Anda di halaman 1dari 75

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 2

BAHAGIAN A : KEMAHIRAN

Unit 1: Kedudukan
Unit 2: Arah
Unit 3: Skala
Unit 4: Graf
Unit 5: Rajah
Unit 6: Peta

BAHAGIAN B : GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

Unit 7 : Taburan Penduduk


Unit 8 : Perubahan Penduduk
Unit 9 : Migrasi Penduduk
Unit 10: Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar
Unit 11: Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

Unit 12: Petempatan


Unit 13: Pembandaran

TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Unit 14: Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal


Unit 15: Perkembangan Jaringan Pengangkutan
Unit 16: Perkembangan Sistem Perhubungan
UNIT 1 : KEDUDUKAN

SUB TAJUK :

1. Objektif
2. Mengenal Latitud
3. Mengenal Longitud
4. Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud
Dan Longitud
5. Mengira Waktu Tempatan
6. Waktu Piawai
7. Rumusan

1. OBJEKTIF

Pada akhir unit ini, anda dapat:

• Mengenal latitud dan longitud.


• Menyatakan kedudukan sesuatu tempat berasaskan latitud dan longitud.
• Mengenal zon waktu di atas peta dunia.
• Mentakrif waktu tempatan dan waktu piawai.
• Menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan latitud dan
longitud.
• Mengira waktu tempatan berasaskan kedudukan longitud.

2. MENGENAL LATITUD / GARIS LINTANG

• Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas
dan glob.
• Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari
yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan.
• Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan.
• Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di
Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S.
• Garis-garis lintang yang utama ialah:
i. GarisanKhatulistiwa ( 0° )
ii. Garisan Sartan ( 23½°U )
iii. Garisan Artik ( 66½°U )
iv. Garisan Jadi ( 23½°S )
v. Garisan Antartik ( 66½°S )
vi. Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan
membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan
hemisfera selatan.
3. MENGENAL LONGITUD / GARIS BUJUR / MERIDIAN

• Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub
selatan.
• Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan.
• Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah
separuh lilitan bumi.
• Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich,
London diberi nilai 0°.
• Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal.
Terdapat sebanyak 360° garis longitud.
• Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T
hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi
nilai 1°B hingga 180°B.
• Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah
garisan yang sama.
• Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).

4. MENYATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT


BERASASKAN LATITUD DAN LONGITUD

• Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan


kedudukan sesuatu tempat.
• Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu
diikuti nilai garis longitud.
• Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan
kepada 60 minit ( ’ )
• Contoh: Rujuk peta di bawah

Nama Tempat Garis Latitud Garis Longitud


Kudat 6° 54’U 116° 51’T
Tuaran 6° 10’U 116° 14’T
Kota Belud 6° 22’U 116° 26’T
Ranau 5° 58’U 116° 43’T
Kota Kinabalu 5° 40’U 116°T
Beufort 5° 20’U 115° 46’T
Tenom 5° 2’U 115° 57’T
Tawau 4° 16’U 117° 53’T
5. MENGIRA WAKTU TEMPATAN

• Garis longitud digunakan untuk mengira waktu.


• Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak
di Meridian Pangkal ( 0° ).
• Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan
menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat.
• Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

Contoh Mengira Waktu Tempatan

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu
tempatan di:

• Bombay ( 73°T )
• Buenos Aires ( 58°B)

1. Waktu di Bombay ( 73°T )

Langkah-langkah
• Cari perbezaan garis longitud = 73°- 0° = 73°
• Cari perbezaan masa = 73 ÷15 = 4 jam 52 minit
• Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
2. Waktu di Buenos Aires ( 58°B )

Langkah-langkah
• Cari perbezaan garis longitud = 58° - 0° = 58°
• Cari perbezaan masa = 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
• Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam

6. WAKTU PIAWAI

• Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di


sesuatu kawasan yang kecil.
• Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai.
• Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut
kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur.
• Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu
meliputi 15° garis longitud.

• Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.


• Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
• Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami
keadaan tengah malam.
• Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand,
GTA dilukis secara bengkang-bengkok.
• Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
• Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di
benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari.
• Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika
Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.
7. RUMUSAN
SUB TAJUK :

2.1 . Objektif
2.2 . Pengenalan
2.3 . Mengukur Bearing Dengan Menggunakan Jangka Sudut
2.4 . Contoh Pengiraan Bearing
2.5 . Rumusan

2.1 OBJEKTIF
.

Dalam unit ini anda akan dapat:


• Menyatakan bearing sudutan
• Mengukur bearing sudutan sesuatu tempat dengan menggunakan jangka sudut di
atas peta lakar berasaskan peta topografi.

2.2 PENGENALAN
.
• Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah.
• Ia diukur dengan kiraan darjah (°).
• Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:

1. Bearing Bulatan Penuh / Bearing Azimut / Bearing Tentera / Bearing


• Bearing bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan
jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0° hingga 360°.

2. Bearing Sukuan
• Bearing sukuan, kiraan dan bacaan diasaskan pada arah utara dan selatan.
Oleh itu, arah mata angin utara dan selatan ditandakan 0°. Arah mata
angin timur dan barat ditandakan 90°.

2.3. MENGUKUR BEARING DENGAN MENGGUNAKAN JANGKA SUDUT

• Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa


menjalankan kerja luar.
• Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta.
• Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam bermula 0° hingga 360° .

2.4. CARA MENGUKUR BEARING SUDUTAN

• Sambungkan titik P dan Q dengan garis


lurus. U
• Buatkan satu palang di P dan satu
palang lagi di Q. Q
• Tandakan arah Utara-Selatan pada
palang di P. 450
• Ukur sudut UPQ dengan sebuah jangka
sudut. Pastikan jangka sudut di garisan.
Utara-Selatan dan berpusat di P. U
• Sudut UPQ ialah bearing Q dari P, iaitu
45° P

2.5. RUMUSAN
UNIT 3 SKALA

SUB TAJUK :

3.1: Objektif
3.2: Pengenalan
3.3: Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus
3.4: Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar
3.5: Menukar Jarak Di Lapangan Kepada Jarak Pada Peta
3.6: Rumusan

3.1 OBJEKTIF

Dalam bab ini anda akan dapat:

• Mengukur jarak antara dua tempat di atas peta dengan menggunakan skala lurus
.
• Menukar jarak di atas peta kepada jarak sebenar dengan menggunakan skala
lurus.
• Menukar jarak di atas lapangan kepada jarak sebenar dengan menggunakan
skala lurus.
3.2 PENGENALAN

• Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di
atas permukaan bumi.
• Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada
peta.
• Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu :
1. Skala lurus
2. Skala penyata
3. Pecahan wakilan

3.3 MENGUKUR JARAK DI ANTARA DUA TEMPAT PADA PETA DENGAN


MENGGUNAKAN SKALA LURUS

• Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya
dalam satu garisan lurus.
• Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil
supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.

Contoh Skala Lurus

• Mengukur Jarak Lurus


1. Menggunakan Jangka Tolok
2. Menggunakan Jalur Kertas

• Mengukur Jarak Melengkung


1. Menggunakan Jalur Kertas
2. Menggunakan Benang

3.4 MENUKAR JARAK PADA PETA KEPADA JARAK SEBENAR

• Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan
pembaris.
• Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm).
• Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.
• Contohnya:
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nomborpada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan
pembaris pada skala lurus di bawah peta.
5. Berdasarkan skala lurusitu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan
sekolah ialah 4.5 km.

• Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta
masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.

• Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.


• Jarak sebenar di atas bumiditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh
sebuah peta.

3.5 MENUKAR JARAK DI LAPANGAN KEPADA JARAK PADA PETA

• Berpandukan skala lurus, anda boleh menukar jarak di lapangan kepada jarak di
atas peta.
• Dengan cara itu, anda boleh melukis pelan atau peta sesebuah tempat.
• Lihat Rajah di atas, Jarak jalan raya antara Kampung Jong dengan Kampung
Pahat ialah 5.5 kilometer. Berapakah jarak jalan raya ini dalam peta?
• Anda boleh mengira jarak jalan raya ini dalam peta berpandukan skala lurus
terpilih:

Jarak sebenar = 5.5 kilometer

Berdasarkan skala dalam peta, Jarak dalam peta =5.5 cm

• Dengan cara yang sama, tukar jarak sebenar tempat-tempat berikut kepada
jarak dalam peta. Gunakan skala lurus di atas.
1. Jarak sekolah dari Kampung Jong
2. Jarak rumah Devi dari Kampung Jong
3. Jarak Kampung Plang dari Kampung Jong

• Setelah menukar jarak sebenar kepada jarak dalam peta, anda boleh melukis
peta atau pelan untuk menunjukkan kedudukan tempat-tempat berkenaan.
• Lihat contoh di bawah.

3.6 RUMUSAN
UNIT 4 GRAF

SUB TAJUK :

4.1: Objektif
4.2: Pengenalan
4.3: Graf Bar Berganda
4.4: Graf Garisan Berganda
4.5: Rumusan

4.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat:

• Mengumpul dan merekod maklumat dan data.


• Menyusun maklumat dan data dalam bentuk jadual.
• Melukis graf bar berganda dan graf garisan berganda berdasarkan jadual
dengan menggunakan label dan petunjuk yang betul.
• Mentafsir jadual, graf bar berganda dan graf garisan berganda.

4.2 PENGENALAN

• Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel
(pemboleh ubah) dengan variabel yang lain.
• Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat.
• Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf
bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk
• Dalam bab ini, anda akan mempelajari
1. Graf bar berganda : iaitu graf yang terdiri daripada beberapa pasangan
atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan.
2. Graf garisan berganda : iaitu graf yang terdiri daripada dua atau lebih
garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan
dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan.

4.3 GRAF BAR BERGANDA

Ciri-ciri graf bar berganda ialah:


• Terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bar.
• Tiap-tiap bar mewakili satu set data yang tertentu.
• Memudahkan perbandingan.
• Petunjuk yang jelas diperlukan.

Kaedah melukis graf bar berganda.


• Lukis paksi menegak dan paksi melintang. Paksi melintang biasanya mewakili
nilai tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah nilai berubah.
• Pilih skala yang sesuai dan tandakan di kedua-dua paksi.
• Pilih saiz bar yang sesuai. Semua bar mesti bermula pada nilai 0 di paksi
melintang.
• Lukis bar yang terpanjang dahulu diikuti dengan lain-lain bar. Bar-bar tersebut
mesti dilukis dengan rapat tanpa diselang.
• Warna atau lorekkan bar-bar yang telah dilukis.
• Sediakan petunjuk

4.4 GRAF GARISAN BERGANDA

Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah:


• Terdiri daripada dua atau lebih garis.
• Setiap garis mewakili satu set data yang tertentu.
• Berguna untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih set data.
Langkah-langkah melukis graf garisan berganda.
• Lukis paksi menegak dan paksi melintang.
• Tentukan nilai di paksi menegak dan paksi melintang. Nilai tetap selalunya ditulis
di paksi melintang dan nilai berubah di paksi menegak.
• Pilih skala yang sesuai bagi mewakili keluaran hasil pertanian di paksi menegak.
Di paksi melintang tahun ditulis pada jarak yang bersesuaian.
• Tandakan pangkah-pangkah kecil di atas kertas graf. Mulakan dengan padi kerana
padi merupakan nilai yang terbesar.
• Sambungkan tanda-tanda pangkah tersebut dengan satu garisan.
• Ulangi langkah-langkah di atas bagi melukis garisan yang mewakili jagung dan
kelapa.
• Warnakan atau lorekkan garis-garis tersebut dengan warna atau lorekan yang
berbeza.

4.5 RUMUSN

UNIT 5 RAJAH

SUB TAJUK:

5.1: Objektif
5.2: Pengenalan
5.3: Rajah Kitaran
5.4: Peta Minda
5.5: Rumusan

5.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini, anda akan dapat:


• Mengumpul maklumat
• Melukis dan melabel rajah berdasarkan maklumat
• Mentafsir rajah

5.2 PENGENALAN

• Rajah digunakan untuk menerangkan sesuatu proses atau perkara.


• Sebuah rajah biasanya menunjukkan beberapa bahagian.
• Rajah boleh dibahagikankepada dua jenis iaitu:
1. Rajah kitaran
2. Peta minda
• Kebaikan menggunakan rajah.
1. Huraian yang panjang lebar dapat diringkaskan.
2. Maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan menarik.
3. Memudahkan penerangan dan memberikan gambaran yang lebih jelas
dan mudah difahami.

