Anda di halaman 1dari 27

--E

E--B
BOOO
OKK--

“RAHSIA TEKNIK
PENANAMAN TANAMAN
ANGGUR:

OLEH: FAZLISYAM

HARGA : RMxx

Copyright © 2006

Hakcipta Terpelihara

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 1


Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain.

Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang
terkandung di dalam e-book ini. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas
sebarang kesilapan ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah
berjaga-jaga sudah diambil. Saya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas
sebarang maklumat yang disalahgunakan.

Saya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan


atau risiko yang ditanggung oleh orang perseorangan atau sebagainya, yang
timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kandungan buku ini sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 2


1.0 SEJARAH RINGKAS ANGGUR

Anggur merupakan tanaman buah yang dikatakan berasal dari

Armenia dan kemudian berkembang ke Timur Tengah sejak 4000

SM. Asalnya, teknologi pemprossesan anggur menjadi wine pertama

kali dikembangkan orang Mesir pada 2500 SM. Dari Mesir ia

kemudian berkembang ke Yunani dan tersebar ke daerah Laut

Hitam sehingga ke Sepanyol, Jerman, Perancis dan Austria.

Seiring dengan pelayaran Columbus; mula menyebarkan

tanaman anggur ke Mexico, Amerika Selatan, Afrika selatan, Asia

termasuk Indonesia dan Australia. Penyebaran ini juga menjadikan

Anggur mempunyai beberapa sebutan seperti Grape di Eropah dan

Amerika, orang China menyebut Pu tao dan di Indonesia disebut

anggur.

Kini tanaman anggur sudah semakin popular di Malaysia sejak

beberapa tahun yang lepas. Ramai yang sudah mula menanam

disebabkan permintaannya yang tinggi. Anak benih sahaja boleh

mencecah sehingga RM25/polibeg. Walaubagaimanapun, ramai yang

hanya pandai menanam tetapi tidak ramai yang tahu cara

pengurusan yang betul untuk menghasilkan buah yang baik dan

pengeluaran hasil tinggi.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 3


2.0 PENDAHULUAN

Pokok anggur pada suatu ketika dahulu hanya terdapat di

negara bermusim kini sudah boleh ditanam di Malaysia. Dengan

menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok

anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti.

Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak

bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian

tanaman anggur. Selepas 14 hari dipangkas pokok anggur mula

mengeluarkan jambak-jambak bunga halus. 30 hari sebelum buah

sedia untuk dipetik, penyiraman perlu dikurangkan atau dihentikan

bagi memastikan buah yang akan dihasilkan manis. Kemarau yang

panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid

ke gula menyebabkan buah menjadi manis..

Terdapat beberapa varieti yang biasa di tanam di Malaysia

seperti rajah di bawah ini:

JENAMA TEMPOH MATANG WARNA MASAK

New White Malaga 7 - 9 Bulan Hijau

Green Perliet 9 - 12 Bulan Hijau

Black Opal 9 - 12 Bulan Hitam Biru

I.A.C 7 - 9 Bulan Hijau

Kyoho 7 - 9 Bulan Merah Tua

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 4


3.0 PENGENALAN ANGGUR

• Anggur (Vitis) adalah dari keluarga Vitaceae.

• Dikatakan boleh hidup sehingga 30-50 tahun.

• Pembuahan boleh dirancang sehingga 3 kali setahun

• Boleh menghasilkan buah hingga 90kg/tahun.

• Memerlukan pemangkasan untuk berbuah

• Kemarau diperlukan untuk penghasilan buah yang manis

• Boleh berbuah setelah berusia 7 bulan.

• Sekilo buah berharga RM10-RM12.

PENGKELASAN SAINTIFIK

Kingdom: Plantae
Division: Magnoliophyta
Class: Magnoliopsida
Order: Vitales
Family: Vitaceae
Genus: Vitis

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 5


Daun pokok anggur yang subur

Pokok anggur yang telah berbuah

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 6


3.1 JENIS ANGGUR

Di Malaysia terdapat 2 jenis Anggur yang biasa ditanam iaitu:

1. Vitis Vinifera

Rasa manis, kulit nipis dan segar.


Sesuai dimakan segar dan dibuat ‘wine’.

Contoh: IAC (Taiwan), Cardinal (USA), White Malaga


(Thailand).

2. Vitis Labrusca

Rasa masa, kulit tebal dan kurang segar. Sesuai dibuat


jus.

Contoh: Isabella (USA), Delaware, Brilliant.

