Anda di halaman 1dari 10

Nama :…………………………………… Kelas :……………..

Tarikh :………………

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A,B dan C atau empat jawapan A,B,C dan D.
Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul.

Soalan 1 hingga 20
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling tepat.

1. Abang masih lagi tidur ________ saya pulang dari kelas tambahan.
A. ketika
B. sehingga
C. semenjak
D. sementara

2. “Aku harap __________ dapat hadir ke majlis hari lahir aku,’ kata Adi kepada kawan
baiknya, Zaki.
A. anda
B. kamu
C. kau

Soalan 3 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

3. Puan Salmah sedang __________ langsir baru di ruang tamu rumahnya.


A. melekat
B. memasang
C. menyemat
D. menyarung

4. Puan Susila menggoreng ikan ________ anak lelakinya menghiris bawang.


A. sambil
B. malahan
C. sementara
D. tatkala

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

1
Gambar 2

5. Faiz mengeluarkan ____________ anak kunci dari poket seluarnya.


A. segenggam
B. setangkai
C. segugus

6. Syikin ___________ lembaran kamus itu untuk mencari makna perkataan yang tidak
difahaminya.
A. melihat-lihat
B. mengkaji-kaji
C. membelek-belek
D. memusing-musing

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

7. Kamil baru pulang ___________ hospital setelah mendapat rawatan.


A. ke
B. pada
C. dari
D. daripada

Soalan 8 berdasarkan Gambar 4

2
Gambar 4

8. Para pembeli ___________ dengan penjual di pasar malam itu.


A. pandang-memandang
B. tegur-menegur
C. dolak-dalih
D. tawar-menawar

9. “Penglibatan Pak Budin dalam bidang lakonan adalah secara ___________ sahaja,”
kata Budin apabila ditemubual oleh wartawan majalah hiburan itu.
A. membetulkan
B. kebetulan
C. betulan
D. sebetulnya

10. Tun Dr.mahathir Mohamad ialah bekas Perdana Menteri Malaysia. Jasa _________
sentiasa dikenang dan dihargai.
A. beliau
B. -nya
C. dia
D. tuanku

Soalan 11 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

11. Kucing itu suka tidur di __________ laci.


A. sudut
B. penjuru
C. antara
D. dalam

12. Ibu membeli beberapa ___________ cendawan untuk dimasak pada malam nanti.
A. kaki
B. batang
C. butir
D. ulas
Soalan 13 berdasarkan Gambar 6

3
Gambar 6

13. Puan Elly sedang __________ tepung untuk membuat kuih hari raya.
A. menggelek
B. mengisar
C. menguli
D. melumat

14. _________ pelajar lelaki ____________ pelajar perempuan diwajibkan berpakaian


menutup aurat.
A. Sama ada ….. malahan
B. Bukan sahaja …. tetapi
C. Baik …. mahupun
D. Entah …. entah

Soalan 15 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

15. Maimon menjerit kesakitan apabila tangannya __________ cerek yang panas itu.
A. menyentuh
B. tersentuh
C. bersentuh
D. disentuh

Soalan 16 berdasarkan Gambar 8

4
Gambar 8

16. Jam ___________ di kedai itu cantik-cantik belaka.


A. silam
B. antik
C. purba
D. warisan

17. Sudah lama Encik Alias tinggal di Bandar. Setelah bersara, beliau ingin ________ ke
kampung pula.
A. beralih angin
B. makan angin
C. masuk angin
D. ambil angin

18. Pilih ayat yang betul.

A. “Surat ini bukan kepunyaan saya,” kata Encik Zafran kepada posmen itu.
B. “Surat ini tidak kepunyaan awak,” kata posmen itu kepada Encik Zafran.
C. “Alamat saya bukan sama dengan alamat pada surat ini,” kata Encik Zafran.
D. “Nama saya Encik Zafran tetapi nama yang terdapat pada surat ini tidak
nama saya,” kata Encik Zafran kepada posmen itu.

Soalan 19
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

19. Usaha-usaha membasmi kemiskinan menjadi matlamat utama negara.


A. menamatkan
B. mengelakkan
C. menghilangkan
D. menghapuskan

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

20. Adik menyediakan makanan di atas meja itu.


A. menyempurnakan
B. menghabiskan
C. menyiapkan
D. melicinkan

Soalan 21 berdasarkan Gambar 9


Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan

5
Gambar 9

21. A. Langsir ini baru dibeli semalam.


B. Di Pasar Raya Sukaria
C. Langsir ini memang cantik
D. Saya yang menjahit langsir ini.

Soalan 22
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan

22. Bilakah kamu akan pulang ke rumah?


A. Belum tentu lagi kerana saya ada hal penting petang ini.
B. Saya lewat kerana ada kegiatan kokurikulum.
C. Saya tidak akan berada di rumah pada petang ini.
D. Datanglah ke rumah saya petang ini.

