Anda di halaman 1dari 9

BAB 1

Selepas berehat di dalam biliknya, Julia turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Dia melihat Mak Cik Noraini, sepupu papa, sedang sibuk
membancuh kopi dan menggoreng karipap. Mak Cik Noraini menyuruh Julia makan seketul karipap sahaja dan meninggalkan baki
yang lain untuk papa dan mama Julia.

Sambil menghidangkan kopi O kepada Julia, pandangan Mak Cik Noraini tertumpu kea rah tingkap. Julia turut mengikuti perlakuan
mak cik kesayangannya itu. Di luar, papa Julia, Encik Jeffri, sedang sibuk mengerjakan kebun sayur-sayuran mereka. Intan Maliana,
mama Julia pula sedang berehat di sebuah kerusi plastik berwarna merah sambil bercakap kepada suami tercinta.

Hubungan mesra, intim, dan bahagia terjalin erat antara mereka. Perbualan mereka berkisar tentang kacang panjang yang ditanam oleh
mereka sama ada mencukupi untuk mereka berempat. Papa mahu mama memasak lauk pada malam nanti kerana baginya, masakan
mama amat sedap dan sentiasa memenuhi seleranya.

Kemudian, mama bertanya kepada papa tentang tanaman jagung. Menurut papa, jagung yang ditanamnya perlu menunggu selama dua
atau tiga minggu sebelum jagung tersebut matang. Bagi mama, jagung separa matang sedap dibuat bubur jagung yang merupakan
makanan kegemaran Encik Jeffri. Papa sempat mengusikya dengan mengatakan bahawa dia hanya suka bubur jagung masakan kekasih
hatinya sahaja. Mama mula merajuk seketika sebelum mereka berdua masuk ke dalam dapur untuk menikmati minuman petang yang
disediakan oleh Mak Cik Noraini.

Kasih sayang Encik Jeffri terhadap Puan Intan Maliana begitu dikagumi oleh puteri tunggal mereka, Julia. Julia sendiri berasa harmoni
dan bahagia tinggal di sisi mereka berdua yang saling menyayangi. Kadang kala Julia berasa segan apabila papa dan mama tanpa segan
silu memperlihatkan belaian kasih saying antar mereka di hadapan Julia kerana bagi Julia, dia sudah menjadi seorang remaja belasan
tahun.

BAB 2

Julia terpaksa pulang sendiri dari sekolah kerana mama kurang sihat. Papa membawa mama ke klinik. Petang itu, rumah kediaman
mereka hanya dihuni oleh Julia dan Mak Cik Noraini. Ibu sepupu kesayangan Julia mula menceritakan kisah pertemuan papa dan
mama. Julia terkenang akan peristiwa jari mama terhiris pisau. Muka mama pucat lesi kerana takut akan darah.

Lamunan Julia terhenti apabila Mak Cik Noraini menegurnya. Menurut Mak Cik Noraini, papa merupakan seorang guru Sains
Pertanian dan sentiasa menasihati pelajarnya agar berbudi kepada tanah. Mama pula sering meminta buah daripada papa.

Bunyi dan honkereta papa kedengaran di pintu hadapan. Julia segera menyambut kepulangan mereka. Julia memeluk mama erat dan
tidak sabar untuk mengetahui keadaan mama. Papa mengejutkan Julia dengan berita bahawa mama mengandung. Julia amat gembira
dengan berita tersebut. Namun, tidak bagi Mak Cik Noraini. Dia berasa amat bimbang mendengar berita mama mengandung kerana
mama pernah mengalami kompilasi sewaktu melahirkan Julia dahulu. Mak Cik Noraini khuatir akan keselamatan Intan Maliana dan
bakal zuriatnya . Bagi mama pula, dia telah bersedia menghadapi apa jua dugaan yang bakal ditempuhnya.
BAB 3

Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini mengingatkan peristiwa
semasa mama melahirkan Julia. Mama koma akibat kehilangan banyak darah. Selepas Julia dilahirkan juga, Julia menghidap penyakit
demam kuning dan alah kepada susu tepung bayi.

Namun, kata mama seorang isteri perlu melakukan pengorbanan demi membahagiakan seorang suami. Oleh sebab papa menginginkan
anak lagi, mama sanggup menggadaikan nyawanya. Yang pasti, mama akan menjaga kandungannya dan tidak akan menggugurkan
kandungan itu walaupun dirinya menghadapi risiko.

