Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN EDM

 EDM bermakana “electrical discharge machine” atau pun pemesinan discharge


elektrik.
 merupakan satu proses peleburan atau pembuangan zarah-zarah logam dengan
tempakan bunga api dari sebatang electrod khas. Keseluruhan proses ini
dijalankan di dalam ekektrolisis.
 elektrolisis ini adalah cecair yang bukan konduktor iaitu seperti petroleum
distillate dengan bahan campuran ataupun air suling dan voltan yang digunakan
adalah kecil (dari 1 hingga 45v) manakala arus yang dialir adalah tinggi iaitu
diantara 5 hingga 60Amp atau melebihi.
 Digunakan secara meluas turutamenya pada industry berat seperti Kilang
pencetak logam dan plastik acuan.
 Terdapat banyak jenis mesin EDMdiantara tersebut EDM WIRE CUT dan
EDM DIE SINKING.
Objektif

1. Memulakan mesin CNC EDM wire cut dan EDM die sinking

2. Menulis aturcara CNC

3. Menyediakan dan memaparkan Grafik pemotongan menggunakan aplikasi Autocad


dan Mycam

4. Menyelaras offset wayar pemotongan dan menyelaras kedudukan die pada bahan
kerja

5. Menjalankan operasi pengaturcaraan dan pemotongan pada kedua-dua mesin

6. Menghentikan mesin CNC EDM wire cut dan die sinking

Alatan dan Bahan

1. Mesin CNC EDM wire cut Robostar W-A30s

2. Mesin CNC EDM die sinker

3. Alat pengawal JS EDM

4. Wayar elektrod berdiameter 0.25mm

5. Mata pemotongan elektrod

6. Perisian autocad dan mycam


Peralatan

EDM Wire Cut

EDM Wire Cutting Head


Langkah kerja EDM Wire Cut
1. Suis utama 415V dibuka
2. Suis pada penyejuk (chiller) dibuka
3. Suis controller EDM dibuka dan butang keselamatan penggunaan mesin dilepaskan

Langkah “warming up” mesin:

1. Pada panel kawalan mesin, suis F8 (edit mode) ditekan


2. Suis F3 (reference) ditekan
3. +Z, +Y dan +X ditekan sebagai refreshing kedudukan koodinat upper head dan
lower head pada koordinat Z(0,0) Y(0,0) dan Z(0,0)
4. Suis UV/XY ditekan
5. Proses pada (3) diulang pada paksi U+ dan V+
6. Suis exit menu ditekan. Proses warm up selesai dan sedia untuk digunakan

Langkah bagi memasukkan data:

1. Dengan menggunakan perisian autocad, bentuk 2D dilukis seperti rajah 1


2. Lukisan 2D autocad disimpan dalam format DXF
3. Dengan menggunakan perisian mycam, setiap garisan lukisan diperiksa bagi
memastikan ianya bercantum.
4. Menggunakan perisian Mycam, format lukisan autocad ditukar ke format NC untuk
ditafsir kod-kod pengaturcaraan bentuk yang akan dihasilkan.
5. Maklumat lukisan disimpan dan dipindah masuk ke sistem mesin EDM wire cut

Langkah bagi pengaturcaraan pemotongan:

1. Pada panel kawalan mesin, maklumat pengaturcara yang dihantar disimpan didalam
fail mesin.
2. Fail dibuka semula bertujuan untuk dibuat pengubahsuaian dan disimulasikan.
Sekiranya terdapat pembetulan pada sudut pemotongan, nilai sudut diubah
mengikut kesesuaian pemotongan.
3. Suis auto ditekan bagi memeriksa kedudukan pemotongan yang akan dilakukan.
4. Setelah pengatucara dipastikan tidak bermasalah, jog digunakan bagi melaras upper
head dan lower head menghampiri plat pemotongan.
5. Pada panel kawalan, suis memory, water, edm power ditekan bagi kemasukan air
dan proses-proses berkaitan
6. Suis cycle start ditekan dan operasi pemotongan bermula
EDM Wire Cut Proses
Langkah kerja untuk EDGING (auto)

1. Manual, input
2. Exit centre, input F6, input
3. Column X,Y,Z, input. Dengan menggunakan pembaris, jarak diantara paksi-paksi
pada benda kerja dimasukkan. Elektrod akan digerakkan secara automatik bagi
melaras kedudukan tengah benda kerja
4. Lx, input
5. Ly, input
6. Lz, input
7. Cycle start

Group G code Function


01 G00 Fast positioning
01 G01 Linear interpolation
01 G02 Clockwise circular interpolation
01 G03 Counter clockwise circulation
07 G40 Wire diameter compensation removal
07 G41 Wire diameter left compensation
07 G42 Wire diameter right compensation
03 G90 Absolute coordinate command
03 G91 Incremental coordinate command
00 G92 Setting program origin

G code yang digunakan untuk operasi pemotongan EDM wire cut

Kod pemotongan benda kerja semasa menggunakan mesin EDM Wire Cut :

O0001;
G92 X50.0 Y0.0;
G90 G41 G01 X50.0 Y0.0;
X50.0 Y30.0;
G02 X30.0 Y50.0 i0.0 j20.0;
G01 X0.0 Y50.0 ;
X0.0 Y90.0;
G03 X10.0 Y100.0 i10.0 j0.0;
G01 X60.0 Y100.0;
G03 X100.0 Y60.0 i0.0 j-40.0;
G01 X100.0 Y15.0;
G02 X85.0 Y0.0 i-15.0 j0.0;
G01 X50.0 Y0.0;
M02
Produk Yang Dihasilkan
Langkah –langkah keselamatan semasa
mengendalikan mesin EDM

1. Pastikan tiada kebocoran pada tangki tangki cecair dielektrik penyambungan hos dan
paip.

2. Pastikan alat pemadam api berdekatan dengan mesin untuk kegunaan kecemasan.

3. Pastikan bahan kerja dipasang ditempat yang betul.

4. Pastikan pemegang elektrod tidak menyentuh pemegang benda kerja.

5. Pastikan wayar pemotong tidak menyentuh benda kerja.

6. Pastikan setiap kabel tidak terdapat kebocoran.

7. Bersihkan cecair berminyak yang ada pada tempat pemegang benda kerja semasa
proses pemasangan.

8. Bersihkan segala kotoran pada tangki meja dan tangki simpanan.

9. Pakai pakaian yang bersesuaian semasa menggunakan mesin.


Perbincangan
Kesimpulan

Objektif yang ingin dicapai telah berjaya dilaksanakan. Segala tunjuk ajar yang
diberikan oleh pensyarah amat berguna dan berkesan. Kami telah berjaya
menggunakan mesin CNC EDM wire cut dan EDM Die Sinking dengan mahir dan
mengetahui cara memasukkan program dan menjalankan mesin bagi mendapatkan
rekabentuk produk yang dibuat. Selain itu,kami juga mengetahui cara mengaplikasikan
program kepada bentuk G-Kod bagi mendapatkan hasil seperti di atas. Segala yang
telah diajarkan kepada kami memang benar-benar berguna untuk kami manfaatkan
apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Anda mungkin juga menyukai