Anda di halaman 1dari 56

MANUAL

Jahitan Blaus

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my


MANUAL
Jahitan Blaus

Kandungan Halaman

Topik 1 : Latar Belakang

1.1 Objektif Pembelajaran 1

1.2 Pengenalan 1

1.3 Bahagian-bahagian Baju 1

1.4 Jenis-jenis Kolar 2

1.5 Jenis-jenis Lengan 2

Topik 2 : Peralatan Jahitan

2.1 Objektif Pembelajaran 3

2.2 Mengukur 3

2.3 Merajah Pola 3-4

2.4 Menggunting Fabrik 4

2.5 Menanda Basi 5

2.6 Menjahit 5

Topik 3 : Bahan Jahitan

3.1 Objektif Pembelajaran 6

3.2 Jenis Fabrik 6

3.3 Anggaran Fabrik 6

3.4 Benang 7

3.5 Staflex 7

3.6 Kertas Kuning 7

3.7 Pola 7

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my


MANUAL
Jahitan Blaus

Kandungan Halaman

3.8 Butang 8

3.9 Interlining 8

3.10 Gam 8

Topik 4 : Mengambil Ukuran

4.1 Objektif Pembelajaran 9

4.2 Mengambil Ukuran Bahagian Baju 9 - 13

4.3 Demo dan Merekod Ukuran 14 - 15

Topik 5 : Merajah dan Menggunting Pola

5.1 Objektif Pembelajaran 16

5.2 Kolar Sport dan Lengan Panjang 16 - 20

5.3 Kolar Kontinental dan Lengan Pendek 21 - 26

5.4 Menggunting Pola 27 - 28

Topik 6 : Peralatan dan bahan

6.1 Objektif Pembelajaran 29

6.2 Bahagian Belakang Baju 29

6.3 Bahagian Hadapan Baju Sport 30

6.4 Bahagian Hadapan Baju Kontinental 31

6.5 Lengan Panjang 32

6.6 Kolar Sport 32 - 33

6.7 Mansit 33 - 34

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my


MANUAL
Jahitan Blaus

Kandungan Halaman

6.8 Lengan Pendek 34

6.9 Kolar Kontinental 35

Topik 7 : Mencantum dan Menjahit

7.1 Objektif Pembelajaran 36

7.2 Kemasan Tepi 36 - 37

7.3 Mencantum dan Menjahit:

i. Kolar Sport dan Lengan Panjang 38 - 46

ii. Kolar Kontinental dan Lengan Pendek 46 - 52

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my


MANUAL
Jahitan Blaus

Topik 1
Latar Belakang
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengenali blaus.
Mengenalpasti bahagian-bahgian blaus.
Mengenalpasti jenis-jenis kolar dan lengan.

1. Pengenalan

• Blaus merupakan pakaian yang boleh disesuaikan dengan skirt, slek


dan sarung.
• Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860.
• Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual
atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan.

2. Bahagian-bahagian baju

• Blaus terbahagi kepada:


- Bahagian hadapan baju.
- Bahagian belakang baju.
- Kolar.
- Lengan.
- Mansit.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 1


MANUAL
Jahitan Blaus

3. Jenis-jenis kolar

• Kolar Sport/Hawaii
• Kolar Kemeja/Kontinental

4. Jenis-jenis lengan

• Lengan pendek
• Lengan panjang/bishop

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 2


MANUAL
Jahitan Blaus

Topik 2
Peralatan Jahitan
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Menyenaraikan dan mengenalpasti peralatan jahitan
yang digunakan.
Mengenalpasti kegunaan dan fungsi peralatan jahitan.