Papa pulang tidak berapa lama selepas itu. Julia mengajak papanya bermain tenis di Kelana Jaya. Pada mulanya, papa enggan tetapi
akhirnya bersetuju kerana tidak mahu membabitkan mama yang sedang mengandung.

Papa merupakan seorang pemain tenis yang handal. Lantaran itu, banyak orang, terutamanya anak gadis, tergila-gilakannya. Ketika
Julia mengimbas kembali sesuatu peristiwa, secara tidak sengaja bola tenis yang dibaling oleh papa terkena muka Julia. Semasa papa
sedang sibuk menuam muka Julia, salah seorang daripada pelajar papa, Aisyah, menegur papa.

Selepas bermain tenis, papa mengajak Aisyah minum di kantin. Namun, Julia tidak berasa selesa dengan kehadiran Aisyah lalu
mengajak papa pulang. Julia bertanyakan pendapat papa tentang Aisyah. Papa hanya menganggap Aisyah sebagai penuntutnya dan
tidak lebih daripada itu.

BAB 4

Selepas waktu sekolah, mama merungut kerana lama menunggu Julia. Julia menerangkan bahawa beberapa rakan sekelasnya
ingin meminjam nota Geografinya. Mama memberitahu Julia bahawa dia terpaksa menghantar Cikgu Suzie ke bengkel kereta di
Seksyen 14 untuk mengambil kereta yang telah siap dibaiki.

Dalam perjalanan, Cikgu Suzie bertanya tentang hasrat mama untuk mengandung lagi. Cikgu Suzie mengungkkit kisah
silam mama yang koma selepas melahirkan Julia. Julia yang tidak cukup bulan pula menghidap Jaundis. Cikgu Suzie khuatir perkara
yang sama akan berlaku kepada kandungannya kali ini.

Namun, mama tetap berkeras untuk tidak menggugurkan kandungannya. Bagi mama, dia sanggup melakukan apa-apa
sahaja demi membahagiakan papa, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko. Julia amat terharu dengan sikap mamanya yang
tabah dan sanggup berkorban.

BAB 5

Kandungan mama kian hari kian membesar. Menurut papa, mama bakal melahirkan anak kembar dalam masa empat bulan
lagi. Julia berasa sungguh gembira kerana akan menerima kehadiran adik-adiknya.

Semasa sedang duduk di ruang tamu, mama menyuarakan perasaannya kepada papa tentang kerisauannya mengenai apa
yang akan berlaku. Papa mengatakan bahawa sekiranya kejadian lama berulang lagi, dia telah bersedia untuk menghadapinya.

Papa menasihati mama agar sentiasa menurut arahan doktor dan mengambil ubatan tepat pada masanya. Papa juga bertanya
kepada mama sama ada dia menyesal ataskeputusannya untuk mengandung itu. Papa khuatir dengan kompilasi yang bakal dialami
mama.

Di dapur, Julia bertanyakan keadaan mama ketika melahirkannya kepada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini menceritakan
segalanya dan memberitahu bahawa dialah yang banyak menjaga Julia sejak kecil.
BAB 6

Di kolej tempat papa mengajar itu, terdapat seorang daripada pelajarnya, Aisyah, sering berjumpa dengan papa untuk
bertanya tentang pelajarannya. Aisyah amat meminati pengajaran papa. Kadang kala, papa akan menumpangkan Aisyah hingga ke
rumahnya di Seksyen 7, Kelana Jaya. Aisyah sering mempelawa papa minum di warung yang berhampiran kolej. Namun, sebagai
seorang suami yang setia, papa tidak memenuhi pelawaan Aisyah itu kerana tidak mahu menimbulkan salah faham antara dia, mama
dan Intan Julia.

Bagi Julia, Aisyah seorang yang jelita. Badannya lebih besar dan lebih berisi daripada mama dan Julia. Daripada papa, Julia
mengetahui bahawa Aisyah akan tamat pengajiannya pada tahun itu. Sebagai anak gadis kepada seorang hartawan yang kaya,
kehidupan Aisyah terjamin mewah dan selesa dengan harta ayahnya yang menggunung. Oleh itu, pencapaian akademiknya bukan
penentu masa hadapannya.

Pernah Julia menduga papa kalau-kalau papa berminat untuk menjadikan Aisyah sebagai kekasihnya dan seterusnya isteri
keduanya. Namun papa memberitahu Julia bahawa dia tidak berminat untuk menjalin hubungan erat dengan Aisyah. Kasihnya
terhadap mama tidak berbelah bahagi dan tidak ingin melihat mama berkongsi kasihnya dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi,
mama tidak mengizinkan papa memadukannya.