5.3 RAJAH KITARAN

• Rajah kitaran menunjukkan gambaran yang boleh disusun menjadi sebuah kitaran
yang lengkap.
• Bahagian-bahagian dalam rajah kitaran disusun dari peringkat awal sehingga
peringkat akhir.
• Setiap bahagian dikaitkan dengan bahagian seterusnya melalui anak panah.
Penerangan yang ringkas perlu ditulis di setiap bahagian dalam rajah.

Rajah kitaran digunakan untuk menerangkan aktiviti-aktiviti berterusan seperti:

• Proses pertanian : seperti proses pengeluaran padi, getah dan kelapa sawit.
• Proses perkilangan : seperti memasang kereta, membuat tayar dan membuat
minuman botol.
• Proses fizikal : seperti hujan bukit, bayu darat, bayu laut dan aliran sungai.

Langkah-langkah melukis dan melabel rajah kitaran.


• Baca maklumat yang dikumpuldan memilih ciri fizikal yang hendak dilukis.
• Tentukan susunan setiap ciridalam rajah.
• Gunakan anak panah untukmenunjukkan kaitan setiap peringkat.
• Warnakan dan labelkan ciriyang dilukis.
• Tambahkan huraian ringkasyang diperlukan.
• Berikan tajuk yang sesuai.

Langkah-langkah mentafsir rajah kitaran.


• Perhatikan tajuk yang menerangkanperkarayang digambarkan.
• Teliti susunan atau urutan, arah anak panah dan nombor serta keterangan-
keterangan ringkas yang diberikan.

5.4 PETA MINDA

• Peta minda adalah rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat.


• Maklumat yang dikumpulkan untuk satu tajuk hanya diperlukan dalam bentuk
ayat ringkas sahaja.

Langkah-langkah melukis dan melabel peta minda.

• Tulis tajuk di tengah-tengah peta minda.


• Tulis semua isi-isi mengikut keutamaan.
• Lukiskan anak panah dan tajukyang sesuai.
Langkah-langkah mentafsir peta minda.

• Perhatikan tajuk yangmenerangkan perkara yang digambarkan.


• Kenal pasti perkara yang diterangkan.
• Baca setiap huraian ringkasyang diberikan.

5.5 RUMUSAN

UNIT 6 PETA

SUB TAJUK:

6.1: Objektif
6.2: Pengenalan
6.3: Mengenal Ciri Fizikal Dan Ciri Budaya Pada Peta Bergambar
6.4: Mentafsirkan Peta Bergambar
6.5: Rumusan

6.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini, anda akan dapat:


• Mengenal pasti ciri fizikal dan budaya berdasarkan peta bergambar (peta
pelancongan), tempat bersejarah, tempat rekreasi, pusat membeli-belah,
kemudahan penginapan, kemudahan pengangkutan.
• Menyatakan kedudukan dan taburan ciri-ciri geografi yang diperhatikan dalam
peta bergambar.
• Mengelaskan simbol-simbol yang mewakili ciri fizikal dan budaya dalam peta
bergambar.
• Mentafsir peta bergambar.

6.2 PENGENALAN
• Peta bergambar merupakan peta yang mengandungi simbol bergambar, simbol
huruf atau simbol angka.
• Simbol-simbol ini menunjukkan kedudukan atau taburan ciri geografi dalam peta.
Biasanya, simbol-simbol ini digunakan dalam peta pelancongan.
• Ciri fizikal merujuk kepada ciri semula jadi seperti pantai, sungai, gua, bukit,
hutan dan air terjun.
• Ciri budaya merujuk kepada ciri buatan manusia seperti petempatan, bangunan,
jambatan, tempat bersejarah, kemudahan penginapan dan tasik buatan manusia.

6.3 MENGENAL CIRI FIZIKAL DAN CIRI BUDAYA PADA PETA


BERGAMBAR

Simbol Ciri-ciri Budaya Simbol Ciri-ciri Fizikal

6.4 MENTAFSIRKAN PETA BERGAMBAR

Anda boleh mentafsir peta pelancongan mengikut langkah-langkah yang berikut.


1. Perhatikan tajuk peta, arahmata angin dan petunjuk.
2. Perhatikan ciri fizikal dan budaya.
3. Kenal pasti kedudukan atau taburan ciri fizikal dan budaya.
4. Gunakan titik rujukan yang sesuai semasa menerangkan kedudukan ciri tersebut.
5. Tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dengan ciri budaya tersebut.

6.5 RUMUSAN
TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

UNIT 7 TABURAN PENDUDUK


SUB TAJUK:

7.1 : Objektif
7.2 : Pengenalan
7.3 : Taburan Penduduk Negara Malaysia
7.4 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara
Malaysia
• Bentuk Muka Bumi Dan Tanih
• Dasar Kerajaan / Governan
• Pengangkutan Dan Perhubungan
• Kegiatan Sosio-Ekonomi
• Sumber Mineral
• Perkhidmatan Dan Pendidikan
7.5 : Rumusan

7.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :


• Mengenal pasti taburan penduduk negara Malaysia.
• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara
Malaysia.
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara
Malaysia.

7.2 PENGENALAN

• Taburan penduduk ialah sebaran penduduk di sesuatu kawasan.


• Kepadatan penduduk Malaysia ialah 71 orang setiap kilometer persegi.

Jumlah penduduk Luas kawasan Kepadatan penduduk


Negeri
(orang) (km2) (setiap km2)
Johor 2 740 625 18 987 144
Kedah 1 649 756 9 425 175
Kelantan 1 313 014 15 024 87
Melaka 635 791 1 652 385
N. Sembilan 859 924 6 644 129
Pahang 1 288 376 35 965 36
Perak 2 051 236 21 005 98
Perlis 204 450 795 257
Pulau Pinang 1 313 449 1 031 1 274
Selangor 4 188 876 7 960 526
Terengganu 898 825 12 955 69
WP K. Lumpur 1 379 310 243 5 676
Sabah 2 603 485 73 619 35
Sarawak 2 071 506 124 450 17
WP Labuan 76 067 92 827
Taburan Penduduk Di Malaysia Pada Tahun 2000

7.3 TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA

• Jumlah penduduk di Malaysia berdasarkan Banci 2000 ialah 23.27 juta orang.
• Sejumlah 79.7% orang tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% tinggal di Sabah,
dan 8.9% tinggal di Sarawak.
• Selangor merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai (4.19 juta),
diikuti oleh Johor (2.74 juta), dan Sabah (2.60 juta).
• Negeri yang paling sedikit penduduk ialah Perlis (0.20 juta).
• Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata dan dapat dibahagikan kepada
kawasan padat, sederhana padat, dan jarang.

1. Kawasan Berpenduduk Padat Di Malaysia

• Kepadatan penduduk melebihi daripada 200 orang sekilometer persegi.


• Tumpuan di ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan, pusat kewangan, dan
pusat perindustrian.
• Bangunan dan rumah dibina rapat-rapat untuk menampung bilangan penduduk
yang ramai.
• Contoh kawasan:

Ibu negeri Johor Bahru, Kuantan, Seremban, Melaka, Kuching


Pertanian Dataran Kedah-Perlis, Dataran Terengganu, Dataran Kelantan
Perlombongan Lembah Kinta, Lembah Klang
Perindustrian
Lembah Klang, Shah Alam
dan perniagaan
2. Kawasan Berpenduduk Sederhana Di Malaysia

• Kepadatan penduduk antara 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.


• Tumpuan di kawasan pertanian dan perikanan.
• Contoh kawasan:
 Kawasan tanah rendah dan beralun di pantai barat Semenanjung Malaysia,
kawasan Kelantan Utara, Kuala Terengganu.
 Pantai barat Sabah dan Sarawak
 Sepanjang lembah Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan
 Kawasan Rancangan Kemajuan Tanah
 Bandar-bandar seperti Kerteh, Mersing, Miri, Bintulu, Sandakan

3. Kawasan Berpenduduk Jarang Di Malaysia

• Kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.


• Kawasan tanah tinggi, pedalaman yang berhutan tebal, dan kawasan berpaya.
• Contoh kawasan:
 Kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal di pedalaman
Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak
 Kawasan berpaya di pantai timur Sabah, Sarawak, dan Johor
 Sekitar Tasik Chini

7.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN


PENDUDUK NEGARA MALAYSIA

1. Bentuk Muka Bumi Dan Tanih

• kawasan padat penduduk kerana:


• Memudahkan pembinaan petempatan serta jaringan pengangkutan dan
perhubungan.
Tanah pamah
• Tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian.
• Kawasan bersaliran baik seperti lembah sungai.
• Contoh: Taiping, sekitar Johor Bahru, Sibu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur
• Taburan penduduk jarang kerana:
• Menyukarkan pembinaan kawasan petempatan dan jaringan pengangkutan dan
Kawasan
perhubungan.
gunung dan
berhutan tebal • Kegiatan pertanian sukar dijalankan
• Contoh: Kawasan tengah Semenanjung Malaysia, kawasan timur dan
pedalaman Sabah, dan pedalaman Sarawak
• Seperti Tanah Tinggi Cameron, Ranau, dan Kundasang.
Kawasan tanah
tinggi • Mempunyai penduduk yang padat kerana dibangunkan sebagai kawasan
pertanian tanaman hawa sederhana dan menjadi tarikan pelancong.
Tanih Aluvium • Sesuai untuk penanaman padi.
• Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana.
• Contoh : Lembah Sungai Kelantan, Lembah Sungai Kedah, dan lembah sungai
perak.
• Terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun seperti di Johor amat sesuai
Tanih Laterit untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
• Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang sederhana.

2. Dasar Kerajaan / Governan


• Zon Perindustrian Bebas -Sungei Way, Bayan Lepas, Sama Jaya, Telok Kalong,
Telok Panglima Garang
• Pembangunan kawasan luar bandar melalui Penubuhan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) seperti Felda Jengka, Felda Air Tawar, Felda
Gugusan Sahabat

3. Pengangkutan Dan Perhubungan


• Jaringan pengangkutan yang padat membantu perkembangan perniagaan,
perdagangan, dan perindustrian
• Jaringan pengangkutan memudahkan perpindahan barangan dari satu tempat ke
tempat lain
• Contohnya:
 Pembinaan KLIA menyebabkan penduduk bertumpu di Sepang
 Pembinaan Lebuh raya Utara-Selatan menggalakkan perkembangan
kawasan Sungai Petani, Jelapang, Senai

4. Sosio Ekonomi
• Kawasan penanaman padi - Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan
Dataran Terengganu
• Kawasan penanaman getah - Sekitar Seremban dan Lahad Datu
• Kawasan penanaman kelapa sawit - Sekitar Kluang, Kuala Pilah, dan Tawau
• Kawasan perniagaan dan perindustrian - Shah Alam, Petaling jaya, Pasir
Gudang, Bayan Lepas, Bintulu

5. Sumber Mineral
• Perlombongan bijih timah - Lembah Kinta
• Perlombongan petroleum dan gas asli
• Kerteh, Lutong, Port Dickson menjadi pusat penapisan petroleum
• Bintulu menjadi pusat pencairan gas asli

6. Perkhidmatan Dan Pendidikan


• Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk.
• Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan,
perdagangan dan pelancongan.
• Sektor perkhidmatan dan pendidikan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.
• Oleh itu, bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu
(perniagaan dan perdagangan) danTanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi
tumpuan penduduk.
• Selain itu, bandar-bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga
berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan.

7.5 RUMUSAN

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

UNIT 8 PERUBAHAN PENDUDUK


SUB TAJUK:

8.1 : Objektif
8.2 : Pengenalan
8.3 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Malaysia
• Kadar Kelahiran
• Kadar Kematian
• Migrasi
8.4 : Perubahan Penduduk Malaysia Pada Masa Depan
8.5 : Rumusan

8.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :


• Mendefinisikan perubahan penduduk
• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran, kadar
kematian dan migrasi
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran, kadar
kematian dan migrasi
• Merumus tentang perubahan penduduk negara Malaysia pada masa depan
berdasarkan kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi

8.2 PENGENALAN

• Sesebuah negara mengalami perubahan penduduk dari masa ke semasa.


• Perubahan penduduk merujuk kepada jumlah penduduk bertambah atau berkurang
dalam setahun di sesebuah negara.
• Perubahan boleh menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau statik.
• Contoh :
 Penduduk negara Malaysia pada tahun 1970 ialah 10.81 juta orang.
 Pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 23.27 juta orang.
 Dalam tempoh 30 tahun, penduduk negara Malaysia telah meningkat
sebanyak 12.46 juta orang.

8.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN


PENDUDUK MALAYSIA
1. Kadar Kelahiran

• Kadar kelahiran ialah jumlah kelahiran bayi dibandingkan dengan jumlah


penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk.
• Kadar tersebut dikenal sebagai kadar kelahiran kasar.
• Kadar kelahiran kasar dikira berdasarkan formula berikut.

• Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran

i. Peranan kerajaan dan Dasar Kependudukan Negara


ii. Peningkatan taraf pendidikan
iii. Peningkatan taraf pendidikan
iv. Keadaan ekonomi yang baik
v. Kos hidup yang tinggi
vi. Amalan perancangan keluarga
vii. Sosiobudaya dan agama

2. Kadar Kematian

• Kadar kematian ialah jumlah kematian yang dibandingkan dengan jumlah


penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk.
• Kadar ini dikenal sebagai kadar kematian kasar.
• Kadar kematian kasar dikira berdasarkan formula berikut:

• Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian

i. Kemudahan perubatan
ii. Dasar kerajaan (kawalan penyakit)
iii. Bekalan makanan
iv. Peningkatan dalam larat pendidikan dan program kesihatan
v. Bencana alam
vi. Keadaan politik

3. Migrasi
• Migrasi ialah perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain
dengan tujuan menetap secara tetap atau sementara.
• Terdapat dua jenis migrasi, iaitu :
1. Migrasi dalaman
2. Migrasi antarabangsa
• Kawasan yang penduduknya berpindah keluar akan mengalami pengurangan
penduduk.
• Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan
penduduk.
• Berikut merupakan faktor tolakan dan faktor tarikan yang mempengaruhi migrasi.

8.4 PERUBAHAN PENDUDUK MALAYSIA PADA MASA DEPAN

Ciri-ciri Penduduk Masa Kini

• Kadar kelahiran menurun daripada 28 orang bagi setiap 1000 penduduk pada
tahun 1990 kepada 23.5 orang pada tahun 2001.
• Kadar kematian menurun daripada 4.6 orang bagi setiap 1000 penduduk pada
tahun 1990 kepada 4.4 orang pada tahun 2001.

Ciri-ciri Penduduk Masa Depan

• Kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor pertanian, binaan dan


perkhidmatan.
• Peningkatan jumlah warga tua.
• Kemasukan buruh asing.
• Peningkatan kos rawatan dan kesihatan

Langkah-langkah
• Galakan pada pasangan suami isteri supaya mempunyai keluarga besar.
• Menggunakan robot dan jentera di kilang.
• Perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak.
• Meningkatkan usia persaraan.
• Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi.

8.5 RUMUSAN

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK


UNIT 9 MIGRASI PENDUDUK

SUB TAJUK:

9.1 : Objektif
9.2 : Pengenalan
9.3 : Pola Migrasi Penduduk Negara Malaysia
9.4 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Dari Luar Bandar Ke Bandar
9.5 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Dari Luar Bandar Ke Luar Bandar
9.6 : Rumusan

9.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :


• Menerangkan migrasi penduduk
• Menerangkan pola migrasi penduduk
• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar
bandar ke bandar dan dari luar bandar ke luar bandar
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk

9.2 PENGENALAN

• Migrasi ialah penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke tempat lain.


• Migrasi melintasi sempadan kawasan, negeri, negara, atau antarabangsa.
• Terdapat dua jenis migrasi, iaitu :
1. Migrasi dalaman
2. Migrasi antarabangsa.

Migrasi Dalaman Migrasi Antarabangsa.


• Penghijrahan penduduk yang • Penghijrahan penduduk dari sebuah
melintasi sempadan kawasan atau negara ke negara lain dan melintasi
negeri. sempadan antarabangsa.
• Contoh: • Contoh:
 Penduduk dari Melaka  Penduduk Malaysia berpindah
berhijrah ke Kuala Lumpur ke Kanada untuk bekerja atau
untuk belajar, berniaga, mengikut keluarga (emigran -
atau bekerja. keluar).
 Penduduk dari Kampung  Penduduk Indonesia dan
Jong, Gerik, Perak Bangladesh berhijrah ke
berhijrah ke Felda Lawin, Malaysia untuk bekerja
Lenggong Perak (imigran - masuk)

9.3 POLA MIGRASI PENDUDUK NEGARA MALAYSIA


• Pola migrasi penduduk merujuk kepada arah aliran pergerakan penduduk secara
kekal.
• Terdapat empat jenis arah aliran pergerakan, iaitu:
1. Luar bandar ke bandar
2. Luar bandar ke luar bandar
3. Bandar ke bandar
4. Bandar ke luar bandar

• Dalam unit ini, tumpuan kita hanyalah pada migrasi luar bandar ke bandar dan
migrasi luar bandar ke luar bandar.

9.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK


DARI LUAR BANDAR KE BANDAR

FAKTOR TOLAKAN DI LUAR


FAKTOR TARIKAN DI BANDAR
BANDAR
Kegiatan ekonomi yang agak terhad Kestabilan politik
Tumpuan pada sektorpertanian Penubuhan Zon Perdagangan Bebas
Peluang pekerjaan terhad Pertambahan peluang pekerjaan
Kadar upah rendah Kadar upah yang tinggi
Taraf hidup rendah Pelbagai bidang ekonomi
Kemiskinan Melanjutkan pelajaran
Kekurangan kemudahan asas Sistem perhubungan dan jaringan
Peluang pendidikan terhad pengangkutan yang baik
Bencana alam seperti banjir Kemudahan infrastruktur lengkap
Pertukaran kerja Cara hidup moden
Perkembangan ekonomi terhad Terdapat pusat rekreasi

9.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK DARI


LUAR BANDAR KE LUAR BANDAR

9.6 RUMUSN
TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK
UNIT 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

SUB TAJUK:

10.1 : Objektif
10.2 : Pengenalan
10.3 : Kesan Perubahan Penduduk
• Terhadap Penerokaan Sumber Tanih
• Terhadap Penerokaan Sumber Hutan
• Terhadap Sumber Air
10.4 : Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang
10.5 : Rumusan

10. OBJEKTIF
1

Di akhir unit ini, anda akan dapat :


• Menyenaraikan kesan-kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber
iaitu, tanah, hutan dan air.
• Menghuraikan dengan contoh kesan-kesan perubahan penduduk terhadap
penerokaan sumber.
• Mencadangkan langkah-langkah penerokaan sumber secara terancang.

10. PENGENALAN
2

• Kebanyakan negara di dunia telah mengalami pertambahan penduduk secara


semula jadi.
• Pada tahun 1996, jumlah penduduk dunia melebihi 5 bilion orang.
• Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan penduduk dunia akan
mencapai jumlah 8.2 bilion menjelang tahun 2021.
• Perubahan penduduk ini akan membawa kesan positif dan kesan negatif terhadap
penerokaan sumber, khususnya tanih, hutan, dan air.
• Dalam bab ini kita akan memahami dengan lebih lanjut kesan perubahan
penduduk yang berlaku di negaraMalaysia terhadap alam sekitar.
• Penduduk dunia semakin bertambah setiap tahun.
• Banyak sumber seperti tanih, hutan, dan air yang perlu diteroka untuk memenuhi
keperluan hidup.
• Keadaan ini turut berlaku di negara Malaysia.
10. KESAN PERUBAHAN PENDUDUK
3

1. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih

Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan:

1. Tanih digunakan untuk pertanian, • Hakisan tanih

Contoh: • Tanih tidak subur kerana pertanian


Tanih aluvium secara giat - kandungan mineral
• Ditanam padi (Dataran Kedah- dalam tanah berkurangan
Perlis, Delta Rajang, Delta Kemubu)
• Ditanam tembakau (Dataran • Penggunaan baja kimia dan racun
Kelantan, sekitar KualaTerengganu, serangga mengakibatkan pencemaran
Chuping) air dan mengancam hidupan akuatik

Tanih laterit • Pembakaran jerami padi


• Ditanam getah dan kelapa sawit di membebaskan gas metana yang dapat
pantai barat Semenanjung Malaysia meningkatkan suhu bumi
dan FELDA

Tanih gambut
• Ditanam nanas di Pekan Nanas,
Simpang Renggam, dan Labis

Tanih pasir
• Ditanam kelapa (sekitar Bagan
Datuk, Sabak Bernam, Tumpat,
Pasir Putih)

2. Tanih diteroka untuk mendapatkan


pasir dan lempung, contoh

• Pasir - industri pembuatan kaca


• Lempung - membuat barang-barang
tembikar
• Perlombongan mendapatkan mineral
- bijih timah, bijih besi,emas,
bauksit, dan kuprum
2. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Hutan

Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan:


• Pembalakan menjadi sumber pendapatan
kerajaan -hutan hujan tropika kaya • Hakisan air larian permukaan
dengan kayu keras yang bernilai tinggi • Spesies flora diancam kepupusan - orkid,
seperti meranti, cengal, merbau yang rafflesia
digunakan dalam industri perabot dan • Spesies fauna diancam kepupusan - orang
dieksport. utan, gajah, dan badak sumbu
• Hutan ditebang untuk dijadikan kawasan • Permukaan tanih menjadi tandus
petempatan, pengangkutan, dan pusat • Hakisan tanih
rekreasi. • Kemusnahan hasil hutan
• Pertanian - Rancangan Tanah Kerajaan • Banjir
(FELDA) • Mengurangkan kawasan tadahan
• Menjana kuasa hidroelektrik

3. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Air

Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan:


• Sumber air minuman dan • Pencemaran sungai - Sungai Klang
perindustrian – Empangan Klang • Penduduk di pedalaman hilang tempat
Gate tinggal
• Air digunakan untuk pengairan – • Pemusnahan hutan
Rancangan Pengairan Sungai Muda • Banjir di kawasan petempatan
dan Rancangan Pengairan Sungai • Pembinaan empangan kuasa
Kemubu hidroelektrik menyebabkan kawasan
• Menjana kuasa hidroelektrik - sekitarnya ditenggelami air
Empangan Kenyir, Chenderoh,
Batang Ai
• Mengawal banjir - Empangan
Temenggor

10. LANGKAH-LANGKAH PENEROKAAN SUMBER SECARA TERANCANG


4

Sumber tanih:
• Kawasan tidak subur dibaja dengan baja kimia
• Kawasan paya ditebus guna untuk penanaman padi - Sungai Manik, Perak dan Paya
Besar, Pahang.
• Bekas lombong dan kawasan paya ditebus guna dan dijadikan kawasan pertanian -
Lembah Kinta, Ipoh di Perak
• Kawasan bekas lombong dibina taman tema dan dijadikan destinasi pelancongan -
Sunway Lagoon, Desa Waterpark
• Kawasan lombong dijadikan tapak perumahan - Rawang, Puchong, Bandar Sunway di
Selangor
• Menambak kawasan laut - Bandar Hilir, Melaka
• Penanaman berteres dan secara hidroponik
• Penggunaan teknik pertanian yang moden, iaitu menggunakan benih bermutu tinggi, baja
kimia, dan racun serangga
• Hakisan tanih dapat dikurangkan dengan
i. membaiki sistem perparitan
ii. menanam tanaman tutup bumi

Sumber hutan:
• Mewartakan hutan simpan dan taman negara untuk melindungi tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar - Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Sepilok, Hutan
Simpan Endau-Rompin, Taman Negara Banjaran Crocker, dan Taman Negara Bako.
• Projek ladang hutan - Bukit Tinggi, Pahang (untuk memastikan bekalan balak masa
depan berterusan)
• Ladang jati diwujudkan di Perlis dan Kedah bagi menghasilkan kayu bermutu tinggi
• Bekas lombong ditebus guna dan ditanam pokok akasia – Batang Berjuntai, Selangor
• Rawatan silvikultur - pokok-pokok berharga dibiarkan tumbuh manakala pokok-pokok
tidak bernilai ditebang
• FRIM menjalankan penyelidikan untuk menentukan spesies pokok-pokok cepat tumbuh
dan bermutu seperti akasia, batai, dan sesenduk
• Menguatkuasakan undang-undang - Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993)
dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1985) untuk mengawal pembalakan haram
• Kempen kesedaran dan kitar semula - Persatuan Pencinta Alam (MNS)

