Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI ROMPIN

26810 KUALA ROMPIN PAHANG DARUL MAKMUR

PROGRAM PKKP
PENDIDIKAN SIVIK &
KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3 (2011)

DI SEDIAKAN OLEH:

MOHD TAJUDIN BIN HUSSIN


GURU PSK
1) PROGRAM UTAMA

PENYATAAN MASALAH
Pelajar kurang bersemangat dan tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran
yang diajar. Kurangnya pengukuhan terhadap pengetahuan yang baru dipelajari.

TAJUK PROGRAM
Latih Pengukuhan Berfokus

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 3

MATLAMAT
Pelajar lulus dalam setiap ujian atau peperiksaan yang dijalankan serta memahami
pembelajaran yang telah diajar.

OBJEKTIF
1. Meransang pelajar supaya sentiasa bersedia untuk diuji tentang pengetahuan
yang baru dipelajari.
2. Menguatkan ingatan pelajar terhadap konsep-konsep yang baru diterima.
3. Mengamalkan sikap atau nilai-nilai murni yang baik dikalangan pelajar.

JANGKA MASA PROGRAM


Sepanjang tahun ( Januari – September)

SUMBER
Guru menyediakan soalan-soalan pengukuhan dari tajuk-tajuk yang berkaitan dari
semasa ke semasa untuk menguji tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk yang
dipelajari.

STRATEGI PELAKSANAAN / PELAN BERTINDAK


1. P & P di dalam kelas.
2. Pelajar dikehendaki menyalin soalan dan menjawabnya selepas mempelajari
kemahiran baru di kelas.
3. Guru akan menyemak hasil kerja pelajar dan perbincangan dilakukan bagi
membetulkan sebarang kesalahan atau penambahbaikan.
4. Mengenalpasti pelajar yang kurang berkeyakinan dan tidak dapat menjawab
dengan baik.

PENILAIAN DAN TINDAKAN SUSULAN


1. Penilaian tahap ingatan pelajar berdasarkan soaljawab dalam kelas dan ujian
penilaian 1 – 4.
2. Pemeriksaan nota dan latihan berkala bagi setiap kerja yang diberikan bagi
memastikan pelajar dapat memahami komponen-komponen dalam pendidikan
sivik dan kewarganegaraan.
3. Pemantauan terhadap pelajar yang kurang peka/memuaskan diberikan lebih
tumpuan.

2) PROGRAM SOKONGAN

PENYATAAN MASALAH
Pelajar masih kurang mahir mencipta nota ringkas atau peta minda bagi pelajaran
yang dipelajari. Kurang kemahiran menyebabkan pembelajaran agak perlahan dan
lambat untuk difahami.

TAJUK PROGRAM
Smart Peta Minda

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 3
MATLAMAT
Pelajar mudah memahami pembelajaran dan lulus 100% dalam peperiksaan.

OBJEKTIF
1. Menggalakkan pelajar sentiasa menguasai semua topik yang telah dipelajari.
2. Meningkatkan kemahiran dan kreaviti pelajar dalam membuat nota ringkas.
3. Meningkatkan daya ingatan pelajar berdasarkan maklumat ringkas yang dicari
untuk penghasilan peta minda.

JANGKA MASA PROGRAM


Sepanjang tahun ( Februari - Oktober)

SUMBER
Kewangan : Pelajar, guru dan kewangan panatia.

STRATEGI PELAKSANAAN / PELAN BERTINDAK


1. P & P di dalam kelas atau kelas tambahan.
2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diminta
menyiapkan peta minda tentang topik-topik yang telah dipelajari.
3. Guru menyemak hasil kerja setiap kumpulan dan menggabungkannya dan
setiap pelajar perlu fotostat untuk dibuat ulangkaji.
4. Pelajar akan menerangkan setiap isi yang ditulis atau dilakar dalam peta
minda.
5. Ujian/kuiz tambahan akan diberikan bagi latihan pengukuhan.

PENILAIAN DAN TINDAKAN SUSULAN


1. Penilaian rekabentuk dan cara pelajar mencipta peta minda diberikan dan
penambahbaikkan dicadangkan.
2. Memastikan setiap kumpulan berjaya menghasilkan peta minda yang menarik
dan setiap pelajar mesti ada salinan peta minda kumpulan lain.

3) PROGRAM SAMPINGAN

PENYATAAN MASALAH
Segelintir pelajar masih kurang berminat untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran
sehingga pelajaran yang telah dipelajari dilupakan.

TAJUK PROGRAM
Murni Silang Kata

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 3

MATLAMAT
Pelajar dapat memahami kehendak soalan dan menjawab pelbagai soalan silang
kata yang diberikan dengan penuh minat dan bersemangat.

OBJEKTIF
1. Melibat aktifkan pelajar dalam pengukuhan minda pendidikan sivik dan
kewarganegaraan.
2. Melahirkan rasa keseronokan dikalangan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
3. Meningkatkan pemahaman dan minat pelajar untuk terus berusaha gigih
dalam pelajaran.
4. Melahirkan insan yang tidak mudah putus asa dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan.

JANGKA MASA PROGRAM


Lima bulan antara ( Mac - Oktober)

SUMBER
Peralatan : panatia PSK

STRATEGI PELAKSANAAN / PELAN BERTINDAK


1. Soalan silangkata diberikan semasa P & P di dalam kelas dan pelajar
dikehendaki menyelesaikannya dalam masa yang ditetapkan.
2. Semua pelajar wajib terlibat aktif dalam menjawab soalan.
3. Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat dan betul dalam masa yang
ditetapkan akan diberikan sedikit saguhati.

PENILAIAN DAN TINDAKAN SUSULAN


1. Penilaian tahap pemahaman pelajar berdasarkan ketepatan jawapan yang
diberikan.
2. Murni Silang kata akan diperbanyakkan berdasarkan ransangan terhadap
peningkatan pemahaman pelajar.
3. Tumpuan lebih pada soalan-soalan yang biasa diajukan dalam peperiksaan
dan sedikit soalan-soalan sampingan untuk hiburan pelajar.