Anda di halaman 1dari 2

PERTAMA: KEPERCAYAAN KEPADA IMAM (Pemimpin agung masyarakat Islam); iaitu ia telah dilantik oleh

Rasulullah SAW (menurut dakwaan mereka), kesemuanya adalah 12 orang, iaitu (1)-Saiyidina Ali r.a. (2-
3) Saiyidina Hasan dan Husein r.a. (4) Ali Zainal Abidin (anak Saiyidina Husein) (5) Mohd Al-Baqir (anak
Ali Zanal Abidin) (6) Jaafar As-Shadiq (anak Mohd Al-Baqir) (7) Musa Al-Kaazim (anak Jaafar Shadiq) (8)
Ali Ar-Redha (anak Musa Kaazim) (9) Muhammad Al-Jawwad (anak Ali Ar-Redha) (10) Ali Al-Hadi (anak
Mohd Al-Jawwad) (11) Hasan Al-‘Askari (anak Ali Al-Hadi) (12) Mohd Al-Mahdi (akan lahir akhir zaman).

KEDUA: MA’SUM, iaitu imam-imam 12 ini adalah ma’sum, tidak melakukan dosa dan segala ucapannya
adalah wajib diikuti, seperti wahyu, percakapan mereka adalah sama darjat dengan hadis Nabi SAW.

KETIGA: GHAIB, iaitu wajib meyakini bahawa Imam yang ke 12 itu akan lahir pada akhir zaman dan
sekarang ini “menghilangkan diri” (Ghaib). Keimanan ghaib ini perlu bagi mereka kerana jika tidak,
zaman akan ketiadaan imam yang hanya 12 orang sahaja, sedangkan setiap zaman perlu ada imam, dan
masa sehingga hari kiamat masih terlalu lama!

KEEMPAT : TAQIYAH, iaitu akidah yang membolehkan berbohong kerana darurat. Tetapi jika dilihat dari
riwayat buku hadis mereka, ia lebih menunjukkan bahawa perbuatan ‘taqiyah’ ini hanyalah untuk
menutup keaiban akidah Syiah di hadapan Ahli Sunnah dan untuk menyebarkan ajaran Syiah, ini agar
masyarakat Ahli Sunnah tidak menuduh Syiah dengan yang bukan-bukan.

KELIMA: RAJ’AH, iaitu beberapa golongan manusia akan dibangkitkan semula hidup di dunia sebelum
kiamat, iaitu ketika timbulnya Imam yang ke 12 mereka nanti di akhir zaman. Terdapat riwayat mereka
yang menerangkan golongan yang akan dibangkitkan nanti ialah khalifah-khalifah Islam iaitu Abu Bakar,
Umar dan Usman r.a. dan mereka akan mengaku bersalah di depan ramai kerana mengambil kuasa dari
Saiyidina Ali r.a.

Kalau diperhatikan dari akidah penting Syiah ini, contohnya yang kedua sehingga yang kelima itu, kita
dapati kesemuanya bersangkutan dengan akidah yang pertama tadi iaitu KEPERCAYAAN kepada Imam-
Imam 12 itu.

Akibat dari kepercayaan yang keterlaluan kepada Imam-Imam ini, akhirnya apa sahaja riwayat yang
datangnya dari Imam-Imam ini dianggap sebagai hadis, sama setaraf dengan hadis Rasulullah SAW.

Mereka mendakwa ini semua kerana DISEBABKAN tidak menyetujui sahabat-sahabat yang
meriwayatkan hadis dari Nabi SAW, kerana kebanyakan sahabat-sahabat ini tidak disukai oleh kaum
Syiah sebagaimana yang telah diterangkan tadi.

Akhirnya mereka menyusun buku mereka sendiri tentang hadis (yang berlainan dengan pengumpulan
hadis Ahli Sunnah) dengan tujuan mengumpulkan riwayat-riwayat dari Imam-Imam ini sahaja kerana
beranggapan kata-kata mereka diambil dari hadis Nabi SAW.
Buku-buku mereka ini yang sehebat Sahih Bukhari, Muslim dan Tirmizi ialah:

1-“Usul Kaafi”: oleh Al-Kulaini

2-“Man Laa Yahdhuruhu Al-Faqiih” oleh Ibnu Babawaih Al-Qummi

3-“Tahziibul Ahkam” oleh Mohd bin Hasan At-Tuusi

4-“Al-Istibshar Fii Makhtalafa Minal Akhbar” oleh At-Tuusi tadi.

Kemudian setelah beberapa abad, disusun lagi buku-buku hadis mereka seperti:

1-“Bihaarul Anwar” oleh Al-Majlisi

2-“Wasaa-ilus Syiah” oleh Al-Hurrul ‘Aamili

3-“Mustadrak Al-Wasaa-il” oleh An-Nuri At-Tabrasi

Tetapi pengumpulan hadis-hadis mereka juga dipertikaikan kerana ramai sekali perawi yang
meriwayatkan hadis dari Imam-Imam 12 ini adalah golongan yang tidak boleh dipercayai, ramai yang
telah dihukum lemah hadisnya dan ramai pula yang dihukum pendusta! Bahkan banyak sekali riwayat-
riwayat palsu telah dimasukkan ke dalam buku-buku hadis mereka, ini semua diakui ramai ulama Syiah
sendiri!

Akibat kelemahan golongan Syiah ini untuk menapis dan meneliti keaslian riwayat hadis mereka, maka
tentunya ini menyebabkan ajaran serta akidah yang pelik-pelik tersebar luas di dalam buku-buku
mereka. Tentunya ini semua akan membawa kepada bahaya yang lebih besar serta perpecahan umat
kerana buku-buku ini dibaca serta dipercayai oleh ramai pengikut mereka yang bilangannya berjumlah
jutaan manusia!

Yang tidak baiknya ialah kebanyakan Imam-Imam 12 itu serta keluarga mereka sebenarnya adalah
ULAMA AHLI SUNNAH JUGA, seperti IMAM JAAFAR SADIQ r.a. (iaitu salah seorang guru Imam Malik)
telah menjadi busuk namanya serta dituduh pula dengan berbagai tuduhan dari sekelompok Ahli
Sunnah yang jahil, seperti dituduh sebagai‘PENGASAS’ fahaman ‘Syiah’! Sedangkan beliau (iaitu Imam
Jaafar tadi) adalah Ulama Ahli Sunnah serta keturunan Rasulullah SAW yang amat disegani di Madinah di
waktu itu!

Anda mungkin juga menyukai