BAB 7

Papa telah menyediakan pelbagai kelengkapan untuk anak kembar lelakinya. Tindakan papa itu ditegur oleh sepupunya, Mak Cik
Noraini kerana menurut kepercayaannya, tidak elok membeli barangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Papa memarahi MAk Cik
Noraini kerana terlalu mempercayai perkara karut-marut. Bagi papa segalanya terpulang kepada takdir.

Pada pukul 4 pagi, semua orang dikejutkan oleh papa kerana sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Julia membantu papa memapah
mama menuruni anak tangga. Mama menahan kesakitan. Matanya terbeliak, mulutnya terkumat-kamit dan dahinya berpeluh. Mama
mengeluh beberapa kali menyatakan kesakitannya.

Selepas masuk ke dalam kereta, Julia ciba mententeramkan mama. Papa masuk ke dalam rumah untuk menyalin pakaian sebelum ke
hospital. Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras untuk menerima rawatan. Bagi papa,
kelengkapan di hospital kerajaan lebih baik berbanding kelengkapan di hospital swasta.

Apabila sampai di hospital, beberapa pembantu hospital segera menolak stretcher untuk membawa mama. Semasa mama ditolak
menuju ke bilik pembedahan, mama sempat berpesan kepada papa agar reda dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Mama juga
memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapannya.

BAB 8

Mama telah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Papa, Julia dan Mak Cik Noraini menunggu di luar bilik pembedahan dengan
penuh keresahan. Tidak lama kemudian, papa didatangi olehseorang doktor dan papa diminta menandatangani surat kebenaran untuk
menjalankan pembedahan ke atas mama kerana terdapat komplikasi terhadap kandungan kembar mama.

Selepas tiga jam berlalu, doktor tersebut memberitahu papa bahawa zuriatnya merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah
meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan. Menurut doktor, mama kehilangan darah yang banyak. Mama Berjaya
diselamatkan namun koma. Papa mengisi boring permohonan untuk membawa mayat kedua-dua anak lelakinya pulang untuk
disemadikan.

Banyak orang mengunjungi rumah papa dan memberi dorongan kepada papa supaya tabah menghadapi cabaran.
BAB 9

Kini tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih oleh papa. Papa sempat mencium pipi Julia sebelum meninggalkannya. Ketika
di dalam kelas, Julia disapa oleh seoarang pelajar baru bernama Rasylan . Rasylan mengatakan bahawa Julia begitu bertuah memiliki
seorang bapa yang prihatin. Julia menangis apabila teringat akan mama. Rasylan , tanpa mengetahui sebab Julia menangis, meminta
maaf sekiranya dialah yang menyinggung perasaan Julia.

Selepas tamat mengajar, Cikgu Suziyah memberitahu Julia tentang hasratnya untuk melawat mama selepas waktu sekolah. Beliau turut
mempelawa Julia agar pergi bersama-samanya. Julia menyatakan bahawa dia akan pergi hospital bersama-sama papa dan
mencadangkan Cikgu Suziyah mengikuti kereta ppapa daripada belakang.

Selepas rehat, Julia dan rakan-rakannya ketiadaan guru sejarah. Ketika itulah , Rasylan menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan
Julia di perpustakaan selepas waktu persekolahan. Namun, Julia terpaksa menolak.

BAB 10

Apabila sampai di hospital, papa, Julia, dan Cikgu Suziyah berjalan menuju ke wad ICU. Sebelum memasuki wad tersebut, mereka
terpaksa menyalin pakaian untuk memastikan kebersihan. Papa sempat menyatakan hasratnya untuk melihat mama cepat sembuh.
Julia amat terharu mendengar kata-kata papa itu.

Ketika Julia menelaah buku di dalam bilik bacaannya, dia melihat foto papa, mama dan dirinya. Pelbagai kenangan manis timbul
tenggelam dalam fikirannya. Dia melihat gambar papa dan mama ketika berkahwin, gambar Julia ketika dia dilahirkan, dan gambar
semasa menyambut hari jadi Julia yang pertama.

Kemudian Julia mengambil sepucuk surat yang ditulis oleh papa kepada mama lalu membaca kandungannya. Dalam surat tersebut,
papa meluahkan perasaan cinta dan kasihnya terhadap mama. Papa berterima kasih terhadap mama atas nasihat dan dorongannya.
Papa bersyukur kepada tuhan kerana memilik seorang isteri yang baik seperti mama.

Mak Cik Noraini mengajak Julia makan bersama-samanya. Bagi Julia , Mak Cik Noraini umpama ibu keduanya kerana dialah yang
telah menjaga Julia sejak kecil. Namun dia telah kehilangan suami dan anak-anaknya tujuh belas tahun dahulu. Mereka telah terlibat
dalam suatu kemalangan ketika dalam perjalanan ke Bidor. Hanya Mak Cik Noraini yang terselamat. Sebagai pertolongan, papa
mengajak Mak Cik Noraini tinggal bersama-samanya. Mak Cik Noraini yang mulanya sentiasa menangis diberikan tanggungjawab
untuk menjaga Julia. Sejak itu, dia memikul tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.

BAB 11

Keadaan mama masih juga sama seperti dahulu. Pada suatu petang, sekembalinya Julia daripada menduduki kertas Matematik untuk
peperiksaan SPMnya, dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin
lagi. Dia tidak sampai hati melihat papa hidup sendirian dan tidak seceria dahulu.

Namun, papa mengatakan bahawa dia sanggup menanti mama pulih dan sukar baginya mencari pengganti mama. Lebih-lebih lagi, dia
perlu menjaga perasaan Julia. Papa bertanyakan Julia tentang peperiksaannya pada hari itu. Menurut Julia, dia dapat menjawab
soalansoalan tersebut dengan baik dan yakin. Julia meminta izin daripada papa untuk ke rumah Rasylan pada keesokan harinya.

Pada pandangan papa, Julia sepatutnya memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih dahulu sebelum pergi ke rumahnya. Sebagai
seorang perempuan, Julia harus menjaga maruahnya dengan baik. Papa menyedarkan Julia tentang kepentingan untuk membuat
pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sebarang tindakan.
BAB 12

Pada keesokan hari, sekembalinya Julia dari sekolah, dia mendapati bahawa sebuah ambulans berada di hadapan rumahnya. Mama
telah dihantar pulang dan ditempatkan di sebuah bilik yang dilengkapi dengan peralatan perubatan. Julia berasa gembira kerana dapat
berdampingan dengan mama lagi.

Petang itu, Julia telah mengikuti Kak Aisyah bermain tenis di Kelab Kelana Jaya. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk pergi
kerana dia mahu meluangkan masa dengan mama. Namun, papa menggesanya kerana dia telah berjanji dengan Aisyah.

Ketika dalam perjalanan, Kak Aisyah bertanya sama ada Julia ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Julia
menyatakan bahwa dia berminat namun terpaksa menangguhkan hasratnya dan menjaga mama. Kak Aisyah menasihati Julia supaya
menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana itulah tanggungjawab utama Julia.

Selepas bermain tenis, Kak Aisyah membawa Julia pulang ke rumah banglonya dan memperkenalkan Julia kepada ibu bapanya. Julia
sempat berbual-bual dengan ibu Kak Aisyah yang bertanyakan keadaan mama. Julia menyatakan bahwa mama sudah dibenarkan untuk
dibawa pulang. Dia akan menjaga mama sementara menunggu keputusan SPMnya.

BAB 13

Sudah hampir lapan bulan mama koma. Keputusan SPM Julia bakal diumumkan tidak lama lagi. Papa tetap mencurahkan kasih sayng
yang tidak berbelah bahagi kepada mama dan berjanji akan sentiasa menemani mama sehingga ke saat-saat mama sedar. Julia
memperkenalkan Rasylan kepada papa. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal di klang bersama-sama Datuk Mustakim yang
merupakan bapa angkatnya. Sebelum dijadikan anak yatim oleh Datuk Mustakim, dia tinggal di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Papa sebenarnya kenal benar dengan Datuk Mustakim. Menurut papa, semasa Julia berumur empat tahun, kereta yang dipandu oleh
Datuk Mustakim telah melanggar ibu bapanya. Kemalangan itu menyebabkan bapanya meninggal dunia manakala ibu papa menjadi
lumpuh. Datuk Mustakim tidak menghentikan keretanya selepas melanggar ibu bapa papa, mungkin kerana takut dibelasah penduduk
kampung. Selepas kejadian tersebut, Datuk Mustakim sentiasa menghantar wang pampasan demi membiayai kesemua kos rawatan ibu
papa. Namun, ibu papa meninggal dunia.