Soalan 23
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

23. Kak Jasmin akan pulang pada hari raya nanti sekiranya cutinya diluluskan.
A. Siapakah yang akan pulang pada hari raya nanti?
B. Bagaimanakah keadaan Kak Jasmin pada hari raya nanti?
C. Benarkah Kak Jasmin akan pulang pada hari raya nanti?
D. Apakah yang akan dilakukan oleh Kak Jasmin sekiranya cutinya diluluskan?

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

24. Sukan juga dapat memupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum.


A. Sukan perlu digalakkan dalam masyarakat pelbagai kaum.
B. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui sukan.
C. Rakyat pelbagai kaum di negara ini memang meminati sukan.
D. Perpaduan rakyat pelbagai kaum penting dalam memajukan bidang sukan.

25. Sewaktu kami tiba di rumahnya, Mona sedang menonton televisyen.


A. Mona menonton televisyen sewaktu kami tiba di rumahnya.
B. Kami menonton televisyen sewaktu Mona tiba di rumah.
C. Mona tidak menghiraukan kedatangan kami kerana dia asyik menonton
televisyen.
D. Kami ke rumah Mona untuk menonton televisyen bersama-sama.

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26. I Filem itu mendapat sambutan hangat daripada penonton.


II. Sup ayam yang dihidangkan itu masih hangat.
III. Badan adik Baizura hangat kerana demam.
IV. Isu itu menjadi berita hangat setiap hari.

A. I, II dan IV sahaja.

6
B. II, III dan IV sahaja
C. III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV

27. I Hubungan mereka menjadi renggang sejak tinggal berjauhan.


II Rumahnya tidak renggang, dari rumah saya.
III Pada masa renggang, saya suka memancing ikan.
IV Pungutan mata kedua-dua pasukan tidaklah begitu renggang.

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I dan IV sahaja
D. I, III dan IV

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

28. I Bapa sedang menebas rumput di belakang rumah.


II Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas rohnya.
III Bila tiba musim panas, daun-daun getah akan berguguran.
IV Kebanyakan peserta pertandingan itu datangnya dari Terengganu.
Jalur Gemilang
A. I dan III sahaja
B.Berkibar
II dan IV sahaja
gagah saat 31 Ogos 1957
C.Asal usulmu
I, II dan hamper
IV sahajadilupai
D.Identiti baru
I, III danlahir pada 31 Ogos 1997
IV sahaja
Namamu bertukar menjadi Jalur Gemilang
29. I Budak itu dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular.
II Dua
Arif kali Everest
berjumpa sebuahkamu kunjungi
beg semasa pulang dari sekolah.
Magedran dan rakan pembuka tirai
III Pelancong luar mengagumi keindahan pantai negara ini.
Tanda membawa semangat kami
IV Hidup berjiran haruslah saling bantu-membantu dan bertolak ansur.
Sekali samudera kau harungi
A.Dato’ IAzhar
dan II Mansor
sahaja kau temui
B.Sebagai
I dan
buktisahaja
III kecekalan kami
C.HinggaII dan
kiniIV sahajadi hati
mekar
D. III dan IV sahaja
Antartika juga kau singgahi
30. I Bersama
Rumah Encikberkelana dua cantik
Hidayat paling insan sekali
beranidalam kampung itu.
II Sekalimerupakan
Edryna lagi bersama
muridpemimpin yang dicintai
yang aktif dalam bidang kokurikulum.
III Apabila sampai, Amri mendapati pintu rumahnya tertutup rapat.
IV Proton
Ibu Wira di Artik
bapa memainkan diiringi
peranan penting terhadap kejayaan anak-anaknya.
Saksi keupayaan kami
Menguasai teknologi
A. I dan III sahaja
B.31 Ogos
II dan IV sahaja
2001 peneman Shamsulrijal Shamsudin
C.Menjadi
I, IIIpenglipur
dan IV sahaja
hati
D.Tatkala
II, Satria
III dan Gtnya
IV sahaja
terkulai disalji
Soalan 31 hinggaKauSoalan 35
menjadi penyambut
Baca petikan di bawah,
Abdulkemudian jawabdisoalan-soalan
Malik Maidin yang
penjuru Selat berikutnya.
Inggeris

Dirimu peneraju dunia


Berkibar mencelah sewaktu hujan peluru
Penobat keamanan penenang huru-hara
Menjadi sandaran saudara sedunia
Mendapat penghormatan segenap bangsa teraniaya

Kau semakin matang


Membawa cita-cita kami
Cemerlang Gemilang Terbilang
Agar hidup membawa erti7
31. Tanggal 31 Ogos 1997 berkaitan dengan
A. kemerdekaan Malaysia
B. bendera Malaysia dinamakan Jalur Gemilang
C. kejayaan Shamsulrijal Shamsudin

