Anda di halaman 1dari 10

DEFINISI KELOMPOK

• Definisi Umum

Kamus Dewan : Kelompok ialah himpunan (beberapa orang,


binatang dan lain-lain), kumpulan (yang kecil jumlahnya, bilangannya
dan sebagainya)

• Definisi khusus

KK merujuk kepada kelompok yang mementingkan interaksi,


mempunyai fungsi dan matlamat tertentu.

• Kepentingan kelompok
Kelompok merupakan satu entity yang berpengaruh untuk
perkembangan diri individu, pembentukan tingkah laku, nilai dan
norma hidup, potensi dan sikap manusia.Ini kerana manusia hidup
secara berkelompok.Saling memerlukan di antara satu sama lain.
Keperluan fizikal dan psikologikal dipenuhi melalui kelompok.

DEFINISI PAKAR

1. satu proses yang menghubungkan individu dalam


sekumpulan orang secara dinamik tentang tingkahlaku dan
pemikiran yang ditimbulkan yang melibatkan fungsi-fungsi
terapi (pemulihan) seperti usaha mengesahkan dan
memperaku kenyataan, meluahkan perasaan, saling
percaya mempercayai, mengambil berat, persefahaman,
penerimaan dan sokongan. Semua fungsi terapi ini
digunakan dalam sebuah kelompok kecil dengan berkongsi
masalah peribadi bersama rakan sebaya.
(Mohammad Fadzil Che Din, 1997)
2. Satu pertolongan soisal dan psikologikal secara menyeluruh
yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku / mendapat
perubahan baru dalam tingkah laku seseorang individu serta
penyesuaian dirinya dengan alam semulajadi
(Dyer dan Vriend 1973)

3. Orientasi permasalahan dan proses pemulihan yang mana


seseorang itu dirasionalkan kembali mengikut kehendak
ramai / norm kelompok majoriti.
(Carl Roger -1970)

KELEBIHAN KAUNSELING KELOMPOK


1. kaunselor boleh memberikan khidmatnya yang lebih
berkesan dan klien yang lebih ramai

2. Kaunseling kelompok boleh menyediakan hubungan


sosial antara peribadi untuk menyelesaikan masalah-
masalah antara peribadi

3. klien berpeluang melatih diri dengan tingkahlaku baru

4. membolehkan klien meletakkan masalahnya dengan


tanggapan dan memahami bahawa ada persamaan
dan kelainan dengan individu lain

5. seseorang klien boleh menjadi pembantu dan


pendorong yang baik kepada ahli-ahli lain

6. klien dapat mempelajari kemahiran komunikasi antara


peribadi
7. klien diberi peluang memberi sumbangan/pertolongan
daripada cuma bergantung kepada penerimaan
pertolongan semata-mata

RUMUSAN

kk akan membuka jln kpd ind mengubah sikap dan tingkahlaku,


mengikut nilai dan tanggapan asal kelompok. Kk dpt bantu ind
sesuaikan diri dlm era baru secocok dgn norma kelompok

MATLAMAT KAUNSELING KELOMPOK


1. menjadi lebih terbuka dan jujur dengan pilihan orang lain

2. mengurangkan kepura-puraan dan berlagak (yang boleh


menghalang kemesraan)

3. bergerak ke arah keaslian dan kemurnian

4. membebaskan diri dari tunduk kepada dorongan luar


seperti “mesti”, “harus” dan “hendaklah”.

5. mempelajari bagaimana mahu mempercayai diri sendiri


dan diri orang lain.

6. menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar


untuk mengurangkan tarik diri’

7. menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri


seseorang

8. menyedari orang lain juga berjuang dan berhempas pulas


9. mengenalpasti nilai-nilai seseorang itu dan membuat
keputusan sama ada untuk mengekalkan ataupun
bagaimana untuk memperbaikinya lagi

10. untuk menjadi lebih sensitif terhadap keperluan dan


perasaan orang lain

JENIS KEAHLIAN KK
• KANAK-KANAK
• REMAJA
• PELAJAR MAKTAB/ UNIVERSITI
• ORANG TUA/ PESARA
• AIDS
• ROKOK
• AGAMA
• WANITA/ IBU TUNGGAL
• BAPA TUNGGAL

PEMILIHAN KEAHLIAN DALAM KK


PEMILIHAN AHLI KELOMPOK

• Minat yang sama

• Umur sebaya

• Permasalahaan yang sama

• Latar belakang yang sama

• Bilangan ahli antara 8- 12 orang


JENIS-JENIS KELOMPOK

A. KELOMPOK BIMBINGAN

Aktiviti kumpulan yang memfokuskan kepada menyedia dan


menyebarkan maklumat melalui aktiviti terancang. Cth: orientasi
pelajar, Hari Kerjaya, lawatan dll

B. KELOMPOK KAUNSELING
Sebagai satu proses penyesuaian diri dengan menggunakan
pengalaman-pengalaman dalam kelompok sebagai penggalak
perkembangan diri ahli. Kaunseling kelompok memberi foKus
kepada menolong ahli untuk mengatasi kebimbingan yang dihadapi
seharian

C. KELOMPOK PSIKOTERAPI
Memberi fokus kepada pemulihan seperti trauma, misalanya
kelompok terapi PTSD untuk mangsa-mangsa tsunami, insiden 911
di Amerika Syarikat.
FAKTOR MENENTUKAN KEBERKESANAN
KAUNSELING KELOMPOK
1. Kondusif /teraputik
- tempat selesa
- kaunselor itu sendiri