Rasylan bersedia untuk mengaturkan pertemuan papa dengan bapa angkatnya. Namun begitu, papa menolak, mungkin kerana masih
marah terhadap perbuatan Datuk Mustakim yang meragut nyawa kedua ibu bapanya.

BAB 14

Hubungan Julia dengan Rasylan bertambah intim dan mesra. Nyatalah Julia menaruh hati kepada Rasylan. Setelah pulang ke rumah,
Julia ditegur oleh papa kerana buat lewat. Papa tidak senang hati apabila Julia bersahabat dengan Rasylan. Pendirian papa itu amat
mengejutkan dan mengecewakan Julia. Julia sendiri berasa keliru dan kecewa dengan perasaan papa itu.

Petang itu, Julia bertanya kepada papa sebab-sebab papa tidak merestui hubungan Julia dengan Rasylan. Menurut papa, latarbelakang
Rasylan tidak begitu jelas. Tambahan pula, ibu bapa angkat Rasylan tidak memperlihatkan cirri-ciri yang mulia. Namun bagi Julia,
Rasylan baik orangnya. Rasylan bukan sahaja pandai dan bijak, malah, dia memiliki nilai-nilai kemanusiaan yang murni. Namun
begitu, sebagai seorang anak yang patuh, dia berjanji akan merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.
BAB 15

Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Julia dan Rasylan Berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Papa berasa amat
gembira dngan keputusan Julia yang begitu cemerlang. Selepas mendapat keputusan, Julia mempelawa Rasylan untuk meraikan
kejayaan itu bersama-sama. Di Starbucks Coffee, Julia terserempak papa bersama seorang perempuan sedang menikmati pizza bersama-
sama dengan mesranya. Keadaan itu menyebabkan Julia berasa kurang selesa.

Sekembalinya ke rumah, Julia disambut papa dengan mesra. Papa sempat bertanyakan rancangan Julia selepas itu. Julia memberitahu
papa bahawa dia ingin melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi. Bagi Julia, UIA
menitikberatkan ajaran dan didikan agama yang dapat mendorong kepada pembentukan insan mulia.

BAB 16

Permohonan Julia untuk menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa telah diluluskan.
Sebelum meninggalkan rumah, Julia ingin memaklumkan perkara itu kepada mama. Julia melihat papa sedang berbual-bual dengan
mama. Papa sedang memberitahu mama tentang keputusan Julia untuk menyambung pelajarannya di matrikulasi UIA. Papa akan
berasa kehilangan tanpa Julia di sisinya. Dia turut menyuarakan harapannya agar mama cepat sembuh.

Papa menghantar Julia ke UIA untuk sesi pendaftaran. Julia ditempatkan di Asrama Khadijah. Rasylan turutditerima masuk
ke universiti yang sama dan ditempatkan di Asrama Usman bin Affan. Selepas pendaftaran, Julia dan Rasylan bertemu. Rasylan
menyatakan rasa cemburunya terhadap hubungan mesra Julia dengan papa. Dia sendiri tidak menikmati hubungan semesra itu
bersama=sama ibu bapa angkatnya. Belakangan ini, hubungan mereka agak renggang. Mereka tidak menemani Rasylan pada hari
pendaftaran kerana pergi ke Kuala Kangsar. Rasylan kecewa dengan sikap mereka.

Pada keesokan hari, Julia dan Rasylan pergi ke kedai buku MPH di Mid Valley. Selepas itu, mereka ke Starbucks Coffee
untuk menikmati kopi dan muffin kegemaran Julia. Buat kali keduanya, Julia terserempak papa dan Aisyah yang begitu mesra berbual-
bual.

BAB 17

Peristiwa Julia terserempak dengan papa dan Aisyah begitu merunsingkan Julia. Dia ingin bertanya kepada papa mengenai
hubungan mereka pada hari Sabtu nanti. Pada petang sabtu, Julia pulang ke rumah. Julia bertanyakan keadaan mama kepada papa dan
dimaklumkan bahawa mama masih koma.

Ketika berada dalam bilik, Julia memikirkan hubungan antara papa dengan Aisyah. Baginya, terdapat kemungkinan papa
memerlukan teman untuk berkongsi perasaan dan fikirannya. Akhirnya, Julia membuat keputusan bahawa sangkaannya tidak benar.
Pada keesokan hari, papa menghantar Julia untuk pulang ke matrikulasi UIA. Papa turut memberikan wang saku yang banyak kepada
Julia memandangkan Julia tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu.

