Anda di halaman 1dari 3

Perjanjian Burney

Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia

Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua

Kemunculan Kesultanan Islam


Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu(1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)

Era Penjajahan Barat


Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19
-1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Perang Dunia Kedua


Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)

Malaysia selepas Merdeka


Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)

Portal Malaysia

Perjanjian Burney adalah satu perjanjian ditandatangani antara Siam dan Pihak British pada
1826. Ia mengakui tuntutan Siam keatas empat negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan,
Perlis dan Terengganu. Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi
British dan memberikan hak kepada British untuk berdagang di Kelantan dan Terengganu
tanpa ganguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak diwakili dalam rundingan
perjanjian ini.
Pada tahun 1909, pihak dalam perjanjian tersebut menandatangani satu perjanjian baru yang
menggantikan perjanjian 1826. Perjanjian 1909, dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Siam
1909, atau juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, memindahkan keempat-empat negeri
Melayu daripada Siam menjadi wilayah British.

Latar belakang
Pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu Utara membimbangkan British kerana perkembangan
ini menjelaskan pendudukannya di Pualau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu.
Akibatnya pada Disember 1825, Kapten Henry Burney telah dihantar oleh Robert Fullerton
bagi mengadakan rundingan dan membuat perjanjian dengan Siam. Henry Burney telah
diarah berbincang mengenai hubungan perdagangan dan persahabatan Siam dengan British,
kepentingan British di Tanah Melayu mengenai perdagangan, masalah pembahagian Takhta
Sultan Ahmad Tajuddin dan soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada di Siam
selama 6 bulan, Henry Burney berjaya mengadakan perjanjian pada 18 Jun 1826.

Butir perjanjian
1. Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang di Bangkok dan dikenakan cukai
yang berpatutan;
2. Mengenai Kedah:-
o Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam;
o Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak,
Selangor atau Burma;
o British bertanggungjawab menghalang Sultan Kedah dan pengikutnya
menyerang Siam dan wilayah-wilayahnya;
o British dibenarkan berdagang di Kedah tetapi tidak dibenarkan mengambil
bahagian dalam hal pentadbiran;
o Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai
3. Mengenai Perak:-
o Siam mengiktiraf kemerdekaan Perak dan Selangor;
o British dibenarkan berdagang di Perak tetapi tidak boleh campur tangan dalam
hal ehwal pentadbiran
o Siam dibenar menghantar perwakilan antara 40-50 orang ke Perak tetapi tidak
boleh menyerang, mengancam dan mencabul Perak;
o British bertanggungjawab menghalang Selangor menyerang Perak
o Mengenai hantaran Bunga Emas dan lain-lain hantaran ke Siam, Perak diberi
kebebasan sama ada mahu menghantar atau tidak. Sekiranya Perak setuju
menghantar British tidak ada kuasa menghalang.
4. Mengenai Kelantan dan Terangganu:-
o Siam berjanji tidak akan mengganggu Perdagangan British di Kelantan atau
Terengganu;
o British boleh berdagang di Terengganu tetapi tidak boleh campur tangan dalam
hal pentadbiran;
o Kelantan dan Terangganu akan terus menghantar ufti berupa bunga emas pada
tiap-tiap 3 tahun sekali

Anda mungkin juga menyukai