Anda di halaman 1dari 2

Rinitis 

Pengenalan
Rinitis adalah satu keadaan di mana seseorang merasa sesak nafas dan atau hidung berhingus,
gatal-gatal dan bersin yang menyebabkan ketidakselesaan (irritation) dan rasa hidung
tersumbat. Terbahagi kepada akut dan kronik Rinitis. Jika gejala lebih dari enam minggu ia
diklasifikasikan sebagai kronik. Rinitis kronik boleh dibahagikan kepada alahan dan tiada
alahan rinitis.

• Rinitis bukan alahan: Gejala tiada alahan rinitis adalah sama dengan demam selesema
(alahan rinitis), tetapi tidak melibatkan alahan. Ia biasanya berlaku dalam masa yang
panjang.

• Rinitis alahan: alahan disebabkan tindak balas kepada ubat gegat, habuk rumah, bulu
binatang, bahan kimia, makanan, minyak wangi atau pewangi kereta . Tubuh badan kita
bertindakbalas kepada alergen yang kerap dikawal oleh sel tiang. Tiang sel mengeluarkan
histamine yang menyebabkan pengembangan salur darah, kulit kemerahan dan membran
membengkak. Apabila ini berlaku di dalam hidung, gejala alahan rinitis terjadi.

• Rinitis Vasomotor (Idiopathik/ rhinitis perengga) adalah disebabkan tindak balas oleh
membrane hidung kepada gangguan seperti asap, perubahan suhu dan stres. (Lain-lain
sebab rinitis kronik adalah hidung tersumbat seperti nasal polyps, pembesaran adenoids
dan penyimpangan septum yang menghalang aliran hingus dan pergerakan udara.
Kadangkala ubatan juga boleh menjadikan rhinitis alahan, rinitis vasomotor atau
penyimpangan septum bertambah teruk. Penggunaan nasal decongestants yang terlalu
lama boleh menyebabkan rinitis menjadi teruk. Sesetengah ubat tekanan darah seperti
beta blockers dan vasodilators boleh menyebabkan rinitis.

• Perubahan hormon semasa mengandung boleh menyebabkan Rinitis Keadaan akan pulih
selepas kelahiran.

Tanda dan Gejala


Gejala Rinitis termasuk bersin dan selesema, hidung tersumbat dan gatal-gatal hidung,
lelangit dan telinga, mata pedih, gatal-gatal dan sakit kepala.

Komplikasi
Dalam keadaan yang teruk dan berlarutan tiada alahan, komplikasi yang mungkin berlaku
seperti:

• Nasal polyps. Terdapat tumbuhan benigna yang lembut terjadi pada lapisan hidung
atau sinus disebabkan radangan kronik. Polyps yang kecil tidak menyebabkan
masalah tetapi yang besar akan menyekat peredaran udara melalui hidung dan susah
untuk bernafas .

• Resdung Hidung tersumbat yang berpanjangan disebabkan rinitis bukan alahan boleh
meningkatkan terjadinya sinusitis - jangkitan atau radangan pada lapisan membran
sinus. Sinusitis boleh menyebabkan kesakitan. Sakit apabila disentuh dan bengkak di
sekeliling mata, pipi, hidung atau dahi.

Rawatan
Perubatan (Medical)

• Anti-histamines: Dapat memberi kelegaan kepada gejala yang sedikit dan sederhana.
• Antihistamines yang mempunyai kesan yang berpanjangan dan kurang menyebabkan
mengantuk adalah bersesuaian.
• Decongestants: Membantu mengurangkan gejala seperti hidung tersumbat.
• Corticosteroids: Biasanya dalam bentuk semburan hidung dapat mengurangkan
tindakbalas imun. Ia diprekripsi untuk mengurangkan kekerapan gejala.

Pembedahan(Surgical)

Rinitis disebabkan masalah keadaan seperti polyps hidung, adenoids bengkak dan
penyimpangan septum boleh dibetulkan dengan pembedahan.

Pencegahan
• Mengelak daripada alergen adalah rawatan yang paling baik dalam rhinitis alahan dan
rinitis vasomotor.
• Cuba elak daripada binatang kesayangan, permaidani dan tentukan rumah sentiasa
tiada habuk.
• Jangan merokok dan pilih kawasan yang bebas daripada asap. Mustahil dapat
mengelakkan sepenuhnya dari kawasan penyebab alahan tetapi ia boleh
mengurangkan daripada serangan baru rinitis.

Pemulihan
Dalam keadaan yang teruk atau susah merawat rinitis alahan, pesakit perlu dirujuk kepada
pakar alahan untuk penilaian terapi imuno. (Penambahan dos penyebab alahan untuk
meningkatkan tahap ketahanan imun.

Semakan Akhir : 22 April 2008

Anda mungkin juga menyukai