Anda di halaman 1dari 30

PEMIKIRAN DAN TAMADUN

ISLAM (CTU151)

Pengenalan Ilmu Ketamadunan


Islam Di Alam Melayu
Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia
Sistem Kekeluargaan, Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Isu-Isu Kontemporari Dunia Islam
PERISTILAHAN
 Pertama : Perkataan “Umran”.
 Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn
Khaldun dalam al-Muqaddimah abad 14M
 Perkataan ‘Umran berdasarkan kepada
Firman Allah s.w.t.
 Terjemahan: Dia lah Yang menjadikan kamu
dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki
kamu memakmurkannya. (Surah Hud:61).
PERISTILAHAN
Kedua : Perkataan “Hadarah”
 juga digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai
seerti dengan perkataan Umran.
 Hadarah bererti tinggal menetap dalam
sesebuah wilayah, daerah atau bahagian
ibu kota dan bandar.
PERISTILAHAN
Ketiga: Perkataan “Madaniyyah”
 Muhammad Firid Wajdi telah dalam
bukunya al-Madaniyyah Wal-Islam"
(Tamadun dan Islam) dalam tahun l899.
 Syekh Muhammad Abduh dalam bukunya
Al-Islam Wa-an-nasraniyyah Ma'al-'ilm Wa
al-Madaniyyah dalam tahun 1901.
 Muhammad Abduh menggunakan
perkataan ini dalam Tafsir al-Manar.
PERISTILAHAN
Keempat : Perkataan “Tamadun”
 Yang berakarkan perkataan Madaniyyah.
 penulis Arab, Jurji Zaidan dalam bukunya
yang berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam
(The History of Islamic Civilization).

DEFINISI TAMADUN
 Dr. Muhammad Baki: Tamadun ialah segala
usaha dan daya cipta yang membayangkan
secara khusus daripada manusia dengan
menggunakan akal, perasaan dan tingkah
laku.
DEFINISI TAMADUN
 Syed Muhammad Naqiub al-Attas :
Tamadun ialah keadaan kehidupan insan
yang bermasyarakat yang telah mencapai
taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi masyarakatnya.
DEFINISI TAMADUN
 Abu Bakar Hamzah : Tamadun ialah
sesuatu yang lahir dan kembang bersama-
sama dengan kehidupan manusia dan
perkembangan- perkembangan yang lahir
daripadanya, sama ada sesuatu yang
berupa niskala (abstrak) mahupun yang
berupa sekala (material).
KONSEP TAMADUN ISLAM
 Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang
telah diadun dalam bentuk antara bangsa.
 Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang
kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian,
dan ini termasuk juga senibina.
 Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina
adalah lahir daripada Tamadun Islam.
 Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam,
iaitu al-Quran dan al-Hadis
 Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan
keperibadian Islam yang terus berkembang untuk
memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia
keseluruhannya.
HUBUNGAN KEBUDAYAAN DENGAN
TAMADUN

Kebudayaan:
 Kebudayaan diertikan sebagai cara hidup.
 Kebudayaan Islam bererti cara hidup Islam.
 Kebudayaan Barat adalah cara hidup orang
Barat.
 Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam
mengikut apa yang terdapat di dalam al-
Quran dan al-Hadis Nabi s.a.w.
HUBUNGAN KEBUDAYAAN DENGAN
TAMADUN
Tamadun:
 Kemajuan dan pencapaian hidup manusia mempunyai
perkaitan dengan jasmani seperti pertanian, perkilangan,
perlombongan dan perindustrian
 Sistem yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah
mewujudkan keamanan, keadilan, serta kebenaran yang
dapat menegakkan disiplin dalam masyarakat seperti
peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan, harta
benda, dan hal-hal keluarga.
 Kemajuan hidup juga merupakan kebahagiaan yang
berkekalan dengan mengetahui hakikat diri dan alam
sekitar, perpindahan ke alam barzakh. Ini adalah juga
bersangkutan dengan pegangan dan kepercayaan dalam
kewajipan yang telah digariskan oleh Syariat Islam.
KELAHIRAN TAMADUN ISLAM

 Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun


610M, serentak dengan kelahiran agama Islam
dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
Rasul Allah.
 Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah
pada tahun 623M, di sana tertubuhnya sebuah
Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda.
 Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi
pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun
Islam
 Tamadun Parsi, Tamadun India, Tamadun Yunani,
Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi banyak
mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir.
Konsep Tamadun Barat
 Kebudayaan Barat adalah cara hidup Barat yang tidak
tunduk kepada peraturan-peraturan tertentu
 Orang Barat menganut agama Kristian tetapi kitab Injil
dalam bentuknya yang asli dan murni sudah tidak lagi
 Hal-hal agama yang berbentuk dasar pun terdapat
perubahan-perubahan
 Edward Burnett Taylor telah memasukkan
"kepercayaan" sebagai teras agama adalah sebagai satu
daripada ciri-ciri kebudayaan
 Berbeza dengan kebudayaan Islam yang dibentuk oleh
agama yang lahirnya kebudayaan adalah hasil daripada
agama itu sendiri.
Nilai--Nilai Universal Dalam Tamadun
Nilai

 Wujudnya persamaan antara Tamadun Islam dengan tamadun


dunia yang lain.
 Tamadun Islam turut mengandungi beberapa ciri yang terdapat
pada tamadun-tamadun lain
 Tamadun Islam tetap mementingkan beberapa ciri yang bersifat
material tersebut namun diseimbangkan dengan ciri khusus yang
menekankan aspek ruhaniah.
 Tamadun Islam menekankan aspek urbanisasi, revolusi pertanian,
pembentukan sistem pemerintahan dan pentadbiran,
perkembangan perdagangan dan sebagainya.
 Demikian juga tamadun dunia lain seperti Tamadun Lembah
Indus, Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mesir, Tamadun Greek,
Tamadun Rom dan sebagainya.
 Kewujudan tamadun-tamadun ini sangat bergantung kepada
kebolehan bangsa pembentuk tamadun tersebut. Keboleh bangsa
Arab adalah berpegang keapda al Quran.
Ciri--ciri universal dalam tamadun
Ciri

