Anda di halaman 1dari 3

Disleksia

Kesihatan - Kesihatan Kanak-kanak


Ditulis oleh Dr. Ramli   
Jumaat, 09 Januari 2009
Sejenis masalah pembelajaran.

     Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran yang agak biasa berlaku. Kebanyakkan
mereka yang mempunyai masalah ini tidak tahu pun yang mereka mempunyai masalah
tersebut. Adalah dianggarkan 4-8 % pelajar mempunyai masalah ini. Kanak-kanak lelaki
lebih ramai yang mempunyai masalah ini berbanding perempuan.

     Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun


mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Namun begitu mereka mempunyai
keupayaan intelek yang normal. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi
dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.

     Mereka mungkin mengalami kesukaran : Membaca, Menulis, Memahami, Mengeja,


Mengira.

Ciri-ciri kanak-kanak Disleksia.

Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :

 Lambat bertutur
 Mengalami kesukaran sebutan atau rima

 Sukar menulis nama sendiri

 Payah mengenal bentuk atau warna

 Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

 Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau


mengira
 Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

 Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : 37
menjadi 73, “was” menjadi “saw” atau ‘b’ dibaca sebagai ‘d’

 Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut


 Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

 Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

 Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Keistimewaan individu Disleksia

 Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik
(Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan
saintis (Albert Einstein)
 Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari
pelbagai sudut / dimensi

 Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialami kenak-kanak disleksia. 

 Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab


 Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri

 Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan

o Gangguan emosi (seperti kemurungan)

o Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)

o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan
diri anak
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang
Daya Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :


o Terapi pertuturan

o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer

o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu


pembelajaran)

1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)

2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/


huruf)

3. Merasa pergerakan bibir

4. Menulis huruf atau perkataan

4. Langkah-langkah pemulihan :
o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur

o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)

o Gunakan video atau kaset untuk belajar

5. Program pemulihan khusus :

o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia 

 Sumber :     Portal MyHealth,

                   Kementerian Kesihatan Malaysia.


Dikemaskini ( Selasa, 10 Februari 2009 )

Anda mungkin juga menyukai