3.2 JENIS DI SYOR

“ VITIS VINIFERA iaitu IAC ”

Tujuh (7) sebab kenapa pilih IAC?

1. Ada permintaan yang tinggi di pasaran

2. Boleh menghasilkan hingga 90kg buah/tahun

3. Berbuah selepas tujuh (7) bulan.

4. Mudah dari segi pengurusan.

5. Tidak perlu bumbung/rumah kalis serangga.

6. Berbuah lebat.

7. Rasa manis.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 7


- Pokok anggur yang baru mengeluarkan buah -

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 8


4.0 TEKNIK PENANAMAN

Setelah kita memahami serba sedikit tentang tanaman

anggur. Langkah seterusnya yang paling penting ialah kaedah dan

teknik penanaman. Segala langkah-langkah yang dinyatakan

hendaklah diambil kira untuk memastikan tanaman anggur kita hidup

subur dan seterusnya menghasilkan buah yang baik. Sekiranya anda

sememangnya sudah berpengalaman dalam kerja-kerja penanaman,

langkah-langkah ini mungkin mudah bagi anda. Tapi bagi mereka

yang baru menceburi dalam bidang ini, hendaklah mengikut langkah

yang telah disediakan.

Setelah anda telah mahir, anda sendiri boleh menjalankan

kaedah penanaman anda sendiri dan melihat apa yang berlaku.

Kerja-kerja pemerhatian ini akan menjadikan anda lebih

berpengalaman. Langkah-langkah yang dinyatakan ini merupakan

salah satu langkah atau kaedah yang terdapat di dalam teknologi

penanaman anggur. Kebanyakkan kaedah penanaman adalah hasil

dari pemerhatian penanam itu sendiri dan memperbaharui teknik

yang ada. Mungkin anda sendiri dapat menghasilkan teknik anda

sendiri suatu hari nanti.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 9


LANGKAH 1

• Terlebih dahulu lihat keadaan cuaca di kawasan anda. CUACA

sekitar mesti panas. Sekurang-kurangnya 80% sinaran

matahari dan JANGAN terlindung. Lagi panas lagi bagus.

• Cuaca di Malaysia sebenarnya amat sesuai untuk tanaman

anggur. Anggur akan lebih manis dalam cuaca panas.

Pembuahannya juga boleh dirancang. Elakkan daripada

melakukan pembuahan pada musim hujan.

• Air yang berlebihan akan menyebabkan buah kurang manis,

mudah pecah dan busuk.

• Bersihkan kawasan penanaman daripada batu, akar, rumpai dan

benda asing.

Langkah 2

• Gemburkan tanah sedalam 1-2 kaki dalam. Tabur kapur

pertanian 600 gram setiap meter persegi (bagi tanah yang

pH sangat berrmasalah). Biarkan selama 4 minggu.

• Tanah yang berpasir juga sesuai bagi tanaman anggur.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 10


• Korek lubang sedalam 1 1/2 kaki, lebar 2 kaki . Bagi tanah

berbukit, elakkan air tidak bertakung didalamnya. Masukan

tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja organan

ke dalam lubang yang disediakan.

• Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat

digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.

• Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas

diperlukan.

• Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung

disekitar pokok.

• Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin),

tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.

• Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.

• Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci

luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon

anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 11


LANGKAH 3

• Anggur memerlukan medium yang gembur dan telus air.

Campuran tanah perlu dibuat iaitu satu (1) bahagian tanah,

satu (1) bahagian pasir dan dua (2) bahagian bahan organik.

• Gunakan tanah asal untuk campuran tanah. Pasir biasa boleh

digunakan. Bahan organik adalah najis ayam yang telah

diproses.

• Bagi tanah yang kurang sesuai elok dibuang tanah asal ( dari

lubang yang dikorek). Dapatkan tanah bahagian atas (topsoil)

atau untuk tanaman berskala kecil beli tanah dari neseri. Gaul

bahan tadi hingga sebati.

LANGKAH 4

• Membuat ujian tanah

• Dapatkan beberapa sampel dengan kedalaman 6-8 cm. Lebih

banyak sampel lebih tepat bacaan pH tanah.

• Sedikit sampel-sampel tadi kemudiannya dimasukkan ke

dalam bekas yang mengandungi air suling. Sebelum itu

pastikan air suling tersebut mempunyai nilai pH 7 (neutral).

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 12


• Gunakan pH meter untuk mendapatkan keputusan lebih tepat.

Kertas pH boleh juga digunakan untuk mengetahui nilai pH

campuran sampel.

• Di pasaran sekarang terdapat peralatan yang dinamakan ’Soil

pH test kit’ yang mudah diguna dan dibawa kemana-mana.

LANGKAH 5

• Keluarkan anak benih dari polibeg dan tanam ke dalam lubang

yang disediakan. Padatkan sedikit di sekeliling pokok.

• Jarak bagi tanaman ini ialah 1.5m x 3m. Setiap lubang pokok

dimasukkan 4kg baja Organik beserta dengan baja CIRP

sebanyak 115gm.

• Lakukan penyiraman 2 kali sehari. Lakukan penyiraman pada

awal pagi dan lewat petang.

• Anggur memerlukan sekitaran akar yang lembab tetapi

elakkan air bertakung. Air bertakung akan merosakkan akar

tanaman.

• Pada musim hujan tidak perlu dilakukan penyiraman. Lebihkan

penyiraman pada musim kemarau sehingga 3 kali sehari.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 13


• Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan

bertakung

• Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari

sebelum dipetik buahnya.

LANGKAH 6

• Buatkan sokongan dengan menggunakan kayu atau buluh.

Tujuannya adalah supaya pokok dapat naik tegak dan

menjalar. Ikat batang pada sokongan dalam keadaan

longgar.

• Pembajaan perlu dilakukan setiap bulan. Jarak pembajaan

adalah antara 7-10 hari. Cara pembajaan adalah dengan

membuat poket/lubang sedalam 4-5 cm di sekeliling pokok

dengan jarak 1 kaki (30cm).

UMUR (BULAN) BAJA / POKOK / BULAN

3-6 20g urea + 20g 15:15:15

7-9 50g urea + 40g 15:15:15

10 - 11 100g urea + 80g 15:15:15

12 - 15 130g urea + 130g 15:15:15

16 - 24 300g 12:12:17:2 + TE

24 300g 12:12:17:2 + TE

Jadual pembajaan

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 14


• Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.

• Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas

tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.

………………SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG BAJA…………

Semasa awal pertumbuhan…..

• Nitrogen (N)
Sangat diperlukan sepanjang 2 tahun penanaman.

Sumbernya adalah dari baja urea, baja NPK dan

bahan organik.

• Phosphorus (P)
Unsur ini diperlukan dengan banyak di kawasan baru.

Ia penting dalam perkembangan sistem akar.

• Kalium (k)
Unsur ini juga diperlukan dengan banyak di kawasan

baru. Ia penting dalam perkembangan sistem akar.

• Bahan Organik
Membekalkan unsur N. Ia juga dapat memperbaiki

tekstur dan kesuburan tanah.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 15


LANGKAH 7

*** Ini merupakan langkah yang paling penting untuk memastikan

pokok anggur kita berbuah dan mempunyai kualiti buah yang

cantik serta hasil yang tinggi. Pemangkasan perlu dilakukan

mengikut masa tertentu. Teknik pemangkasan juga perlu diambil

kira.

• Cantasan latihan dibuat bertujuan untuk membentuk pokok

dan menyediakan zon pembuahan.

1. Anak pokok mungkin mempunyai beberapa cabang.

Setelah mencapai ketinggian satu (1) kaki, pilih satu

cabang paling sihat dan buang cabang yang lain.

2. Setelah mencapai ketinggian tiga (3) kaki, buang

semua daun dan tunas sisi. Tinggalkan pucuk sahaja.

3. Setelah mencapai ketinggian lima (5) kaki, potong

pucuk dan 3- 4 helai daun di bawah pucuk.

4. Apabila tunas tumbuh jadikan 4 tunas sahaja

sebagai dahan utama.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 16


5. Bila mencapai panjang 5 kaki 4 dahan utama

dipotong pucuknya. Pada dahan-dahan utama ini

akan muncul tunas-tunas baru yang akan matang

membentuk zon buah.

*** Zon buah penting dalam menentukan pengeluaran hasil yang

diharapkan. Daripada tunas-tunas matang inilah nanti akan

mengeluarkan jambak-jambak bunga dan seterusnya menjadi

buah yang segar dan enak.

Rajah yang menunjukkan teknik bentuk pemangkasan pokok anggur yang baik.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 17


: Pemangkasan untuk Pembuahan

• Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan

dibuat.

• Buang semua daun dan potong cabang yang tidak

dikehendaki.

• Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting

yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.

• Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.

• Uruskan kerja dengan baik dan teratur .

• Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang

gugur disekitarnya .

: Menambah Kemanisan Buah

• Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.

• Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila

buah hampir masak (30 hari sebelum buah di petik).

• Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat

membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.

• Merancang pembuahan pada musim panas.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 18


Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 19
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 20
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 21
Gambar- gambar diatas menunjukkan kawasan tanaman anggur

yang terdapat di Malaysia.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 22


LANGKAH 8

‘PENGAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK’

Mengikut kajian dan pemerhatian yang dijalankan setakat ini,

masalah penyakit dan perosak tidak lagi ketara terhadap tanaman

ini oleh kerana tanaman ini masih lagi baru di Malaysia. Anda tidak

perlu risau kerana ia tidak akan menjejaskan tanaman anggur

anda. Walau bagaimanapun, penyakit dan perosak yang telah

dikenalpasti menyerang tanaman ini ialah seperti berikut:

1. Perosak seperti Kumbang Apogonia Destructor ( bersaiz

kecil, hitam dan berkilat) boleh dihapuskan menggunakan

racun serangga berasaskan air (H20). Kumbang ini hanya

keluar pada waktu malam. (tanaman berskala kecil)

2. Teknik kawalan biologi adalah dengan menyembur air

basuhan beras ke atas daun tanaman.

3. Semburan racun serangga dan kulat perlu dilakukan pada

tiap-tiap minggu.

4. Penyakit seperti Antraknos yang menyerang pucuk, daun

dan buah boleh dikawal menggunakan racun Benlate.

5. Penyakit seperti Karat yang menyerang daun dan buah

boleh dikawal menggunakan racun Bayleton.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 23


6. Selain itu penyakit Kulapuk Downy yang biasanya menyerang

pucuk, daun dan tendril bunga hendaklah ikawal

menggunakan Ridomil dan Mikal.

‘KAWALAN RUMPAI’

• Rumpai atau tumbuhan selain anggur hendaklah

dihapuskan. Elakkan penggunaan racun rumpai semasa

pokok masih kecil. Elok menggunakan cangkul atau cabut.

• Kehadiran rumpai memberi kesan terhadap ketersedian

nutrien dalam tanah, berlaku persaingan antara anak

pokok dengan rumpai tersebut.

• Perosak juga boleh menjadikan rumpai sebagai perumah.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 24


Gambarajah menunjukkan kehadiran serangga dan penyakit pada tanaman anggur di
Malaysia.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 25


Kebanyakkan symptom-simptom yang terdapat pada daun, dahan dan batang
menunjukkan tanda-tanda serangan kulat. Oleh itu, racun kulat hendaklah
diberikan supaya ianya tidak terus merebak ke tanaman lain. Racun-racun
kulat boleh diperolehi di kedai-kedai pertanian. Pastikan anda membaca label
dahulu sebelum menggunakannya.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 26


AKHIR KATA

Kaedah-kaedah tersebut amat sesuai untuk mereka-mereka yang baru


menceburkan diri di dalam bidang ini dan juga amat berguna kepada mereka yang
baru dan juga pakar.

Kami harap anda mengambil kesempatan di dalam e-book kami ini di dalam apa
jua keadaan dengan sebaik mungkin. Jika anda mempunyai sebarang komen-
komen bagaimana untuk memperbaiki e-book kami ini, anda boleh menghubungi
kamis ekarang.

Kami ucapkan anda agar berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di
dalam kerjaya yang anda ceburi.
.
Kami harap pengalaman anda akan memberi cahaya yang cerah untuk anda dan
memberi anda keuntungan yang diharapkan. Pasaran untuk tanaman anggur
adalahmasih baru di Malaysia dan sememangnya berpotensi untuk dijadikan
pendapatan yang lumayan.

Terdapat banyak lagi perkara-perkara baru yang boleh anda lakukan terhadapnya
untukanda ceburi. Kami juga berharap anda mengalami satu pengalaman yang
menarik yangdapat anda temui di dalam e-book kami ini.

Akhir kata kami memohon ampun dan maaf jika terdapat segala kekurangan dan
kecacatan di dalam e-book ini. Ini adalah versi Pengenalan, kami akan sentiasa
memperbaiki segala kekurangan di dalam e-book ini. Apa yang kami harapkan
kami sangat berbesar hati jika segala kekurangan dalam e-book ini dapat terus
dilaporkan kepada kami dari masa ke semasa.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 27

Anda mungkin juga menyukai