Anda di halaman 1dari 2

KURSUS KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1 LAMPIRAN 3

MINIT CURAI

Kepada: Guru Besar SK Penghulu Andin

Daripada: PUAN HAIRUL NIZA BINTI AHMAD


Perkara: Kursus KSSR Pendidikan Muzik Tahun 1

Tarikh : 8- 9 November 2010


Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru SK Sarikei

1. LATAR BELAKANG KURSUS

Kehadiran :
Kursus oleh guru Muzik daripada Sekolah Kebangsaan
di Daerah Sarikei.
Fasilitator : 1. En. Jamakuddin B. Ahmad
2. En.Sempuri Enteri
3. En. Ahswandi Bin Johny

Tujuan :
Pendedahan kepada Pelaksanaan KSSR Pendidikan Muzik Tahun 1

Matlamat Pelaksanaan KSSR Pendidikan Muzik :

Kurikulum Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan
insan kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

Objektif :

i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat
muzik,

ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,

iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat
muzik,

iv. membaca dan menulis notasi muzik,

1
KURSUS KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1 LAMPIRAN 3

v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal
karya muzik yang didengar; dan

vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

2. ISU ATAU MAKLUMAT PENTING

2.1 FOKUS MATA PELAJARAN


Kurikulum Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum berikut;
Modul Pengalaman Muzikal
Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan
alat muzik.
Modul Penghasilan Muzik
Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran
dan pembelajaran.
Modul Apresiasi Muzik
Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik
daripada pelbagai budaya.
Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi
muzik.

3. MAKLUMAN/TINDAKAN PENTING

3.1 Pengajaran dijalankan berasaskan Modul Pengajaran Muzik yang dibekalkan .


3.2 Pengajaran berpandukan senarai lagu dalam CD yang dibekalkan.
3.3 Contoh Format Rancangan Mengajar:
(Rujuk muka surat 96 :Modul pengajaran Muzik )
3.4 Bahan yang dibekalkan :
i.CD Kursus KSSR Muzik Tahun 1
ii.CD vokal dan Insrument
iii.CD Pendengaran dan pentaksiran.
iv.Modul Pengajaran Muzik Tahun 1
v.Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Disediakan oleh,
Puan Hairul Niza Ahmad

Tarikh:30 Disember 2010

Anda mungkin juga menyukai