2. Kemahiraan pemudahcaraan

a. kemahiran personhood
- percaya kepada proses
- menjadi model
- layanan
- penerimaan
- terus terang
- ikhlas
- sabar
- daya tahan

b. kemahiran teknikal
- memimpin
- mendengar
- refleksi
- konfrantasi
- merumus

3. Pendedahan kendiri

kesanggupan ahli membuat pendedahan kendiri akan:


* membolehkan ahli mengetahui dan menerima sifat-sifat
dirinya yang dahulunya tidak disedari dan ditolak.
* Berupaya menyatakan perkara yang merungsingkan dan
tidak lagi memendam rasa di hati

4. Ketulenan ahli
- ke dalaman pendedahan diri ahli banyak bergantung
kepada taraf kepercayaan mereka antara satu sama lain
- Jika ahli merasa selesa dan selamat sesama sendiri,
mereka akan memberi maklum balas yang jujur tentang
persepsi mereka terhadap rakan-rakan lain dalam
kelompok apabila mereka berinteraksi
- Dapat mengurangkan kepura-puraan ahli

5. Personhood pemudah cara


- menerima tanpa syarat
- tidak menghukum
- ketulenan (tidak berpura-pura)
- empati
- lisan (Bahasa, nada suara, bentuk soalan). Bukan
lisan(penerimaan-senyum,bersalaman, berpelukan dsb
mengikut budaya; konteks mata: jarak yang sesuai;
mengikut budaya dan jantina.
- Keselesaan mood ketika bertemu
- Air muka (memek muka yang sesuai)
- Pakaian yang sopan/sesuai
- Suasa kondusif
- Respon yang minimum(angguk, emm…, dll)

6. Penglibatan
- konsep terapi dalam kaunseling kelompok ialah sebagai
satu proses pengalaman diri yang penuh emosi dan
membolehkan ahli melihat kembali pengalamannya
sebagai pengajaran
- Penglibatan ahli sangat penting. Ahli kelompok juga boleh
mendapat pengajaran dari maklum balas dari ahli lain
dalam kelompok.

7. keterbukaan ahli
- sanggup berkongsi
- sanggup menerima
PERINGKAT PERKEMBANGAN DALAM
KAUNSELING KELOMPOK

Fasa 1 ( Peringkat permulaan / orientasi )

• ahli berkenalan antara satu sama lain

• cuba elakkan usaha menyembunyi personaliti sebenar


• hanya menyatakan sifat-sifat yang dirasakan selamat dan
diterima
• masih takut terutama penolakan ahli

• peranan kaunselor lebih kepada pemudahcara / fasilitator

• perlu jelas dengan persoalan yang timbul dalam kelompok


dan faedah yg akan diperolehi dalam proses KK

• ahli cuba menilai ahli lain. Persoalan juga timbul samada


diterima, dihormati dan sebagainya.

• ahli akan seboleh mungkin berusaha untuk diterima dengan


menunjukkan interaksi yang positif dan menyembunyi yang
negative
• pupuk rasa bersatu padu dan identity sebagai satu kumpulan.
• lebih suka memberi nasihat
• tidak tertumpu kepada kaunselor
• gaya perhubungan yang lebih terbuka
• terdapat ahli kelompok yang terpencil melainkan kaunselor
dapat menggalakkan ahli terlibat

Fasa 2 (Konflik dan Konfrantasi)


• timbul rasa tidak puas hati. Perasaan marah dan tidak
puashati dinyatakan secara terus terang

• ahli menganggap kaunselor tidak melakukan tugas


sebagai ketua. Ahli terlalu meletak jangkaan yang tinggi
terhadap kaunselor untuk memimpin dan memberi
penyelesaian terhadap masalah mereka

• perhubungan di antara ahli juga tidak begitu mesra dan


masih berperangsangka. Terasa terancam dan tidak
pasti penerimaan ahli lain.

• Peringkat ini paling sukar

Fasa 3 (Perkembangan dan Rasa Bersepadu)

• Ahli berasa selesa di antara satu sama lain.

• Mula timbul rasa kepercayaan dan rasa hormat- galak


ahli berkongsi perasaan dan pengalaman

• Rasa sepadu terbina

• Kedatangan amat menggalakkan dan ahli sangat


menjaga kebajikan ahli lain

• Ahli lebih terbuka mengemukakan pandangan dan


pendapat

• Ada ahli yang cuba mengambil initiative untuk menjadi


ketua
Fasa 4 (Hasil)
• Ahli berusaha ke arah pencapaian matlamat bersama
dan cuba memenuhi matlamat sendiri
• Pada peringkat ini ahli telah mempunyai kebolehan
untuk memimpin – kaunselor akan menjadi ahli biasa
sahaja
• Kaunselor hanya berperanan pada masa tertentu
sahaja
• Ahli sudah boleh berbincang secara terbuka, mengkritik
dan menilai kelakuan masing-masing
• Ahli berasa penglibatan mereka di dalam kumpulan
amat bermakna

Fasa 5 (Penamatan)

• Perlu dinyatakan dari awal agar semua ahli bersedia


• Mungkin timbul rasa panik di kalangan ahli
• Ahli agak rapat dengan kaunselor