 markah. Jumlah ini amat mendukacitakan dan pelajar-
pelajar dikenalpasti kurang berupaya mendarabkan dua matriks dan
tidak mahir kaedah penghapusan atau penggantian untuk menjawab
soalan persamaan serentak.

5.1.5 Tindakan yang dijalankan


5.1.5.1 Pendedahan Kaedah “Parking” .
Kumpulan sasaran diperkenalkan kepada kaedah “Parking”

-7-
5.1.5.2 Klinik Matematik (Darab Matriks)
Aktiviti bertulis. Pelajar-pelajar diberi set soalan yang melibatkan
persamaan serentak dan matriks serta mereka dikehendaki menjawab
soalan-soalan tersebut.

5.1.5.3 5 minit
Dilaksanakan sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pelajar-pelajar diberi soalan yang melibatkan persamaan serentak
untuk diselesaikan dalam masa 5 minit.

5.1.6 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian

a) Kajian tindakan ini dilaksanakan bermula 1 Mac 2007 sehingga 15


April 2007.
b) Saya memperuntukkan dua jam seminggu di dalam memberi
bimbingan kepada kumpulan sasaran di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran.
c) Penyelidik selaku guru mata pelajaran melaksanakan tindakan
manakala 12 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini.
d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang
dijalankan. Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, melalui semakan kerja rumah, latihan
bertulis dan ujian pra.
e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan sasaran. Borang
soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar dan mereka menjawab
secara jujur dan tertutup.
f) Temubual dijalankan kepada kesemua pelajar kumpulan sasaran
untuk mendapat respon pelajar terhadap mata pelajaran Matematik
dan kemahiran mendarab dua matriks.
g) Ujian pra diberi kepada kumpulan sasaran di peringkat awal kajian
dan ujian pos diberi selepas selesai aktiviti. Ujian Pra dan Pos
dianalisa bagi mengetahui perubahan prestasi pelajar. Ujian Pra dan
Pos mengandungi 2 soalan yang melibatkan soalan persamaan
serentak dan matriks berformat soalan SPM sebenar. Soalan ujian
pra adalah sama dengan soalan ujian pos.

5.1.7 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN /


PENILAIAN

5.1.7.1 Perlaksanaan Tindakan

Kumpulan sasaran diperkenalkan kepada kaedah “Parking”

-8-
Langkah-langkah pengajaran pembelajaran seperti berikut:

Guru menunjuk ajar kaedah “Parking” dengan memberi beberapa


contoh seperti ditunjukkan di bawah:

Contoh 1:
Hitung nilai m dan nilai n yang memuaskan persamaan linear
serentak berikut :

m – 3n = 3
2m – n = 11

Langkah 1 : Membina persamaan serentak


dalam bentuk matriks untuk mendapat 1 markah

1  3  m = 3  (1 markah )
  
n  
 11 
 1 
  
2    

Langkah 2 : Menjadikan pembolehubah m dan n sebagai perkara


rumus serta memindahkan matrik peringkat 2 X 2 ke kanan menjadi
songsang (berdasarkan formula) seperti ditunjukkan di bawah:

FORMULA MATRIKS SONGSANG :


A) SEBELUM PARKING
a b
A=  
d
c
 
1  3
1 d  b  
 m

n 
= 3 

 11 
 1 
A 1 =   2  
a 
 c     
ad  bc 

CONTOH : 1 1
 m

 
 = 
 2
n  (1)( 1)  ( 3)( 2) 
1  3
  3
 1 
A= 2 3 
  
 11 
1

 

a =1 , b = -3, c =2 , d = -1

1
A 1 = -9-
(1)( 1)  ( 3)( 2)
1 3

 

 m 1 1 3

n  =  
1


 ( 1)  ( 6 )  2
 
3 

 

 11 

 m 1 1 3 3 

n  =   
 11 
1



 2 


5  
Langkah 3 : Mendarab 2 matriks dengan menggunakan kaedah “parking”

B) SEMASA PARKING
B = Tayar Belakang
D = Tayar Depan
B D

B
 m 1 1 3 3 

n  =   
 11 
1
  2 D 
  5   

3  -1X3 +3X11

 

 11  -2X3+1X11
1 3
 
1
 2
B D  
 m 1  ( 1)( 3)  ( 3)(11 ) 

n  =  
(1)(11 ) 
  ( 2)( 3) 
  5 

B D

 m 1  (  3)  ( 33) 
  =  
(11 ) 
 
n 
 ( 6 ) 
5 
 m 1  30 

n 
 = 
5 

  5  

Langkah 4 : Mendarab pecahan dengan setiap unsur di dalam matriks

C) SELEPAS PARKING

 1 
 ( 30 ) 
 m  5 

 
 =
n   1 
 (5) 
 5 
 m  6

n 
 = 
1 

   

