Anda di halaman 1dari 26
KAJIAN KE ATAS ANALISA PEMINDAHAN HABA DAN KESANNYA DALAM PEMBANGUNAN ENJIN 4 LEJANG MOHD FIRDAUS BIN ABDUL RAHMAN Laporan ini liserahkan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Inovasi) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka Mei 2007 iii ABSTRAK. Enjin 4 lejang merupakan salah satu sistem pembakaran yang ada pada masa Kini. Terdapat 2 jenis enjin yang melibatkan pembakaran bahan api sama ada berlaku di luar enjin (dikenal sebagai enjin pembakaran luar) dan juga yang kedua melibatkan pembakaran bahan api di dalam enjin (dikenal sebagai enjin pembakaran dalam). Sistem penyejukan enjin sememangnya amat penting di dalam proses kitaran enjin. Ketiadaan sistem penyejukan enjin yang bagus dan efisyen akan menyebabkan sesebuah enjin itu akan mudah rosak dan dalam masa yang sama mempunyai jangka hayat yang pendek dan tidak tahan lama, Di dalam Projek Sarjana Muda ini menekankan terhadap analisa pemindahan haba yang terdapat pada enjin 4 lejang BABI PENGENALAN Sistem penyejukan enjin sememangnya amat penting di dalam proses kitaran enjin. Ketiadaan sistem penyejukan enjin yang bagus dan efisyen akan menyebabkan sesebuah enjin itu akan mudah rosak dan dalam masa yang sama mempunyai jangka hayat yang pendek dan tidak tahan lama. Setiap proses penyejukan yang terdapat pada enjin mempunyai kepelbagaian dari segi rekabentuk dan juga kesesuaian enjin tersebut. Sebagai contoh, enjin motosikal yang mempunyai kapasiti kuasa yang kecil hanya ‘memerlukan sistem penyejukan udara (semulajadi) iaitu hanya menggunakan sirip penyejuk. Manakala jika dibandingkan dengan kenderaan yang mempunyai kapasiti kuasa yang lebih besar seperti Kereta, ianya menggunakan sistem penyejukan cecair, Dapat dilihat di sini sistem penyejukan enjin bergantung kepada saiz.enjin dan juga haba yang dinyahkan daripada enjin semasa lejang pembakaran. Dalam dunia automotif yang semakin berkembang, pengeluar kenderaan terutamanya semakin hari semakin ingin menghasilkan sesuatu yang lebih baik bagi memuaskan hati pembeli. Persaingan yang sihat membolehkan tahap prestasi enjin yang mantap dengan adanya sistem penyejukan enjin yang bagus dihasilkan oleh pengeluar-pengeluar kenderaan. Oleh itu, Projek Sarjana Muda yang dilakukan merupakan salah satu cara untuk menambahbaik enjin 4 Jejang yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai