Anda di halaman 1dari 4

Judul : Aplikasi Psikolinguistik

Harga : RM22.00
Nombor siri : 3251240
Status Stok: Stok masih ada

Judul : Aplikasi Psikolinguistik


Pengarang : Zulkifley Hamid, Abdullah Hassan,
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Genre :  Pendidikan | Bahasa dan Linguistik
Mukasurat : 208  halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9833585612

BICARA BAHASA

NURANI BAHASA

Jun 2006, cukup bermakna. Hal ini demikian kerana Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Bukit Timbalan,
Johor Bahru, menginjak usianya yang ke-50 tahun.
  DBP sepanjang usia ini, berjerih menggalas tugas, memikul tanggungja-
wab dan amanah untuk mengembangkan hal-hal kebahasaan,
kesusasteraan, kebudayaan, dan seumpamanya, demi memartabatkan
bahasa Melayu. DBP akan terus-terusan berbuat demikian dengan
dukungan semua pihak.
   Dewan Bahasa Jun 2006, istimewa. Melalui ruangan “Agenda Bahasa”,
pembaca disajikan dengan garapan menarik penulis daripada pelbagai
kaum tentang aspirasi dan semangat “Bahasa Jiwa Bangsa” yang menjadi
fokus Dewan Bahasa pada kali ini.
  Ikuti wawancara S.M. Zakir dengan Dato’ Baharuddin Zainal (Baha
Zain), mantan editor Dewan Bahasa yang juga mantan Timbalan Ketua
Pengarah DBP, kini, Ahli Lembaga Pengelola DBP yang mengumpamakan
bahasa Melayu seperti membina sebuah bangunan; sembang-sembang
Armin Azhari Saleh dengan Tuan Syed Zakaria Syed Muhammad yang
membongkar rahsia di sebalik penciptaan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”;
tulisan Raja Masittah Raja Ariffin yang menggalurkan corak
kepemimpinan peneraju DBP, dari Profesor Diraja Ungku Aziz ke Dato’ Dr.
Firdaus Haji Abdullah. Begitu juga dengan catatan pengalaman Jaafar
Abdul Rahim yang akan menoktahkan perkhidmatannya selama 32 tahun
bersama DBP, November ini.
  DBP sudah pun mencecah usia separuh abad dan Malaysia yang
merdeka juga bakal menginjak usia yang sama pada tahun hadapan.
Namun begitu, adakah bahasa kebangsaan sudah menjadi bahasa jiwa
rakyat Malaysia?
   Mungkin kenyataan Profesor Diraja Ungku Aziz dalam rancangan Isu
Semasa (“Rukun Negara: Melayu Belum Berubah”) yang disiarkan di
RTM1 pada 24 April 2006 yang lalu, boleh direnungkan. Menurut beliau,
“Rukun Negara gagal dihayati disebabkan aspirasi dan nilai yang
terkandung dalam Rukun Negara itu tidak dihayati dan tidak ada dalam
hati nurani rakyat Malaysia.” Kamus Dewan edisi keempat,
mendefinisikan “nurani” sebagai hati yang telah mendapat cahaya
daripada Tuhan; perasaan hati murni yang sedalam-dalamnya. Apakah
begitu sama halnya dengan bahasa kebangsaan? 

