Anda di halaman 1dari 1

SKEMA JAWAPAN

Soalan No : 4

Berdasarkan amali yang dijalankan mengikut Rajah di atas, saya telah melakukan
pemasangan dan pengujian mengikut langkah yang betul.Langkah-langkah pemasangan
yang telah lakukan adalah seperti berikut:
 pertamanya saya menyediakan peralatan tangan yang sesuai untuk kegunaan saya
seperti penjalur wayar, pisau , pemotong sisi dan pena ujian sebagai pemutar skru.
 Seterusnya saya saya memotong setiap hujung kabel wayar 3 teras pada setiap
hujung. Saya jalurkan setiap satu wayar 3 teras tersebut dengan menggunakan
penjalur wayar.
 Kemudian saya pintalkan wayar teras yang berwarna kuprum bagi memudahkan
penyambungan pada terminal palam .
 Setelah di pintal , saya dapatkan palam 3 pin dan membuka penutup dengan
melonggarkan skru. Dalam palam itu terdapat 3 terminal iaitu L.N dan E.. Saya
melonggarkan skru pada setiap terminal.
 Sebelum teras kuprum itu diskrukan pada terminal L, N dan E, wayar 3 teras
perlu diklipkan pada klip untuk keselamatan semasa menggunakannya. Pasangkan
wayar merah pada terminal L. wayar biru pada terminal N dan wayar hijau belang
kuning pada terminal E. Setiap terminal perlu diskrukan dengan kemas. Setelah
dipastikan terminal telah kemas, palam boleh ditutup dan mengetatkan skru pada
penutup palam.
 Manakala bongkah penyambung pula boleh di pasangkan pada hujung kabel tadi.
Skru dengan kemas mengikut pengasingan wayar-wayar tiga teras tersebut.
 Setelah selesai, pengujian perlu dilakukan pada projek amali tadi. Pengujian boleh
menggunakan meter pelbagai dimana pengujian keterusan boleh dilakukan ubtuk
memastikan tiada terdapat penyam,bungan yang terputus atau.
 Meter pelbagai perlu di setkan pada julat x10K ohm. Kemudian saya pintaskan
kuar merah dan kuar hitam untuk pelarasan sifar. Kemuadain saya akan
menyentuhkan setiap tamatan, antara tamatan palam dan tamatan bongkah
penyambung. Aturan pengujian perlu betul, di mana L-L, N-N dan E-E. Talian ini
akan dalam keadaan baik jika bacaan meter pelbagai ialah 0 ohm.
Setelah pasti talian ini baik, saya boleh menggunakannya dengan selamat

Anda mungkin juga menyukai