Anda di halaman 1dari 4

SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan merupakan satu acara yang digunakan untuk menentukan


pemenang dalam sesuatu aktiviti dalam bidang kokurikulum. Banyak pertandingan yang
boleh dilaksanakan sesebuah unit kokurikulum. Pasukan unit beruniform boleh
menganjurkan pertandingan seperti pertandingan kawad kaki, perkhemahan,
pertolongan kecemasan dan lain-lain pertandingan yang berkaitan dengan pasukan unit
beruniform tersebut. Bidang persatuan dan kelab pula boleh menjalankan pertandingan-
pertandingan seperti pertandingan kuiz, perbahasan, syarahan, drama, pameran dan
macam-macam lagi. Bidang sukan dan permainan pula boleh mengadakan sukaneka,
pesta sukan tahunan dan pelbagai aktiviti.

Pertandingan-pertandingan yang dianjukan pasukan kokurikulum sama ada di


sekolah rendah mahupun di sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antara
tujuan tersebut adalah untuk memotivasikan pelajar untuk berlatih dan berusaha
supaya memenangi sesebuah pertandingan. Dengan memotivasikan diri pelajar, pelajar
tersebut akan mempunyai rasa yakin diri yang lebih tinggi. Selain itu, tujuan
pertandingan adalah untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar, membuat
pemilihan untuk pertandingan-pertandingan di peringkat yang lebih tinggi, membentuk
sikap positif dalam kalangan pelajar serta untuk mengasah bakat dan kebolehan pelajar
dalam bidang kokurikulum. Setiap pelajar mempunyai bakat dan kebolehannya yang
tersendiri dan terpendam. Melalui penyertaanya dalam pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan, seseorang pelajar boleh memperkembangkan dan mengasah bakat atau
kebolehannya yang sedia ada. Secara kebiasaannya, dlam sesebuah pertandingan
semestinya ada kalah dan mati. Seseorang pelajar boleh dibentuk untuk memiliki sikap
posiif sekiranya pelajar tersebut boleh menerima kekalahannya dengan hati dan minda
yang terbuka serta tidak berasa iri hati dan kecil hati terhadap pemenang pertandingan
tersebut. Sebaliknya, pelajar tersebut berusaha dengan lebih gigih dan memupuk diri
untuk mempunyai iltizam dan semangat untuk berjuang pada lain masa serta yang
paling penting ialah pelajar tersebut tidak berputus asa. Maka, boleh disimpulkan disini
bahawa tujuan-tujuan mengadakan pertandingan bersifat pembangunan menyeluruh
yang amat diperlukan untuk menghasilkan para pelajar yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Jenis-jenis pertandingan yang dilaksanakan oleh sesebuah persatuan di


peringkat sekolah atau daerah bergantung kepada peraturan-peraturan asas persatuan,
kesesuaian acara yang dipertandingkan, serta peringkat-peringkat pertandingan.
Terdapat beberapa jenis pertandingan yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti
kokurikulum di peringkat sekolah dan peringkat sekolah menengah. Antara jenis-jenis
pertandingan yang sedia ada dan selalu dilaksanakan adalah seperti pertandingan
sekali gus, pertandingan kalah mati, pertandingan kalah mati dengan sagu hati,
pertandingan kalah mati dua kali, pertandingan liga, pertandingan separuh liga dan
lain-lain.

Sistem sekali gus. Menggunakan sistem ini, pertandingan boleh dijalankan


secara sekali gus atau sekali sahaja. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan unit
beruniform boleh dilaksanakan menggunakan sistem ini. Pertandingan-pertandingan
yang sering diadakan badan beruniform adalah seperti perkhemahan, kawad kaki,
memasak, pertunjukkan pentas dan lain-lain. Untuk menentukan johan bagi
pertandingan yang diadakan, semua kumpulan yang bertanding akan diberi markah
berpandukan criteria dan bahagian yang telah ditetapkan. Pemenang ialah kumpulan
yang memperoleh markah tertinggi.

Pertandingan liga. Sistem pertandingan liga biasanya dilaksanakan dalam


pertandingan yang melibatkan bidang sukan dan permainan. Antara permainan yang
menggunakan sistem pertandingan liga ialah bola sepak, bola keranjang dan banyak
lagi. Sistem pertandingan ini digunakan apabila tempoh masa untuk menentukan
kemenangan mengambil masa atau tempoh yang panjang. Ini berikutan system ini
memerlukan banyak pertandingan. Bagi mengelak pertembungan perlawanan, satu
jadual pertandingan liga perlu dibuat dan disusun dengan sistematik. Pada
kebiasaannya, penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka genap
seperti empat pasukan atau enam pasukan adalah tidak sukar kerana pertandingan
akan dijalankan secara berpasangan. Lazimnya, penyusunan pertandingan akan
dilakukan dengan pasukan pertama mengekalkan kedudukannya dan bertanding
dengan kumpulan yang terdekat dengannya. Misalnya, dalam pusingan pertama,
kumpulan A akan bertanding dengan kumpulan B manakala kumpulan C akan
bertanding dengan kumpulan D. Dalam pusingan kedua, kumpulan A akan melawan
kumpulan D manakala kumpulan B akan melawan kumpulan C. Dalam pusingan ketiga
pula, kumpulan A akan berhadapan dengan kumpulan C manakala kumpulan B akan
berhadapan dengan kumpulan D. Keadaan ini akan berterusan hingga ke akhir
pertandingan. Pertandingan liga juga boleh dijalankan apabila bilangan penyertaan
pasukan yang mengambil bahagian berangka ganjil. Dalam senario sebegini, cara
penyusunan akan dilakukan dengan mencukupkan kumpulan supaya menjadi genap.
Kaedah ini digunakan untuk menyenangkan proses penyusunan jadual pertandingan.
Semasa pertandingan berlangsung, satu pasukan akan dianggap menunggu gilirannya
sementara pasukan lain bertanding. Sebagai contoh, sekiranya terdapat lima kumpulan
yang akan bertanding, pengiraan kumpulan akan dilakukan dengan menjadikannya
enam pasukan. Kumpulan yang bakal bertanding dengan kumpulan keenam akan
dianggap sebagai menunggu dan tidak ada pertandingan yang berlangsung pada ketika
itu. Misalnya, dalam pusingan pertama, kumpulan A akan melawan kumpulan B,
kumpulan C akan melawan kumpulan D dan kumpulan E akan melawan kumpulan F.
Disini, tiada pertandingan yang berlangsung antara kumpulan E dan kumplan F kerana
kumpulan E dianggap kumpulan yang menunggu manakala kumpulan F adalah
kumpulan yang diwujudkan untuk memudahkan proses penyusunan jadual
pertandingan. Keadaan ini akan berterusan sehingga akhir pertandingan.

Pertandingan kalah mati. Seperti sistem pertandingan liga, sistem pertandingan


kalah mati juga diadakan bagi pertandingan bidang sukan dan permainan. Sistem
pertandingan ini adalah bersesuaian dengan permainan bola sepak, bola jaring,
badminton dan sebagainya. Sistem pertandingan ini digunakan apabila masa bagi
sesuau pertandingan adalah terhad dimana pemenang perlu ditentukan dalam tempoh
yang singkat dan bilangan peserta atau kumpulan yang bertanding adalah banyak.
Kadangkala, sistem pertandingan ini telah ditentukan oleh pihak penganjur. Dalam
sistem pertandingan ini, terdapat dua kaedah dalam sistem kalah mati yang boleh
dilaksanakan. Kedua-dua kaedah tersebut adalah kalah mati tanpa bye dan kalah mati
dengan bye. Sekiranya bilangan kumpulan yang bertanding atau peserta nya
berjumpah asas lapan, kaedah kalah mati tanpa bye dilaksanakan manakala jka jumlah
kumpulan atau peserta tidak mencukupi asas lapan, maka kaedah kalah mati dengan
bye pula digunakan. Bye disini bermaksud peserta atau kumpulan perlu menunggu
tanpa memasuki pertandingan pusingan pertama. Kumpulan atau peserta bye ini akan
terus memasuki pusingan kedua permainan dan bertanding dengan pemenang
pusingan pertama. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi semasa
menentukan kumpulan atau peserta yang menunggu dalam sesuatu pertandingan
sistem kalah mati dengan bye. Peraturan-peraturan tersebut adalah penanti perlu
duletakkan dalam pusingan awal dan penempatan kumpulan dan peserta hendaklah
ditentukan dengan pengundian dan sismetrikal. Andai kata, sekiranya terdapat dua
peserta yang menanti, maka kedudukannya adalah satu yang diletakkan di tempat
teratas dan satu ditempatkan di tempat bawah sekali. Untuk menentukan kumpulan
atau peserta dalam pertandingan kalah mati tanpa bye dan kalah mati dengan bye,
pengundian akan dilakukan. Tidak kira dalam apa keadaan, kumpulan yang kalah akan
secara automatiknya terkeluar dari pertandingan.