Anda di halaman 1dari 4

SINOPSIS NOVEL INTERLOK

BUKU DUA : KELUARGA CHING HUAT

Bab 1: Kedatangan burung – burung untuk memakan padi yang mula merunduk dianggap
malpetaka kepada penduduk desa. Tahun lalu banjir melanda sawah sebelum padi dapat dituai.
Subuh hari berikutnya, belalang – belalang bergayutan pada batang – batang padi. Pada petang itu
Lee Kim Lock pulang ke rumah dalam keadaan letih. Dia mengeluh kepada isterinya akan nasibnya
yang malang, kemungkinan tidak makan kerana padi telah musnah. Malam itu Lee Kim Lock
memberitahu anaknya tentang rancangannya ke kota untuk mengelakkan kebuluran. Kepulangan
Paman Kok Leng dari Rantau Selatan telah mematahkan hajat Lee Kim Lock. Paman Kok Leng
menceritakan betapa mudahnya mencari duit di rantau orang. Kata – kata Paman Kok Leng telah
mengubah pemikiran Lee Kim Lock. Akhirnya dia bersama anaknya, Ching Huat yang berusia 10
tahun ikut serta. Ramai orang mahu mengikut Paman Kok Leng. Syaratnya, Paman Kok Leng akan
mengeluarkan belanja perjalanan dan mereka mahu ikut serta hendaklah memberi surat tanah
sebagai cagaran. Jika tidak mahu membayar tambang dalam tempoh yang akan ditetapkan kelak,
tanah itu akan menjadi miliknya.

Dua minggu kemudian, rombongan yang terdiri daripada orang Hokkien meninggalkan
desa itu denagn berjalan kaki merentasi lereng bukit. Tiga hari kemudian mereka tiba di Congcaw.
Mereka meneruskan perjalanan ke Amoy. Mereka menaiki kapal dan akhirnya tiba di Pelabuhan
Amoy. Mereka menaiki kapal lain dan dalam perjalanan mereka melintasi Hong Kong. Selam 13
hari di atas kapal, hujan. panas dan ombak tidak mematahkan semangat mereka untuk mengubah
nasib. Akhirnya mereka tiba di Pelabuhan Singapura. Mereka dibawa oleh Paman Kok Leng ke
sebuah bangunan besar. Dua hari kemudian Ching Huat bekerja sebagai pelayan kedai kopi dengan
gaji lima sen sehari. Manakala ayahnya, Lee Kim Lock bekerja menarik lanca. Sewa lanca sehari 20
sen dan 20 sen lagi diperlukan untuk membayar hutang dengan Paman Kok Leng. Pada satu malam,
Paman Kok Leng mengajak Lee Kim Lock minum samsu. Ching Huat risau melihat ayahnya yang
sudah pandai mabuk.
Bab 2: Sudah 3 bulan Lee Kim Lock dan anaknya , Cing Huat berada di Singapura. Lee KimLock
telah membuat pelbagai kerja; daripada menarik lanca hinggalah menjadi kuli mengngkat najis
hutangnya terhadap Paman Kok Leng sudah selesai, tetapi menurut Paman Kok Leng dia masih
berhutang lagi. Hal ini membuatkan dia berdendam dengan Paman Kok Leng yang dianggap seorang
penipu. Rakannya dalam satu rombongan dahulu mengajaknya ke Melaka. Kim Lock bersetuju,
dengan syarat anaknya dibawa sama. Akhirnya mereka menaiki tongkang yang berlabuh di sungai
Rocoh. Pada satu petang mereka memasuki bandar Maharani. Mereka menumpang di sebuah rumah
kongsi sebelum menerus perjalanan. Seorang tauke lombong dari Lukut menawarkan Lee Kim Lock
Bekerja dengannya. Lee Kim Lock bersetuju lalu menaiki tongkang lain ke Kuala Lukut
Oleh sebab lombong baru dibuka, Lee Kim Lock bersama pekerja lain terpaksa mendirikan
rumah kongsi, menebang kayu dan mencari atap. Pekerja menghadapi bahaya, termasuklah
gangguan dari harimau jadian. Pada suatu hari rombongan pekerja baru datang. Apabila Lee Kim
Lock mendapati Paman Kok Leng ada bersama rombongan itu dan Paman Kok Leng juga pemegang
saham dalam perlombongan tersebut, Lee Kim Lock tawar hati untuk bekerja di situ. Akhirnya pada
suatu pagi Lee Kim Lock dan anaknya ke Pulai Pinang dengan menaiki tongkang. Disebabkan tidak
mahu makan gaji, mereka berdua ke Bagan Tuan Kecil, tetapi sesampainya di situ tiada orang mahu
menjualkan kebun kepadanya, menyebabkan mereka mahu kembali semula ke Pulau Pinang.
Hajatnya terhalang apabila dia bertemu dengan kawan lama Kim Sui. Kim Sui memberitahu, dia
mendapat khabar bahawa seorang peniaga Melayu di Simpang Empat mahu menjual kedainya. Kata
– kata itu memberi sinar harapan kepada Lee Kim Lock.

