Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK MENGURUS KELEMAHAN

Berdasarkan survey yang telah dijalankan, didapati sampel yang dipilih


mempunyai dua kelemahan iaitu sampel tidak mampu menjadi model perubahan
kepada rakan-rakan sekelasnya. Dalam erti kata lain, sampel masih belum boleh
menjadi role-model kepada rakan-rakan sekelasnya. Selain itu, sampel yang dipilih juga
kurang peka dengan emosi rakan-rakan sekelasnya dan tidak mampu menjadi
pendengar yang bagus terhadap masalah yang mereka hadapi. Walaubagaimanapun,
terdapat pelbagai teknik dan cara yang boleh dipelajari dan dipraktikkan oleh sampel
untuk mengatasi kelemahan dirinya itu.

Dalam usaha bagi sampel untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang


ada pada dirinya itu, pertama sekali sampel haruslah bijak menguruskan emosi dan
tingkah lakunya. Hal ini adalah kerana riak wajah, emosi dan perlakuan seseorang
mampu mempengaruhi orang lain disekitarnya. Namun, bagi menguruskan emosi
seseorang itu haruslah mengenalpasti emosi sendiri (to know your own emotion). Ini
meliputi kemampuan diri untuk mengenalpasti apa yang dirinya rasakan. Setiap kali
suatu emosi tertentu muncul dalam fikiran, kita sendiri harus dapat menangkap apa
pesanan yang ingin disampaikan. Contoh pesanan dari emosi ialah takut, sakit hati,
marah, frustasi, kecewa, rasa bersalah dan kesepian. Penguasaan seseorang dalam
hal ini akan menjadikan dirinya peka dalam mengambil sesuatu keputusan bagi setiap
masalah peribadi yang dihadapi. Apabila seseorang itu mampu menguruskan
emosinya, keseimbangan dalam dirinya mampu dicapai dan sekaligus akan terpapar
melalui pergerakan dan tingkah lakunya. Emosi seseorang juga boleh dikelolakan
dengan menghiburkan diri sendiri, melepaskan kecemasan, dan kemurungan.

Disamping itu, sampel juga haruslah belajar untuk memotivasikan dirinya


sendiri. Memotivasi diri sendiri ialah kebolehan untuk mengawal dan mengimbang
tenaga, pendirian, desakan dan kepuasan diri bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan. Aspek self-motivation ini sangat penting kepada semua orang lebih-lebih
lagi pelajar kerana dengan mempunyai kebolehan EQ ini mereka akan dapat mengawal
diri dan menetapkan pendirian sendiri walaupun menghadapi cabaran yang besar dan
hebat daripada luar. Bagi menjadi role model atau model perubahan kepada orang di
sekeliling kita, seseorang itu harus tahu bagaimana caranya untuk memotivasikan
dirinya sendiri iaitu dengan membina matlamat yang jelas dan fokus terhadap usaha
untuk mencapainya. Perkataan motivasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris -
"motivation" yang mana perkataan asalnya ialah "motive" yang juga telah dipinjam oleh
Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada motif, yakni bermaksud tujuan. Oleh itu,
tidak dapat kita tolak bahawa kunci utama yang  memotivasikan diri kita dalam apa
keadaan sekali pun adalah tujuan atau motif kita. Atau, dalam kata-kata yang lebih
mantap; matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita kita.  Ini bererti, jika anda
sudah mempunyai matlamat atau tujuan-tujuan yang jelas dalam kehidupan anda, anda
dengan sendirinya sudah mempunyai pendorong yang menggerakkan serta mengarah
tuju anda untuk bertindak ke arah mencapai matlamat-matlamat anda. 