1. Mengukur

Pita Ukur Buku Catatan Pen


• Alat yang digunakan • Alat yang digunakan • Alat yang digunakan
untuk mengambil ukuran untuk merekod ukuran baju untuk menulis ukuran ke
badan pemakai yang telah diambil dalam buku catatan

2. Merajah Pola

Pembaris Pembaris Sesiku Pembentuk


• Alat yang digunakan • Alat yang digunakan • Alat yang digunakan
untuk membuat garis lurus untuk membuat ukuran untuk mendapatkan
sudut tepat garisan melengkung untuk
• Ia juga digunakan untuk bahagian-bahagian seperti
mendapatkan pinggang, punggung dan
pecahan-pecahan ukuran lengan baju
tertentu seperti lubang lengan
dan leher

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 3


MANUAL
Jahitan Blaus

2. Merajah Pola

Pensel Penanda Pemadam


• Alat yang digunakan • Alat yang digunakan
untuk melakar pola di atas untuk memadam kesilapan
kertas kuning lakaran

3. Menggunting Pola

Kapur Tukang Jahit Pembaris Pembentuk


• Alat yang digunakan • Alat yang digunakan • Alat yang digunakan
untuk memindah untuk membuat garis lurus untuk mendapatkan
tanda-tanda, garisan melengkung untuk
cabang-cabang dan bahagian-bahagian seperti
lain-lain ke atas fabrik pinggang, punggung dan
lengan baju

Jarum Peniti Gunting


• Alat yang digunakan • Alat yang digunakan
untuk menyemat pola untuk memotong fabrik
pada fabrik

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 4


MANUAL
Jahitan Blaus

4. Menanda Basi

Pola Kapur Tukang Jahit Pembentuk


• Gambarajah • Alat yang digunakan untuk • Alat yang digunakan
bahagian-bahagian blaus memindah tanda-tanda, untuk mendapatkan
yang telah dilukis di atas cabang-cabang dan lain-lain garisan melengkung untuk
kertas kuning dan digunting ke atas fabrik bahagian-bahagian seperti
mengikut draf pola pinggang, punggung dan
lengan baju

Jarum Peniti Pembaris


• Alat yang digunakan • Alat yang digunakan
untuk menyemat pola untuk membuat garis lurus
pada fabrik

5. Menjahit

Jarum Peniti Jarum Jahit Seterika


• Alat yang digunakan • Alat yang digunakan untuk • Alat yang digunakan
untuk menyemat pola membuat pelbagai jahitan untuk menekan atau
pada fabrik kemasan tangan pada menggosok fabrik untuk
bahagian lengan dan mendapatkan kemasan
kaki baju

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 5


MANUAL
Jahitan Blaus

Topik 3
Bahan Jahitan
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Menyenaraikan dan mengenalpasti peralatan jahitan
yang digunakan.
Mengenalpasti kegunaan dan fungsi peralatan jahitan.

1. Jenis Fabrik

• Jenis fabrik selalu digunakan:

Kapas Chiffon Gorgette

2. Anggaran Fabrik

• Anggaran fabrik yang diperlukan:

• 2 meter untuk dewasa • 1-1.5 meter untuk kanak-kanak

• Anggaran fabrik adalah mengikut saiz badan pemakai

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 6


MANUAL
Jahitan Blaus

3. Benang

• Bahan yang digunakan untuk mencantum dan menyambungkan


bahagian-bahagian blaus

*Tips
• Benang yang biasa digunakan ialah benang kapas kerana lebih lembut dan
sesuai digunakan pada pelbagai jenis fabrik.

4. Staflex

• Bahan yang digunakan sebagai pengalas fabrik bahagian


kolar agar kolar lebih mudah dibentuk

5. Kertas Kuning

• Bahan yang digunakan untuk melakar pola

6. Pola

• Gambarajah bahagian-bahagian blaus yang telah dilukis di atas


kertas kuning dan digunting mengikut draf pola

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 7


MANUAL
Jahitan Blaus

7. Butang

• Kancing yang digunkan unutk menutup belahan baju

8. Interlining

• Sejenis kain keras yang berwarna putih sama ada bergam


atau tidak
• Ia digunakan untuk membentuk bahagian pinggang, kolar
atau mansit

9. Gam

• Bahan yang digunakan untuk melekatkan interlining pada


kolar atau mansit

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 8


MANUAL
Jahitan Blaus

Topik 4
Mengambil Ukuran
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengukur dengan tepat bahagian-bahagian badan.
Mengenalpasti bahagian badan yang perlu diambil ukuran.
Menerangkan kaedah mengukur setiap bahagian badan.

1. Mengambil Ukuran Bahagian Baju

• Lebar Bahu
- Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung tulang bahu kanan

• Labuh Lengan Panjang


- Ukur dari hujung tulang bahu kanan hingga ke pergelangan tangan mengikut
labuh lengan yang bersesuaian

*Tips
• Tanpa mengalihkan kedudukan pita ukur selepas mengukur lebar bahu, teruskan mengambil
ukuran labuh lengan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 9


MANUAL
Jahitan Blaus

• Bukaan Tangan Lengan Panjang


- Ukur lilitan hujung pergelangan tangan dan masukkan satu jari untuk kelonggaran
*Tips
• Ukuran juga boleh dibuat mengikut kehendak atau kesesuaian pemakai.

• Labuh Lengan Pendek


- Ukur dari hujung tulang bahu kanan hingga ke labuh lengan pendek yang
bersesuaian
*Tips
• Tanpa mengalihkan kedudukan pita ukur selepas mengukur lebar bahu, teruskan mengambil
ukuran labuh lengan.

• Bukaan Tangan Lengan Pendek


- Ukur lilitan di bahagian lengan dan masukkan satu jari untuk kelonggaran
*Tips
• Ukuran juga boleh dibuat mengikut kehendak atau kesesuaian pemakai.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 10


MANUAL
Jahitan Blaus

• Keliling Dada
- Ukur lilitan di bahagian dada yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

• Keliling Pinggang
- Ukur lilitan di bahagian pinggang yang paling ramping dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

• Keliling Pinggul
- Ukur lilitan di bahagian pinggul yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 11


MANUAL
Jahitan Blaus

- Ukuran wanita belum berkahwin

- Ukuran wanita sudah berkahwin

• Paras Pinggul
- Ukuran paras pinggul untuk wanita belum berkahwin adalah 8 inci
- Ukuran paras pinggul untuk wanita sudah berkahwin adalah 9 inci

• Labuh Baju
- Ukur dari bahu hingga ke paras labuh yang bersesuaian

• Keliling Leher
- Ukur lilitan di pangkal leher dan masukkan satu jari untuk kelonggaran

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 12


MANUAL
Jahitan Blaus

• Bahu Ke Pinggang
- Ukur dari pangkal leher belakang hingga ke paras pinggang

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 13


MANUAL
Jahitan Blaus

2. Demo Mengambil dan Merekod Ukuran

• Pengukur hendaklah berdiri di sebelah kanan model ketika mengambil ukuran

• Pegang pita ukur bermula dari sifar


• Ambil ukuran setiap bahagian badan model

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 14


MANUAL
Jahitan Blaus

2. Demo Mengambil dan Merekod Ukuran

• Catatkan setiap ukuran badan pemakai atau model di dalam buku catatan anda supaya
tidak hilang dan mudah dirujuk untuk proses berikutnya

• Anda juga boleh mencatat ukuran yang diambil dengan menaip ukuran tersebut di ruang
yang disediakan di skrin

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 15


MANUAL
Jahitan Blaus

Topik 5
Merajah dan Menggunting Pola
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Merajah pola mengikut ukuran bahagian-bahagian badan.
Mengenalpasti bahagian baju yang memerlukan pola.
Menerangkan langkah-langkah merajah pola.

1. Kolar Sport dan Lengan Panjang

• Bahagian Belakang Baju


- Lakar garis lurus dari A ke B.
A ke B = ukuran labuh baju.
- Lakar garis lurus dari A ke C.
A ke C = ½ ukuran bahu.
- Lakar garis lurus dari A ke D.
A ke D = ¼ ukuran keliling dada.
- Lakar garis dari A ke E.
A ke E = ukuran dari bahu ke pinggang.
- Lakar garis dari E ke F.
E ke F = ukuran paras pinggul.
- Lakar garis dari D ke G.
D ke G = ukuran ¼ dada + ½ inci.
- Lakar dari dari A ke H.
A ke H = 1/6 ukuran leher.
- Lakar garis dari A ke I.
A ke I = ½ inci.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 16


MANUAL
Jahitan Blaus

- Lakar garis melengkung dari H ke I dengan sesiku.