Langkah 5 : Mengeluarkan jawapan akhir dengan m dan n sebagai perkara rumus


- 10 -
m = 6 , ( 1 markah )
n=1 ( 1 markah )
Contoh 2:

Dengan menggunakan kaedah matriks, hitungkan nilai x dan nilai y


yang memuaskan persamaan linear serentak berikut :

3x – 4y = –1
5x – 6y = 2
Langkah 1 : Membina persamaan serentak dalam
bentuk matriks untuk mendapat 1 markah

3  4  x =   1 (1 markah )
  
 y  
 6 
5 


2



Langkah 2 : Menjadikan pembolehubah x dan y sebagai perkara


rumus serta memindahkan matrik peringkat 2 X 2 ke kanan menjadi
songsang (berdasarkan formula) seperti ditunjukkan di bawah:

A) SEBELUM PARKING
1 d  b
A 1 =  
a 
 c
ad  bc  3  4  x
  
 y
=
 6 
5 



CONTOH :
  1

2 

 
3  4
A=  
 6 
5
  x 1  6

 y
 = 
 5
a =3 , b = -4, c =5 , d = -6   ( 3)( 6 )  ( 4 )( 5 ) 
4   1
1 3   
3
2 
A 1 =   
( 3)( 6 )  ( 4 )( 5 ) 5
 
 4
  x 1  6
 6  
 y



=
( 18 )  ( 20 )

 5

4   1
  
3
 
2 

- 11 -
 x 1  6 4   1

 y =    
3
  5 2 
  2    

Langkah 3 : Mendarab 2 matriks dengan menggunakan kaedah “parking”

B) SEMASA PARKING
B = Tayar Belakang
D = Tayar Depan
B D

 x 1  6 4  B   1

 y =  D 
3



 5 2



2  
  1 -6X-1 +4X2

2 

 
-5X-1+3X2
 6 4
 
3
 5
B D  
 x 1  ( 6 )( 1)  ( 4 )( 2) 

 y =  
( 3)( 2) 
  ( 5 )( 1) 
  2 

B D

 x 1  (6)  (8) 

 y =  
( 6 ) 
  (5) 
  2 

Langkah 4 : Mendarab pecahan dengan setiap unsur di dalam matriks

 x 1  14 

 y
 = 
 11 

  2  

C) SELEPAS PARKING

 1 
 (14 ) 
 x  2 

 
 =
 y  1 
 (11 ) 
 2 

- 12 -
 x 7 

 y
 = 
 5.5 

   

Langkah 5 : Mengeluarkan jawapan akhir dengan x dan y sebagai perkara rumus

x = 7 , ( 1 markah )
y = 5.5 ( 1 markah )

6.0 Dapatan Kajian

Berdasarkan maklumat ujian pra dan pos, didapati kajian tindakan yang
dijalankan ini telah memberi impak yang cukup baik di dalam
membantu pelajar-pelajar tingkatan 5 Elektrik mendarab dua matriks.
Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini menunjukkan peningkatan
pelajar-pelajar dalam ujian pos.

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Bagi Soalan Persamaan Serentak

UJIAN PRA UJIAN POS


BIL PELAJAR
UJIAN 1 UJIAN 2
1 Muadzzam 4/4 4/4
2 Mohd Safuan 4/4 4/4
3 Mohd Alhafiz 4/4 4/4
4 Mohd Faqih 4/4 4/4
5 Mohd Zulfadlie 4/4 4/4
6 Mohd Zakwan 4/4 4/4
7 Mohamad Nor Aiman 0/4 4/4
8 Amirul Husna 2/4 4/4
9 Mohd Akram 2/4 4/4
10 Normah 4/4 4/4
11 Norazlina 2/4 4/4
12 Aisyah 2/4 4/4

JADUAL 4
Perbandingan Pencapaian Pelajar Antara Ujian Pos dan
Ujian Pra Soalan Persamaan Serentak

- 13 -
BILANGAN PELAJAR
Markah KUMPULAN SASARAN
UJIAN PRA UJIAN POS
4 7 12
3 0 0
2 4 0
1 0 0
0 1 0
JUMLAH PELAJAR 12 12

Berdasarkan jadual 4 di atas , terdapat peningkatan kualiti dalam


ujian pos. 100% pelajar telah mencapai pencapaian 4 markah
berbanding ujian pra hanya 58.33% pelajar mendapat 4 markah.