Pada hari minggu, papa menelefon Julia. Pada mulanya, Julia agak keberatan untuk menjawabnya kerana dia sibuk dengan
tugasannya. Namun begitu, selepas memikirkankalau-kalau papa membawa berita penting tentang mama. Setelah diberitahu bahawa
keadaan mama masih sama, Julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab panggilan papa itu. Tanpa disedari, Julia telah menyinggung
perasaan papa dengan melemparkan soalan yang tidak patut ditanya. Julia sempat memohon maaf kepada papa atas sikapnya itu.

Rasylan mempelawa Julia untuk menjamu selera di Restoran A&W yang terletak di Amcorp Mall. Dalam perjalanan, Rasylan
memberitahu Julia tentang Encik Muaz yang mendakwa dirinya sebagai bapa kandung Rasylan. Encik Muaz memintanya untuk
menjalankan pemeriksaan DNA. Julia masih merahsiakan hubungannya dengan Rasylan daripada papa memandangkan papa tidak
merestui hubungan mereka.

Ketika mereka tiba di pusat beli belah tersebut, Julia terlihat kereta papa. Di suatu sudut Restoran A&W, Julia mendapati
papa sedang berbual-bual dengan Aisyah. Julia kecewa dan sedih melihat kemesraan mereka berdua. Kemudian, Julia menyatakan
bahawa dia ingin meninggalkan restoran itu kerana dia tidak ingin kehadirannya disedari oleh papa.
BAB 18

Julia pulang ke rumahnya. Semasa di pintu masuk, Julia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini
menyatakan dia menyokong penuh keputusan papa untuk berkahwin lagi. Ketika masuk ke rumah, papa yang sedang membaca
majalah menyambut kedatangan Julia dengan senyuman. Kemudian, Julia duduk di ruang tamu dan cuba membangkitkan niat papa
untuk berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup. Dia juga memberitahu papa bahawa dia telah terserempak
papa dengan Aisyah sebanyak tiga kali. Dia tidak sanggup melihat papa menjadi seorang suami yang tidak setia kepada isterinya. Julia
menganggap papa sebagai pengkhianat dan seorang suami yang curang. Dakwaan Julia itu benar-benar membuatkan papa marah
sehingga bertindak menampar Julia. Julia berasa terkejut dan sedih kerana papa tidak pernah melayannya sedemikian.

Pada keesokan harinya, Julia pulang ke kampus. Pelawaan papa untuk bersarapan bersama ditolak Julia. Ekspresi wajah papa jelas
memperlihatkan kekesalannya.

BAB 19

Rasylan menasihati Julia agar menerima kenyataan bahawa papa ingin berkahwin lagi. Bagi Rasylan, papa seperti insan yang lain, ingin
mempunyai teman berkongsi pengalaman hidup dengannya. Namun, Julia tetap dengan pendiriannya kerana dia tidak sanggup
berkongsi papa dengan perempuan lagi selain mamanya.Kemudian, Julia bertanya Rasylan sama ada dia telah menjalani pemeriksaan
DNA. Rasylan memberitahu bahawa keputusan pemeriksaan itu adalah positif. Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya
sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz
meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di
Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya
dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.

Julia bertemu dengan Rasylan di Laman Budaya. Rasylan yang pada ketika itu sedang berbual-bual dengan Encik Muaz memberitahu
Julia bahawa papanya sedang menunggu di luar kampus. Papa mempelawa Julia minum bersamanya kerana ingin membincangkan
sesuatu dengan Julia. Di Coffee House, Hotel Paya Serai, papa menerangkan situasi yang sedang dihadapinya. Dia berasa sunyi sejak
mama koma. Sebagai seorang lelaki, dia memerlukan teman untuk berkongsi pengalaman hidup. Kesihatan papa juga kian merosot.
Namun begitu, Julia mendakwa bahawa papalah punca mama jatuh sakit. Dakwaan Julia itu mengejutkan papa.

Papa tetap bersabar dengan karenah Julia dan memberitahu Julia bahawa dia tetap bersabar sekian lama kerana terhutang
budi kepada mama. Penjelasan papa benar-benar membimbangkan Julia. Dia berasa khuatir akan kesihatan papa. Akhirnya, Julia
merestui keinginan papanya berkahwin lagi.

BAB 20

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz dengan pengemas
biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas
Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa
suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.

