Anda di halaman 1dari 4

Lambat Bercakap

KANAK - KANAK YANG LAMBAT BERCAKAP      

Ada lima faktor penting yang memainkan peranan utama dalam menentukan bahawa perkembangan
pertuturan berjalan dengan memuaskan. Faktor - faktor tersebut ialah

1. Ketiadaan kecacatan akal.

2. Pendengaran yang baik.

 3. Ketiadaan kecacatan fizikal seperti yang timbul daripada gangguan urat saraf.

4. Perkembangan emosi yang sihat.

5. Persekitaran dan stimulasi yang memuaskan.

Kanak -kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Selalu terdapat kanak -kanak yang
berumur empat tahun yang cacat akal hanya mencapai tahap bahasa seakan -akan kanak -kanak yang
berumur dua tahun atau kurang daripada itu. Semakin rendah kebolehan inteleknya semakin lambatlah
dia mula bercakap.

Cara kanak -kanak yang cacat akalnya mengeluarkan kata -kata dari umur bayi hingga umur pra -
sekolah selalunya berlainan dari kanak -kanak yang sihat akalnya. Kepastaian bahawa kanak -kanak itu
cacat akal boleh dibuat setelah pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi pemeriksaan klinikal , latar
belakang sosial dan penilaian psikologinya dijalankan.

 Pendengaran adalah pancaindera yang paling penting untuk proses perkembangan pertuturan. Jika
seseorang kanak -kanak itu tidak boleh mendengar semenjak dari lahir lagi , kesannya ke atas
perkembangan pertuturan amatlah buruk sekali. Ini biasa terdapat pada kanak -kanak yang pekak
disebabkan oleh keadaan yang disebut ' Congenital Rubella Syndrome '. walaupun umurnya sudah tiga
tahun dia masih tidak boleh bercakap. Kesan kepada perkembangan pertuturan kurang sedikit buruknya
jika gangguan kepada pendengaran berlaku selepas kanak -kanak berumur tiga tahun. Proses
perkembangan pertuturan adalah pesat sekali dari lahir hingga tiga tahun dan jika kehilangan
pendengaran berlaku pada waktu ini , akibatnya ialah kerosakan perkembangan pertuturan yang sukar
dipulihkan semula walaupun dengan latihan pertuturan.

Kecacatan fizikal seperti berlaku pada kanak - kanak yang mengalami kekurangan oksigen diwaktu
kelahiran kadang - kadang boleh menganggu fungsi alat suara. Kanak - kanak yang mengalami keadaan
yang disebut ' palsi serebral ' biasa didapati sukar bercakap.

Untuk seseorang kanak - kanak itu mengunakan bahasa dengan betul dia perlu memahami apa yang
dicakapkan kepadanya serta melafazkan pemikirannya.  Jarang - jarang sekali terdapat dimana
seseorang kanak -kanak itu tidak boleh memahami bahasa dari itu dia tidak boleh bercakap. Ada pula
yang boleh memahami bahasa tetapi tidak boleh melafazkan pemikirannya. Kanak -kanak seperti ini
selalu mengunakan isyarat untuk mengatakan kehendaknya walaupun jelas dari kelakuannya yang dia
bukan pekak atau cacat akal.
Gangguan emosi dikalanagan kanak - kanak dari peringkat persekolahan ke bawah boleh mengakibatkan
gangguan kepada perkembangan kanak - kanak. Kanak - kanak yang selalu bersendirian , tidak pernah
berinteraksi dengan kelakuan anihnya , tidak akan dapat stimulasi serta dorongan yang sesuai untuk
membolehkan dia mempelajari bahasa.

Bukan semua kanak - kanak yang mengalami pengalaman sedih atau pahit menunjukkan kesan - kesan
ini. Ada yang tidak terjejas perkembangan pertuturan dan kognitif sementara yang lain pula memerlukan
latihan yang khas untuk membaiki pertuturan , intreraksi sosial , kognitif serta kemahuan asas ( seperti
makan , membersih diri , memakai pakaian  atau kasut mereka dengan sendiri ).

Kekurangan rangsangan yang sesuai merupakan suatu punca yang biasa didapati dikalangan kanak -
kanak yang dirujuk ke klinik kerana lambat bercakap. Persekitaran yang penuh dengan peluang untuk
kanak - kanak itu bercakap adalah penting. Bayangkanlah seseorang kanak - kanak yang ditinggalkan
berseorangan didalam bilik sepanjang masa hari demi hari tampa kasih mesra ibu bapa dan interaksi
sosial. Dia akan mengalami masalah memahami dan mengunakan bahasa  .

 Seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed ,
mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dia dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna.
Memang digalakkan ibu bapa menyahut baik kata - kata ini sambil bercakap - cakap yang berpada
dengan suasana dan umur bayi atau kanak - kanak itu. Inilah satu cara yang baik bagi merangsang bagi
bayi bercakap.

Unsur perwarisan adalah satu lagi sebab mengapa kanak - kanak lambat bercakap. Memang selalu di
dapati keadaan dimana ibu atau bapa kanak - kanak itu juga lambat mula bercakap pada masa mereka
kecil. Kanak - kanak lelaki lebih selalu didapati mengalami masalah ini. Ini hanya dapat dipastikan setelah
pemeriksaan yang menyeluruh dibuat untuk mengetepikan unsur - unsur yang lain.         

