Anda di halaman 1dari 22

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak

berkurang kerana kesalahan ~ Yahya Bin Muadz

Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai ~ Niller

Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara
cinta. ~Hukamak

Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga
~ Gorji Zaidan

Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat ~ Buckingham

Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.

Cinta sejati daripada seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki, sebaliknya
cinta yang palsu memberi belenggu ~ Daer Oberderf

Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata ~ Kruger

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,


tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta
di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan
hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air
mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air
mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu
tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika
kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila
kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi
titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan
kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ’cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih


menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah
seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu


memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata ”Hai” darinya, dapat menyatukan kembali
kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan


airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari
nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil
iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah
sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah,
makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut
anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya
tanpa berpatah lagi.

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu


ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak
kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali
pun pasti akan reda jua.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,
prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan
perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik
akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan
meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah
jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu,
namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih
untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana
sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak
usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah
menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan
bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan
cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di


dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di
dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta
kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada
Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan
membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke
dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi
tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana
cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat
ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati


dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak,
kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana
setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh
kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain
perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan
tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain
perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu
melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang
ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala
penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah
melalui kemaafan.

Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu
untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian,
layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan
sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar
kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa
mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika
perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah
merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai
oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu
istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh
berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak
pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.


Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh
jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai
keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang
memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti
perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan


sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu
atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu
dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.
Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan
pergi bila ia menghampiri

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang
seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan
tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya.
Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah
dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan
rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai
seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur
hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan
anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara.
Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang
begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira
rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta
dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap
orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan


dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita
curahkan padanya.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong.
Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk
memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah
kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan
kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan,
ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang
ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi
tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong,
ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Manusia tidak jatuh ’ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ’dari cinta’. Tapi
manusia tumbuh dan besar dalam cinta

Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : ”Memaafkan”.

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari
ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti
kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti
kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

Sesuatu cff”>an yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau
kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan
kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan
menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang
yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang
engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar
belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus
dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu
bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas
limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi.
Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar
tetapi tertangkap ke dalamnya.

Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. ”Cinta
adalah kasih sayang yang melimpah”. Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih
sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih
sayang sama dengan cinta.

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah


dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui
untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan
dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya
sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila
terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan


kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan


membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta
berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di
hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa
kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT
kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi
anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi
kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang
memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal
kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan
tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan
seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita
itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan
sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan
penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap
menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini
adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah
maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk


memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan
dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang
pentingnya dari anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu
yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam
hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu,
tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana
jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi
tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa-
Innayan Khan
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun
dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Mereka yang cintanya selalu dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang


sebenar..~ Khan ~

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus
asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah


pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang
itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak
menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri
daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai
hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu
atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari
pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa
pengekalan abadi.
Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu
rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah
untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi
sebenarnya bukan.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula


merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas
yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk
mempelajarinya di mana pun.
Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya


jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan
kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya.
Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari
orang lain.

Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi


istana emas

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari
-Aswir

Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah


jika anda bertangguh.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir
dengan air mata.

Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang


enteng akan kematian

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri
dari putus cinta

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi.
Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan
menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan
melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada
di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang
lain.

Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta
sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah
cinta suci itu
Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta
kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya.~ Elizabeth
Stoddard ~

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan
orkestranya -Pepatah Denmark

Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico

Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris

Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya

Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman

Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas
bumi -Pujangga Barat

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk
-Pepatah Belanda

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta
-Muttanabi

Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar
daripada rasa cintanya.

Perpisahan dalam percintaan yang belum puas, menambahkan eratnya kasih


sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan bumi pada malam hari.

Love is friendship set on fire.


~Jeremy Taylor ~
If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don’t,
they never were
~Anon~

Love is like a beautiful flower which I may not touch, but whose fragrance makes the
garden a place of delight just the same.
~Helen Keller~

Love takes off masks that we fear we cannot live without and know we cannot live within
~James Baldwin~

Where there is love there is life


~Mahatma Gandhi~

At the touch of love everyone becomes a poet


~Plato~

Love is a never ending feeling.


~Adeil Prince~

Love can sometimes be magic. But magic can sometimes just be an illusion
~Javan~

Love has nothing to do with what you are expecting to get, it’s what you are expected to
give - which is everything
~Anon~

What is wrong with our world is that love is in short supply.


~Christopher Bryant~

The courses of true love never did run smooth.


~ William Shakespeare ~

Love sought is good, but given unsought is better.