Emosi Rasylan itu telah membuatkan Julia terfikir akan keikhlasan hatinya mengizinkan papa untuk berkahwin lagi. Namun
dia khuatir kasih sayang papa terhadapnya akan berkurangan. Julia benar-benar berharap mama cepat sembuh supaya keluarga tersebut
kembali bahagia.

Hari itu, Julia terpaksa akur dengan pelawaan papa untuk minum di luar. Papa hendak memperkenalkan kak Aisyah kepada
Julia. Papa meminta agar memanggil Kak Aisyah “mak cik” . Julia sudah lama berkenalan dengan Aisyah dan pertemuan itu sebenarnya
bukan pertemuan yang pertama.

Pada hujung minggu itu, papa meminta agar Julia hadir ke upacara pernikahannya. Namun begitu, Julia enggan dan member
alas an bahawa dia ingin menjaga mama di rumah. Ketika melihat Julia menangis, papa bertindak mahu membatalkan upacara
pernikahan itu namun dihalang Julia.
BAB 21

Julia mengalami demam panas yang agak serius dan dihantar ke hospital. Ketika terlantar di hospital, Julia bermimpi
didatangi seorang lelaki bernama Jeffri yang mirip papa. Jeffri memujuk Julia supaya merelakan keputusan papa untuk berkahwin lagi
kerana itulah satu-satunya cara untuk membahagiakan papa. Walau bagaimanapun, Julia tetap berat hati untuk menerimanya. Ketika
Julia sedar, papa dan Mak Cik Aisyah sedang memandangnya sambil melemparan senyuman. Kemudian, doktor menyuntik ubat ke
dalam badan Julia. Selepas itu, Julia tidak sedarkan diri.

BAB 22

Tiga hari, Julia terlantar di hospital. Pada hari yang ketiga, Julia didatangi Doktor Razif. Beliau cuba bertanyakan sebab-sebab
Julia jatuh sakit. Beliau menyatakan bahawa Julia mengalami masalah jiwa dan emosi sehingga menjejaskan kesihatannya. Julia enggan
memberiathu masalahnya. Doktor menasihati Julia agar tabah menghadapi dugaan hidup. Papa dan Mak Cik Aisyah menjemput Julia
pulang. Mak Cik Aisyah meminta Julia agar mengemaskan rambutnya. Julia yang pada mulanya tidak mengendahkan arahan Mak Cik
Aisyah akhirnya akur. Dia mengemaskan rambutnya dan mengenakan gincu pada bibirnya.

Cuti pertangahan semester telah tamat dan Julia akan pulang ke kampus. Sebelum dia melangkah turun dari kereta, Julia
bertanya kepada papa tentang bilakan mama akan sedar daripada koma. Julia akan menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal
menentukan sama ada dia akan ditawarkan tempat di kampus induk UIA di Gombak atau tidak. Dia dan Rasylan berusaha bersungguh-
sungguh tanpa jemu.

Selepas lapan minggu Julia dan Rasylan belajar, mereka diberi pelepasan selama beberapa hari untuk merehatkan minda.
Rasylan mengajak Julia pergi ke Mid Valley. Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumahnya. Dia yakin bahawa dia akan
memperoleh keputusan yang baik.

Semasa duduk di ruang tamu, Julia bertanya kepada papa tentang perancangan bulan madu mereka. Papa tidak
mengendahkan pertanyaan Julia dan bertanya tentang peperiksaan yang diduduki Julia. Julia memberitahu bahawa keputusannya akan
diumumkan dua minggu sebelum akhir tahun.

Ketika Julia melepasi bilik bacaan papa, dia terdengar pertelingkahan antara papa dengan ibu tirinya. Papa menegur
perbuatan Mak Cik Aisyah yang memasuki bilik mama kerana baginya mama merupakan orang paling penting dalam hidupnya.
Daripada perbualan mereka, Julia dapat tahu bahawa Mak Cik Aisyah mengandung. Perbuatan Julia mencuri dengar perbualan papa
dan ibu tirinya ditegur Mak Cik Noraini. Ketika berada di meja makan, Julia menceritakan perbualan papa dengan Mak Cik Aisyah
kepada Mak Cik Noraini. Julia menyatakan bahawa terdapat kemungkinan Mak Cik Aisyah ingin meracuninya. Mak Cik Noraini
terdengar dakwaan Julia dan berasa amat sedih. Julia meminta maaf kerana terlanjur kata. Dia juga menyatakan keikhlasannya untuk
menerima Mak Cik Aisyah sebagai ibu tiri. Mak Cik Aisyah berterima kasih atas kesudian Julia untuk menerimanya dan berjanji akan
menjaga papa dan Julia dengan baik.
BAB 23

Hubungan antara Julia dengan Rasylan bertambah intim. Kekacakan Rasylan pula kian terserlah. Tidak kira ke mana mereka berdua di
dalam kampus, kemunculan Rasylan menarik perhatian sesetengah warga kampus. Kadang kala, Julia berasa kurang selesa dipandang
orang begitu sahaja. Dia menyuarakan ketidakselesaannya buat pengetahuan Rasylan. Namun di luar dugaannya, perkara itu
menimbulkan rungutan dan perasaan cemburu dalam diri Rasylan. Rasylan pernah terserempak Julia ditegur dan didampingi seorang
senior yang kacak. Julia pula mengungkit kenyataan bahawa Rasylan sentiasa didampingi pelajar-pelajar perempuan, tidak kira senior
atau junior. Namun, dia tidak pernah memarahi Rasylan tentang itu. Pertengkaran mereka terhenti apabila pelajar perempuan senior
member salam kepada mereka. Rasylan menjawab salam mereka dengan cepat. Bagi Julia, tiada guna untuk dia cemburu kerana
baginya, Rasylan mempunyai kebebasan untuk bertegur sapa dengan sesiapa pun.

Dalam perjalanan pulang, Julia bertanya kepada Rasylan sama ada Datuk Mustakim mengetahui tawaran Encik Muaz. Oleh sebab
Rasylan mengendahnkan pertanyaannya, dia bertanya pula sama ada Rasylan menerima tawaran Encik Muaz. Menurut Rasylan, dia
tidak menerimanya kerana baginya, Encik Muaz seorang yang tidak bertanggungjawab. Dia kecewa Encik Mustakim dan ibunya
sanggup meninggalkan Rasylan begitu sahaja. Sebaliknya, dia cukup berterima kasih kepada Datuk Mustakim kerana mengambilnya
sebagai anak angkat. Nasihat Julia supaya Rasylan menerima encik Muaz diendahkan oleh Rasylan.

Julia menyatakan bahawa dia akan tetap bersama Rasylan walau apa keputusan yang Rasylan pilih. Bagi Rasylan janji yang dibuat oleh
Julia itu masih terlalu awal kerana dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Namun, Julia tetap menegaskan
bahawa dia akan berpegang teguh pada janjinya.

BAB 23

Apabila Julia samapi di rumah , suasana rumahnya kelihatan lengang. Papa dan Mak Cik Aisyah telah pergi ke rumah Mak Cik Aisyah
di Singapore. Julia berasa gembira menunggu saat kelahiran adiknya tidak lama lagi. Papa kini semakin bersemangat untuk menjalani
kehidupan.

Semasa duduk-duduk di ruang tamu, Mak Cik Aisyah bertanyakan masalah Julia. Julia menceritakan masalah hubungan cintanya
dengan Rasylan. Julia bertanyakan sama ada ibu tirinya pernah menghadapi masalah seperti itu. Mak Cik Aisyah menyatakan bahawa
papalah orang yang dicintainya di universiti. Mak Cik Aisyah menasihati Julia agar sabar menghadapi karenah teman lelakinya kerana
perasaan cemburu merupakan perkara biasa dalam hubungan.

Perbualan mereka terhenti apabila papa memberitahu bahawa Rasylan menelefon Julia. Julia yang pada mulanya enggan menjawab
panggilan tersebut dinasihati papa supaya menyelesaikan masalah antara mereka secepat mungkin. Rasylan mengajak Julia keluar tetapi
Julia menolak.

Selesai sembahyang maghrib, Julia dan pap ke bilik mama. Tanpa disangka, mama membuka matanya, menggerak-gerakkan jarinya
dan mulutnya kelihatan terkumat-kamit seolah-olah cuba mengucapkan sesuatu. Papa dan Julia berasa gembira dengan perkembangan
mama. Namun, kemunculan Aisyah menghairankan mama. Papa memperkenalkan Aisyah kepada mama dan menerangkan bahawa
dia merupakan isteri keduanya.

Mama sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Dalam tangisannya, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Papa tidak dapt
menahan air matanya atas pemergian mama. Bagi Julia, papa betul-betul telah tewas akibat kehilangan isteri kesayangan.

Anda mungkin juga menyukai