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Bagi Soalan Matriks

UJIAN PRA UJIAN POS


BIL PELAJAR
UJIAN 1 UJIAN 2
1 Muadzzam 0/4 2/4
2 Mohd Safuan 2/4 3/4
3 Mohd Alhafiz 0/4 4/4
4 Mohd Faqih 0/4 1/4
5 Mohd Zulfadlie 0/4 4/4
6 Mohd Zakwan 0/4 1/4
7 Mohamad Nor Aiman 0/4 1/4
8 Amirul Husna 0/4 4/4
9 Mohd Akram 1/4 1/4
10 Normah 0/4 4/4
11 Norazlina 0/4 4/4
12 Aisyah 0/4 4/4

JADUAL 5
Perbandingan Pencapaian Pelajar Antara Ujian Pos dan
Ujian Pra Soalan Matriks

BILANGAN PELAJAR
Markah KUMPULAN SASARAN
UJIAN PRA UJIAN POS
4 0 6
3 0 1
2 1 1
1 1 4
0 10 0
- 14 -
JUMLAH PELAJAR 12 12
Berdasarkan jadual 5 di atas , terdapat peningkatan kualiti dalam
ujian pos. 50% pelajar telah mencapai pencapaian 4 markah dan
tiada yang mendapat 0 markah berbanding ujian pra 83.33%
pelajar mendapat 0 markah dan tiada yang mendapat lebih daripada
2 markah.
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Bagi Soalan Persamaan Serentak dan Matriks

UJIAN PRA UJIAN POS


BIL PELAJAR
UJIAN 1 UJIAN 2
1 Muadzzam 4/8 6/8
2 Mohd Safuan 6/8 7/8
3 Mohd Alhafiz 4/8 8/8
4 Mohd Faqih 4/8 5/8
5 Mohd Zulfadlie 4/8 8/8
6 Mohd Zakwan 4/8 5/8
7 Mohamad Nor Aiman 0/8 5/8
8 Amirul Husna 2/8 8/8
9 Mohd Akram 3/8 5/8
10 Normah 4/8 8/8
11 Norazlina 2/8 8/8
12 Aisyah 2/8 8/8

JADUAL 6
Perbandingan Pencapaian Pelajar Antara Ujian Pos dan Ujian Pra
Soalan Persamaan Serentak dan Matriks

BILANGAN PELAJAR
Markah KUMPULAN SASARAN
UJIAN PRA UJIAN POS
7-8 0 7
5-6 1 5
3-4 7 0
1-2 3 0
0 1 0
- 15 -
JUMLAH PELAJAR 12 12
Berdasarkan jadual 6 di atas , terdapat peningkatan kualiti dalam
ujian pos. 58.33% pelajar telah mencapai pencapaian 7-8 markah
dan tiada pelajar yang mendapat kurang dari 5 markah berbanding
ujian pra 91.67% pelajar mendapat kurang dari 5 markah dan
hanya 8.33% ( 1 orang) yang mendapat 5-6 markah

7.0 Rumusan

Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran pelajar ini telah


menunjukkan minat mendarab dua matriks dengan menggunakan
kaedah “parking” ini. Tambahan pula dengan Klinik Matematik yang
dijalankan selama 2 jam seminggu dan program 5 minit di dalam kelas
telah memberi pengukuhan kepada kumpulan sasaran.

Saya merasakan dengan pendedahan kaedah “parking” dalam


penyelesaian pendaraban matriks telah menyuntik semangat di
kalangan kumpulan sasaran untuk mendapatkan jawapan yang betul.
Saya amat gembira terhadap pencapaian pelajar-pelajar sasaran ini.
Memandangkan kaedah yang digunakan oleh pelajar-pelajar sasaran
telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, maka saya
bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini terhadap kajian
sasaran yang lain di sekolah saya bagi membantu meningkatkan
kemahiran mendarab dua matriks.

Bibliografi

Abdul Shukor Abdullah.1998. Fokus Pengurusan Pendidikan. Kuala


Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Sang. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah ).Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
http://www.geocities.com/pendidikmy/berita/isu22.html
http://www.en.wikipedia.org/wiki/Identity_matrix-
http://www.mathworld.wolfram.com/IdentityMatrix-html-
http://www.mathworld.wolfram.com/IdentityMatrix-html-
http://www.planetmath.org/encyclopedia/IdentityMatrix-html-
http://www.mai.liu.se/~halun/matrix/matrix-html-
http://www.en.wikipedia.org/wiki/Matrix_multiplication
http://www.mathworld.wolfram.com/matrix_multiplication.html-
http://www.cs.sunysb.edu/~algorith/files/matrix_multiplication.html-
http://www.analyzemath.com/
matrixmultiplication/matrixmultiplication.html-
http://ccrma-www.stanford.edu/~jos/mdft/Matrix_Multiplication.html-

- 16 -
LAMPIRAN 1

Contoh 1:

Hitung nilai m dan nilai n yang memuaskan persamaan linear


serentak berikut :

m – 3n = 3
2m – n = 11

# Sebelum menjawab soalan pelajar menyemak nilai m dan n


dengan menggunakan Scientific Calculator CASIO fx570MS
untuk mendapat ( 2 markah ) :

CARA MENYEMAK
* nilai m dan n dengan menggunakan Scientific Calculator CASIO
fx570MS :

1m – 3n = 3
2m – 1n = 11

a1x + b1y = c1
a2x + b2y = c2

a1 = 1 b1= -3 c1 = 3

a2 = 2 b2 = -1 c2 = 11

MODE CLR
1) Tekan sehingga jumpa EQN

EQN = Equation

EQN MAT VCT


1 2 3

- 17 -
2) Tekan 1

Unknowns ?
2 3

3) Tekan 2 bermaksud 2 ( DUA ) pembolehubah

EQN D

a1? 0.
EQN
D
a1? 1.
4) Tekan nilai a1 dari soalan yang diberi iaitu 1
Kemudian tekan
=
EQN D D

b1? -3.
5) Tekan nilai b1 dari soalan yang diberi iaitu
Kemudian tekan - 3
=
EQN D

c1? 3.
6) Tekan nilai c1 dari soalan yang diberi iaitu
Kemudian tekan 3
=

EQN D

a2? 1.
- 18 -
1

=
7) Tekan nilai a2 dari soalan yang diberi iaitu
Kemudian tekan

EQN D

b2? -1.
8) Tekan nilai b2 dari soalan yang diberi iaitu
Kemudian tekan
- 1
=

EQN D

c2? 11.

9) Tekan nilai c2 dari soalan yang diberi iaitu 1 1


Kemudian tekan = untuk mendapatkan nilai m.
Maka nilai m ialah m = 6

EQN D

x= 6.

10 ) Kemudian tekan = untuk mendapatkan nilai n.


Maka nilai n ialah n = 1

EQN D

y= 1.
- 19 -
LAMPIRAN 2

Contoh 1:

Hitung nilai m dan nilai n yang memuaskan persamaan linear


serentak berikut :

m – 3n = 3
2m – n = 11

a) SEBELUM PARKING ( 1 markah )


- Menulis persamaan serentak dalam bentuk matriks

1  3  m = 3  (1 markah )
     
 1 
2  
n 
 
 11 

B) SEMASA PARKING ( 1 markah )


- Menggunakan Formula matriks songsang

 m 1   1 3

n  =  
 2 1
(1)( 1)  ( 3)( 2) 

 

3 

 11 
 (1markah )
 

 m 1 1 3 3 

n  =   
 11 
1

( 1)  ( 6 )  
   2   

- 20 -
 m 1 1 3 3 

n  =   
 11 
1
  2 
  5    

- 21 -
B) SEMASA PARKING
B = Tayar Belakang
D = Tayar Depan

L1

B D
2 x 2 2 x 1 2 x 1
B B1
 m 1 1 3 3  1 3

n  =   
 11 
D  
1 1
  2  B2  2
  5      
3   x

 11 
 = 
 y

   

L1
B1 -1 3
B D
3
 m 1  ( 1)( 3)  ( 3)(11 )  B1 (-1)(3) + (3)(11)
  =  
(1)(11 ) 
 n   ( 2)( 3) 
  5 
11

B D

 m 1  (  3)  ( 33) 

n  =   L1
(11 ) 
  -2 1
  5  ( 6 )  B2

3
B2
 m 1  30 
(-2)(3) + (1)(11)

n 
 = 
5 

  5  
11

C) SELEPAS PARKING ( 2 markah )

 1 
 ( 30 ) 
 m  5 

n 
 =
   1 
 (5) 
 5 

 m  6

 
 = 
 

n  1 

m = 6 , ( 1 markah )
n=1 ( 1 markah )

- 22 -

Anda mungkin juga menyukai