~William Shakespeare ~

If you judge people, you have no time to love them.


~Mother Theresa~

Woe to the man whose heart has not learned while young to hope, to love - and to put its
trust in life.
~Joseph Conrad~

The only abnormality is the incapacity to love.


~Anais Nin~
You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person
perfectly.
~ Sam Keen ~

The first duty of love is to listen.


~Paul Tillich~

If you open your heart, love opens your mind.


~Charles John Quarto, Eric Lowen, Dan Navarro~

There is only one happiness in life: to love and be loved.


~ George Sand ~

To love and be loved is to feel the sun from both sides.


~David Viscott ~

The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must
be felt with the heart.
~ Helen Keller ~

Love does not consist in gazing at each other but in looking together in the same
direction.
~ Antoine de Saint-Exupery ~

When you love someone,all your saved-up wishes start coming out.
~Elizabeth Bowen ~

Treasure the love you receive above all. It will survive long after your good health has
vanished.
~Og Mandino~

I have said nothing because there is nothing I can say that would describe how I feel as
perfectly as you deserve it.
~Kyle Schmidt~

Love does not begin and end the way we seem to think it does. Love is a battle, love is a
war; love is a growing up
~James Baldwin~

The most precious possession that ever comes to a man in this world is a woman’s heart.
~ Josiah G. Holland ~

Marriage is not a ritual or an end. It is a long, intricate,intimate dance together and


nothing matters more than your own sense of balance and your choice of partner.
~Amy Bloom ~
Where there is great love there are always miracles.
~Willa Cather~

The most powerful symptom of love is a tenderness which becomes at times almost
insupportable.
~Victor Hugo ~

You don’t love a woman because she is beautiful, but she is beautiful because you love
her
~Anon~

Love is the immortal flow of energy that nourishes, extends and preserves. Its eternal
goal is life
~Smiley Blanton~

I love you - those three words have my life in them.


~ Alexandrea to Nicholas III ~

Love grows by giving. The love we give away is the only love we keep. The only way to
retain love is to give it away.
~ Elbert Hubbard ~

True love begins when nothing is looked for in return.


~ Antoine De Saint-Exupery ~

Love is always open arms. If you close your arms about love you will find that you are
left holding only yourself.
~ Leo Buscaglia ~

In dreams and in love there are no impossibilities.


~ Janos Arany ~

What lies behind us, and what lies before us are tiny matters compared to what lies within
us.
~ Ralph Waldo Emerson ~

Ultimately love is everything.


~ M. Scott Peck~

A man falls in love through his eyes, a woman through her ears.
~ Woodrow Wyatt ~

Smile at each other, smile at your wife,smile at your husband, smile at your
children,smile at each other–it doesn’t matter who it is–and that will help you to grow up
in greater love for each other.
~ Mother Teresa ~
In all living nature (and perhaps also in that which we consider as dead) love is the
motive force which drives the creative activity in the most diverse directions.
~P. D. Ouspensky~

Age doesn’t protect you from love. But love, to some extent, protects you from age.
~Jeanne Moreau~

The best proof of love is trust


~Joyce Brothers~

The cure for all ills and wrongs, the cares, the sorrows and the crimes of humanity, all lie
in the one word ‘love.’ It is the divine vitality that everywhere produces and restores life.
~Lydia Maria Child~

Love is, above all, the gift of oneself.


~Jean Anouilh~

Come live in my heart, and pay no rent.


~ Samuel Lover ~

The life and love we create is the life and love we live.
~ Leo Buscaglia ~

Like any other living, growing thing, love requires effort to keep it healthy.
~Leo Buscaglia~

Love looks through a telescope; envy through a microscope.


~ Josh Billings ~

Behind every successful man stands an amazed woman


~Anon~

For every beauty there is an eye somewhere to see it. For every truth there is an ear
somewhere to hear it. For every love there is a heart somewhere to receive it.
~ Ivan Panin ~

The great tragedy of life is not that men perish, but that they cease to love.
~W. Somerset Maugham~

Love Conquers All


~Unknown~

If I’m such a legend, why am I so lonely?


~Judy Garland~
Sometimes the heart sees what is invisible to the eye
~H. Jackson Brown Jr~

A goal, a love and a dream give you total control over your body and your life.
~ John Wayne Schlatter ~

Perfect love is rare indeed - for to be a lover will require that you continually have the
subtlety of the very wise, the flexibility of the child, the sensitivity of the artist, the
understanding of the philosopher, the acceptance of the saint, the tolerance of the scholar
and the fortitude of the certain.
~Leo Buscaglia~

Being deeply loved by someone gives you strength,while loving someone deeply gives
you courage.
~ Lao Tzu ~

Love is creation raised to a higher degree.