Bahasa diteguh, Jiwa dikukuh


Ritah Yahaya

AGENDA BAHASA

BAHASA INDEKS TAMADUN BANGSA

Zaitul Azma Zainon Hamzah

BAHASA JIWA BANGSA” IALAH UNGKAPAN YANG MENGANDUNGI 


pengertian falsafah dan pemikiran bangsa yang menuturkannya.
Ungkapan ini ringkas, bernas, mudah disebutkan; biasanya digunakan
sebagai cogan kata atau kiasan dalam pertuturan dan penulisan.
   Terdapat beberapa pengertian yang lebih dalam jika “Bahasa Jiwa
Bangsa” diperhalusi. Bermula dengan takrif bahasa. Bahasa sebagai satu
sistem lambang bunyi suara yang berfungsi sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan kelompok masyarakat. Misalnya, antara individu
dengan individu atau antara kumpulan masyarakat dengan masyarakat
yang lainnya. Sejajar dengan itu, bahasa digunakan dalam kehidupan
bermasyarakat dan diterima oleh masyarakat penutur dan pendengar
sebagai satu norma penggunaan yang betul dan sah dalam percakapan
sehari-hari dan juga dalam bentuk tulisan.
   Namun begitu, sebelum manusia menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi, manusia telah pun mempunyai falsafah hidup ataupun
pemikiran tentang sesuatu perkara. Daripada falsafah hidup, timbullah
kepercayaan terhadap sesuatu perkara atau kejadian yang membawa
kepada kehidupan bermasyarakat dan beragama.
   Maka, timbullah keperluan terhadap bahasa untuk mengungkapkan
falsafah dan pemikiran, menyebarkan ilmu pengetahuan, kebudayaan,
kesenian, kemajuan dan tamadun bangsa.
    Daripada sejarah perjalanan hidup manusia pada zaman awal itu,
terbuktilah bahawa bahasa ialah “nadi” atau “nyawa” masyarakat atau
bangsa yang menggunakan bahasa. Bertitik tolak dari situlah, lahirnya
ungkapan dalam sesebuah masyarakat, termasuklah “Bahasa Jiwa
Bangsa”.
   Seperti yang telah dinyatakan, perkataan “jiwa” merujuk “nyawa atau
nadi”. Begitulah mendalamnya maksud ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa”.
Sehubungan dengan hal itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa
bahasa sebagai nadi bangsa.
    Berdenyut nadi bahasa, maka hiduplah bangsa yang bermaruah dan
bertamadun. Sebaliknya, jika berhenti nadi bahasa itu, maka akan
matilah bangsa yang bermaruah, berdaulat dan bertamadun.
   Oleh hal demikian, nadi bahasa Melayu harus terus berdenyut jika kita
ingin melihat bangsa Melayu, khususnya dan bangsa Malaysia, amnya
terus hidup sebagai bangsa yang bermaruah dan merdeka.
   Usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan harus ada untuk
memastikan bahasa dan bangsa Malaysia yang bermaruah, tidak terkubur
sebelum dunia ini hancur ditelan bumi.
   Sebagaimana hebatnya usaha para doktor untuk menyelamatkan para
pesakitnya, begitulah juga hebatnya usaha semua pihak dalam
memartabatkan bahasa Melayu. Usaha  untuk menyemarakkan bahasa
Melayu akan menjadi lebih mudah terutama dengan adanya kemajuan
teknologi global kini.
   Sementara itu, memang tidak dapat dinafikan, terdapat suara-suara
sumbang yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak dapat
menandingi bahasa Inggeris di peringkat dunia.
   Hal ini mungkin ada kaitannya dengan sejarah lampau. Disebabkan
hampir 132 tahun Tanah Melayu berada di bawah kuasa British, maka de-
ngan itu dasar bahasanya sering kali menghadapi masalah pertentangan
atau persaingan antara dua golongan masyarakat, iaitu masyarakat yang
berpendidikan Inggeris dengan masyarakat yang berpendidikan Melayu.
   Justeru, antara kedua-dua golongan ini, masih ada yang ragu-ragu
dengan peranan dan keupayaan bahasa Melayu sebagai indeks bangsa
Malaysia. Mungkin hal ini merupakan kesan pasca penjajahan yang
terpaksa ditanggung oleh negara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.
   Joshua Fishman mengatakan bahawa negara yang pernah dijajah oleh
kuasa Barat, perlu mempunyai dua bahasa yang memainkan peranan
yang berbeza, iaitu sebagai fungsi bahasa kebangsaan dan sebagai alat
untuk memajukan negara. Mungkin benar pendapat Fishman ini, tetapi
adakah pendapat ini harus diterima sehingga kini tanpa ada usaha untuk
mengubahnya?
   Sebenarnya, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak
harus dipertikaikan lagi. Malah, peranan bahasa Melayu sebagai alat
perpaduan kaum perlu ditambahkan iaitu bahasa Melayu sebagai indeks
bangsa Malaysia yang maju dan berdaulat.
   Bahasa Melayu perlu berperanan sebagai alat kemajuan negara,
merentasi bidang pembangunan ekonomi, teknologi, pentadbiran
kerajaan, dan pendidikan tinggi yang lebih global.
   Dalam hal ini, saya teringat akan kata-kata seorang bekas pelajar saya
yang cenderung mempelajari Bahasa Inggeris sehingga mengabaikan
subjek Bahasa Melayu. Apabila ditanya, tanpa prasangka bekas pelajar
tersebut menjawab, “English is the window to the world and Arab is the
window to the knowledge.”
“Bahasa Melayu?” tanya penulis.
  Pelajar tersebut menjawab, “Maybe bahasa Melayu is the window to the
Alam Melayu.”
Nah, jawapan pelajar ini secara tidak langsung memperakukan bahawa
bahasa Melayu ialah jiwa bangsa Melayu. Alam Melayu dalam konteks ini
merangkumi tamadun dan peradaban bangsa Melayu, termasuklah
sejarah bangsa, bahasa dan budayanya dari dahulu hinggalah sekarang.
    Semua aspek tamadun dan peradaban dunia Melayu, terungkap dalam
hasil karya kreatif dan bukan kreatif seperti pantun, syair, gurindam,
cerpen, novel, sajak, esei, monograf, buku, dan sebagainya. Mungkinkah
penyebarannya belum cukup menyeluruh ataupun pengkajian terhadap
hasil karya ini tidak berterusan dan tidak mantap? Ataupun, mungkin
penghasilan karya-karya intelek tentang bahasa dan bangsa Melayu
masih cetek dan tidak mencapai tahap global?
    Disebabkan hal ini, orang semakin lantang menegaskan bahawa
bahasa Inggeris membawa kemajuan kepada sesebuah negara. Karya
ilmiah banyak dihasilkan dalam bahasa Inggeris, begitu juga dengan filem
dan dokumentari.
   Hal ini sebaliknya bagi bahasa Melayu. Filem dan dokumentari
mengenai bahasa dan bangsa Malaysia masih berkurangan. Jika adapun,
mungkin lebih cenderung kepada aspek kebudayaan tetapi kurang
menyentuh tentang pencapaian bangsa Malaysia dalam bidang sains ...

Anda mungkin juga menyukai