- Lakar garis lurus dari C ke J.
C ke J = A ke D.
- Dari J, turunkan ½ inci dan labelkan K.
- Dari C, turunkan 1 inci dan labelkan L.
- Lakar garis lurus dari H ke L.
- Tandakan titik tengah dari L ke K dan labelkan M.
- Dari M, masukkan ½ inci dan labelkan N.
- Dari G, turunkan ½ inci dan labelkan O.
- Lakar garis lurus dari L ke N dan garis melengkung dari N ke O.
- Lakar garis F ke P.
F ke P = ukuran ¼ keliling pinggul + ¾ inci.
- Lakar garis B ke Q = garis FP.
- Lakar garis lurus dari P ke Q.
- Lakar garis lurus dari O ke P dan dari E ke R.
E ke R= garisan pinggang.
- R ke S = 1 inci.
- Lakar O ke S dan ke P menggunakan pembentuk.
- Dari Q, naikkan ½ inci dan labelkan Q1.
- Dari Q1, lakar garis berbentuk ke B menggunakan pembentuk.

• Bahagian Hadapan Baju


- Lakar garis lurus dari A ke 1.
- Lakar garis lurus dari D ke 2.
- Lakar garis lurus dari E ke 3.
- Lakar garis lurus dari F ke 4.
- Lakar garis lurus dari B ke 5.
- Lakar garis lurus dari 1 ke 5.
- Lakar garis dari 1 ke 6.
1 ke 6 = ½ ukuran bahu.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 17


MANUAL
Jahitan Blaus

- Lakar garis dari 2 ke 7.


2 ke 7 = ukuran ¼ dada + ¾ inci
- Lakar garis dari 1 ke 8.
1 ke 8 = 1/6 ukuran leher.
- Lakar garis dari 1 ke 9.
1 ke 9 = 1/6 ukuran leher +1 inci.
- Lakar garis dari 9 ke 10.
9 ke 10 = 1/6 ukuran leher.
- Lakar garis lurus dari 8 ke 10.
- Dari 10, naikkan 1 ¼ inci dan labelkan 10a.
- Lakar garis lurus dari 9 ke 10a.
- Lakar garis berbentuk dari 8 ke 9 dengan sesiku.
- Lakar garis lurus 6 ke 11.
- Dari 11, turunkan ½ inci dan labelkan 12.
- Dari 7, turunkan ½ inci dan labelkan 13.
- Dari 6, turunkan 1 inci dan labelkan 14.
- Lakar garis lurus dari 8 ke 14.
- Tanda titik tengah garisan 14 ke 12 dan labelkan 15.
- Dari 15, masukkan ¾ inci dan labelkan 16.
- Lakar garis lurus dari 14 ke 16 dan garis melengkung dari 16 ke 13.
- Lakar garis dari 4 ke 17.
4 ke 17 = ¼ ukuran pinggul + ¾ inci.
- Dari 5, tandakan 18.
5 ke 18 = 4 ke 17.
- Lakar garis lurus dari 18 ke 17.
- Dari 13, lakar garis lurus ke 17.
- Dari 3, tandakan 19 = garisan pinggang.
- Dari 19, masukkan 1 inci dan labelkan 20.
- Lakarkan garisan berbentuk dari 13 ke 20 dan dari 20 ke 17 dengan
menggunakan pembentuk.
- Dari 18, masukkan ½ inci dan labelkan 21.
- Dari 1, keluarkan ¾ inci dan labelkan 22.
- Dari 5, keluarkan ¾ inci dan labelkan 23.
- Lakar garis lurus dari 22 ke 23.
- Dari 22, keluarkan 3 inci dan labelkan 24.
- Dari 23, keluarkan 3 inci dan labelkan 26.
- Lakar garis lurus dari 24 ke 26.
- Dari 23, turunkan ¾ inci dan labelkan 25.
- Dari 26, turunkan ¾ inci dan labelkan 27.
- Lakar garis berbentuk dari 21 ke 25 dan 27 dengan pembentuk.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 18


MANUAL
Jahitan Blaus

• Bahagian Lengan Panjang


- A ke B = ukuran labuh lengan panjang – 1 inci.
- A ke C = 1/8 ukuran dada + 1½ inci.
- C ke D = bahagian belakang baju dari L ke K.
- B ke E = Ukuran bukaan tangan + 2 inci.
- Dari D ke E, lakar satu garis berbentuk.
- Lakar garis lurus dari A ke D.
- Kemudian, bahagi garis lurus AD kepada 3 dan labelkan F dan G
- F ke H = 1 inci.
- G ke I = ½ inci.
- G ke J = ¼ inci.
- Bentukkan A, H, I ke D iaitu bahagian lengan belakang.
- Bentukkan A, H, J, ke D iaitu bahagian lengan hadapan.

• Mansit
- A ke B = lilitan pergelangan tangan + 1 inci.
- A ke C dan B ke D = lebar mansit sebanyak 1 inci.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 19


MANUAL
Jahitan Blaus

• Bahagian Kolar Sport/Hawaii

- Lakar garis lurus dari A ke B.


A ke B = 3 inci.
- Lakar garis dari A ke C.
A ke C = ½ ukuran leher.
- Lakar garis dari C ke D.
- C ke D = A ke B.
- Lakar garis dari B ke D.
B ke D = A ke C.
- Dari D, naikkan ¼ inci dan labelkan E.
- Dari B, naikkan ¼ inci dan labelkan F.
- Dari D, tandakan G = 1/6 ukuran leher.
- Dari F, lakar garis ke G.
- Dari E, lakar garis ke G.
- E ke H = 2 inci.
- Dari D, turunkan ¼ inci dan labelkan I.
- Dari H, turunkan ½ inci dan labelkan J.
- Dari C, keluarkan ½ inci dan labelkan K.
- Lakar garis lurus dari E ke K.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 20


MANUAL
Jahitan Blaus

2. Kolar Kontinental dan Lengan Pendek

• Bahagian Belakang Baju

- Lakar garis lurus dari A ke B.


A ke B = ukuran labuh baju.
- Lakar garis lurus dari A ke C.
A ke C = ½ ukuran bahu.
- Lakar garis lurus dari A ke D.
A ke D = ¼ ukuran keliling dada.
- Lakar garis dari A ke E.
A ke E = ukuran dari bahu ke pinggang.
- Lakar garis dari E ke F.
E ke F = ukuran paras pinggul.
- Lakar garis dari D ke G.
D ke G = ukuran ¼ dada + ½ inci.
- Lakar dari dari A ke H.
A ke H = 1/6 ukuran leher.
- Lakar garis dari A ke I.
A ke I = ½ inci.
- Lakar garis melengkung dari H ke I dengan sesiku.
- Lakar garis lurus dari C ke J.
C ke J = A ke D.
- Dari J, turunkan ½ inci dan labelkan K.
- Dari C, turunkan 1 inci dan labelkan L.
- Lakar garis lurus dari H ke L.
- Tandakan titik tengah dari L ke K dan labelkan M.
- Dari M, masukkan ½ inci dan labelkan N.
- Dari G, turunkan ½ inci dan labelkan O.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 21


MANUAL
Jahitan Blaus

- Lakar garis lurus dari L ke N dan garis melengkung dari N ke O.


- Lakar garis F ke P.
F ke P = ukuran ¼ keliling pinggul + ¾ inci.
- Lakar garis B ke Q = garis FP.
- Lakar garis lurus dari P ke Q.
- Lakar garis lurus dari O ke P dan dari E ke R.
E ke R= garisan pinggang.
- R ke S = 1 inci.
- Lakar O ke S dan ke P menggunakan pembentuk.
- Dari Q, naikkan ½ inci dan labelkan Q1.
- Dari Q1, lakar garis berbentuk ke B menggunakan pembentuk.

• Bahagian Hadapan Baju


- Lakar garis lurus dari A ke 1.
- Lakar garis lurus dari D ke 2.
- Lakar garis lurus dari E ke 3.
- Lakar garis lurus dari F ke 4.
- Lakar garis lurus dari B ke 5.
- Lakar garis dari 1 ke 6.
1 ke 6 = ½ ukuran bahu.
- Lakar garis dari 2 ke 7.
2 ke 7 = ukuran ¼ dada + ¾ inci
- Lakar garis dari 1 ke 8.
1 ke 8 = 1/6 ukuran leher.
- Lakar garis lurus dari 1 ke 5.
- Lakar garis dari 1 ke 9.
1 ke 9 = 1/6 ukuran leher +1 inci.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 22


MANUAL
Jahitan Blaus

- Lakar garis dari 9 ke 10.