32. Perkataan harungi dalam petikan bermaksud


A. mengairi
B. melintasi
C. menempuhi
D. menghadapi

33. Siapakah yang telah gagal dalam usaha mengharumkan nama Malaysia?
A. Abdul Malik Maidin
B. Dato’ Azhar Mansor
C. Shamsulrijal Shamsudin
D. Magendran dan rakan

34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang puisi di atas


A. Dibawa berenang merentasi Selat Inggeris
B. Jalur Gemiling pernah berkibar di Kutub Utara

8
C. Dato’ Azhar Mansor membawanya mengelilingi dunia.
D. Pemimpin negara telah mengibar Jalur Gemilang di Antartika

35. Rangkap ke lapan menggambarkan peranan Malaysia sebagai


A. pembantu negara miskin
B. memberi bantuan kewangan
C. menolong bangsa teraniaya
D. pasukan pengaman antarabangsa

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kampung Laut,
16040, Tumpat,
Kelantan Darul Naim.

24 November 2005

Menemui anakandaku yang berada di Universiti Sains Malaysia semoga berada dalam
keadaan sihat sejahtera. Bonda dan keluarga di sini sentiasa sihat sejahtera.

Anakanda,
Apa khabar? Anakanda sudah lama tidak mengutus surat buat bonda di kampung.
Oleh itu, kami tertanya-tanya akan khabar anakanda di sana. Adindamu sering menunggu-
nunggu posmen di halaman rumah kalau-kalau ada surat daripada anakanda.
Adakah anakanda menghadapi apa-apa masalah? Seandainya ada sebarang
masalah, kita hendaklah menyelesaikannya dengan bijak. Dalam hal ini, tiada siapa yang
dapat menyelesaikan masalah kecuali diri kita sendiri. Lantaran itu, apa jua masalah pasti
ada jalan dan cara penyelesaiannya.
Anakanda beritahulah kepada bonda tentang sebarang masalah yang dihadapi,
mudah-mudahan bonda dapat membantu. Anakanda hendaklah menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada pengajian berbanding perkara-perkara lain. Mamang, tahun akhir
pengajian banyak tugasan dan pelajarannya juga semakin sukar, bersabarlah menempuh
dugaan sebagai seorang mahasiswa. Bonda sentiasa berdoa agar anakanda memperoleh
kejayaan yang cemerlang.
Anakanda, pengurusan masa memerlukan perancangan yang rapi. Masa belajar
jangan dicampur aduk dengan perkara lain. Balajar mestilah mengikut kesesuaian masa dan
pelajaran, jika sesuatu mata pelajaran itu sukar difahami, bincanglah dengan kawan-kawan
atau belajar secara berkumpulan.

Bonda juga berharap anakanda menjaga kesihatan, jika badan sihat pelajaran akan
mudah diikuti. Oleh itu, jangan sesekali anakanda abaikan aktiviti bersukan. Bersukan penting
untuk melancarkan peredaran darah dan pembuangan bahan kumuh. Badan cergas membantu
otak cerdas. Nampaknya, sampai di sini sahaja pesanan bonda untuk anakanda tersayang.
Sambutlah salam mesra daripada bonda, adinda, dan keluarga. Jagalah diri anakanda
di sana. Jika ankanda ada masa terluang rajin-rajinlah menghantar coretan.

Bondamu,
Mariani

9
36. Dimanakah penulis tinggal?
A. Kampung Laut
B. Tumpat
C. Kelantan
D. Universiti Sains Malaysia

37. Menga pakah penulis tertanya-tanya akan anaknya yang sedang belajar di universiti?
A. kerana anaknya telah melupai jasa ibu
B. kerana anaknya akan bercuti tidak lama lagi
C. kerana anaknya telah lama tidak mengirim surat
D. kerana anaknya akan menerima ijazah tidak lama lagi

38. Apakah yang diharapkan oleh penulis kepada anaknya?


A. Dapat melupai adik yang tinggal di kampung
B. Dapat menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan bijak
C. Dapat membantu keluarga apabila tamat pengajian nanti
D. Dapat belajar secara berkumpulan

39. Pada pendapat kamu, mengapakah penulis berharap anaknya bersabar menghadapi
tahun akhir pengajaran?
A. Tahun akhir pengajian merupakan tahun yang paling mencabar
B. Tahun akhir pengajian merupakan tahun yang paling seronok
C. Tahun akhir pengajian merupakan tahun yang paling mudah
D. Tahun akhir pengajian merupakan tahun yang paling senang

40. Mengapakah penulis berharap anaknya aktif sukan?


A. Supaya anaknya tidak bosan ddengan pelajarannya
B. Supaya dapat meningkatkan kesihatan
C. Supaya dapat mengisi masa lapang
D. Suapya dapat menaikkan tekanan darah

10