Dengan yang demikian, seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup


yang jelas, akan seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak
pasti akan ke mana sampainya. Oleh kerana itu, binalah matlamat atau apa juga yang
anda ingin sekali capai atau miliki dalam kehidupan anda, dengan jelas. Matlamat anda
itu akan menjadi kompas dan pendorong kehidupan anda. Seterusnya, fokuskanlah
segala perhatian, tenaga dan usaha anda ke arah mencapai matlamat, wawasan,
aspirasi, hasrat atau cita-cita anda itu. Salah satu sebab utama kenapa motivasi
seseorang menjadi lemah ialah apabila timbulnya ketidakyakinan pada diri sendiri.
Seseorang yang tidak yakin, biasanya akan kalah sebelumpun melakukan apa yang
patut dilakukannya untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, untuk mencapai kejayaan,
seseorang itu mestilah berani. Pepatah positif seperti "Berani kerana benar, takut
kerana salah." serta "Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal
lengan serta."  haruslah menjadi pegangan kita. Jadi, untuk memantapkan lagi motivasi
diri, kita mestilah membina keberanian positif pada diri kita. Kita mestilah mempunyai
sikap berani melakukan apa sahaja yang patut kita lakukan untuk mencapai kejayaan.
Namun, pada masa yang sama tidak melakukan perkara-perkara yang tidak patut
dilakukan.. Oleh kerana itu, agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah benar-
benar tahu apa yang anda harus lakukan untuk mencapai kejayaan.  Ini bererti, anda
hendaklah mempunyai matlamat , perancangan dan pelan tindakan mantap. Pelan
tindakan ini bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran serta tindakan anda
dalam menangani apa juga cabaran yang anda hadapi dalam mencapai kejayaan (di
dunia serta akhirat).

Seterusnya, dalam usaha untuk menjadikan sampel sebagai seorang yang


lebih peka terhadap emosi orang lain dan bersedia menjadi pendengar terhadap
masalah orang di sekelilingnya, sampel juga haruslah mengenali emosi orang lain
ataupun yang lebih dikenali sebagai empati. Mengenali emosi orang lain bererti kita
memiliki empati terhadap apa yang dirasakan oleh orang lain. Penguasaan ini membuat
kita lebih efektif dalam berkomunikasi dengan orang lain. Empati dibangunkan
berdasarkan pada kesedaran diri. Jika seseorang terbuka pada emosi sendiri, maka
dapat dipastikan bahawa dia akan terampil dalam membaca perasaan orang lain. Corey
dan Corey (1997) menyatakan bahawa individu yang memiliki sifat empati mampu
menyelami perasaan seseorang dan mampu melihat dunia orang lain dari perspektif
mereka. Rogers dalam Corey, Corey & Callahan (1998) juga menyatakan seseorang
yang menunjukkan sifat empati lebih mudah berinteraksi dengan orang lain, terutama
dalam proses membantu seseorang.

Stein dan Book dalam bukunya Emotional Intelligence and Your Success
(2000) memberikan pandangan tentang empati iaitu kemampuan untuk menyedari,
memahami dan menghargai perasaan serta fikiran orang lain dalam laras bahasa yang
agak berbeza beliau juga mengemukakan, empati adalah “menyelaraskan diri” prihatin
terhadap apa, bagaimana, serta memahami latarbelakang perasaan serta fikiran orang
lain, sebagaimana orang tersebut merasakan dan memikirkannya. Menurut beliau
individu yang mempunyai sifat empati yang tinggi mampu memahami orang lain
daripada persepektif individu itu, peduli serta memperlihatkan keinginan dan perhatian
yang tinggi terhadap orang terebut. Khairul ummah et al (2003) menggambarkan sifat
empati dengan istilah “peka, peduli, positif, dan partisipatif”. Sifat peka, peduli dan
partisipatif menggambarkan tentang perhatian seseorang terhadap perubahan dan
keadaan emosi orang lain. Seseorang yang memiliki kepekaan yang tinggi dapat
merasakan kesulitan orang lain, seolah-olah dia sendiri yang merasakanya. Individu
tersebut mampu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik kepada orang yang
menghadapi masalah tersebut. sedangkan sifat positif menggambarkan tentang
kemampuan seseorang untuk selalu berusaha berbinncang secara positif dan
menghindari laras bahasa yang negatif.

Teknik seterusnya bagi mengatasi kelemahan diri sampel ialah memastikan


sampel membina hubungan atau bekerjasama dengan orang disekelilingnya.
Kerjasama (team work) adalah keinginan untuk bekerja sama dengan orang lain secara
kooperatif dan menjadi sebahagian dari kelompok. Bukan bekerja secara terpisah atau
saling bersaing. Kompetensi kerjasama menekankan peranan sebagai anggota
kelompok, dan bukan sebagai pemimpin. Kelompok disini dalam erti kata yang luas,
ialah sekelompok individu yang menyelesaikan suatu tugas atau proses bersama.
Kedua belah pihak yang ingin mencipta peluang bekerjasama atau yang sudah
bekerjasama sebaiknya saling mengenali antara satu sama lain. Peluang bekerjasama
dapat dicipta melalui kegiatan-kegiatan seperti gathering, makan malam bersama,
melakukan aktiviti yang digemari bersama dan sebagainya. Dalam peluang
bekerjasama sebaiknya-baiknya kedua-dua belah pihak harus mengetahui kelebihan
dan kekurangan masing-masing agar proses komunikasi dapat berjalan dengan lancar.
Kedua-dua belah pihak juga harus jujur antara satu sama lain agar peluang kerjasama
yang diinginkan dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan mendatangkan
hasil yang bermutu dimana kedua-dua belah pihak boleh berbangga dengannya.
Kerjasama yang baik haruslah didasari dengan pendirian yang utuh antara kedua-dua
belah pihak. Dalam membuat perjanjian kerjasama juga kata sepakat haruslah dicapai
bersama agar tidak timbul sebarang masalah yang boleh menjejaskan perhubungan
antara individu yang terbabit.