 Amalan beragama, pembandaran, pengkhususan pekerjaan,


inovasi teknologi dan penulisan.
 Edward L. Farmer berpendapat ciri-ciri tamadun iaitu
revolusi pertanian, penempatan kekal, stratifikasi sosial,
amalan beragama, urbanisasi, pengkhususan pekerjaan, inovasi
teknologi dan pengenalan sistem tulisan.
 M.A.J. Beg berpendapat ciri-ciri tamadun ialah adanya
◦ Penyebaran teknologi pertanian
◦ Penternakan yang mengubah tradisi kehidupan nomad
◦ Revolusi dalam perbandaran yang menekankan aspek
kemunculan bandar dan negeri,
◦ Stratifikasi sosial,
◦ Kewujudan sistem pengairan,
◦ Teknologi tembaga dan besi
◦ Sistem penulisan.
Ciri--ciri universal dalam tamadun
Ciri
 Kehidupan bandar (Ibn Khaldun)
 Jurzi Zaydan mengatakan memberi perhatian
kepada iaitu pemerintahan Islam termasuklah
sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam,
stratifikasi sosial, perkembangan ilmu sains dan
pendidikan, bangunan-bangunan yang mempunyai
ciri Islam dan kesenian Islam
 Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah
diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan
utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam.
 Bandar-bandar Islam ini telah berjaya
mengembangkan Islam dan ada ikatan dengan
ekonomi
Interaksi Antara Tamadun
Positif: Islam,Yahudi, Kristian
 Interaksi antara Tamadun Islam, Yahudi dan
Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah
Arab telah memberi beberapa kesan positif.
 Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah)
yang digubal oleh Nabi Muhammad (saw), di
Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta
penganut-penganut agama lain telah diberi
perlindungan.
 Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan
ahli intelektual daripada kalangan individu-individu
Yahudi dan Kristian.
Interaksi Antara Tamadun
Positif: India, Cina
 Interaksi antara Tamadun India dengan
Tamadun China telah memberi kesan positif
kepada kedua-dua tamadun.
 Agama Buddha disebarkan ke Negara China
melalui interaksi ini.
 Terdapat kemahiran teknologi membuat gula
daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China.
 Astronomi India turut diperkembangkan di
Negara China oleh ahli-ahli astronomi India.
Interaksi Antara Tamadun
Positif: Islam, China
 Interaksi Tamadun Islam dengan China yang
turut memperlihatkan kesan positif melalui
perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan
Parsi memainkan peranan penting dalam
interaksi ini
 Berlaku perkahwinan campur antara
pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita
tempatan.
 hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran
agama Islam di Negara China yang akhirnya
mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina.
Interaksi Antara Tamadun
Positif: Islam, Melayu
 Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu
telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui
perdagangan.
 Kesan positif yang penting tersebarnya agama Islam di
Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam
tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani,
Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi.
 Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang
Melayu.
 Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.
 Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,
kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab
yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Interaksi Antara Tamadun
Positif: China, Melayu
 Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun
Melayu melahirkan kesan positif dala kemahiran dan
teknologi serta kebendaan.
 Tamadun China membawa teknologi membuat gula
daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan
sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam.
 Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun
Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman
dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman
berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan
hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan
diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu
ialah zaman Kesultanan Melaka.
Interaksi Antara Tamadun
Positif: China, Jepun
 Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan
tulisan.
 Agama Buddha dari Negara China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
 Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan
dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto.
 Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama
Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa
zaman Nara dan Heian.
 Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan
penting yang dibawa oleh Tamadun China ke
Jepun. Sambungan>>>
Interaksi Antara Tamadun
 Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan
tulisan Jepun
 Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke
atas upacara-upacara tertentu di Jepun seperti
upacara minum the
 Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut
diasimilasikan dalam Tamadun Jepun.
 Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan
kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi
institusi keluarga Jepun.
 Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah
berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China
dalam Tamadun Jepun telahm emperkukuhkan identiti
Tamadun Jepun.
Interaksi Antara Tamadun
Negatif: Yahudi, Kristian, Islam
 Di Eropah misalnya hubungan antara orang-
orang Kristian dengan Yahudi telah
mengalami kemerosotan sejak awal lagi.
 Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini
menyebabkan berlakunya pembunuhan orang
Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9
dan ke-18 Masihi.
 Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-
faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan
ekonomi dan sosial.
Interaksi Antara Tamadun
 Islam dengan Kristian dalam Zaman
Pertengahan di Eropah.
 Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah
telah bertindak melancarkan beberapa siri
peperangan ke atas orang-orang Islam yang
dikenali sebagai Perang Salib.
 Peperangan tersebut telah mengorbankan
ramai penganut Islam dan Yahudi.
 Peperangan ini turut di-cetuskan oleh faktor-
faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.
Interaksi Antara Tamadun
Negatif: India, Islam
 Di India juga penganut Islam dengan Hindu
sentiasa berada dalam keadaan tegang.
 Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana
orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid
dimusnahkan oleh raja-raja India yang
beragama Hindu.
 Keadaan yang sama juga berlaku kepada
penganut-penganut agama Hindu dan kuil-
kuil Hindu yang dimusnahkan oleh
pemerintah-pemerintah Islam.
Interaksi Antara Tamadun
 Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan
mengharamkan beberapa upacara keagamaan
Hindu.
 Aurangzeb merupakan raja Moghul yang
bertindak keras terhadap penganut-penganut
Hindu. Baginda telah mengharamkan
pembinaan kuil-kuil yang baru,
mengharamkan upacara mandi suci di Sungai
Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-
lain lagi.
Interaksi Antara Tamadun
Negatif: India, China
 Tamadun India dengan Tamadun China juga kita
dapat melihat wujudnya konflik terutama semasa
agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam
masyarakat Cina pada zaman pemerintahan
Dinasti Han Timur.
 Kemasukan agama tersebut telah mendapat
tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat
berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han.
 Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil
Buddha dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama tersebut.
Interaksi Antara Tamadun
Negatif: Islam, China
 Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan
antara Tamadun Islam dengan Tamadun China
pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di
bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah
mengalahkan angkatan perang China yang
dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan
pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiah
mempunyai hubungan diplomatik dengan
kerajaan Tang di Negara China.
Interaksi Antara Tamadun
 Permusuhan antara orang Islam dengan
orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak
puas hati terhadap pencapaian ekonomi
pihak yang bertentangan.
 Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di
tenggara Negara China telah bermusuh
dengan orang Islam kerana iri hati
kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam
dalam aktiviti perdagangan, pada 876M
berlaku pemberontakan di Canton
menyebabkan lebih kurang 120,000
terbunuh. <<TAMAT>>

Anda mungkin juga menyukai