Anda di halaman 1dari 10

BAIKPULIH ALATAN ELEKTRONIK

E3005

PENSYARAH : EN. RIDZMAN B. HUSIN @


IBRAHIM

“Karan Tatap Marak”

NAMA KUMPULAN:
Rifley Telong
Mohd Waarith Bin Jalil
 Teknik ini hanya mengukur beza upaya di antara kaki komponen
dan menentukan nilai yang normal atau sebaliknya. Teknik ini
juga boleh mengukur semua komponen.
 
 Teknik mengukur voltan dibuat sesudah kita mengetahui
bahagian kerosakan. Voltan yang mula-mula sekali yang perlu
diketahui ialah bekalan ke bahagian tersebut. Contohnya seperti
dalam litar rajah 1, bekalan +12V seharusnya ada di sambungan
R1 dan R3. Jika rendah atau tiada , ini bermakna bekalan tidak
normal.
 Jika voltan bekalan normal, langkah-langkah seterusnya
bersekitar pada komponen aktif iaitu transistor Q1.
 

Rajah 1: Contoh litar penguat


Contoh 1
Jika voltan C = 0.1V, komponen mana dan apakah jenis kerosakannya?
Jawapan : R3 terbuka (tiada bekalan sampai ke pemungut).

Contoh 2
Jika voltan C = 11.8V, apakah kerosakan yang berlaku?
Jawapan :
1.R1 terbuka atau
2.CE Q1 terbuka atau
3.R4 terbuka
Contoh 3
Jika voltan B 0.1V
Jawapan :
•BE Q1 pintas atau
•R1 terbuka

Contoh 4
Jika voltan E = 0V
Jawapan :
1.C2 pintas atau
2.E Q1 terbuka
 Teknik ini adalah hanya mengukur kerintangan dan
terhad kepada komponen tinggi nilai kerintangannya sahaja.

 Cara ini dibuat untuk komponen yang boleh ditentukan


kerintangannya seperti rintangan, diod, transistor dan
sebagainya. Beberapa ketentuan harus diperhatikan apabila
membuat pengukuran kerintangan dalam litar.
Diod

Seperti juga rintangan ketentuan komponen berintangan rendah


harus diperhatikan, kemudian ukur pincang depan dan balikan.
Sekiranya didapati bacaan seperti diod biasa (di luar litar), maka diod
itu boleh dianggap berkeadaan baik.
Teknik mengesan cara fizikal

Mengesan cara fizikal melibatkan beberapa jenis deria yang kita gunakan, di
antaranya ialah deria pandang / lihat , dengar, hidu, dan rasa / sentuh.

i. Pandang
Apabila kawasan atau bahagian yang disyaki telah rosak diketahui, sebelum
membuat ujian-ujian lain, kita kesan dengan memerhatikan komponen atau papan
litar tercetak sekitar bahagian sama ada baik atau terbakar, longgar, patah dan
sebagainya.
Contohnya : fius yang terputus boleh dilihat secara fizikal semasa sesuatu alat
dihidupkan, kita juga boleh memerhatikan jika ada kesan berasap, ‘Sparkling’
atau terbakar.
b. Dengar dan Hidu
Kadang-kadang komponen yang terbakar atau ‘Sparkling’ tidak
dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ia kedengaran atau terbau.
Contohnya pengubah voltan tinggi sering ada ‘Sparkling’ jika
penebatnya retak tetapi tidak boleh kelihatan hanya terdengar bunyi
‘Hiss’ atau pengubah yang terlampau panas hanya mengeluarkan
bau hangit.

c. Rasa
Ini bukan bermakna kita harus kita harus merasakan gegaran
atau operasi komponen, kita boleh mengesan dengan rasa
komponen yang lampau panas tetapi pengesanan dibuat harus
mengambil kira keselamatan.
Contohnya komponen yang hampir kepada voltan tinggi,
voltan bekalan A.U, pemuat nilai besar bercas dan sebagainya.
Selain dari pandang, kita juga boleh menggunakan deria rasa untuk
mengetahui sama ada komponen yang terpatah, longgar pateri,
tercabut, terputus dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai