Anda di halaman 1dari 13

Acara trek

Lari pecut
Disediakan oleh:
Rabiatul Adawiyah Bt Zulkipli
Nurul Asyikin Bt Shamsuddin
Elina Zaliha Bt Mahizan
Ain Syazwani Bt Haron
Nur Atiqah Bt Ismail
Permulaan
Keadaan berdiri
- Berdiri dengan satu kaki di hadapan yang
lagi satu.
- Bengkok/condong sedikit ke hadapan.
- Tangan hendaklah dalam keadaan sedia
untuk bergerak.
- Bagi mendapatkan permulaan yang
pantas dan kukuh, mestilah mempunyai
keberatan badan yang cukup di atas kaki
belakang.
Gaya dekam
• Daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri,
rendahkan badan, melutut dengan kaki
belakang dan kedua – dua tangan menyentuh
tanah.
• Terdapat tiga jenis gaya dekam iaitu :
gaya peluru
gaya sederhana
gaya panjang
Gaya peluru
• Kedua – dua belah kaki dirapatkan
• Hujung kaki belakang ditempatkan selari
dengan bahagian tumit di hadapan.
Gaya sederhana
• Lutut kaki belakang selari dengan hujung
hujung kaki hadapan.
Gaya panjang
• Sesuai untuk peserta – peserta tinggi.
• Lutut kaki belakang adalah selari dengan
bahagian tumit kaki hadapan.
Ke garisan menggunakan ‘starting
block’
• Berdiri dengan kedua – dua ibu jari kaki di atas
garisan, membongkok, letakkan tangan ke
tanah di hadapan garisan.
• Letakkan kaki belakang di atas ‘starting block’
belakang dengan lutut mencecah tanah.
• Letakkan kaki hadapan di atas ‘starting block’
hadapan.
• Letakkan kedua – dua tangan di belakang
garisan lebih kurang seluas sukatan bahu
antara kedua – dua tangan itu
Sedia
• Gulingkan bahu ke hadapan sehingga ia ke
hadapan sedikit dari kedua – dua tangan.
• Angkat pinggang sehingga ia tinggi sedikit dari
paras bahu.
• Tukarkan berat badan ke kedua – dua tangan.
• Kedudukan kepala biarlah tetap dan mata
mestilah ke hadapan garisan permulaan.
Mula
• Hayun tangan semakin dekat ke kaki yang
dihadapan dan tangan yang lagi satu itu
hayunkan ke belakang dengan kuat dan
pantas bagi memulakan pergerakan tangan.
• Tolak dengan kuat sekali pada ‘starting block’
dengan kedua – dua belah kaki.
Mulaan di bahagian selekoh lorong
larian
• ‘Starting block’ hendaklah di pasang secara
bersudut.
• Cara ini membolehkan pelari tersebut
bergerak dengan lurus ke bahagian dalam
lorong larian.
Menamatkan perlumbaan
• Menuju ke garisan penamat,seorang pelari
tidak galakkan melompat ke garis
tersebut,sebaliknya die hendaklah berlari tanpa
mengurangkan kepantasannya. (lari terus
melintasi garisan penamat)
• Apabila tiba di garisan penamat, pelari
dikehendaki mendepakan tangan kebelakang
dan bahagian badan (torso) digerakkan ke
hadapan.
• Gaya menunduk bahagian kepala apabila tiba
di bahagian penamat.
• Gaya memusingkan sebelah bahu ke hadapan
pada saat akhir apabila tiba ke garisan
penamat.
Tamat

Anda mungkin juga menyukai