~Toyohiko Kagawa~

Friendship often ends in love; but love in friendship - never.


~Charles Caleb Colton~

One word frees us from the weight and pain of life; that word is love.
~Sophocles~

Love is a medicine for the sickness of the world; a prescription often given, too rarely
taken.
~Dr. Karl Menninger~

Love cannot endure indifference. It needs to be wanted. Like a lamp, it needs to be fed
out of the oil of another’s heart, or its flame burns low.
~ Henry Ward Beecher ~

We perceive when love begins and when it declines by our embarrassment when alone
together
~La Bruyere~

Love, you know, seeks to make happy rather than to be happy.


~ Ralph Connor ~

The moment you have in your heart this extraordinary thing called love and feel the
depth, the delight, the ecstasy of it, you will discover that for you the world is
transformed.
~J. Krishnamurti~
To get the full value of joy you must have someone to divide it with.
~ Mark Twain ~

Absence is to love what wind is to fire; it extinguishes the small, it enkindles the great.
~Comte DeBussy-Rabutin~

Absence sharpens love, presence strengthens it.


~ Thomas Fuller ~

You will find as you look back upon your life that the moments when you have truly
lived are the moments when you have done things in the spirit of love.
~Henry Drummond~

Immature love says: ‘I love you because I need you.’ Mature love says ‘I need you
because I love you.
~Erich Fromm~

There is only one terminal dignity — love.


~Helen Hayes~

True love is eternal, infinite, and always like itself. It is equal and pure, without violent
demonstrations: it is seen with white hairs and is always young in the heart.
~ Honore de Balzac ~

MUTIARA KATA
Oleh : Rahasdin Hj Razali
*(0609-M37-2)
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:
”Dari keimanan itu terpancarnyahal-hal kebaikan”
(Riwayat Bukhari)

*(0609-M38-1)
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
”Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan
bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan”
(Riwayat Bukhari)

*(0609-M38-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa”
(Petikan kitab Imam Ghazali)

*(0609-M39-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan
sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan”
(Petikan kitab Imam Ghazali)

*(0609-M39-2)
Dari Abu Dzar r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan ‘Hai Kafir’,
padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian,
maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

*(0610-M40-1)
Dari Abdullah bin Amru
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
”Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam
berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah”
(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

*(0610-M40-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan”
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

*(0610-M41-1)
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah,
maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya”
(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

*(0610-M41-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih
mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur”
(Riwayat Tarmizi)

*(0610-M42-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama
kamu dan nama bapa kamu, kerana itu perindahkanlah nama kamu”
(Riwayat Abu Daud)

*(0610-M42-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak
bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah”
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

*(0611-M44-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat”
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

*(0611-M44-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya
melalui sepatah kata, ia termasuk turut terlibat di dalamnya”
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

(0611-M45-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Barangsiapa merendahkan diri di hadapan orang kaya yang salih
hanya kerana kekayaannya, maka dua pertiga dari agamanya hilang lenyap”
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

(0611-M45-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap
saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,
memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah”
(Riwayat Khamsah)

(0611-M46-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi
dia tidak terburu-buru dengan mengatakan ”Aku telah
berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”
(Riwayat Arba’ah)

(0611-M47-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
”Orang yang memulakan memberi salam adalah
terlepas dari sifat sombong dan takabbur”
(Riwayat Al-Baihaqi &
Al-Khatib)

(0611-M47-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Siapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran”
(Riwayat Bukhari)

(0611-M48-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya.
Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari
cabang keimanan”
(Riwayat Bukhari)

(0611-M48-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”(Meninggalkan rasa dengki) merupakan sunnahku, barangsiapa yang
menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku,
dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga”
(Riwayat Tarmizi)
(0612-M49-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat
syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah
Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”
(Riwayat Bukhari)

(0612-M49-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
(Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

(0612-M50-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Bukanlah dari umatku barangsiapa yang merosakkan seorang
isteri iaitu menghasutnya supaya menderhakai suaminya”
(Riwayat Abu Daud)

(0612-M50-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba
sebelum nyawanya sampai di kerongkong”
(Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

(0612-M51-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
“Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya”
(Riwayat Muslim)

(0612-M51-2)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang
orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu”
(Riwayat Bukhari)

(0612-M52-1)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
”Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jika
seseorang memaki-maki kedua ibubapanya sendiri”
(Muttafaq’alaih)
Penghargaan: Koleksi madah cinta ini telah dikumpul dan disusun oleh Adriana
Adelina sebagai sumber rujukan

Anda mungkin juga menyukai