9 ke 10 = 1/6 ukuran leher.
- Lakar garis lurus dari 10 ke 8.
- Lakar garis berbentuk dari 8 ke 9 dengan sesiku.
- Lakar garis lurus 6 ke 11.
- Dari 11, turunkan ½ inci dan labelkan 12.
- Dari 7, turunkan ½ inci dan labelkan 13.
- Dari 6, turunkan 1 inci dan labelkan 14.
- Lakar garis lurus dari 8 ke 14.
- Tanda titik tengah garisan 14 ke 12 dan labelkan 15.
- Dari 15, masukkan ¾ inci dan labelkan 16.
- Lakar garis lurus dari 14 ke 16 dan garis melengkung dari 16 ke 13 dengan sesiku.
- Lakar garis dari 4 ke 17.
4 ke 17 = ¼ ukuran pinggul + ¾ inci.
- Dari 5, tandakan 18
5 ke 18 = ¼ ukuran pinggul + ¾ inci.
- Lakar garis lurus dari 18 ke 17.
- Lakar garis lurus dari 13 ke 17.
- Dari 3, tandakan 19 = garisan pinggang.
- Dari 19, masukkan 1 inci dan labelkan 20.
- Lakarkan garisan berbentuk dari 13 ke 20 dan dari 20 ke 17 dengan
menggunakan pembentuk.
- Dari 18, masukkan ½ inci dan labelkan 21.
- Dari 1, keluarkan ¾ inci dan labelkan 22.
- Dari 5, keluarkan ¾ inci dan labelkan 23.
- Lakar garis lurus dari 22 ke 23.
- Dari 22, keluarkan 1 ½ inci dan labelkan 24.
- Dari 23, keluarkan 1 ½ inci dan labelkan 26.
- Lakar garis lurus dari 24 ke 26.
- Dari 23, turunkan ¾ inci dan labelkan 25.
- Dari 26, turunkan ¾ inci dan labelkan 27.
- Lakar garis lurus dari 24, 22 ke 1.
- Lakar garis berbentuk dari 21 ke 25 dan 27 dengan pembentuk.
- Lakar garis lurus dari 25 ke 23 dan dari 27 ke 26.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 23


MANUAL
Jahitan Blaus

• Bahagian Lengan Pendek


- A ke B = ukuran labuh lengan pendek.
- A ke C = 1/8 ukuran dada + 1inci.
- C ke D = bahagian belakang baju dari L ke K.
- B ke E = ½ bukaan tangan.
- Dari D ke E, lakar satu garis berbentuk.
- Lakar garis lurus dari A ke D.
- Kemudian, bahagi garis lurus AD kepada 3 dan labelkan F dan G.
- F ke H = 1 inci.
- G ke I = ½ inci.
- G ke J = ¼ inci.
- Bentukkan A, H, I ke D iaitu bahagian lengan belakang.
- Bentukkan A, H, J, ke D iaitu bahagian lengan hadapan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 24


MANUAL
Jahitan Blaus

• Bahagian Kepok/Stand Kolar


- Lakar garis dari 1 ke 2.
1 ke 2 = ½ ukuran leher.
- Lakar garis dari 1 ke 3.
1 ke 3 = 1 ¼ inci.
- Lakar garis dari 2 ke 4.
2 ke 4 = 1 ¼ inci.
- Lakar garis dari 3 ke 4.
3 ke 4 = 1 ke 2 = ½ ukuran leher.
- Dari 2, keluarkan 1 inci dan labelkan 5.
- Dari 4, keluarkan 1 inci dan labelkan 6.
- Lakar garis dari 5 ke 6 = 1 ¼ inci.
- Dari 2, turunkan ½ inci dan labelkan 7.
- Dari 4, turunkan ½ inci dan labelkan 8.
- 7 ke 1, lakar garis berbentuk menggunakan pembentuk.
- Lakar garis berbentuk dari 3 ke 8 ke 8a menggunakan pembentuk.
- Garis 5 ke 9 = 1/6 leher + 1 inci.
- Masukkan 1/8 inci dan labelkan 8b.
- Lakar garis dari 5 ke 8b.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 25