 Bilakah perlu ibu bapa rasa bimbang

 Ibu bapa selalu membuat perbezaan di antara tahap pertuturan kanak -kanak mereka dengan kanak
-kanak yang lain. Mereka biasa rasa bimbang apabila kanak -kanak mereka lambat bercakap daripada
yang lain. Tetapi di antara kanak -kanak yang normal perbezaan tahap pertuturan adalah besar.

Lazimnya kanak -kanak yang berumur lapan bulan sudah boleh menyuarakan kata -kata ah , ee , uu, dan
juga dadada , nana , mamama , gagaga. Dia juga boleh meniru bunyi -bunyi yang di suarakan oleh
ibunya. Pada umur satu tahun , lazimnya kanak -kanak boleh memanggil mama , abah dengan 
bermakna dan mula menyuarakan ayat seperti ata , nani , bai bai.

Pada umur dua tahun kanak -kanak boleh menyuarakan dua perkataan seperti na ' mamam (hendak
makan), na ' num ( hendak minum ) , mak bayik ( mak balik ) dan seumpamanya.

Apabila berumur tiga tahun , kanak -kanak biasanya boleh menyuarakan ayat seperti boy na' matan nacik
( boy nak makan nasi ) dan seterusnya walaupun masih pelat. Tetapi ada kanak -kanak yang mencapai
tahap pertuturan yang lebih cepat daripada ini dan ada juga yang lambat daripada ini.

Kanak -kanak yang tidak boleh memanggil mak , atau abah dengan bermakna padahal umurnya sudah
meningkat lapan belas bulan perlu disiasat . Kanak -kanak yang tidak mengeluarkan bunyi seperti ga ga
ga , de de de , me me me dan lain -lain sedangkan umurnya sudah meningkat setahun perlu
mendapatkan pendapat pakar kanak -kanak.

Adalah penting kanak -kanak yang lambat bercakap mendapat penilaian dengan awal kerana jika
dibiarkan berterusan mungkin akan menjejaskan perkembangan pembelajarannya kelak.
Kebanyakan kanak -kanak yang lambat bercakap dapat dipulihkan dengan rangsangan yang sesuai
tetapi kadangkala rancangan pemulihan memerlukan cara -cara yang lebih mendalam lagi jika
bersangkut paut dengan sebab -sebab seperti kekurangan pendengaran , kerosakan fungsi alat suara ,
masalah sukar memahami bahasa dan juga gangguan emosi.

Pengalaman di klinik penilaian kanak -kanak

Kekurangan ransangan di mana peluang untuk kanak -kanak bercakap -cakap tidak mencukupi
merupakan punca yang sering terdapat di klinik. Ini bersangkut - paut selalunya dengan keadaan sosio
ekonomi atau penjaga kanak -kanak yang datang dari golongan keluarga yang berada pun mempunyai
masalah lambat bercakap kerana peluang untuk bercakap dengan orang lain tidak mencukupi . Mereka
selalunya menunjukkan kemajuan pesat setelah diberi stimulasi yang sewajarnya.

Masalah kanak -kanak yang gagap

Kanak -kanak yang berumur dua hingga empat tahun selalu sumbang rentak pertuturannya tetapi ini
adalah perkara biasa yang berlaku kepada kanak -kanak yang menempuh proses perkembangan
pertuturan. Apabila keadaan ini berterusan hingga enam tahun apabila kanak -kanak ini sudah
bersekolah , dia jadi mangsa ejekan kawan -kawannya dan menimbulkan masalah kepadanya serta ibu
bapanya.

Seelok -eloknya kejadian itu patutdicegah daripada berterusan. Semakin lama ini berterusan semakin ini
berterusan semakin sukar dipulihkan. Ada kanak -kanak yang dikatakan telah pulih kegagapannya
dengan cara ini dan ada pula yang menjadi lebih gagap. Kanak -kanak yang gagap perlu diberi galakan
serta perasaan timbang rasa sambil diberikan terapi pertuturan yang sewajarnya.

Kegunaan pelbagai bahasa di rumah

Sama ada penggunaan pelbagai bahasa di rumah akan mengakibatkan seseorang kanak -kanak ini
lambat bercakap bergantung juga faktor -faktor yang lain. Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap
dengan kanak -kanak itu dengan menggunakan bahasa yang sukar difahami olehnya , kanak -kanak itu
akan kurang maju dalam kefahaman dan penggunaan bahasa ; walaupun dicakap dalam satu bahasa
sekalipun.

Seseorang ibu yang bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris kepada anak -anaknya mestilah
menggunakan perkataan -perkataan yang mudah difaham oleh anaknya. Dia perlulah menggalakkan
anak mereka bercakap selalu. Peluang untuk bergaul dengan kanak -kanak lain akan membawa manfaat.

Kesimpulan

Untuk mengelakkan berlakunya masalah pertuturan di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlu
memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka.
Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di
dalam persekitaran mereka.

Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat , meggunakan perkataan yang tidak seimbang dengan
kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif
kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka.

Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan
intelek sangat mempengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap
pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.
Akhirnya saya igin menekankan bahawa selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang
baik , keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu
diberikan kepada kanak -kanak untuk menggalakan perkembangan bahasa optimum.

Anda mungkin juga menyukai