Anda di halaman 1dari 4

Tanggungjawab se0rang isteri

1. Taat
2. Melayan suami
3. Mengurus rumahtangga
4. Menjaga Maruah Diri, Suami Dan Keluarga
5. Menyenangkan Hati Suami
6. Pendorong Dan Memberi Motivasi

TAAT

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan
isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:


Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu
sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:


Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah
atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Sabda Rasulullah SAW:


Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa,
sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan
kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan
yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah
memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:


Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan
suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya
sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi
kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta
menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia
kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah
menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada
suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan
bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut
keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk
mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat
perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si
isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba
kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu


rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula
diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama
daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan
lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA

Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari
rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak
saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok
mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah
menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
"Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami
hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada
perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu
pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si
isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si
suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri
hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut:


Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my
presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya
kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang
sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang
boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:

Oh my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you
brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you.
Be a floor to him, he will be a roof to you
Be a soft seat to him, he will be a pillar for you and
Be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you.

Avoid inopportune behavior, least he should be bored with you and


Be not aloof lest he should become indifferent to you.
If he approaches you, come running to him and
If he turns away, do not impose yourself upon him.

Take care of his nose, his eye and his ear.


Let him not smell except a good odour from you
Let not his eye see you except in an agreeable appearance and
Let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)

PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam
menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman
hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah
motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya
pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa
tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu
ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan
seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu
fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi
kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat
dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan
perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan
pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal
sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya
supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka
melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan
yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-
masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana
perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya
mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah
maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa
menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari
daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur
ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada
orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang
diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat
secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri
dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal
kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah
masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk
melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat
itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia,
dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab
itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Anda mungkin juga menyukai