Akhir sekali, sampel juga mestilah belajar menghormati orang lain. Lebih-
lebih mereka lagi mereka yang memiliki pandangan yang berbeza daripadanya. Antara
cara kita boleh menghormati pendapat orang lain ialah dengan bersikap positif dalam
menerima pandangan, kritikan,dan teguran daripada masyarakat sekeliling. Dengan
cara ini, kita dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana yang
harmoni dan sekaligus memudahkan orang lain untuk berurusan mahupun
berkomunikasi dengan kita. Selain itu, kita juga perlu berfikir sama ada pendapat rakan
kita itu berguna ataupun sebaliknya. Jika pendapat itu tidak sesuai, kita haruslah
menyatakan perasaan kita supaya rakan-rakan dapat menerimanya dengan hati yang
terbuka.Hal ini dapat mengelakkan perselisihan faham, cemburu, dengki, pergaduhan,
buli, dan perasaan tidak puas hati. Bagi menjadi pendengar yang baik pula, sampel
harus lebih bersabar dalam menangani kerenah rakan-rakannya. Walaupun kadangkala
kita tidak mampu untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
seseorang, namun dengan hanya mendengar luahan terhadap kekangan yang dia
hadapi mampu melegakan perasaannya. Inidvidu tersebut pasti akan berterima kasih
kepada anda kerana telah memberi ruang kepadanya untuk menceritakan perkara yang
selama ini ditanggungnya sendirian. Mugkin juga sampel selama ini merasakan bahawa
dia tidak mampu membantu rakan-rakannya yang berada dalam kesusahan kerana
kurang keyakinan diri, tetapi percayalah bahawa sesiapa sahaja yang berada dalam
kesusahan pasti memerlukan seseorang disisinya untuk meleraikan kekusutan yang
sedang melanda dirinya. Jadi sampel haruslah tampil dengan lebih berani untuk
menjadi pendengar yang setia terhadap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin.
REFLEKSI

Pada semester kali ini, kami diperkenalkan dengan satu subjek baharu iaitu
Kompetensi Kecerdasan Emosi atau lebih dikenali sebagai EIC. Tugasan pada kali ini
pula meminta kami untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada dalam diri
masing-masing dari segi penguasaan kompetensi sosial. Tugasan ini perlu dilakukan
secara berpasangan dan saya telah melaksanakannya bersama Zulaikha Bt Abd
Rahman. Setelah berbincang saya bersetuju untuk menjadi sampel bagi kerja kursus
ini.Soalan- soalan survey yang telah disediakan berkenaan kompetensi sosial diedar
kepada rakan-rakan sekelas untuk menganalisa diri saya supaya mereka boleh
memberi maklum balas mengenai kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri saya.

Setelah analisa dilakukan, didapati kkelemahan saya dalam kompetensi sosial


ialah saya tidak mampu menjadi model perubahan kepada rakan-rakan saya atau
dalam erti kata lain mereka tidak melihat diri saya sebagai role model untuk dijadikan
contoh dan teladan. Saya juga mendapati bahawa selama ini saya kurang peka
terhadap emosi dan tidak bersedia untuk menjadi pendengar terhadap masalah yang
dihadapi oleh rakan-rakan. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana secara
tidak langsung melalui pelaksanaan kerja kursus ini saya dapat mengetahui kelemahan
yang ada pada diri saya dan sekaligus memberi peluang kepada saya untuk
mempelajari teknik-teknik menguruskan kelemahan yang ada pada diri saya. Saya
bukan sahaja mencari maklumat mengenai teknik-teknik mengurus kelemahan diri di
laman sesawang,malah saya turut meminta pandangan beberapa rakan mengenai hal
tersebut.

Tidak dinafikan saya sedikit terkejut apabila analisa yang dilakukan


menunjukkan bahawa saya seorang yang tidak peka terhadap emosi rakan-rakan
sekelas, namun saya mengambilnya secara positif, Mungkin sahaja saya pernah
melukakan hati dan perasaan beberapa rakan tanpa saya sedari dan mugkin saya tidak
mampu mendengar masalah yang mereka hadapi ekoran daripada kekangan masa dan
tuntutan tugas seharian. Kadangkala saya juga kurang keyakinan diri untuk mendekati
mereka memandangkan ada dalam kalangan mereka yang lebih senang
menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan orang lain yang lebih rapat dengan
mereka ataupun meyelesaikannya secara bersendirian. Namun saya masih perlu
memperbaiki diri saya sendiri supaya dapat memastikan hubungan persahabatan yang
trejalin antara kami semua kekal utuh selamanya. Tidak dilupakan saya agak
berbangga apabila kesemua rakan bersetuju bahawa saya mampu memberikan tunjuk
ajar kepada mereka denagn cara yang mudah lagi efektif. Hal ini sekaligus
meningkatkan keyakinan saya untuk menjadi seorang guru yang berjaya pada masa
akan datang. Ternyata tidak sia-sia saya memilih profesion perguruan dan saya tidak
sabar untuk mencurahkan bakti kepada anak-anak bangsa tercinta.

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa kerja kursus kali ini


banyak membantu saya untuk menyedari siapa diri saya sebenarnya dalam kaca mata
rakan-rakan sekelas yang merupakan kelompok paling hampir dengan saya selama ini.
Saya juga menyedari bahawa EQ menjana pemikiran otak kanan yang menghasilkan
pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian
masaalah. Manakala pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad
kepada analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan.
Individu yang mempunyai pencapaian tinggi dalam akademik atau IQ tidak semestinya
mempunyai EQ yang tingginya. Kecerdikan emosi dilihatkan sebagai salah satu elemen
yang penting dalam kehidupan individu.

Nama: Suriati Binti Johari

No Kad Pengenalan: 900618-06-5310

Kumpulan: PPISMP Sains Ambilan Julai 2009


RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kompetensi sosial meliputi aspek bersikap inklusif,


bertindak objektif, serta tidak diskriminatif (tidak megira jantina, agama, kaum, rupa
paras, warna kulit, latar belakang keluarga, dan status sosial ekonomi.Kompetensi
sosial juga meliputi cara berrkomunikasi secara efektif, empatik, dan santun sesama
masyarakat tidak kira sama ada yang muda mahupun yang muda. Kompetensi sosial
juga dikaitkan dengan pengurusan EQ. Dan kita semua sedia maklum bahawa individu
yang memliki EQ yang tinggi lebih berjaya berbanding mereka yang memliki IQ yang
tinggi. Tahap EQ seseorang bergantung kepada dua faktor iaitu faktor internal
(dalaman) dan faktor external (luaran). Faktor internal ini memiliki dua sumber iaitu dari
segi jasmani dan segi psikologi. Dari segi jasmani adalah faktor fizikal dan kesihatan
individu. Apabila fizikal dan kesihatan seseorang diganggu ianya mungkin
mempengaruhi proses kecerdasan emosinya. Dari segi psikologi pula ianya
merangkumi pengalaman, perasaan, kemampuan berfikir dan motivasi. Faktor external
adalah stimulus dan lingkungan dimana kecerdasan emosi berlangsung. Faktor external
meliputi stimulus itu sendiri dan daripada persekitaran luar seperti perlakuan seseorang.
BIBLIOGRAFI

1) Rujukan daripada internet

Definisi Kompetensi Sosial. November 19th, 2008. Admin Blog.

http://duniapsikologi.dagdigdug.com/2008/11/19/definisi-kompetensi-sosial/

Pembinaan Sifat Empati. Dr. Syafrimen, M. Ed. Saturday, April, 10 2010.

http://syafrimen.blogspot.com/2010/04/pembinaan-sifat-empati.html

Kamus Kompetensi : Kerjasama (Team Work ). November, 4th 2008.

http://indosdm.com/kamus-kompetensi-kerjasama-team-work

Adakah EQ boleh dipelajari? Neo.

http://www.slideshare.net/mandalina/meningkatkan-kecerdikan-emosi

Anda mungkin juga menyukai