MANUAL
Jahitan Blaus

• Kolar
Dari 3, naikkan ½ inci dan labelkan 10.
Dari 4, naikkan ½ inci dan labelkan 11.
Lakar 10 ke 11 = ½ leher.
Lakar garis lurus dari 12 ke 13 = ½ ukuran leher.
10 ke 12 dan 11 ke 13 = 1 ½ inci.
Lakar garisan lurus dari 12 ke 13 = ½ inci ukuran leher.
13 ke 14 = ½ inci.
Dari 4, lakar garis lurus melalui 14 ke 14a sebanyak 2 ½ inci.
Dari 14a, bentukkan terus ke 12.
Dari 4 ke 10, lakar garis berbentuk menggunakan pembentuk.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 26


MANUAL
Jahitan Blaus

• Menggunting Pola

• Bahagian Badan Belakang • Bahagian Badan Hadapan Kolar Sport

• Bahagian Badan Hadapan


Kolar Kontinental

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 27


MANUAL
Jahitan Blaus

• Menggunting Pola

• Kolar Sport • Kepok

• Mansit
• Kolar Kontinental

• Lengan Panjang • Lengan Pendek

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 28


MANUAL
Jahitan Blaus

Topik 6
Menanda Basi dan
Menggunting Fabrik
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Menanda basi pada fabrik.
Menerangkan langkah-langkah menanda jahitan pada setiap
bahagian baju.
Menggunting fabrik mengikut pola yang telah dirajah.
Menerangkan langkah-langkah menggunting fabrik mengikut
draf pola.

1. Bahagian Belakang Baju

• Bentang fabrik dan lipat dua memanjang.


• Letak pola belakang baju
• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan bawah


• Tanda basi jahitan dan lipatan pada helaian atas dan
bawah seperti berikut:
Bahu = ¾ inci
Lubang leher = ½ inci
Lubang lengan = ¾ inci
Sisi = ¾ inci
Lipatan = 1¼ inci

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.


• Cabut jarum peniti.
• Tanggalkan pola.
• Ulang proses yang sama untuk pola belakang baju
blaus kontinental

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 29


MANUAL
Jahitan Blaus

2. Bahagian Hadapan Baju Sport

• Bentang fabrik dan lipat dua memanjang

• Letak pola hadapan baju

• Lipat ke belakang pola.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan bawah.

• Tanda basi jahitan dan lipatan pada helaian atas dan

bawah seperti berikut:

• Bahu = ¾ inci

• Lubang leher = ½ inci

• Lubang lengan = ¾ inci

• Sisi = ¾ inci

• Lipatan = 1¼ inci

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

• Hadapan baju yang telah siap ditanda.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 30


MANUAL
Jahitan Blaus

3. Bahagian Hadapan Baju Kontinental

• Bentang fabrik dan lipat dua memanjang.

• Letak pola hadapan baju.

• Lipat ke belakang pola.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan bawah

• Tanda basi jahitan dan lipatan pada helaian atas dan

bawah seperti berikut:

• Bahu = ¾ inci

• Lubang leher = ½ inci

• Lubang lengan = ¾ inci

• Sisi = ¾ inci

• Lipatan = 1¼ inci

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

• Hadapan baju yang telah siap.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 31


MANUAL
Jahitan Blaus

4. Lengan Panjang

• Bentang fabrik secara memanjang dan lipat dua.

• Letak pola bahagian lengan di atas fabrik.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan juga bawah.

• Tanda basi jahitan pada helaian atas dan bawah

seperti berikut:

• Pangkal lengan = ½ inci.

• Sisi = ¾ inci.

• Basi hujung lenagn = ½ inci.

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

5. Kolar Sport

• Bentang interlining.

• Letak pola kolar sport secara menyerong.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola.

• Gunting pola.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 32


MANUAL
Jahitan Blaus

5. Kolar Sport

• Bentang baki fabrik dan lipat dua.

• Letak interlining kolar sport di atas fabrik.

