Anda di halaman 1dari 2

Kebelakangan ini tercetus isu hangat mengenai perkataan pendatang di M’sia.

Jangan
salah faham ya. Saya bukan ahli politik dan saya juga tiada minat bercakap atau bermain
politik disini. Tetapi bila i dengar perkataan Pendatang, teringatlah saya eh, bukan ahli
politik M’sia yang menggunakan istilah ini, tapi dalam AlKitab juga ada disebutkan
banyak tentang pendatang.

AlKitab mensifatkan Abraham sebagai orang beriman yang sanggup meninggalkan tanah
tumpah darahnya bersama seisi keluarga akibat mendengar Allah berfirman kepadanya “
Pergilah dari negerimu  dan dari sanak saudaramu dan dari rumah bapamu ini ke
negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu’. (Gen 12:1) Pada saat itu Abram sudah
berumur 75 tahun dan tidak diberitahukan ke mana Allah akan menuntunnya (Ibr 11:8).
Tetapi dengan hati yang beriman dan taat, ia terus keluar mengembara dan menetap di
tanah asing di bawah bimbingan Tuhan. (Ibr 9:10-11) AlKitab memberitahu ia menanti-
nantikan kota yang mempunyai dasar, yang direncanakan dan dibangun oleh Allah,
pada hal Abraham mengetahui bahwa negeri perjanjian yang di bumi ini bukanlah
menjadi akhir dari pengembaraannya. Ia sedar bahawa ia hanya berlalu sebagai
perantau seketika di dunia ini dan sedang menuju ke rumah yang sesungguhnya di
sorga. Malah rasul2 pun mensifatkan umat yang percaya sebagai warganegara syurga
(Fil 3:20) hanya
pendatang dan perantau di bumi ini. (1 Pet 2:11)

Sebenarnya Tuhan telah menyediakan suatu tempat yang jauh lebih cantik daripada dunia
ini untuk anak2-Nya. AlKitab memberitahukan apa rupa tempat itu… tempat tinggal
Allah ada di tengah-tengah manusia dan Ia akan diam bersama-sama dengan mereka  
Mereka akan menjadi umat-Nya dan Ia akan menjadi Allah mereka. Dan Ia akan
menghapus segala air mata dari mata mereka , dan maut tidak akan ada lagi; tidak
akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang
lama itu telah berlalu. Jalan-jalan kota itu dari emas murni Rev 21:3-4, 21
Segala dalam dunia ini akan berlalu satu hari nanti, tetapi tempat khas itu yang kita
panggil syurga berkekalan abadi selama-lamanya. Tidak kisah kamu percaya atau tidak
percaya, saya pasti kalaulah di beri pilihan dan peluang, setiap manusia di dunia ini mahu
masuk syurga. Ada suatu soalan saya ingin tuju kepada setiap orang disini. Bila hari itu
datang nanti, adakah awak pasti akan dapat masuk syurga Allah? Pada hal tidak semua
yang mahu boleh masuk.
Sepertilah kamu ingin masuk rumah yang tertutup, kamu mesti mempunyai kunci yang
betul yang dapat membuka pintunya. Seperti juga kalau kamu ke negera asing, perlu ada
paspot yang melayakan kamu. Mana nak dapat kunci atau paspot ke syurga? Fikir
sebentar, kunci di pegang oleh pemilik rumah, paspot diberikan oleh pihak berkuasa.
Kita sendiri tidak boleh kerjakan apa-apa untuk mendapatkannya. Kita boleh cuba beli
kunci daripada tuanpunya rumah, atau bayar kakitangan imigresen , tetapi mereka boleh
kata tak mahu bagi juga.
Manusia ingat kita boleh ‘beli’ rahmat Tuhan, dengan berbuat baik atau mematuhi
peraturan agama; harap2 kalau perkara baik yang kita lakukan lebih drp yang jahat,
Tuhan akan membiarkan atau meluluskan kita pass masuk syurga. Itu hanya tipu sendiri.
AlKitab mengatakan barangsiapa menuruti seluruh hukum itu, tetapi mengabaikan satu
bagian dari padanya, ia bersalah terhadap seluruhnya James 2:10
Kita boleh berbuat baik 100 kali, tetapi sekali jahat bererti dosa juga. Kita boleh
mengikuti 1000 peraturan agama, tetapi lalai terhadap 1, bererti dosa juga. Kerana itu
Alkitab juga berkata, Ef 2:8-9 karena kasih karunia  kamu diselamatkan oleh iman itu
bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah itu bukan hasil pekerjaanmu jangan ada
orang yang memegahkan diri

Memang keselamatan syurga itu pemberian Allah, tetapi hanya 1 kunci yang boleh
membuka pintu itu. Bahawa Yesus mengistiharkan “Akulah jalan dan kebenaran dan
hidup.  Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku John
14:6 .

Dunia ini bukan kediaman kekal kita, hanya hotel sementara; sebenarnya kita semua
pendatang atas bumi ini. Allah Bapa memanggil kita balik kampung, pulang ke tempat
kekal disisiNya, melalui jalan yang telah terbuka untuk kita. Soalannya awak sudi
mengikuti jalanNya atau masih menyeleweng sesat atas jalan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai