√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
Tarikh: Tarikh:
Tandatangan : ............................................................
Tarikh :
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PERDANA
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN(KEJ. AWAM, KEJ.
ELEKTRIK, KEJ. JENTERA DAN KEMAHIRAN HIDUP)
DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : .......................................................................
Tarikh : ......................................................................
iii
DEDIKASI
Sekian, Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala
pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah
s.a.w.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada bekas penyelia saya, Encik Mohd
Mohsin Uzir yang juga telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
saya semasa menyiapkan Projek Sarjana Muda satu.
ABSTRAK
ABSTRACT
This study was carried out to identify factors involve which influences level
of proficiency in communication skill among fourth year mainstream students who
are taking the course in Bachelor of Technology with Education (Civil Engineering,
Electrical Engineering, Mechanical Engineering and Living Skill) at Universiti
Teknologi Malaysia. Factors that have been studied are family, peer, learning in
class, culture and mass media. A set of questionnaire consisting of 25 items were
given out to 103 fourth year mainstream students who are taking the course in
Bachelor of Technology with Education (Civil Engineering, Electrical Engineering,
Mechanical Engineering and Living Skill) at Universiti Teknologi Malaysia. The
data were analyzed using Statistical Package for the Social Sciences version 11.5. A
pilot survey was conducted to test the reliability of the questionnaires among 10
fourth year students in Faculty of Education. The alpha cronbach score was α = 0.91.
The data then were analyzed for mean, frequency, and percentage value. The result
of the study showed that family was the highest factor that influences respondents’
level of proficiency in communication skill, followed by learning in class, culture,
and lastly was mass media.
vii
KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
viii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 10
1.6.2 Fakulti Pendidikan UTM 11
1.6.3 Ibu Bapa 11
1.6.4 Pelajar 11
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Faktor 12
1.8.2 Mempengaruhi 13
1.8.3 Penguasaan 13
1.8.4 Kemahiran Komunikasi 13
1.8.5 Pelajar 14
1.8.6 Rakan Sebaya 14
1.8.7 Media Massa 15
1.8.8 Keluarga 15
1.8.9 Budaya 15
1.9 Penutup 16
2.1 Pengenalan 17
ix
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Tempat Kajian 40
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Soal selidik terbahagi kepada 2 bahagian 41
( Bahagian A dan B)
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan 45
3.8 Analisis Data 46
3.9 Prosedur Kajian 47
3.10 Penutup 48
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis latar belakang responden 50
4.2.1 Jantina 50
x
4.2.2 Bangsa 50
4.2.3 Kursus 51
4.3 Analisis data bahagian B 52
4.3.1 Analisis data persoalan kajian 1 54
4.3.2 Analisis data persoalan kajian 2 56
4.3.3 Analisis data persoalan kajian 3 59
4.3.4 Analisis data persoalan kajian 4 61
4.3.5 Analisis data persoalan kajian 5 64
4.4 Rumusan keseluruhan analisis data 65
4.5 Penutup 67
5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan 70
5.2.1 Rumusan latar belakang responden 70
5.2.2 Rumusan keseluruhan bagi persoalan kajian 71
5.3 Perbincangan 71
5.3.1 Latar belakang responden 72
5.3.2 Faktor keluarga 72
5.3.3 Faktor rakan sebaya 75
5.3.4 Faktor pembelajaran dalam kelas 78
5.3.5 Faktor budaya 80
5.3.6 Faktor media masa 83
5.4 Cadangan 85
5.4.1 Cadangan kepada UTM 85
5.4.2 Cadangan kepada ibubapa 85
5.4.3 Cadangan kepada pelajar 86
5.4.4 Cadangan kajian lanjutan 86
5.5 Penutup 87
xi
RUJUKAN 88
Lampiran A-C 93
xii
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di dalam zaman era globalisasi ini, semua negara di seluruh dunia sedang
bersaing untuk mencapai kemajuan negara melalui sektor ekonomi, sosial dan
politik. Oleh yang demikian, perintis pemimpin sesebuah negara perlulah
mempunyai tahap akademik yang tinggi dan kemahiran tambahan yang bermanfaat.
Kemahiran tambahan yang dimaksudkan ialah kemahiran generik. Kemahiran
generik amat penting dan perlu ada dalam diri seseorang individu untuk menjadi
seseorang yang berjaya terutamanya para graduan universiti.
Menurut Yg. Bhg. Datuk Naib Canselor UTM Datuk Prof. IR. Dr. Mohd
Zulkifli selain daripada kemahiran dari aspek teknikal dalam bidang pengkhukhusan
masing-masing, kemahiran generik merupakan antribut yang amat perlu dikuasai dan
diamalkan oleh graduan universiti, khususnya di era persaingan global yang
berasaskan pengetahuan atau k-economy ini. Sehubungan dengan itu beberapa
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan telah mula melaksanakan usaha
penerapan kemahiran generik ini secara terancang (Buletin P&P Versi Elektronik
Edisi 1 Jun 2004).
2
Dalam artikel Buletin P&P Versi Elektronik Edisi 1 Jun 2004 menyatakan
kemahiran yang meliputi aspek teknikal dan generik merupakan asas yang paling
praktikal dan berkesan dalam reka bentuk, pembangunan dan perlaksanaan
kurikulum sesebuah program akademik. Kurikulum berasaskan kemahiran-
kemahiran ini juga lazimnya digunakan sebagai asas bagi proses pengiktirafan dan
akreditasi oleh badan profesional dan juga Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Begitu juga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
setiap subjek yang diajar di UTM menerapkan kemahiran generik. Secara umumnya
terdapat tujuh kemahiran generik yang di terapkan ke dalam diri pelajar di UTM
iaitu:
Para majikan pada masa kini amat menitikberatkan kemahiran generik atau
kemahiran insaniah semasa membuat pemilihan pengambilan para pekerja mereka.
Ini adalah untuk memastikan pekerja mereka mampu untuk memberi sepenuh
perhatian dan komitmen semasa di alam pekerjaan nanti (Hasnah, 2006).
Pada masa kini isu pengangguran banyak di kaitkan dengan masalah graduan
universiti yang kurang penguasaan dalam kemahiran generik. Tahap penguasaan
mereka terhadap penguasaan kemahiran generik lemah. Ini termasuklah kemahiran
komunikasi yang sering dititikberatkan oleh majikan. Ini di sokong dengan
kenyataan Nurul Najmi (2007) yang menyatakan tahap penguasaan kemahiran
generik di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan adalah
lemah semasa menjalani latihan industri.
Menurut YB. Datuk Abdul Rahman Bakar (2006), hasil kajian oleh Majlis
Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada September 2005 hingga Oktober 2005
menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan masalah pengangguran
di kalangan graduan iaitu tiada pengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris
dan bidang pengajian tidak sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan. Ini
menunjukkan kemahiran komunikasi juga merupakan salah satu kemahiran generik
yang amat penting dalam memenuhi kehendak majikan.
Ini turut di sokong dalam Harian Metro (2 April 2005) menyatakan sikap,
personaliti kurang menarik, gagal menguasai bahasa Inggeris dan berkomunikasi
dengan baik menyebabkan ramai graduan menganggur dan mereka sukar diterima
bekerja kebanyakan majikan.
Menurut Saodah Wok et.al (2003) menyatakan keluarga adalah unit asas
organisasi tetapi ia juga adalah unit terpenting dalam pembangunan masyarakat.
Kemahiran berkomunikasi dalam sebuah keluarga amat penting kerana daripada
keluarga yang akan mempengaruhi kemahiran komunikasi seseorang individu.
Kanak-kanak daripada keluarga yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang
baik atau lebih matang dan tidak takut-takut untuk bertanya tentang sesuatu perkara
dan menyuarakan pendapat mereka. Kemahiran ini penting untuk masa depan
mereka sebagai bakal seorang pekerja.
Menurutnya beliau lagi, media massa juga merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi kemahiran berkomunikasi seseorang. Untuk belajar bahasa Inggeris
dengan betul, media massa mungkin digunakan untuk menimbulkan suasana yang
begitu bermakna sekali dalam drama-drama televisyen yang diminati. Faktor budaya
juga mempengaruhi kemahiran berkomunikasi seseorang individu. Seseorang
individu akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan individu lain
yang mepunyai budaya yang berlainan.
Selain itu, komunikasi interpersonal juga berhubung dengan rakan sebaya dan
hubungan antara persahabatan. Ini menunjukkan rakan sebaya juga merupakan
faktor yang mempengaruhi kemahiran berkomunikasi seseorang individu. Sama juga
seperti faktor budaya tadi, jika kita memilih rakan yang mempunyai tahap
penguasaan kemahiran berkomunikasi yang rendah, maka ia mungkin akan
mempengaruhi kemahiran berkomunikasi seseorang.
Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi
Malaysia.
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera dan
Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia.