Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www.CikguRuhaifi.

com

Laporan Percuma!!!

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak

1

Ruhaifi Razak 2 .com • Anda BOLEH mengedarkannya kepada sesiapa sahaja dengan percuma. pengetahuan dan kajian penulis sendiri. Segala fakta dan pandangan hanyalah pandangan peribadi penulis dan penulis amat mengalu – alukan sebarang kritikan dan cadangan penambahbaikan daripada semua pihak terutamanya guru – guru pakar matematik PMR.com . ibubapa dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui topik – topik yang sering dijadikan soalan yang terkandung di dalam kertas dua (Matematik PMR). Ebook ini diterbitkan dengan tujuan membantu para pelajar menengah rendah khususnya pelajar tingkatan tiga 2010.com • Anda digalakkan mendaftar untuk mendapatkan info dan update terkini di www. Gaya dan istilah bahasa yang digunakan tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan supaya mudah diterima golongan pelajar yang memerlukan bentuk penyampaian mudah.CikguRuhaifi.com/matematikPMR ©2010 www. para guru. Nota : Ebook ini adalah hakcipta terpelihara www.CikguRuhaifi.com Disclaimer Ebook “Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua” ini ditulis berdasarkan pengalaman. guru tuisyen. • Sebarang pertanyaan dan cadangan penambahbaikan.CikguRuhaifi. sila kemukakan di • cikguruhaifi@gmail.CikguRuhaifi.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana – mana bahagian ebook ini dengan apa cara sekalipun untuk tujuan menjualnya kembali. • Ebook ini TIDAK BOLEH diubahsuai ataupun dijual.

beliau banyak terdedah dengan perbincangan. Bermula bulan 5 Julai 2010.house training'. Sepanjang tempoh bertugas.Ruhaifi Razak 3 .com . Pahang Darul Makmur. Beliau menyedari dan mengakui bahawa segala panduan dan perkongisnnya bukanlah sempurna dan lengkap.CikguRuhaifi. Beliau berpendapat. dan mula mengajar tuisyen matematik sejak tahun 1998 lagi. Segala maklumbalas dan cadangan amat diharapkan bagi memantapkan lagi usaha membantu pelajar lulus dan cemerlang di dalam akademik. seminar dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan ilmu pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya untuk pelajar menengah rendah (tingkatan satu sehingga tiga).com : www. telah mula mengajar kelas peperiksaan PMR secara serius bermula tahun 2004 sehinggalah sekarang. 'in .CikguRuhaifi. Maka. Blog Rasmi Facebook Email : www. beliau bercuti selama dua tahun untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di UiTM Puncak Perdana.com ©2010 www. mesyuarat.CikguRuhaifi. mereka mahu ditunjukkan jalan yang jelas dan memerlukan kepercayaan serta sokongan kita. pengalaman mengajar pelajar kelas akhir banyak membantu dirinya memahami teknik penyampaian pengajaran yang lebih mudah diterima pelajar. Beliau bertugas sebagai guru di SMK Chanis. Pada pandangan beliau. terhasillah satu perkongsian ilmu melalui satu panduan dan laporan ringkas yang bertajuk “Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua” edisi 2010.com Mengenai Penulis Ruhaifi Razak atau lebih dikenali sebagai Cikgu Epi.facebook.com/RuhaifiAbRazak : cikguruhaifi@gmail.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. Cumanya. semua pelajar berhak untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

.2 Mengenai Penulis …....................Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www................................................................com Isi Kandungan Disclaimer ..Ruhaifi Razak 4 ...........5 Bab Satu Faktor – Faktor Kertas Dua Digelar “Lubuk Markah” ….................................18 ©2010 www...................................12 Penutup …........................................................................................................3 Isi Kandungan …...............................6 Bab Dua 18 Topik Popular Matematik PMR Bagi Kertas Dua …...10 Bab Tiga Tips Dan Triks Menguasai Topik Popular ….............................................................................................CikguRuhaifi.…..............................................CikguRuhaifi.........................................................................................4 Pengenalan Satu Perkongsian .............................com .....................

pemerhatian terhadap modul soalan. Paling penting ia juga diakui oleh rakan guru – guru yang pakar dalam subjek Matematik PMR. Setelah pelajar menguasai kemahiran kertas dua. Sekali lagi saya tertanya – tanya. ©2010 www. saya mahu anda pula mendapat faedahnya. soalan percubaan.CikguRuhaifi. kemudian tumpukan latih tubi dan perbincangan skema jawapan KERTAS DUA.com PENGENALAN Satu Perkongsian Lubuk Markah Soalan Matematik PMR 2010 < Rahsia Kertas Dua kini Didedahkan!!! > Berdasarkan Kajian Topik . Sehingga sekarang (2010).Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. peratusan pelajar saya yang lulus meningkat dengan mendadak dan ada juga yang memperolehi gred “A”.00 pm) itu? Sudah tentu topik – topik yang perlu diberi penekanan dan teknik – teknik menjawab KERTAS DUA. gred markah pelajarnya lebih baik daripada gred pelajar yang diajar oleh saya. Kini. topik – topik popular. ada antara mereka yang memperolehi gred “A” bagi subjek Matematik walaupun bagi kebanyakkan subjek lain mereka GAGAL. saya mendapat kelas yang agak lemah penguasaan Matematiknya. Salah seorangnya adalah bekas guru matematik saya ketika saya masih di sekolah menengah pada tahun 1996. berilah tumpuan sepenuhnya pula kepada kertas satu. Lebih mengejutkan lagi. kertas – kertas soalan ujian. bertanya dan memerhatikan corak soalan. beliau masih aktif mengajar matematik PMR dan SPM.00 am – 5. soalan ramalan.2009 Pendedahan Kertas Dua Sebagai Lubuk Markah Soalan Matematik PMR Pendapat ini adalah hasil pengalaman mengajar. Saya dan rakan saya (beliau juga guru yang sangat pakar mengajar Matematik PMR) selalu menjemput bekas guru saya tadi untuk menyampaikan “Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik PMR” kepada pelajar tingkatan tiga sekolah kami. Bermula dari situlah saya mula mengkaji. Apa yang didedahkan dalam bengkel satu hari (8. dan soalan peperiksaan Matematik PMR 2005 – 2010. Rakan saya tadi. habiskan sukatan pelajaran dahulu.Topik Popular 2005 . Tetapi apabila keputusan peperiksaan PMR diumumkan.CikguRuhaifi. apakah rahsianya? Jawapan beliau mudah.Ruhaifi Razak 5 . Alhamdulillah. (kita panggil dia Cikgu Z) mengajar kelas paling lemah (kelas terakhir).com . dan kaedah pemarkahan bagi soalan kertas dua (terutamanya) dan kertas satu. Semasa saya mula – mula mengajar subjek Matematik PMR.

anda hanya perlu lagi 10 markah daripada kertas satu untuk lulus subjek Matematik.Mewakili 60 Markah Cuba kita perhatikan komponen KERTAS DUA.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. Markah yang diwakilinya adalah 60 %. Wah. . ©2010 www. Di sini saya senaraikan sebab – sebab kenapa kertas dua digelar lubuk markah : 1.40 Soalan Objektif KERTAS SATU . Markah sampai 60.CikguRuhaifi. dan anda mahu mencapai tahap tertinggi iaitu 60 per 60 markah.com BAB SATU Faktor – Faktor Kertas Dua Digelar “Lubuk Markah”. Markah yang diwakilinya Sehingga ebook ini ditulis. Soalan cuma ada 20. Tidak mustahil dan telah dibuktikan oleh ramai pelajar walaupun mereka daripada kelas biasa.Ruhaifi Razak 6 .Mewakili 40 Markah KERTAS SOALAN MATEMATIK PMR . Jika anda hanya meletakkan 'target' untuk mencapai separuh daripada 60 markah yang diperuntukkan. Bagaimana jika anda memang bersemangat waja (memang pun).20 Soalan Subjektif KERTAS DUA . peperiksaan Matematik PMR masih mengekalkan format yang sama seperti di bawah.CikguRuhaifi.com . banyak tu. Memang berbaloi untuk menguasai kemahiran yang dikehendaki oleh kertas dua. Maka wajarlah jika kita memberi perhatian yang serius untuk mendapatkan markah yang terdapat di dalam kertas dua.

CikguRuhaifi. Faktanya. Bayangkan markah yang ditawarkan oleh topik berkenaan dan kita pula mampu menguasainya dengan baik. Lumayankan? ©2010 www. Topik Yang Mudah Diramal Soalannya hanya bertumpukan kepada 18 topik (bakal didedahkan dalam bab seterusnya) sahaja berbanding 29 topik keseluruhan daripada tingkatan satu sehingga tingkatan tiga (Berdasarkan corak soalan 2005 – 2009). Jumlah Markah Yang Besar Untuk Topik – Topik Tertentu Setiap satu soalan memberikan antara dua sehingga lima markah.com 2. ada topik soalan tertentu (akan ditunjukkan dalam bab seterusnya) mewakili sehingga 9 markah setahun.com . Ini memudahkan usaha kita memberi FOKUS kepada topik yang berkaitan sahaja pada satu – satu masa.CikguRuhaifi.Ruhaifi Razak 7 . 3.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. Setiap topik pula menghasilkan antara satu sehingga empat soalan setahun.

Sambil kita membuat ulangkaji topik di kertas dua. Ia adalah markah jalan pengiraan dan markah jawapan akhir pelajar.Ruhaifi Razak 8 .CikguRuhaifi. 5. terdapat 11 topik yang sama dalam penghasilan soalan – soalan untuk kertas satu dan kertas dua. Ini kerana. Terdapat Topik Yang Sama Dengan Kertas Satu Ia ibarat kita membaling seketul batu tetapi mengena dua ekor burung sekaligus. Ahmad salah.com 4. Jalan pengiraan yang dilakukan oleh Ahmad betul tetapi pada jawapan akhirnya. Perolehan Markah Yang Fleksibel Soalan yang menawarkan dua markah ke atas mempunyai dua komponen utama. Berapakah markah yang diperolehi oleh Ahmad? Ya anda betul! Ahmad masih memiliki 2 markah hasil jalan kerjanya tadi.com .Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. secara tidak langsung kita juga mengulangkaji sebahagian topik yang turut terdapat di kertas satu. Jalan / Kaedah Pengiraan Jawapan Akhir Markah Penuh Contohnya. ©2010 www. Ahmad menjawab soalan topik 'Indices' yang menawarkan 3 markah penuh.CikguRuhaifi. Satu (1) markah sahaja untuk jawapan akhir yang betul manakala markah selebihnya adalah untuk jalan kira ataupun kefahaman yang ditunjukkan pelajar.

Mari kita teruskan dengan pendedahan esklusif khas untuk anda.CikguRuhaifi. tetapi memerlukan pelajar lebih cermat dan benar – benar faham apa yang dimahukan oleh soalan.com 6. Ianya tidak sukar. Soalan – soalan yang dihasilkan untuk kertas dua dibuat untuk pelajar menunjukkan kemahiran matematik mereka. Saya harap semangat pelajar untuk menguasai matematik semakin membara!!! Tambahan pula anda sudah mengetahui kekuatan yang terdapat pada kertas dua yang membolehkan anda mencatat keputusan yang lebih baik selepas ini. Soalan Yang Tidak Mengelirukan. Soalan kertas satu pula adakalanya menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kehendak soalan selain menguji kemahiran matematik pelajar.CikguRuhaifi. Ianya lebih 'Straight To The Point” atau menjurus terus kepada kehendak soalan.com .Ruhaifi Razak 9 . Jom!!! ©2010 www.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www.

com . Mereka sudah tahu 'hot topics' yang perlu diberi penekanan dan kini giliran anda pula untuk mengetahuinya. terdapat 29 topik / bab yang perlu diulangkaji oleh pelajar merangkumi sukatan tingkatan satu sehinggalah tingkatan tiga. SQUARE ROOTS. Cumanya.CikguRuhaifi. dalam ebook ini. saya hanya menumpukan kepada topik – topik popular kertas dua.Ruhaifi Razak 10 . Kertas satu juga amat perlu diberi perhatian. CUBES.CikguRuhaifi. “CARTA TOP 18 – TOPIK POPULAR (KERTAS DUA MATEMATIK PMR)” BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 TOPIK 2005 ALGEBRAIC EXPRESSIONS TRANSFORMATIONS STATISTICS INDICES GEOMETRICAL CONSRUCTIONS LOCI IN TWO DIMENSIONS GRAPHS OF FUNCTIONS TRIGONOMETRY LINEAR EQUATIONS SQUARES. Kini tidak lagi. Ini memberikan anda peluang untuk lebih fokus. Banyak tu!! Itulah antara keluhan para pelajar saya dahulu.com BAB DUA 18 Topik Popular Matematik PMR Bagi Kertas Dua Faktanya. CUBE ROOTS ALGEBRAIC FORMULAE LINEAR INEQUALITIES DIRECTED NUMBERS SCALE DRAWINGS FRACTIONS DECIMALS SOLID GEOMETRY 1 2 3 2 1 2 1 1 1 2 1 1 1 1 1 1 8 6 5 5 5 5 4 4 3 3 3 2 2 3 BILANGAN SOALAN 2006 3 2 2 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 7 4 9 5 5 5 4 3 3 3 3 3 2 2 2 1 1 2 3 2007 3 3 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9 6 7 3 5 5 4 3 3 3 2 3 2 1 1 3 2 1 2 2008 3 4 1 2 1 1 1 1 1 1 1 1 8 9 5 5 6 5 4 2 3 3 2 3 2009 3 3 2 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 8 8 7 6 5 3 4 3 3 3 3 3 2 18 WHOLE NUMBERS PETUNJUK : Jumlah soalan Setahun Jumlah Markah Setahun ©2010 www.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www.

2.Ruhaifi Razak 11 . Pengiraan Asas 1 WHOLE NUMBERS 2 FRACTIONS 3 DECIMALS 4 DIRECTED NUMBERS 5 SQUARES. Setiap topik yang berkongsi warna yang sama bermaksud berada dalam satu kumpulan yang sama.CikguRuhaifi. Lebihkan tumpuan kepada topik yang anda lemah. Mari kita lihat jadual di bawah : Warna Hijau Biru Merah Kemahiran Pengiraan Asas Pengiraan Teknikal Lukisan Matematik Bagi memudahkan anda untuk mengulangkaji. saya membahagikan 18 topik popular ini kepada tiga kumpulan. 16 GEOMETRICAL CONSRUCTIONS 17 TRANSFORMATIONS 18 TRIGONOMETRY PENGAKUAN : Ketiga – tiga nama kumpulan kemahiran ini hanyalah direka untuk memudahkan kefahaman para pelajar dan tidak melibatkan istilah matematik yang sebenar. 3. Tandakan “right” di kotak topik yang telah dikuasai. CUBE ROOTS Pengiraan Teknikal 6 7 8 9 ALGEBRAIC EXPRESSIONS ALGEBRAIC FORMULAE LINEAR EQUATIONS LINEAR INEQUALITIES Lukisan Matematik 11 GRAPHS FUNCTIONS 12 SCALE DRAWINGS 13 STATISTICS 14 SOLID GEOMETRY 15 LOCI IN TWO DIMENSIONS OF 10 INDICES Cadangan Penggunaan Carta : 1. saya pecahkan semula topik – topik tersebut ke dalam kumpulan masing – masing. Anda perasaan tak topik – topik popular tersebut diwarnakan dengan tiga warna yang berlainan iaitu merah. ©2010 www. Latih tubi solan yang berkaitan dengan topik 1 – 18. biru dan hijau. Cuba lihat semula carta di atas.com . Kategori / Kumpulan Topik Bagi memudahkan proses ulangkaji anda nanti. CUBES.com topik di tangga teratas adalah topik yang paling kerap dijadikan soalan dan menawarkan markah terkumpul yang tinggi setiap tahun.CikguRuhaifi. SQUARE ROOTS. Tiga kumpulan ini dibentuk berdasarkan kemahiran matematik yang perlu anda kuasai untuk menjawabnya.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www.

Anda boleh mengubahnya kelak setiap kali berlaku peningkatan dalam markah matematik anda. hanya markah untuk kertas dua sahaja.com . Oleh itu. Berapakah jumlah markah matematik yang anda perolehi di dalam peperiksaan matematik yang diduduki baru – baru ini? Oh ya. kita mesti mengetahui terlebih dahulu tahap semasa kita. Barulah rasa bersemangat kerana kita nampak tahap peningkatan kita kan? ©2010 www.com BAB TIGA Tips Dan Triks Menguasai Topik Popular Kenal Pasti Dahulu Tahap Penguasaan Matematik Terkini Untuk mencapai markah yang tertinggi.CikguRuhaifi. Jadual Tahap Pencapaian Matematik Terkini Markah 0 – 15 16 – 30 31 – 45 46 – 55 56 – 60 Tahap Anda Tahap Gangsa Tahap Perak Tahap Emas Tahap Berlian Tahap Master Tick Jadual di atas penting untuk anda mengetahui sendiri tahap penguasaan matematik anda yang terkini.Ruhaifi Razak 12 .Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. Sila tandakan tahap penguasaan matematik kertas dua anda di dalam jadual di bawah. saya mahu anda jujur dengan diri anda.CikguRuhaifi.

anda perlu mempunyai ingatan dan kemahiran sifir yang baik. CUBE ROOTS • Tick Mulakan mengulangkaji topik mengikut turutan daripada nombor 1 sehingga 5 dengan membuat latih tubi soalan.Ruhaifi Razak . Bagi topik no. Cuba jawab sendiri soalan berkaitan topik yang anda cuba kuasai. Jika perlu. mudah untuk anda menguasai topik – topik yang terkandung di dalam Pengiraan Teknikal dan Lukisan Matematik nanti.CikguRuhaifi.com .Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. 13 • • • • • • • ©2010 www. SQUARE ROOTS. 1 – no.com Teknik Mengulangkaji Topik Popular Langkah Demi Langkah Langkah Pertama Jika markah anda di tahap gangsa. Minta dengan guru atau anda boleh beli set – set soalan ramalan dan koleksi soalan – soalan tahun lalu. Semak jawapan dan kaedah jalan kira yang disediakan. ulangkaji sub topik 'Combined Operations'. Tips Ulangkaji Topik – Topik Pengiraan Asas Pengiraan Asas 1 WHOLE NUMBERS 2 FRACTIONS 3 DECIMALS 4 DIRECTED NUMBERS 5 SQUARES. jika anda sudah mempunyai kemahiran asas yang kukuh. Topik no.CikguRuhaifi. Tanamkan dalam diri kesabaran dan keazaman untuk menguasai topik – topik ini kerana ianya adalah kunci kejayaan anda untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana. Oh ya.4. Tandakan 'right' di ruang sebelah topik yang anda telah berjaya kuasai. Topik – topik di dalam kumpulan Pengiraan Asas juga memberikan sehingga 7 markah (PMR 2009). saya amat mencadangkan anda bermula dengan membuat latih tubi berkaitan dengan topik – topik yang terkandung di dalam Pengiraan Asas terlebih dahulu. hafal “Jadual Kuasa Dua & Tiga”.5. Percayalah. CUBES. Jangan malu bertanya rakan atau guru kerana mereka amat suka membantu anda.

CikguRuhaifi. NOTA : Anda dinasihatkan supaya menguasai kesemua topik – topik Pengiraan Asas sebelum langkah yang kedua.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. pergi ke ©2010 www. anda cuma perlu menguasai topik no. • Jika anda kesuntukkan masa (jawapannya ya kan?). Tetapi itu hanyalah alternatif jika kesuntukkan masa sahaja.com Tempoh masa yang dicadangkan untuk menguasai kemahiran Pengiraan Asas adalah dua hingga lima hari.com . 4 sepenuhnya kerana ia turut meliputi topik no 1 – 3.Ruhaifi Razak 14 . Topik no.CikguRuhaifi.5 wajib anda ulangkaji. Tambahan pula ia memberikan 3 markah tanpa jemu dari tahun 2005 – 2009.

Kehendak dan gaya topik – topik ini sentiasa hampir sama setiap tahun.com . telah berjaya anda kuasai. Jadi ianya makin menjimatkan masa ulangkaji anda kelak. Gunakan soalan ramalan atau soalan tahun lalu PMR. Terdapat kemahiran Lukisan Matematik yang berkaitan antara satu topik dengan topik yang lain. Macam main 'game' pula ya.CikguRuhaifi. Lukisan Matematik 11 GRAPHS OF FUNCTIONS 12 SCALE DRAWINGS 13 STATISTICS 14 SOLID GEOMETRY 15 LOCI IN TWO DIMENSIONS 16 GEOMETRICAL CONSRUCTIONS 17 TRANSFORMATIONS 18 TRIGONOMETRY • • Tick Saya telah menyusun topik – topik ini bermula daripada topik yang paling mudah dikuasai. Mungkin anda tertanya – tanya. “Geometrical Constructions” dan “Tranformations”. Apa yang perlu dilakukan adalah latih tubi dan memahami setiap langkah yang anda buat. Misalnya. Tips Ulangkaji Topik – Topik Lukisan Matematik. Mahirkan satu topik demi satu topik. Sebanyak 30 markah ditawarkan pada tahun 2009 (separuh daripada markah penuh).Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. Anda digalakkan membuat sedikit analisis kemahiran atau kehendak soalan yang diperlukan 15 • • • • • • • ©2010 www.CikguRuhaifi. Pengiraan Asas.com Langkah Kedua Tahniah!!! Anda sudah sampai ke 'Level' kedua. Biasakan diri dengan gaya dan kehendak soalan.Ruhaifi Razak . kemahiran membina jenis – jenis garisan tertentu diperlukan untuk menjawab sebahagian soalan dalam topik “Loci in Two Dimensions”. Beritahu diri anda bahawa topik ini adalah lubuk markah kerana tidak banyak pengiraan diperlukan dan menawarkan markah yang tinggi. apakah langkah seterusnya? Saya mencadangkan kita menguasai pula kumpulan topik Lukisan Matematik.

com .Ruhaifi Razak 16 . Jangka lukis yang baik mampu menghasilkan satu bulatan yang sempurna. Pastikan juga jangka lukis anda tidak terlalu longgar untuk mengelakkan pembinaan sudut anda tidak tepat.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www.com untuk setiap topik. • • Peralatan wajib adalah set geometri. Jangka sudut anda mestilah mempunyai tanda atau lubang pusat / “center” bagi memudahkan pengukuran sudut. Tempoh masa yang dicadangkan untuk menguasai kemahiran Lukisan Matematik adalah lapan hingga 16 hari.CikguRuhaifi. Mata pensil yang tumpul boleh mengakibatkan garisan terlalu tebal dan mungkin boleh mempengaruhi ketepatan sudut yang dihasilkannya. Pilih jangka sudut yang jernih supaya kita mudah melihat garisan yang bakal ditindihnya. Pastikan anda menggunakan pensil 2B yang diasah tajam matanya. • • • ©2010 www.CikguRuhaifi.

Berbaloikan untuk membuat ulangkaji topik ini? Tempoh masa yang dicadangkan untuk menguasai kemahiran Pengiraan teknikal adalah 5 hingga 10 hari. Tibalah masanya adalah menyempurnakan pungutan markah anda sehingga mencecah markah maksimum iaitu 60 markah. “a” tidak menjadi “q” dan “x” tidak menjadi tanda darab dan sebagainya. Bagi topik Algebraic Expressions terdapat 3 soalan wajib setiap tahun dan ianya meliputi sub topik yang sama dan berulang. sila menggunakan huruf kecil juga (mesti sama dengan soalan). Misalnya “t” tidak sama dengan “+”.Ruhaifi Razak 17 . Insya Allah. 23 Markah diperuntukkan untuk kesemua topik Pengiraan Teknikal pada tahun 2009. Tips Ulangkaji Topik – Topik Pengiraan Teknikal. Tunjukkan jalan pengiraan dan jawapan akhir dengan jelas dan mengikut susunan. • • • • • • ©2010 www.CikguRuhaifi. Anda sudah bersedia? Ya. Anda akan mendapati topik – topik yang lain lebih mudah dikuasai selepas ini. Saya temankan anda dengan tip – tip yang berguna untuk anda. Jadi. Pastikan huruf yang mewakili 'unknown' jelas dan tidak mengelirukan. kuasai topik ini dahulu.com Langkah Ketiga Setelah anda berjaya menguasai kemahiran Pengiraan Asas dan Lukisan Matematik.CikguRuhaifi. saya yakin anda telah bersedia untuk membuat ulangkaji ke atas kemahiran Pengiraan Teknikal.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. Jika soalan menggunakan unknown huruf kecil.com . Pengiraan Teknikal 6 ALGEBRAIC EXPRESSIONS 7 ALGEBRAIC FORMULAE 8 LINEAR EQUATIONS 9 LINEAR INEQUALITIES 10 INDICES • Tick Algebraic Expressions adalah kunci kepada kemahiran topik – topik yang lain. Tanya guru anda untuk penjelasan lanjut. kini tibalah saat kemuncaknya.

Hehe.Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www. Semoga anda mendapat manfaat dari laporan ringkas yang tidak seberapa ini. bolehlah menyebarkannya secara percuma kepada mereka. sekarang juga.com/RuhaifiAbRazak Koleksi Soalan Dan Nota Padat Matematik PMR Yang Dicadangkan : ©2010 www. Cikgu Epi www.com www. Berdoalah dan percaya akan kebolehan diri.com . Tanya kawan dan guru. Ulangi menjawab soalan sama yang dirasakan agak sukar dikuasai. Jika anda merasakan laporan ini bermanfaat untuk rakan – rakan anda.facebook.com. Jawap soalan berdasarkan Jadual Kategori Kumpulan Kemahiran. Jom mulakan : Langkah Pertama : Langkah Kedua : Langkah Ketiga : Langkah Empat : Langkah Kelima : Langkah Keenam : Dapatkan Soalan Ramalan / Sebenar Matematik PMR Kertas II Kenalpasti topik bagi setiap soalan. boleh berhubung dengan saya di cikguruhaifi@gmail. Tanyalah guru jika perlu. Kegagalan manusia banyak disebabkan sikap bertangguh tau.CikguRuhaifi. Semoga Anda Sukses Dalam PMR Nanti!!! Salam Kejayaan.CikguRuhaifi.CikguRuhaifi. bukan esok.com Penutup Tahniah!!! Anda berjaya menghabiskan pembacaan laporan ringkas ini.com cikguruhaifi@gmail. Ya. Baiklah. cadangan atau sekadar ingin berbual . Fahamkan kehendak soalan dan kuasai cara menjawabnya.Ruhaifi Razak 18 . Belajar dengan tekun dan jangan jemu ya. Jika ada sebarang masalah.bual. mari kita 'recap' balik apa yang kita perlu lakukan mulai sekarang.