Bab 3: Penduduk pekan Simpang Empat rata – rata orang Melayu. Di sepanjang tebing sungai
penuh dengan kampung orang Melayu dan di sebelah Cangkat Lima terdapat ladang kelapa dan
getah kepunyaan orang putih. Pada peringkat awal Lee Kim Lock memulakan perniagaan ikan basah
yang di bawa oleh nelayan saban hari. Dia membeli dengan harga tunai dan menjual dengan harga
yang murah. Kemudian dia menjual barang runcit dan menjajanya di kampung - kampung. Barang-
barang runcit diperoleh dari Pulau Pinang yang dibawa menggunakan sampan . Dia menggunakan
bahasa pasar apabila bertutur dengan orang Melayu.Anaknya Cing Huat sudah pandai melihat mata
dacing dan cekap tawar menawar .Kedua dua beranak itu rajin bekerja ; pagi lagi menjemur pinang
dan kelapa kering .Waktu malam membuat bakul daripada buluh. Sejak membuka kedai itu, setiap
bulan Lee Kim Lock akan mengirim wang kepada isterinya di China.
Bab 4: Lee Kim Lock sudah berusia 40 tahun dan sudah mempunyi wang mencukupi, tatapi
hasratnya mahu membawa isterinya dari China ke Malaya ada sahaja halangan. Ketika dia bersama
KimSui di Bandar, Kim Sui memperkenalkan kepadanya seorang perempuan yang masih muda, Mei
Hwa yang ketagihan candu. Setiap kali ke Bandar dia aka menghisap candu menyebabkan dia
menjadi ketagih. Mei Hwa dibawa ke rumah untuk menjadi temannya. Tegahan anaknya tidak
menghalang hasratnya. Cing Huat dibuat oleh ayahnya seperti orang gaji.Cing Huat tidak mampu
membantah. Cing Huat sudah berusaia 17 tahun dan tubuhnya tinggi menyebebkan orang Melayu
memanggilnya Panjang. Pada suatu hari dia mendapat surat dari China. Menerusi surat itu dia
mendapat tahu ibunya telah meninggal dunia. Pada hari yang ditetapkan, setelah majlis pertunangan
selesai, diadakan majlis perkahwinan Cing Huat dengan anak Kim Sui, Tua Tao. Sebulan selepas
perkahwinan itu, Lee Kim Lock meninggal dunia ketika sedang tidur. Belum sempat mayat Lee Kim
Lock dihantar ke tanah perkuburan, Mei Hwa pula meninggal dunia.

Bab 5: Pekan Simpang Empat semakin berkembang maju. Ladang – ladang getah mulai
mengeluarkan hasil, menyebabkan banyak kuli di ladang getah berbelanja di kedai Ching Huat.
Orang Cina di Simpang Empat dan Kubang Kerbau bermesyuarat untuk mengadakan sekolah yang
menggunakn bahasa mereka. Ching Huat memberikan sumbangan terbanyak, RM500.00. apa bila
bangunan itu siap, 50 orang kanak – kanak Cina belajar di sekolah itu dengan tenaga pengajar yang
didatangkan dari Bandar. Nama sekolah itu ialah Cung Hua Chinese School, Simpang Empat. Tiga
orang anak Ching Huat; Yew Hock, Yew Seng dan Poh Eng berminat dalam pelajaran. Impian
Ching Huat jika boleh dia mahu kembali ke negerinya dan apabila mati kelak dia mahu dikebumikan
di sebelah kubur ibunya. Hasrat tersebut dipendamkan buat sementar waktu kerana anak – anaknya
masih kecil dan negaranyan sedang berperang dengan orang jepun. Dia menaruh harapan agar anak
– anaknya dapat menggantikan tempatnya. Yew Hock dan Poh Eng boleh diharap, tetapi Yew Seng
kurang diyakini kerana suka bergaul dengan orang – orang Melayu. Dia bimbang sikap malas orang
Melayu menjangkiti anaknya.
Bab 6: Masa bergerak pantas, di Simpang Empat, kedai Cing Huat merupakan kedai yang paling
besar. Kini Ching Huat sudah mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Anak
bongsu diberi nama Poh Kheng, berusia lima tahun. Dia menegur sikap anak perempuan yang malas
berbanding anak lelaki.

Bab 7: Malam itu Cing Huat berehat di kerusi malas. Dia bangga kerana anak - anaknya sudah
menjadi orang Cina tulen kerana bersekolah menggunakan bahasa ibundanya. Malam itu rumahnya
didatangi seorang lelaki, Seman. Seman tidak bersetuju cadangan Cing Huat agar dia dan emaknya
meninggalkan rumah yang didiaminya sekarang. Menurut Cing Huat, Kadir, anak Pak Cin akan
menduduki rumah itu. Sekembalinya Seman, anak Cing Huat, Yew Seng menegur sikap bapanya
yang tidak berperikemanusiaan. Menurutnya, ayahnya tidak kasihan dan bertimbang rasa kepada
Seman dan ibunya, sedangkan ayah Seman dahulu menolong mereka hingga menjadi senang
sekarang. Kata – kata itu membakar perasaan Cing Huat menyebabkan dia memutarkan tangan
anaknya ke belakang. Dia mahu anknya keluar dari rumah. Pada malam itu, dia tidak dapat tidur
dengan lena. Dia memikirkan perangai anaknya yang suka membela Seman, orang Melayu. Dia
mahu esok anaknya mesti keluar dari rumah itu.