Anda di halaman 1dari 1

AZFA HANANI

HAKIKAT
Sebelum tiba di rumah pak longnya,Azfa Hanani telah singgah di rumah Ellina dan rumah
Abang Norman.Di hari kepulangannya ayah dan ibu saudaranya tiada di rumah kerana
mereka berada di bendang.Azfa Hanani buntu bagaimana harus dia menceritakan bahawa
dia telah diusir dari banglo mewah itu dan terpaksa tinggal di teratak buruk itu semula.

Abang Mazran dan Kak Finaz membenarkan dia untuk pulang ke kampung sementara
mereka memujuk Datin Maziah.Pesanan Abang Mazran dan Kak Finaz agar dia supaya
bersabar cuba dia dayakan.Mulanya dia hanya menurut kata Abang Mazran dan Kak
Finaz.Dia mahu Abang Mazran dan Kak Finaz menegakkan kebenaran bahawa dia berada di
pihak yang benar.

Setelah beberapa kali memikirkannya,dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke


banglo mewah itu.Hatinya masih terasa atas penghinaan Datin Maziah
terhadapnya.Meskipun dia merupakan orang miskin,dia masih punya hati dan
perasan.Walaubagaimanapun,pemergiannya sebagai Tengku Murni telah menyembuhkan
penyakit adik saudaranya Zuraini.

Pergaduhannya dengan Tengku Muzzafar telah menyebabkan semua terbongkar.Dengan


bantuan Tengku Muzaffar jugalah dia telah dihantar ke rumah Ellina sementara menunggu
kepulangan Abang Mazran dan Kak Finaz setelah dihalau dari banglo mewah itu.

Dia tidak mahu tinggal di banglo mewah itu lagi.Dia rela hidup miskin asalkan hatinya
bahagia .Dia juga terpaksa meninggalkan rakan-rakannya di Sekolah Menengah Taman
Sari.Dia juga tidak pedulikan tentang pelajaran lagi.Jika masih diberi kesempatan untuk
belajar,dia akan terima tetapi jika sebaliknya,diaa redha dan akan melupakan cita-citanya.

Kedatangan Abang Mazran dan Kak Finaz ke kampung amat tidak diduganya.Tambahan pula
kehadiran Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah menambahkan lagi kejutan
padanya.Mereka datang untuk menjemput dia pulang ke banglo mewah itu setelah
mengetahui rahsia hidup dia.Mereka menceritakan bahawa Datuk Tengku Makmur telah
melanggar teksi yang telah dinaiki oleh keluarganya.Dia terselamat kerana dia telah
tercampak keluar dari kenderaan itu.Ketika itu dia masih seorang bayi.Datin Maziah juga
telah menyusukan dia kerana tidak sanggup melihat bayi kecil itu menangis.Dia memaafkan
Datin Maziah dan mereka mengajaknya untuk pulang ke banglo itu semula.

Anda mungkin juga menyukai