Anda di halaman 1dari 14

-akramstyle-

HUKUM TAJWID

QALQALAH

QALQALAH SUGHRA

Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.

Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.

QALQALAH KUBRA

Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada


huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu
(bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf
(berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.

QALQALAH AKBAR

Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah
yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun
pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan
wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

1
-akramstyle-

NUN SAKINAH DAN TANWIN

IQLAB

Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.


Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada huruf yang
lain.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu Ba', maka
hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan disertai suara
"Ghunnah" (dengung) dengar kadar panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun
Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan
Ba' ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.

 Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir.


 Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar, Istifal, Infitah,
Idzlaq dan Ghunnah

2
-akramstyle-

IDGHAM

IDGHAM terbahagi kepada 2.

IDGHAM BILA GHUNNAH

Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam.

Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin
dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan
Idgham Bila Ghunnah. Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah
(dengung).

IDGHAM MA'AL GHUNNAH

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf Idgham
Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah. Maka ia dibaca
dengan disertai ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat.

3
-akramstyle-

IKHFA' HAQIQI

Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa' Nun Sakinah
atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat
(peringkat):

1. Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf
To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun
Sakinah.
2. Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada
huruf Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha' dan Fa' kerana
makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan
martabat terendah) Nun Sakinah.
3. Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan
kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah.

Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf pembukaan surah
seperti yang disenaraikan di bawah ini:

o Surah Maryam: 1
o Surah al-Syura: 2
o Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2).

Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada dua keadaan:

o Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-


huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti huruf Shad, Dhad, To', Zha',
dan Qaf).
o Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-
huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la' iaitu selain dari huruf-huruf yang
telah disebutkan di atas).

MIM NUN BERSABDU


4
-akramstyle-
MIM BERSABDU

Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun dan kedua berbaris.
Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya
membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib
dibaca secara Ghunnah (menzahirkan dengungnya) dengan kadar dua harakat.

NUN BERSABDU

Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang pertama sukun
dan yang kedua berbaris

HUKUM MAD

MAD FAR'IE
Mad Far'ie terbahagi kepada 8.

Mad 'Aridh Lil Sukun

Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas
huruf Mad ketika waqaf.
5
-akramstyle-
Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu
martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf
sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad
Lazim.

Mad Badal

Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan
tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada
Hamzah.

Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah
pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:
a. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
b. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
c. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
d. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').

Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

Mad 'Iwad

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada
huruf Ta' Marbutah.

Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi
kerana waqaf.

6
-akramstyle-

Mad Jaiz Munfashil

Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah
iaitu ketika wasal sahaja.

Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat


membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil
kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.
Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua
keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran:
1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan
Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.
2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan
Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah.
Keadaan ini berlaku pada dua situasi:
a. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang
dimulai dengan Hamzah.
b. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

Mad Liin

Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika
waqaf sahaja.

Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.

Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar
2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun

7
-akramstyle-

Mad Silah Qasirah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah,
sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang
berbaris.

Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak
ada hamzah qat'ie.

Mad Silah Towilah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah,
sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang
berbaris.

Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha'
terdapat Hamzah Qat'ie

8
-akramstyle-

Mad Tamkin

Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya' yang pertama
mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun.

Mad Asli

Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.

Mad Asli terjadi apabila:

a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.


b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan.
c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

Perhatian:

Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan
dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan
ketika wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad.

HUKUM HAMZAH

9
-akramstyle-
PECAHAN HUKUM HAMZAH

Hamzah Qat'ie

Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan dengannya
atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini
mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh
menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-tiga jenis
kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah
Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu:
1. Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
2. Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau
sukun (mati).
3. Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau
sukun (mati).

Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan:


1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz 'Aajami'
surah Fussilat: 44.
2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah
wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti
pada lafaz 'Utumina' surah al-Baqarah: 283

Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie.

1. Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan huruf
alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau
hadapan.

 2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:

 Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas
maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris
bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris
hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun
kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif
sebagai rumah.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan
huruf Ya' sebagai rumah.
 Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan
huruf wau sebagai rumah.

      3. Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa
keadaan juga iaitu:
 Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia
ditulis dengan huruf alif sebagai rumah.
 Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka
ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
 Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan
maka ia ditulis dengan huruf wau.

2. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka
ia ditulis bersendirian tanpa rumah.

10
-akramstyle-

Hamzah Wasal

Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan
tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah.

Tanda:

Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya secara nyata
sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan kepala shad kecil di atasnya.
Ia terdapat pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja

LAM TA'ARIF

PECAHAN LAM TA'ARIF

Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi)

Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi. Diidghamkan Lam Ta'rif
apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf
iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal, Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun.

Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:

1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan dengung):Ia terjadi apabila


Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun.
2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia terjadi apabila
Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-huruf Syamsiah selain Nun.

11
-akramstyle-

Sebab-sebab Idgham:

1- Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat.
2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang mutaqariban.

Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)

Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam Ta'rif apabila
bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-huruf Qamariah itu ada empat
belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha',
Hamzah dan Ya'. Ia dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada
Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam dan Huruf
Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan.

MIM SAKINAH

IKHFA' SYAFAWI

12
-akramstyle-
 Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf Ba', maka wajib dibaca dengan
Ikhfa' dan ghunnah dengan kadar 2 harakat.
 Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua
bibir.
 Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.

IZHAR SYAFAWI

 Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah selain dari huruf
Ba' dan Mim maka hukum bacaannya adalah Izhar.
 Dibaca dengan tidak disertai ghunnah (dengung).
 Di namakan Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara dua bibir.

TAFKHIM DAN TARQIQ

LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ

Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului dengan huruf yang
berbaris bawah

13
-akramstyle-

PECAHAN HUKUM RA'

Ra' Tarqiq

Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu:

1. Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung kalimah.
2. Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang). Contoh: Surah Ibrahim:
44
3. Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di tengah atau di
hujung kalimah.
4. Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya Huruf Ist'ila'
dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah Nuh: 1
5. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga sukun (selain
daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin) dan huruf sebelumnya lagi
berbaris bawah.
6. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad.
7. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin.
8. Ra' yang diimalahkan.

Reff: http://qump.bluehyppo.com/tafsir/tajwid.htm

14

Anda mungkin juga menyukai