Sumber air:
• Kawasan tadahan hujan dipelihara, iaitu tidak membenarkan kawasan hutan di tempat ini
ditebang
• Mengawal kualiti air sungai dengan membersihkan dan mendalamkan sungai serta
mendenda kilang yang mencemarkan sungai
• Kempen kesedaran - kempen "Cintailah Sungai Kita"
• Memastikan sistem saluran air bersih ke rumah dan kilang teratur
• Menguatkuasakan undang-undang - Akta Kawalan Pencemaran Air
• Penerokaan air bawah tanah oleh Jabatan Kajian Geologi
10. RUMUSAN
1

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber

Kesan Penerokaan Sumber

Air Hutan Tanih


Kesan positif Kesan positif Kesan positif
• Meningkatkan
• Pembalakan dan • Hasil tanamandan
penerokaan air untuk
industri berasaskan perlombongan
kegunaan domestik, dan
kayu bertambah bertambah
industri,
Kesan negatif Kesan negatif Kesan negatif
• Flora dan fauna
• Hutan musnah
diancam kepupusan
• Banjir di kawasan • Tanih tidak subur
• Ketandusan tanih
petempatan dan • Peningkatan suhu
• Pencemaran air dan
pertanian atmostera dan
banjir
• Pencemaran air pencemaran
• Kawasan tadahan hujan
terjejas

Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang

Air Hutan Tanih


• Menubuhkan ladang • Menambahkan
• Mengawasi kawasan hutan dan ladang jati baja
tadahan hujan
• Menebus guna bekas • Menebus guna
• Mengawal kualiti air lombong dan paya bekas lombong
• Mencari punca air • Rawatan silvikultur dan paya
alternatif
• Mewartakan hutan • Menambak pinggir
• Kempen "cintailah simpan dan taman laut
Sungai Kita" negara • Tanaman berteres
• Mengawal kebocoran • Penguatkuasaan • Tanaman
paip undang-undang hidroponik
• Mewartakan hutan lipur • Teknik pertanian
• Kitar semula kertas moden
TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

UNIT 11 HUBUNGAN KEPENDUDUKAN DENGAN SUMBER

SUB TAJUK:

11.1 : Objektif
11.2 : Pengenalan
11.3 : Ciri-ciri Penduduk Berlebihan
11.4 : Kesan Penduduk Berlebihan
11.5 : Ciri Kurangan Penduduk
11.6 : Kesan Kurangan Penduduk
11.7 : Rumusan

11. OBJEKTIF
1

Di akhir unit ini, anda akan dapat :


• Mentakrifkan konsep penduduk berlebihan, kurang penduduk dan penduduk
optimum.
• Menyenaraikan ciri dan contoh penduduk berlebihan dan kurang penduduk.
• Menyatakan kesan penduduk berlebihan dan kurang penduduk terhadap sumber
untuk memenuhi keperluan kependudukan: makanan, tempat tinggal, pekerjaan,
pendidikan, perubatan dan kemudahan asas.
• Menghuraikan ciri berserta contoh penduduk berlebihan dan kurang penduduk.
• Menjelaskan kesan penduduk berlebihan dan kurang penduduk terhadap sumber
untuk memenuhi keperluan kependudukan: makanan, tempat tinggal, pekerjaan,
pendidikan, perubatan dan kemudahan asas.

11. PENGENALAN
2

• Jumlah penduduk di negara-negara di dunia adalah berbeza-beza.


• Jumlah penduduk di sesebuah negara di dunia boleh dikategorikan kepada tiga
jenis iaitu:
i. Penduduk berlebihan,
ii. penduduk optimum
iii. kurang penduduk
• Negara penduduk berlebihan bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz
penduduk yang terlalu besar sehingga sumber alamnya tidak dapat menampung
keperluan penduduk dengan secukupnya.
• Negara penduduk optimum bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz
penduduk yang dapat menggunakan sumber alamnya dengan sepenuhnya dan
menikmati taraf hidup yang paling tinggi.
• Negara kurang penduduk bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz
penduduk yang kecil berbanding dengan sumber alamnya yang banyak tetapi
tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduknya.

11. CIRI-CIRI PENDUDUK BERLEBIHAN


3

• Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber


alamnya tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.
• Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India,
Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China.

Ciri-ciri penduduk berlebihan:

i. Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi l00 juta orang.


ii. Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi.
iii. Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
bilangan penduduk yang ramai
iv. Taraf hidup yang rendah
v. Taraf teknologi yang rendah
vi. Kadar pengangguran yang tinggi
vii. Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial

Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk berlebihan:

1. Taraf kesihatan yang rendah


• Taraf kesihatan yang rendah menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar
kematian juga meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang
ramai menyebabkan kemudahan kesihatan tidak mencukupi.

2. Hasil produktiviti rendah


• Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian dan menyebabkan hasil
produktiviti negara rendah kerana bergantung kepada tenaga buruh manusia.

3. Taraf pendidikan yang rendah


• Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan kadar buta huruf yang
tinggi.

4. Anak yang ramai


• Penduduk tidak mengamalkan perancangan keluarga kerana mereka suka
mempunyai anak yang ramai supaya dapat membantu mereka dalam kerja
pertanian.

5. Migrasi penduduk tinggi


• Migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar selalu berlaku kerana untuk
mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan kadar upah yang
tinggi.

6. Taraf teknologi rendah


• Taraf teknologi rendah menyebabkan negara sukar membangun dan hanya kekal
dalam bidang pertanian sahaja.
11. KESAN PENDUDUK BERLEBIHAN
4

1. Kekurangan makanan
• Negara-negara yang penduduk berlebihan mengalami masalah kekurangan makanan
kerana tanah yang boleh digunakan untuk menjalankan pertanian adalah terhad.
• Contohnya, negara Ethiopia mengalami kemarau yang berpanjangan menyebabkan
kegiatan pertanian tidak dapat diusahakan.
• Oleh itu, bekalan makanan yang ada tidak cukup untuk keperluan penduduk.

2. Kekurangan tempat tinggal


• Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar berlaku dengan giat di negara-negara
penduduk berlebihan.
• Ini menyebabkan kos rumah dan sewa rumah meningkat dengan cepat dan sangat mahal.
• Golongan migran kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendidikan rendah.
• Oleh itu, mereka susah mendapatkan kerja yang baik dan terpaksa tinggal di kawasan
setinggan seperti di Mumbai, India.

3. Kekurangan pekerjaan
• Penduduk berlebihan di sesuatu kawasan menyebabkan ramai penduduk berkongsi sedikit
peluang pekerjaan.
• Oleh itu, penduduk yang tidak kenal huruf akan mengalami masalah pengangguran dan
sukar mendapatkan pekerjaan.
• Contohnya, bidang perindustrian yang kurang maju di Bangladesh hanya
menyumbangkan sedikit peluang pekerjaan kepada penduduk.

4. Kekurangan pendidikan
• Penduduk berlebihan di sesebuah negara menyebabkan ramai kanak-kanak tidak
berpeluang untuk mendapatkan pendidikan.
• Kebanyakan negara miskin seperti Ethiopia, India dan Bangladesh mempunyai anak yang
ramai dalam satu keluarga dan mereka tidak mampu pergi ke sekolah kerana faktor
kemiskinan.
• Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf rendah dan kanak-kanak terpaksa bekerja
sebagai buruh kasar untuk membantu keluarga.

5. Kekurangan perubatan
• Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan tidak mempunyai kemudahan
perubatan yang baik kerana terlalu ramai penduduk menggunakan sedikit perkhidmatan
perubatan.
• Oleh itu, wabak penyakit senang merebak dan boleh menyebabkan kematian. Contohnya,
di Bangladesh terdapat 1 orang doktor untuk merawat 4 759 orang pesakit.
6. Jangka hayat pendek
• Negara penduduk berlebihan mempunyai amalan pemakanan yang kurang berkhasiat dan
kebuluran.
• Oleh itu, jangka hayat penduduk akan menjadi semakin pendek. Contohnya, purata
jangka hayat penduduk Bangladesh ialah 58 tahun.

7. Kekurangan kemudahan asas


• Penduduk berlebihan di sesebuah negara boleh menyebabkan kemudahan asas dalam
negara tidak mencukupi.
• Oleh itu, penduduk terpaksa menggunakan kos yang tinggi untuk mendapatkan
kemudahan asas.
• Contohnya, hanya 42.4% penduduk India mendapatkan bekalan elektrik.

11. CIRI KURANGAN PENDUDUK


5

• Sesebuah negara dianggap kurang penduduk apabila jumlah penduduknya kurang


dan tidak dapat membangunkan sumber alamnya dengan maksimum.
• Negara-negara yang mempunyai kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia
dan Brazil.

Ciri-ciri kurang penduduk:


• Mempunyai keluasan tanah yang besar tetapi bilangan penduduk sedikit.
• Kepadatan penduduk rendah iaitu kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
• Terdapat sumber alam yang banyak tetapi tidak diusahakan sepenuhnya.
• Berupaya menampung lebih ramai penduduk tanpa menjejaskan taraf hidup

Faktor-faktor yang mempengaruhi kurang penduduk:

1. Taraf pendidikan yang tinggi


• Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan kebanyakannya
berkelulusan kolej atau universiti.

2. Golongan muda berkahwin lambat


• Golongan muda berkahwin lambat menyebabkan kadar kelahiran rendah dan
kadar pertumbuhan penduduk juga rendah.

3. Mengamalkan perancangan keluarga


• Penduduk mementingkan kerjaya dan mengamalkan perancangan keluarga untuk
mengehadkan bilangan anak.

4. Meningkatkan taraf hidup


• Penduduk lebih mementingkan kehidupan dan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan taraf hidup mereka.

5. Cara hidup pergaulan bebas


• Cara hidup pergaulan bebas mempengaruhi golongan muda berkahwin lambat.

11. KESAN KURANGAN PENDUDUK


6

1. Kadar pertambahan semula jadi rendah


• Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai kadar pertambahan semula jadi
yang rendah.
• Contohnya, negara Kanada dan Australia mengalami kadar kelahiran dan kadar
kematian yang rendah.

2. Sumber alam yang banyak


• Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai sumber alam yang banyak dan
hasil pengeluarannya bukan sahaja cukup untuk penduduknya malah dapat
dieksport ke luar negara

3. Lebihan makanan
• Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai tanah yang luas dan teknik
pertanian moden yang canggih untuk menghasilkan tanaman makanan yang
banyak, lebih berkhasiat dan seimbang.

4. Tempat tinggal yang lengkap


• Penduduk di negara kurang penduduk memiliki rumah yang besar dan lengkap.
Ini adalah kerana mereka mempunyai tanah yang luas dan ahli keluarga yang
kecil.
• Contohnya, purata pendapatan setiap keluarga di Kanada ialah AS$39 655 dalam
setahun.

5. Pekerjaan yang banyak


• Kadar pengangguran di negara kurang penduduk adalah rendah.
• Ini adalah kerana negara mereka mempunyai banyak pekerjaan dan kadar upah
yang tinggi sedia dipilih oleh penduduk.
• Contohnya, Kanada memerlukan banyak pekerja untuk membangunkan
negaranya. Oleh itu, kerajaan Kanada menggalakkan kemasukan pekerja asing
dari negara lain.

6. Struktur penduduk tidak seimbang


• Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai jumlah penduduk muda yang
sedikit dan jumlah penduduk tua yang ramai.
• Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menambahkan perbelanjaan untuk
menyediakan rumah orang tua, skim pencen dan perkhidmatan kesihatan.

7. Sistem pendidikan yang lengkap


• Pihak kerajaan menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap untuk penduduk.
• Oleh itu, penduduk di negara kurang penduduk kebanyakannya berkelulusan kolej
atau universiti.

8. Sistem perubatan moden


• Negara kurang penduduk mempunyai perkhidmatan kesihatan yang baik dan
mereka mempunyai pelbagai peralatan perubatan moden.
• Oleh itu, kadar kematian penduduk adalah rendah di negara kurang penduduk.
9. Kemudahan asas dibiayai
• Penduduk di negara kurang penduduk dapat menikmati segala kemudahan asas
kerana dibiayai oleh kerajaan.
• Contohnya, Brazil mempunyai banyak hutan yang menjadi kawasan tadahan
hujan bagi tasik dan sungai.
• Keluasan tadahan dapat menjana kuasa hidroelektrik untuk menampung keperluan
penduduk

11. RUMUSAN
1
TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN NYA

UNIT 12 PETEMPATAN
SUB TAJUK:

12.1 : Objektif
12.2 : Pengenalan
12.3 : Sejarah Petempatan Awal
12.4 : Petempatan Awal Di Malaysia
12.5 : Jenis Petempatan Di Malaysia
15.6 : Petempatan Luar Bandar Dan Faktor Penentu Tapak
12.7 : Pola Petempatan
12.8 : Fungsi Petempatan Luar Bandar
12.9 : Rumusan

12. OBJEKTIF
1

Di akhir unit ini, anda akan dapat :


• Menerangkan definasi petempatan
• Menerangkan sejarah dan lokasi petempatan awal di dunia dan Malaysia
• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan awal
• Menyatakan jenis petempatan
• Menyenaraikan faktor penentu tapak petempatan luar bandar
• Menjelaskan dengan contoh ciri pola petempatan di Malaysia
• Menyenaraikan fungsi petempatan luar bandar di Malaysia

12. PENGENALAN
2

• Petempatan merupakan sesuatu tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara


satu dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti.
• Antara aktiviti itu termasuklah pertanian dan perikanan, perlombongan,
pembalakan, perindustrian, perniagaan, dan perkhidmatan.
• Terdapat petempatan berselerak di kawasan kebun kecil.
• Ada juga petempatan yang terdiri daripada beberapa buah rumah yang lengkap
dengan kedai, bangunan komersial, dan taman rekreasi.
• Bandar Georgetown adalah petempatan yang padat. Penduduknya menjalankan
pelbagai jenis kegiatan ekonomi.
• Di negara Malaysia, petempatan bermula daripada petempatan yang kecil dengan
kegiatan ekonomi yang terhad.

12. SEJARAH PETEMPATAN AWAL


3
• Pada masa dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka berpindah-randah untuk
mencari makanan dengan memburu binatang dan mengumpul buah-buahan.
• Kira-kira 8 000 S.M, cara hidup mereka mula berubah. Manusia mula pandai
mentemak binatang seperti lembu, biri-biri, dan kambing. Mereka juga menanam
tanaman seperti padi, gandum, dan jagung.
• Perkembangan ini menyebabkan manusia tinggal dan menetap di sesuatu tempat.
• Seterusnya, manusia mempelbagaikan kegiatan dan menjalankan aktiviti bukan
pertanian seperti perniagaan dan perkhidmatan.
• Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai, iaitu di Lembangan
Sungai Tigris-Euphrates (Mesopotamia), Lembangan Sungai Nil,
Lembangan Sungai Indus, dan Lembangan Sungai Hwang He.
• Keempat-empat petempatan awal ini juga merupakan tamadun yang paling awal.
• Faktor-faktor yang menggalakkan manusia menetap di keempat-empat lembangan
sungai tersebut adalah hampir sama. Iaitu mempunyai keadaan yang sesuai untuk
petempatan dan aktiviti pertanian.
• Antaranya termasuklah:
i. Dataran sungai yang rata,subur, serta kaya dengan tanih aluvium.
ii. Terdapat kawasan rumput untuk temakan.
iii. Sungai yang menyediakan bekalan air tetap untuk kegunaan domestik dan
pengairan.
iv. Sungai menyediakan jalan pengangkutan serta pergerakan penduduk,
perniagaan, dan perdagangan.

12. PETEMPATAN AWAL DI MALAYSIA


4

• Gua, muara sungai, dan tepi laut merupakan petempatan awal di Malaysia.
• Gua menjadi pilihan petempatan awal kerana terlindung daripada serangan
musuh, binatang buas, dan cuaca buruk.
• Contoh kawasan gua ialah Gua Niah (Sarawak) dan Gua Kota Tampan di
Lenggong (Perak)
• Faktor-faktor yang menggalakkan petempatan awal di lembangan sungai
ialah:
a) Kawasan rata yang subur dan tanih aluvium
b) Sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan ke
kawasan pertanian
c) Sungai membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, dan ketam
d) Sungai menyediakan jalan pengangkutan untuk pergerakan penduduk,
perniagaan, dan perdagangan
e) Terlindung daripada ancaman binatang buas
• Muara sungai menjadi petempatan awal disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
a) Tanah pamah dan tanih aluvium yang subur untuk pertanian.
b) Mudah memperoleh bekalan air
c) Sungai membekalkan sumber makanan
d) Sungai menyediakan jalan pengangkutan mudah dan utama
• Kawasan muara sungai yang menjadi petempatan awal ialah Melaka (Sungai
Melaka), Lembah Bujang (Sungai Merbok), dan Kerajaan Johor-Riau
(Sungai Johor).
• Kawasan pantai juga menjadi kawasan petempatan awal kerana laut merupakan
salah satu jalan pengangkutan utama.

12. JENIS PETEMPATAN DI MALAYSIA


5

• Jenis petempatan terbahagi kepada dua, iaitu


a) Petempatan bandar
b) Petempatan luar bandar.

• Faktor yang membezakan jenis petempatan ini ialah dari


a) Segi fungsi
b) Saiz penduduk
c) Kepadatan penduduk.

Petempatan Bandar Petempatan Luar Bandar


• Ia mempunyai jumlah penduduk • Ia mempunyai jumlah penduduk
melebihi 10000 orang kurang daripada 10000 orang
• Kepadatan penduduk adalah • Kepadatan penduduk adalah
tinggi sederhana atau jarang
• Aktiviti ekonominya lebih • Aktiviti ekonominya lebih
mengutamakan perniagaan, mengutamakan pertanian,
perdagangan, perkilangan dan pembalakan, perlombongan dan
perkhidmatan perikanan
• Contoh petempatan bandar ialah • Contoh petempatan bandar ialah
Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Lenggong, Pengkalan Hulu,
dan Kota Kinabalu Bagan Datoh dan Beserah
12. PETEMPATAN LUAR BANDAR DAN FAKTOR PENENTU TAPAK
6

• Terdiri daripada petempatan kampung dan pekan.


a) Petempatan kampung mempunyai penduduk antara 1 hingga 1 999
orang.
b) Petempatan pekan mempunyai penduduk antara 2000 hingga 9 999
orang.
• Menjalankan kegiatan pertanian dan perikanan seperti di Dataran Kedah-Perlis
(menanam padi) dan Pulau Ketam (petempatan nelayan)
• Faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar ialah:

Faktor Huraian
• Kawasan tanah pamah - Memudahkan pembinaan
petempatan dan penanaman padi . Contoh: Dataran
Kedah, Sungai Manik
Bentuk muka • Kawasan beralun - Sesuai untuk penanaman getah,
bumi kelapa sawit, dan nanas. Contoh: Dataran pantai barat
SemenanjungMalaysia
• Lembah di kawasan tanah tinggi - Sesuai untuk
tanaman hawa sederhana. Contoh: Nalapak di Sabah
• Untuk kegunaan harian, mengairi kawasan tanaman,
Sumber air dan aktiviti menangkap ikan.
• Contoh: Sungai Perak, Sungai Kelantan
• Dataran sungai yang kaya dengan tanih aluvium yang
Tanih kaya dengan tanih aluvium untuk penanaman padi
• Contoh: Dataran Sungai Rajang
• Pertanian, perikanan, perlombongan
Kegiatan ekonomi
• Contoh: Kuala Sedili, Mukah, Kuala Besut
• Berhampiran dengan jalan raya, sepanjang pinggir pantai,
dan sungai
Ketersampaian • Contoh: Kampung Merang di Terengganu menghadap
Laut China Selatan, Sungai Rajang dapat dimudiki
hingga ke Kapit
• Pembukaan tanah oleh FELDA
Dasar kerajaan • Contoh: Felda Jengka di Pahang, Felda Air Tawar di
Kota Tinggi
12. POLA PETEMPATAN
7

1. Pola Petempatan Berselerak

• Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang
tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
• Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
• Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
• Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.

2. Pola Petempatan Berjajar

• Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.


• Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng,
tali air, dan pinggir laut.
• Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.

3. Pola Petempatan Berpusat

• Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan.


• Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan
ladang kelapa sawit.
• Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.
• Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan
perkhidmatan

4. Pola Petempatan Berkelompok

• Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di


sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA.
• Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara
sungai.
• Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang
adalah lebih teratur.
12. FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR
8

FUNGSI HURAIAN
• Pertanian dan perikanan : Contoh petempatan luar bandar yang
bertungsi sebagai pusat pengeluar hasil pertanian dan perikanan
ialah Dataran Kedah-Perlis, Tanah Tinggi Cameron, dan Dataran
Kelantan
• Industri kecil : Contoh petempatan luar bandar yang menjalankan
industri kecil ialah Kampung Bahagian, Air Hitam, Pulau
Fungsi
Pangkor
Ekonomi
• Pembalakan : Contoh petempatan luar bandar yang bertungsi
sebagai pengeluar sumber hutan ialah Sabah dan Sarawak
• Rekreasi dan pelancongan : Contoh petempatan luar bandar yang
menjalankan aktiviti agropelancongan ialah Taman Agro Sungai
Udang dan Taman Agro Selandar
• Perniagaan kecil-kecilan : Contohnya kedai runcit

• Kemudahan awam : Contohnya ialah pejabat pos, klinik desa,


kemudahan teleton awam
Fungsi
• Pendidikan : Contohnya ialah tadika, sekolah rendah, dan sekolah
Sosial
menengah
• Budaya dan sosial : Balai raya, masjid, dewan orang ramai

• Berfungsi sebagai pusat pentadbiran kecil-kecilan


• Ketua Kampung atau Tok Sidang menjalankan fungsi
Fungsi pentadbiran di kampung dengan bantuan JKKK
Politik • Penghulu atau Penggawa mentadbir kampung
• Tuai Rumah mengetuai rumah panjang
• Tuai Batin mengetuai perkampungan orang asli
12. RUMUSAN
9
TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN NYA

UNIT 13 PEMBANDARAN

SUB TAJUK:

13.1 : Objektif
13.2 : Pengenalan
13.3 : Trend Pembandaran Di Negara Malaysia
13.4 : Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran Di Negara Malaysia
13.5 : Fungsi Petempatan Bandar
13.6 : Kesan Pembandaran Di Malaysia
13.7 : Masalah Pembandaran Di Bangkok, Thailand
13.8 : Masalah Pembandaran Di Tokyo, Jepun
13.9 : Langkah Untuk Menyelesaikan Masalah Pembandaran Di Malaysia
13.10 : Rumusan

13. OBJEKTIF
1

Di akhir unit ini, anda akan dapat :


• Menjelaskan takrif pembandaran.
• Menerangkan trend pembandaran.
• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran negara
Malaysia.
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran negara Malaysia.
• Menyenaraikan fungsi bandar. Menghuraikan fungsi bandar.
• Menyatakan fungsi bandar.
• Menghuraikan kesan pembandaran di negara Malaysia, Bangkok, dan Tokyo.
• Menyatakan langkah-langkah untuk mengatasi kesan pembandaran.
• Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembandaran.
• Menghuraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah akibat pembandaran

13. PENGENALAN
2

• Proses pembandaran menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan


pesat disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar.
• Proses pembandaran atau urbanisasi merupakan proses perkembangan sesebuah
bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, kemudahan
infrastruktur,ekonomi dan sosial.
• Sebagai contoh, kegiatan ekonomi telah berubah daripada kegiatan pertanian
kepada perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan.

13. TREND PEMBANDARAN DI NEGARA MALAYSIA


3

• Selepas kemerdekaan, proses pembandaran di Malaysia bertambah dengan pesat.


Keadaan ini dapat dilihat dari segi saiz penduduk, kegiatan ekonomi, dan
kemudahan infrastruktur.

1. Dari segi saiz penduduk


a) Jumlah penduduk di bandar telah bertambah berbanding dengan jumlah penduduk
di luar bandar.
b) Sebagai contoh, terdapat 61.8% penduduk Malaysia yang tinggal di bandar-
bandar utama pada tahun 2000.
c) Peningkatan jumlah penduduk bandar di Malaysia dari tahun 1980 hingga 2000
adalah seperti berikut:

Tahun Penduduk Bandar (%) Bilangan Bandar


1980 28.7 49
1991 34.2 67
2000 61.8 138
Jadual : Jumlah penduduk bandar dan bilangan bandar
di Malaysia, 1980 – 2000

2. Dari segi ekonomi


• Proses pembandaran telah menyebabkan perubahan guna tanah berlaku di kawasan
bandar.
• Kawasan kegiatan pertanian telah bertukar menjadi kawasan perindustrian,
petempatan, perniagaan, dan perkhidmatan.
• Fungsi bandar telah semakin bertambah.

3. Dari segi kemudahan sosial dan infrastruktur


• Pertambahan penduduk di bandar telah menyebabkan pertambahan keperluan
Kemudahan sosial dan infrastruktur.
• Contohnya, sistem pengangkutan dan perhubungan, sekolah, dan hospital.

13. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANDARAN DI NEGARA


4 MALAYSIA

1. Dasar kerajaan
• Kerajaan membuka beberapa zon industri, seperti zon industri ringan di Kepong,
Zon Perdagangan Bebas di Petaling Jaya, Bayan Lepas, dan Pasir Gudang.
• Bandar-bandar baru yang berkembang sebagai bandar perindustrian ialah Shah
Alam, Kerteh, Ayer Keroh, dan Senawang.
• Kawasan luar bandar dibangunkan seperti Rancangan Tanah Kerajaan di Pahang,
Negeri Sembilan, dan Sabah.

2. Taraf pendidikan semakin baik di bandar seperti di Bangi, Sintok, dan Skudai

3. Perkembangan jaringan jalan raya yang baik di bandar-bandar besar seperti bas,
teksi, LRT, dan Monorel.

4. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar disebabkan peluang pekerjaan,


kemudahan infrastruktur yang baik, dan pusat hiburan

5. Sumber mineral - penerokaan sumber mineral seperti petroleum, gas asli dan bijih
timah telah membangunkan bandar-bandar seperti Miri dan Kerteh.

6. Peluang pekerjaan - terdapat banyak sektor swasta dan kerajaan yang


menyediakan peluang pekerjaan

13. FUNGSI PETEMPATAN BANDAR


5

1. Pusat pentadbiran
• Bandar besar menjadi ibu kota seperti Kuantan, Georgetown, Ipoh, Kuala
Terengganu, Johor Bahru, Kota Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu.
• Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

2. Pusat perindustrian
• Kerajaan telah membuka dan memajukan banyak kawasan industri melalui
Dasar Perindustrian Negara.
• Kawasan ini membekalkan banyak peluang pekerjaan.

3. Pusat perniagaan dan perdagangan


• Di bandar-bandar besar terdapat pusat membeli-belah yang bertaraf dunia seperti
Sogo, Lot 10, Times Square, dan Suria KLCC.
• Bandar juga lengkap dengan pelbagai kemudahan kewangan dan perdagangan
antarabangsa seperti HSBC dan Citibank.

4. Pusat pendidikan
• Terdapat pelbagai jenis institusi pendidikan tinggi di bandar seperti:
a) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
b) Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
c) Universiti Malaya, Kuala Lumpur

5. Pusat pengangkutan dan perhubungan


• Jalan raya
a) Lebuh raya Utara-Selatan
b) Lebuh raya Timur-Barat
c) Jalan raya bertingkat

• Jalan kereta api


a) LRT, Komuter, ERL, Monorel

6. Pusat pelancongan
• Kuala Lumpur - Muzium Negara, Zoo Negara, Pasar Seni
• Melaka - Kota A Famosa, Stadhuys, Gereja St. Paul
• Pulau Langkawi - Pulau bebas cukai, tempat bersejarah

7. Pusat pengumpulan dan pemprosesan


• Kota Bharu dan Tanjung Karang - Padi

13. KESAN PEMBANDARAN DI MALAYSIA


6

Kesan Positif Pembandaran

1. Pertambahan peluang pekerjaan


• Proses pembandaran menyebabkan perkembangan pelbagai jenis sektor ekonomi
di bandar yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat
tempatan.
• Peluang pekerjaan boleh didapati dalam sektor perindustrian, perdagangan,
perniagaan, perkhidmatan, dan pentadbiran

2. Peningkatan kemudahan intrastruktur


• Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan hasil daripada proses pembandaran
telah menyebabkan peningkatan keperluan kemudahan intrastruktur.
• Sistem pengangkutan yang cepat terdapat di bandarayaKuala Lumpur. Contohnya
ialah Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT), komuter, dan monorel.
• Selain itu, pusat kesihatan, hospital, pusat pendidikan awam dan swasta, dan
rumah-rumah kos rendah turut ditambahkan sejajar dengan pertambahan
penduduk.

3. Peningkatan taraf hidup


• Peluang pekerjaan yang mencukupi dan pendapatan yang tinggi di bandar
membolehkan penduduk menikmati taraf hidup yang lebih selesa dan moden.
• Mereka yang menerima tahap pendidikan yang tinggi boleh mendapat pekerjaan
yang lebih baik serta gaji yang lebih lumayan. Keadaan ini secara tidak langsung
meningkatkan taraf hidup mereka.
• Kemudahan seperti sekolah, hospital, klinik, jalan raya, bekalan air dan elektrik,
pusat rekreasi membolehkan penduduk mendapat kemudahan asas yang sempuma
dan rawatan kesihatan yang baik.

Kesan Negatif Pembandaran


1. Kesesakan lalu lintas
• Kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang berlaku hasil daripada
pertambahan hilangan kenderaan yang pesat di bandar.
• Jaringan jalan raya yang kurang cekap dan keadaan jalan yang kurang memuaskan
juga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

2. Pencemaran
• Jumlah kenderaan yang semakin bertambah di bandar telah menyebabkan
pencemaran udara.
• Pelepasan gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida, sulfur oksida, karbon
monoksida, dan oksida nitrogen telah mencemarkan udara dan menyebabkan
berlakunya hujan asid dan masalah pulau haba.
• Pertambahan kawasan perindustrian juga menyebabkan pencemaran udara dan air.
Pembuangan sisa kilang dan udara kotor telah mencemarkan air sungai dan udara.
• Pertambahan penduduk juga mendatangkan isu pencemaran. Pembuangan sampah
sarap yang tidak terkawal telah mencemarkan sungai.

3. Banjir kilat
• Banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh bangunan
konkrit dan jalan raya yang berturap.
• Apabila hujan turun, air larian permukaan tidak dapat diserap ke dalam tanah
kerana dihalang oleh jalan raya yang berturap.
• Keadaan ini menyebabkan banjir kilat berlaku, Sistem perparitan dalam bandar
yang kurang sempurna telah memburukkan lagi masalah ini.

4. Pertambahan kawasan setinggan


• Pertambahan penduduk di bandar hasil daripada penghijrahan penduduk dari luar
bandar telah menimbulkan masalah kekurangan tempat tinggal.
• Masalah setinggan di bandar disebabkan oleh kekurangan perumahan, kadar sewa
rumah, dan harga tanah yang tinggi.
• Kawasan setinggan juga dapat menimbulkan isu sosial seperti masalah
keselamatan, kesihatan, dan sebagainya.

5. Kekurangan tenaga kerja di luar bandar


• Faktor tarikan di bandar telah menyebabkan penghijrahan penduduk luar bandar
ke bandar.
• Golongan muda yang berpendidikan tinggi lebih gemar mencari pekerjaan dalam
sektor perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan.
• Keadaan ini menyebabkan mereka berpindah ke bandar.
• Masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan luar bandar timbul akibat daripada
penghijrahan penduduk desa terutamanya penduduk pemuda ke bandar.
• Keadaan ini telah menyebabkan banyak kawasan pertanian di luar bandar
dibiarkan dan tidak dapat dimajukan.
13. MASALAH PEMBANDARAN DI BANGKOK, THAILAND
7

• Bangkok ialah ibu negara dan bandar yang terbesar di Thailand. Jumlah penduduk di
Bangkok ialah kira-kira 5 juta orang.
• Bangkok merupakan bandar primat diThailand. Fungsi Bandar Bangkok ialah
sebagai pusat pentadbiran, pusat perdagangan dan perniagaan, pusat
pengangkutan, pusat pengumpulan, dan pusat pelancongan.

Kesan positif akibat proses pembandaran di Bangkok adalah seperti berikut:

a) Peluang pekerjaan yang banyak telah wujud hasil daripada pembukaan kawasan
perkilangan.
b) Kewujudan pelbagai kemudahan sosial seperti Hospital Besar Bangkok dan
Hospital Bumrungrad.
c) Sistem pengangkutan yang sempurna terdapat di Bangkok. Contohnya ialah
lebuh raya bertingkat, pengangkutan aliran ringan (LRT), serta terusan-terusan air
yang dikenal sebagai Klong.
d) Pembukaan kawasan pelancongan yang terkenal iaitu Safari World.
e) Peningkatan taraf hidup penduduk Bangkok.

Bangkok juga mengalami kesan negatif pembandaran. Antaranya ialah:

a) Masalah kesesakan lalu lintas. Bangkok merupakan salah sebuah bandar yang
mengalami kesesakan lalu lintas yang paling serius di dunia.
b) Berlakunya masalah pencemaran air, udara, dan bunyi.
c) Kawasan setinggan bertambah akibat daripada kekurangan tempat tinggal.

13. MASALAH PEMBANDARAN DI TOKYO, JEPUN


8

• Tokyo mempunyai jumlah penduduk seramai 27 juta orang.


• Merupakan ibu negara Jepun.
• Tokyo berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat perindustrian, pusat perdagangan,
pusat kebudayaan dan pelancongan yang penting di Jepun.

Kesan positif akibat pembandaran di Tokyo adalah seperti berikut:

a) Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perusahaan


Keihin.
b) Menambahkan kemudahan intrastruktur yang baik dan cekap dalam bandar.
c) Contohnya, perkhidmatan kereta api peluru (bullet train) dan landasan kereta
api bawah tanah.
d) Wujud kawasan rekreasi dan pelancongan seperti Disneyland.
e) Pembangunan kawasan pinggir bandar berlaku. Contohnya, pembandaran di
Tokyo telah menyebabkan kawasan bandar diperluaskan ke sempadan Wilayah
Chiba di bahagian timur, Wilayah Kanagawa di bahagian selatan, dan Wilayah
Saitama di bahagian Utara.

Kesan-kesan negatif pembandaran yang dialami oleh Tokyo ialah seperti berikut:
a) Kesesakan lalu lintas
b) Kekurangan tempat tinggal
c) Pencemaran

13. LANGKAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PEMBANDARAN


9 DI MALAYSIA

1. Kesesakan lalu lintas


• Masalah ini dapat dikurangkan dengan mengadakan kempen untuk
menggalakkan penduduk menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta.
• Selain itu, jalan raya yang sempit perlu dilebarkan. Jejantas pula perlu dibinakan.
• Perkhidmatan pengangkutan aliran ringan (LRT) dan monorel diperkenalkan
untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan masalah kesesakan lalu lintas

2. Pencemaran
• Pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Contohnya ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (Pindaan). Akta ini
dibahagikan kepada: Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,
1977). Peraturan ini mengehadkan perlepasan asap kenderaan kepada 50 HDV.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978). Peraturan ini menghadkan
jarak antara kawasan industri dengan kawasan kediaman kepada 1000 meter.
• Kilang-kilang perlu memasang penapis dan meninggikan cerobong asap.
• Dendaan yang tinggi dikenakan terhadap sesiapa yang membebaskan sisa
buangan ke udara dan sungai.
• Pokok-pokok ditanam di bandar untuk tujuan penghijauan bandar. Penanaman
pokok dapat mengekalkan suhu sekeliling.
• Pencemaran air dapat dikurangkan dengan memasang perangkap sampah di
sungai.
• Selain itu, sistem rawatan air kumbahan yang sempuma dengan pembinaan loji
kumbahan perlu dijalankan.

3. Banjir kilat
• Masalah banjir kilat di bandar berpunca daripada kelemahan dalam sistem
perparitan dan saliran. Jadi taraf sistem perparitan dan saliran perlu dinaikkan.
• Selain itu, kerja-kerja mendalamkan sungai perlu dilakukan.

4. Kekurangan tempat tinggal


• Masalah ini dapat dikurangkan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah
dan pangsapuri.
• Kawasan yang sedia ada perlu ditempatkan semula di petempatan terancang.
• Masalah kekurangan tempat tinggal berlaku akibat daripada penghijrahan
penduduk luar bandar ke bandar. Konsep memperbandarkan kampung
diperkenalkan untuk mengurangkan tumpuan penduduk di bandar.
13.1 RUMUSAN
0
TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

UNIT 14 PKEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

SUB TAJUK:

14.1 : Objektif
14.2 : Pengenalan
14.3 : Cara Pengangkutan Dan Perhubungan Awal
14.5 : Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal Pada Zaman Penjajahan
14.6 : Rumusan

14. OBJEKTIF
1

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

• Menyatakan cara pengangkutan dan perhubungan awal negara Malaysia


• Menyenaraikan keperTuanpengangkutan dan perhubungan awal negara
Malaysia
• Menghuraikan keperluanpengangktitan dan perhubungan awal negara Malaysia

14. PENGENALAN
2

• Sejak bermulanya tamadun manusia, pengangkutan dan perhubungan penting


untuk manusia bergerak bagi mengangkut barang dan berutus maklumat antara
kelompok.
• Pada masa itu jenis pengangkutan yang digunakan ialah binatang dan perahu.
• Peningkatan interaksi antara manusia dalam kegiatan ekonomi menyebabkan
keperluan terhadap pengangkutan dan perhubungan semakin meningkat.

14. CARA PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL


3

1. Jalan Darat
• Pada peringkat awal, lorong dan denai digunakan untuk kegunaan kereta lembu
dan kereta kuda.
• Kebanyakan jalan awal tertumpu di tepi sungai kerana kawasan ini rata jika
dibandingkan dengan kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan berhutan
tebal.
• Masyarakat menggunakan jalan darat untuk mencari hasil hutan.

2. Jalan Air

• Jenis pengangkutan ini sangat penting kerana tumpuan penduduk adalah di tepi
sungai.
• Jalan air penting untuk mengangkut penumpang dan mengangkut hasil pertanian.
• Perahu, rakit, dan jong digunakan untuk mengangkut barangan dan orang.

3. Perhubungan

• Perhubungan pada peringkat awal tidak maju.


• Isyarat asap dan bunyi digunakan untuk menghantar maklumat.
• Api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara, manakala batang kayu, beduk
digunakan untuk mengeluarkan bunyi.
• Cara-cara di atas digunakan untuk memberi isyarat dan tujuan keselamatan.

14. KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL PADA


4 ZAMAN PENJAJAHAN

1. Jalan Darat

• Semasa zaman penjajahan, tumpuan diberikan kepada jalan kereta api untuk
mengangkut bijih timah:
• Taiping ke Port Weld (landasan kereta api pertama)
• Seremban ke Port Dickson
• Kuala Lumpur ke Port Swettenham
• Tenom ke Jesselton (mengangkut hasil pertanian)
• Jalan raya dibina di kawasan pedalaman untuk mengangkut hasil pertanian atau
hasil perlombongan.
• Pembinaan lebih banyak jalan raya menyebabkan Iori dan bas diperkenalkan.
Kenderaan ini penting kerana dapat mengangkut barang pukal.

2. Jalan Air

• Jalan air digunakan untuk mengangkut barang makanan dan mesin.


• Penggunaan kapal wap diperkenalkan semasa kemasukan imigran dari Negara
China dan India.
• Tongkang digunakan untuk mengangkut bekalan makanan, jentera, dan buruh.
• Beberapa pelabuhan telah dibuka seperti Pelabuhan Labuan, Pelabuhan
Swettenham, dan Pelabuhan Pulau Pinang.

3. Perhubungan
• Telegraf diperkenalkan (1876) dan talian telegraf dibina di sepanjang landasan
kereta api.
• Perkhidmatan pos yang pertama dibina di Pulau Pinang. Tujuan perkhidmatan pos
ialah pengendalian surat, penghantaran dokumen perniagaan, dan bungkusan.
• Perkhidmatan telefon (1886) diperkenalkan di Negeri-negeri Selat.
14. RUMUSAN
5
TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

UNIT 15 PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

SUB TAJUK:

15.1 : Objektif
15.2 : Pengenalan
15.3 : Perkembangan Jaringan Pengangkutan
15.4 : Kepentingan Jaringan Pengangkutan Terhadap Pembangunan Di
Negara Malaysia Dan Kanada
15.5 : Kesan-kesan Perkembangan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar
15.6 : Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran
15.7 : Rumusan

15. OBJEKTIF
1

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

• Menyatakan perkembangan jaringan pengangkutan negara Malaysia.


• Menghuraikan perkembangan jaringan pengangkutan negara Malaysia.
• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan negara
Malaysia.
• Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan negara
Malaysia.
• Menyatakan kepentingan perkembangan jaringan pengangkutan terhadap
pembangunan negara Malaysia.
• Menghuraikan kepentingan perkembangan jaringan pengangkutan terhadap
pembangunan negara Malaysia.
• Membuat rumusan kepentingan pengangkutan di negara Malaysia dan Kanada.
• Menyenaraikan kesan-kesan perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar
negara
• Malaysia.
• Menjelaskan kesan-kesan perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar
negara Malaysia dengan contoh.
• Menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan-kesan negatif
perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar negara Malaysia.
• Menghuraikan contoh langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan negatif
perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar negara Malaysia.

15. PENGENALAN
2

• Dalam Bab 14 anda telah memahami keperluan pengangkutan awal.


• Pada masa itu keperluan terhadap pengangkutan dipengaruhi faktor ekonomi dan
dasar penjajah.
• Kini, negara kita sedang mengalami pembangunan yang pesat.
• Terdapat perubahan dan perkembangan dalam sistem pengangkutan.
• Kita akan mempelajarinya dalam bab ini.

15. PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN


3

Pengangkutan Darat

1. Jalan Raya
• Paling utama di Malaysia. Jalan raya lebih tertumpu di pantai barat berbanding
pantai timur SemenanjungMalaysia.
• Pantai barat Sabah danSarawak juga padat dengan jalan raya.
• Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian, perlombongan, dan
perikanan dengan pelabuhan - Prai ke Pelabuhan Pulau Pinang dan Petaling Jaya
ke Pelabuhan Klang.
• Lebuh raya dibina untuk memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
a) Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS)- menghubungkan Bukit Kayu Hitam
dengan Johor Bahru
b) Lebuh raya Timur-Barat- menghubungkan Grik dengan Jeli
c) Lebuh raya Persekutuan - menghubungkanKuala Lumpur dengan
Pelabuhan Klang
d) Lebuh raya Pan-Borneo- menghubungkan Kuching dengan Bintulu
dan Miri
• Jalan raya bertingkat dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Contohnya, Kerinchi Link di Kuala Lumpur. Selain itu terowong dibina untuk
memendekkan masa perjalanan seperti Penchala Link di Kuala Lumpur.

2. Jalan Kereta Api

• Perkhidmatan kereta api digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan


pukal seperti bijih timah dan kayu balak.
• Perkhidmatan kereta api diuruskan oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad
(KTMB).
• Terminal kereta api yang utama ialah Tumpat, Gemas, dan Kuala Lumpur Sentral.
• Kereta api ekspress diperkenalkan untuk menghubungkan bandar-bandar utama.
a) Ekspres Antarabangsa menghubungkan Bangkok, Kuala Lumpur, dan
Singapura
b) Ekspres Sinaran dan Ekspres Langkawi, perkhidmatan utara-selatan
c) Ekspres Kenali dan Ekspres Wau, perkhidmatan pantai timur
• Di Kuala Lumpur, sistem kereta api dibaik pulih dandisediakan perkhidmatan
bersepadu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, memendekkan masa
perjalanan dan mengurangkan pencemaran udara.
a) PUTRA-LRT
b) KL Monorel
c) STAR-LRT
d) ERL (Express Rail Link)

Pengangkutan Air

• Terdapat tiga jenis pengangkutan air di Malaysia iaitu, pengangkutan sungai,


pengangkutan pesisiran pantai dan pengangkutan laut.

1. Pengangkutan Sungai

• Pengangkutan sungai adalah lebih penting di Sabah dan Sarawak kerana jalan
raya dan jalan kereta api kurang dimajukan.
• Pengangkutan ini hanya terhad di kawasan pedalaman kerana kos yang lebih
murah dan mudah untuk mengangkut barangan pukal dan penumpang dari
kawasan pedalaman ke kawasan bandar.
• Sungai-sungai yang dapat dimudiki adalah seperti Sungai Rajang, Sungai
Kinabatangan, Sungai Pahang dan Sungai Perak.
• Sungai Rajang dapat dimudik hingga ke Kapit dan boleh digunakan untuk
mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan penumpang.
• Sungai Kinabatangan digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan
pedalaman hingga ke Sandakan.
• Di Semenanjung Malaysia, pengangkutan sungai hanyalah terhad di kawasan
pedalaman Pahang dan Kelantan.
• Di Pahang, cara untuk sampai ke Taman Negara ialah dengan menaiki bot dan
yang menyusuri Sungai Tembeling.
2. Pengangkutan Pesisiran Pantai

• Pengangkutan pesisiran pantai penting bagi penduduk pinggir pantai untuk


mengangkut barangan pukal dari pelabuhan kecil ke pelabuhan besar.
• Lumut ialah sebuah pelabuhan kecil yang membolehkan bot-bot dari Pulau
Pangkor bersinggah. Pelabuhan ini juga mengumpulkan hasil tangkapan laut dan
menjual di seluruh SemenanjungMalaysia.
• Pelabuhan ini juga terdapat perkhidmatan polis marin dan pangkalan tentera laut
untuk mengawal keselamatan perairan negara.
• Pelabuhan-pelabuhan pesisiran pantai yang penting ialah, Sandakan, Lahad Datu,
Mukah, dan Sibu

3. Pengangkutan Laut

• Pengangkutan laut penting bagi perdagangan antarabangsa. Pengangkutan laut di


Malaysia dapat berkembang kerana:
a) Dapat mengangkut barangan pukal dengan kos murah
b) Mempunyai pelabuhan terlindung
c) Mempunyai pelabuhan yang dalam
d) Mempunyai kemudahan gudang
e) Terletak di lokasi strategik

• Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) mengendalikan semua


urusan perdagangan luar Malaysia. Ini adalah kerana MISC memiliki kapal kargo,
kapal tangki, kapal kontena dan kapal penumpang dengan jumlah yang banyak.
• Antara pelabuhan antarabangsa yang penting di Malaysia ialah:
a) Pelabuhan Klang
b) Pelabuhan Pulau Pinang
c) Pelabuhan Pasir Gudang
d) Pelabuhan Kuantan

• Pelabuhan antarabangsa biasanya dilengkapi dengan perkhidmatan gudang,


limbungan membaiki kapal dan kren memunggah.
• Pelabuhan yang mempunyai kemudahan kontena ialah Pelabuhan Klang,
Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Kuantan dan
Pelabuhan Bintulu.
• Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan yang tercanggih dan termoden di
Malaysia. Ia menyediakan kemudahan kontena dan kemudahan membaiki kapal.
• Pelabuhan Pulau Pinang merupakan pelabuhan kedua penting di Malaysia. Ia
mengendalikan eksport dan import di utara Semenanjung Malaysia.
• Pelabuhan Pasir Gudang merupakan pelabuhan ketiga penting di Malaysia. Ia
menyediakan kemudahan membaiki dan membuat kapal serta mengendalikan
eksport dan import di selatan Semenanjung Malaysia.
• Pelabuhan-pelabuhan utama di Sabah ialah Pelabuhan Kota Kinabalu dan
Sandakan.
• Pelabuhan utama di Sarawak ialah Pelabuhan Kuching di Pending.
• Kos pengendalian yang rendah telah menyebabkan pengangkutan laut sesuai
untuk urusan eksport dan import barangan pukal.

Pengangkutan Udara

• Pengangkutan udara merupakan cara pengangkutan yang cekap dan cepat tetapi
kosnya mahal.
• Laluan pengangkutan udara menghubungkan bandar-bandar utama negara di
dunia.
• Hampir semua negeri di Malaysia mempunyai perkhidmatan udara kecuali Perlis
dan Negeri Sembilan.
• Pengangkutan udara berperanan penting dalam menghubungkan Semenanjung
Malaysia dengan Sabah dan Sarawak
• Di Sabah dan Sarawak mempunyai lebih banyak lapangan terbang untuk
perkhidmatan dalam negeri kerana:
a) Kebanyakan petempatan terletak di kawasan pedalaman
b) Kawasan yang luas dan bergunung-ganang
c) Pengangkutan darat yang kurang dimajukan
• Perkhidmatan pengangkutan udara di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu,
perkhidmatan domestik dan perkhidmatan antarabangsa.
• Perkhidmatan pengangkutan udara domestik di Malaysia melibatkan penerbangan
dalam negeri seperti dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Antara lapangan terbang
domestik di Malaysia ialah seperti di Kepala Batas (Kedah), Ipoh, Kuantan, Kota
Bharu dan Kuala Terengganu.
• Perkhidmatan pengangkutan udara antarabangsa di Malaysia menghubungkan
Malaysia dengan bandar di luar negara seperti Tokyo, London, Paris dan
Bangkok.
• Lapangan terbang antarabangsa di Malaysia ialah:
a) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang,
Selangor
b) Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
c) Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
d) Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah
e) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
f) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah

• Pengangkutan udara di Malaysia dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia


(MAS), Air Asia, Syarikat Penerbangan Pelangi dan Penerbangan Sabah.
• Terdapat juga syarikat penerbangan asing di Malaysia seperti Cathay Pasifik,
Lufthansa dan British Airways.

15. KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN TERHADAP


4 PEMBANGUNAN DI NEGARA MALAYSIA DAN KANADA

Malaysia Kanada
• Sistem pengangkutan darat maju, terdapat
• Sistem pengangkutan darat Malaysia sangat lebuh raya, Trans Canada Highway.
cekap, terdapatLebuh raya Utara-Selatan • Sebuah jambatan dibina untuk
dari utara ke selatan. menghubungkan New Brunswick dengan
• Jambatan dibina untuk menghubungkan tanah besar, iaitu Jambatan New
Pulau Pinang dengan tanah besar Brunswick.
Semenanjung Malaysia. • Jaringan landasan kereta api sangat luas,
• Jaringan jalan kereta api dibina untuk kereta api digunakan untuk mengangkut
menghubungkan kawasan pedalaman dan barang pukal seperti gandum di Prairie.
mengangkut hasil pertanian. • Pembinaan jalan kereta api
• Terdapat banyak pelabuhan pesisiran pantai, menggalakkan pembukaan lebih banyak
perikanan, dan kontena untuk kemudahan kawasan tanaman gandum.
perdagangan. • Jalan Air St. Lawrence menggalakkan
• Di Sabah, terdapat Sungai Kinabatangan lahirnya industri baru di Tanah Pamah St.
dan di Sarawak terdapat Sungai Rajang Lawrence dan bandar-bandar baru wujud
untuk menghubungkan kawasan pedalaman. di Montreal, Quebec, dan Ottawa
• Pengangkutan udara membawa penumpang, • Pengangkutan udara digunakan untuk
mengangkut barangan, dan menggalakkan mengesan dan mengawal kejadian
pelancongan serta menghubungkan kawasan kebakaran, menghubungkan kawasan
pedalaman dengan bandar. pedalaman, membawa penumpang, dan
mengangkut barangan.

15. KESAN-KESAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN TERHADAP


5 ALAM SEKITAR

1. Pencemaran Udara
• Pertambahan bilangan kenderaan di bandar-bandar telah meningkatkan kadar
pencemaran udara.
• Asap kenderaan seperti kereta dan lori boleh mencemarkan udara bandar-bandar
di Malaysia.
• Gas-gas yang mencemarkan udara yang dihasilkan oleh kenderaan ialah seperti
nitrogen oksida, karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida.
• Di samping itu, pencemaran udara juga boleh meningkatkan suhu atmosfera dan
menjejaskan kesihatan penduduk seperti menyerang tisu sistem pemafasan
manusia dan haiwan.
• Kuala Lumpur mempunyai lebih kurang 1 juta kenderaan bermotor keluar masuk
setiap hari untuk bekerja. Ini boleh menambahkan lagi pencemaran udara dan
menyebabkan berlakunya jerebu.

2. Pencemaran Bunyi

• Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising


dan mencemarkan bunyi di bandar.
• Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya
selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan
terganggu.
• Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga boleh
menghasilkan bunyi bising yang kuat
3. Perubahan Landskap

• Pembinaan sistem pengangkutan boleh mengubah landskap fizikal sesuatu


kawasan.
• Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun bukit
dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya.
• Projek memotong dan menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun.
• Seterusnya apabila berlaku hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan
menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

15. LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN PENCEMARAN


6

Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan pengangkutan


terhadap alam sekitar ialah:
• Memasang alat catalytic converter pada ekzos kereta
• Pengurusan trafik yang lebih efisien
• Kawalan undang-undang
• Kempen kesedaran
• Menanam rumput di cerun
15. RUMUSAN
7
TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

UNIT 16 PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN


SUB TAJUK:

16.1 : Objektif
16.2 : Pengenalan
16.3 : Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia
16.4 : Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia
Dan Kanada
16.5 : Kesan Perkembangan Sistem Perhubungan Di Malaysia
16.6 : Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Kesan-kesan Negatif
16.7 : Rumusan

16. OBJEKTIF
1

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

• Menyatakan perkembangan sistem perhubungan negara Malaysia


• Menghuraikan perkembangan sistem perhubungan negara Malaysia
• Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan perhubungan negara
Malaysia Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan perhubungan
negara Malaysia
• Menyatakan kepentingan jaringan perhubungan
• Menghiraikan kepentingan jaringan perhubungan (ekonomi, sosial, governan)
• Membuat rumusan tentang kepentingan perhubungan (negara Malaysia dan
Kanada) menyenaraikan kesan perkembangan perhubungan
• Menjelaskan kesan perkembangan perhubungan dengan contoh
• Menyatakan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan
perhubungan
• Menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan
perhubungan

16. PENGENALAN
2

• Di negara Malaysia, perhubungan awal bermula dengan adanya perkhidmatan


pos.
• Namun, perkhidmatan pos hanya terhad dalam hal surat-menyurat.
• Kaedah ini menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan terpaksa mengambil
masa yang agak lama untuk sampai ke destinasinya.
• Apabila alat-alat perhubungan yang moden dan lebih efektif fungsinya tercipta,
sistem perhubungan di negara Malaysia turut berkembang.
• Telefon, telegraf, teleks, dan faksimili digunakan untuk menghantar dan
menerima maklumat dengan lebih cepat.
• Fungsinya sangat penting dalam aktiviti seharian penduduk negara Malaysia.
16. PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN NEGARA MALAYSIA
3

• Sistem perhubungan diMalaysia berkembang pesat selepas merdeka.


• Faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah perkembangan teknologi, dasar
kerajaan, dan perkembangan sosioekonomi
• Pengenalan dan pengunaan telefon selular, komputer dan internet telah
meletakkanMalaysia sebaris dengan negara maju dalam bidang teknologi
maklumat.
• Alat-alat perhubungan seperti Radio,Televisyen,Telefon,dan Komputer.

1. Radio

• Bermula pada tahun 1950-an


• Beroperasi sementara di Jalan Young ( kini Jalan Cenderasari ) di Kuala Lumpur
• 1956, telah berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur.
• Oktober 1969, Angkasapuri dimulakan
• Radio dan televisyen digabungkan di bawah Kementerian Penerangan.

2. Televisyen

• 1963 televisyen hitam putih telah dilancarkan


• 1978 siaran berwarna dilancarkan
• Pembinaan satelit bumi di Kuantan dan Melaka, siaran langsung dari luar negeri
diadakan melalui TV1 dan TV2
• TV3 ditubuhkan pada 1984 dan NTV7 pada 1998
• Satelit Malaysia MEASAT 1 dan MEASAT II dilancarkan pada tahun 1996
• Terdapat juga sebuah stesen televisyen baru iaitu ASTRO (Siaran TV Berbayar)

3. Telefon


Bermula selepas 1960-an

Bermula dengan kabel darat kini telah berkembang kepada kabel selular

Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan Sabah dan Sarawak menerusi kabel
laut antara Kuantan dengan Kuching.
• Ini membolehkan sambung jauh terus dail (STD) dijalankan seluruh negara.
• Projek Kabel Pulau Pinang- Medan dan Kabel Asean menghubungkan Malaysia
dengan Thailand, Singapura dan Indonesia.
• Satelit Antarabangsa iaitu Intelsat IV-A dan Intelsat V mengendalikan
telekomunikasi di asia.
• Kini gentian optik telah dicipta untuk menggantikan wayar kuprum yang terhad
kapasitinya.
4. Komputer
• Bermula dengan komputer peribadi (PC)
• Alat untuk menyimpan dan memproses maklumat
• Internet diperkenalkan dengan laman web teks, visual dan audio.
• Terdapat juga e-mel dan mel elektronik
• Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk memajukan
Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)
• Perkembangan ini telah memajukan pelbagai bidang seperti e-kerajaan, tele-
perubatan, e-learning, e-village, e-dagang, e-sidang.
• ICT juga telah menyebabkan wujudnya kad pintar atau MyKad.

16. PERBANDINGAN KEPENTINGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI


4 NEGARA MALAYSIA DAN KANADA

Malaysia Kanada
• Semenanjung Malaysia terpisah • Salah sebuah negara terbesar di
daripada sabah dan Sarawak oleh dunia yang sebahagian besar
Laut China Selatan yang kawasan utaranya terpencil
memerlukan sistem perhubungan • ICT penting dalam ekonomi
yang baik untuk pembangunan • ICT semakin penting dalam
• ICT penting untuk ekonomi pendidikan contohnya di
• ICT penting dalan bidang beberapa universiti.
pendidikan contonnya Universiti • Perkhidmatan tele-perubatan
Multimedia dan UNITAR banyak terdapat di Kanada.
• Terdapat tele-perubatan contohnya • Terdapat NIT (Niagara
Hospital Selayang International Teleport)
• Terdapat MSC (Multimedia Super • NIT-Niagara International
Corridor) Teleport. Terletak di Jambatan
• MSC-Mutimedia Super Corridor Peace antara Amerika Syarikat
terletak antara Kuala Lumpur dan dan Kanada.
KLIA. • Bandar penting ialahFort Erie
• Bandar penting ialah Putrajaya dan • Menara CN-Menara
Cyberjaya telekomunikasi yang tertinggi
• Menara Kuala Lumpur - Menara di dunia (553m)
telekomunikasi keempat tertinggi • Memberi perkhidmatan
di dunia (421m) telekomunikasi yang cepat dan
cekap
• Berfungsi sebagai stesen transmisi
untuk telekomunikasi,radio dan TV
16. KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI MALAYSIA
5

Kesan-kesan Positif

1. Wujudnya dunia tanpa sempadan

• Sempadan dan jarak bukan halangan untuk kegiatan ekonomi,pendidikan dan


penyelidikan.
• Dunia merupakan pasaran besar yang mudah didekati
• Semua maklumat dan perkhidmatan boleh diakses dengan mudah,cepat dan
murah
• Dikenali sebagai globalisasi

2. Kegiatan ekonomi dapat diperluaskan

• ICT dalam kewangan, pengangkutan, pendidikan dan pentadbiran akan lebih


berkesan dan cekap
• Contohnya, bank-bank telah menggunakan ICT melalui ATM

3. Perkhidmatan 'On-line' memberi banyak kemudahan


• Contohnya, boleh memperbaharui lesen memandu atau membayar bil-bil yang
pelbagai di mana-mana pejabat pos yang dilengkapi dengan komputer.

4. Memberikan perkhidmatan yang baik

• Penggunaan ICT dalam penerbangan,perkapalan dan kereta api memberi


perkhidmatan yang lebih cepat,selamat dan mudah
• Dari segi pendidikan pula, CD-ROM dan e-learning dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

Kesan-kesan Negatif

1. Pengaruh budaya asing

• Proses globalisasi mendedahkan penduduk negara kita kepada budaya asing yang
mungkin bercanggah dengan budaya kita.

2. Pengaruh maklumat palsu

• Penyalahgunaan internet membazirkan masa dalam permainan video,'chatroom'


dan sebagainya
• Laman-laman web juga disogok dengan maklumat yang salah maklumat juga
boleh terdedah kepada bahaya ancaman seperti diintip, dipintas, dipinda atau
diolah.
• Mungkin juga terjadi serangan virus yang membawa banyak kerugian

3. Pengangguran
• Penggunaan ATM boleh menyebabkan keperluan pekerja berkurangan di bank.

16. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN


6 NEGATIF

1. Pengawalan

• Dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa


• Negara kita berhati-hati dalam usaha membangunkan ekonominya dalam dunia
tanpa sempadan
• Salah satu caranya ialah meningkatkan taraf ICT di kalangan penduduk

2. MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan)

• Bertanggungjawab ke atas keselamatan ICT di sektor awam


• Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam dan Standard Keselamatan ICT boleh
dijadikan sebagai panduan untuk pengguna internet.
• Akta Siber pula untuk mengawal penyalahgunaan ICT.Contohnya Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Undang-undang Siber Malaysia.

16. RUMUSAN
6