• Semat dengan jarum peniti.

• Rajah semula kolar sport.

• Tanda basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar.

• Gunting fabrik.

• Tanggalkan jarum peniti.

6. Mansit

• Bentang lebihan fabrik dan lipat dua mengikut ukuran

panjang lilitan pergelangan tangan.

• Letak pola mansit.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola.

• Tanda basi jahitan di sekeliling mansit sebanyak ½ inci.

• Gunting fabrik.

• Cabut jarum peniti.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 33


MANUAL
Jahitan Blaus

6. Mansit

• Tanggalkan pola.

• Dua keping mansit telah dihasilkan untuk sebelah lengan.

• Ulang proses yang sama untuk menghasilkan dua keping

lagi mansit untuk sebelah lengan lagi.

*Nota
• Anda memerlukan dua pasang mansit (4 keping) untuk menghasilkan mansit di setiap lengan.

7. Lengan Pendek

• Bentang fabrik secara memanjang dan lipat dua.

• Letak pola bahagian lengan di atas fabrik.

• Semat pola dengan jarum peniti.

• Rajah semula pola pada helaian atas dan juga bawah.

• Tanda basi jahitan pada helaian atas dan

bawah seperti berikut:

• Pangkal lengan = ½ inci.

• Sisi = ¾ inci.

• Lipatan = 1 inci.

• Gunting fabrik mengikut tanda basi jahitan.

• Cabut jarum peniti.

• Tanggalkan pola.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 34


MANUAL
Jahitan Blaus

8. Kolar Kontinental

• Bentang interlining bergam.

• Letak pola kepok ( 2 keping) secara menyerong.

• Semat jarum peniti.

• Rajah semula pola.

• Letak pola kolar kontinental ( 2 keping )

secara menyerong.

• Semat jarum peniti .

• Rajah pola pertama kolar kontinental dengan basi.

• Rajah pola kedua tanpa basi.

• Gunting kesemua pola.

• Bentang baki fabrik dan lipat dua.

• Letak pola kolar kontinental dan kepok di atas fabrik.

• Semat dengan jarum peniti.

• Rajah semula kolar kontinental dan kepok.

• Tanda basi jahitan sebanyak ½ inci di sekeliling kolar

dan kepok.

• Gunting fabrik.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 35


MANUAL
Jahitan Blaus

Topik 7
Mencatum dan Menjahit
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mencantum bahagian-bahagian baju mengikut basi jahitan.
Kepentingan menjahit kemasan tepi.
Menerangkan langkah-langkah mencantum setiap bahagian baju.

1. Kemasan Tepi

• Sebelum mencantum dan menjahit, semua bahagian


baju perlu dijahit tepi terlebih dahulu supaya di bahagian
tepi fabrik tidak berjerumbai.

• Bahagian – bahagian yang perlu dijahit


kemasan tepi ialah:
- Hadapan baju.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 36


MANUAL
Jahitan Blaus

1. Kemasan Tepi

- Belakang baju.

- Lengan .

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 37


MANUAL
Jahitan Blaus

2. Mencantum dan Menjahit

i. Kolar Sport dan Lengan Panjang


• Kolar Sport

- Bentang fabrik kolar sport yang telah digunting.


- Ambil interlining bergam yang telah di
gunting dan letak di atas fabrik.
- Gosok interlining.

- Gunting sedikit di kedua-dua bahagian penjuru


bawah kolar.
- Calitkan gam kanji di atas basi lipatan
di bahagian bawah kolar .
- Lipat basi lipatan tersebut di atas
interlining bergam .
- Gosok lipatan tersebut.

- Jahit mesin selebar ¼ inci di atas basi lipatan


yang dilipat tadi.
- Bentang fabrik kolar sport kedua.
- Temukan sebelah luar fabrik kolar.
pertama dengan sebelah luar fabrik kolar kedua.

- Jahit mesin mula dari hujung bawah kiri hingga


ke bucu atas.
- Tanpa mengangkat jarum jahit, masukkan
2 lembar benang di antara kolar pertama dan
kedua di bahagian bucu kolar.
- Jahit sebanyak satu mata kia.

- Angkat kolar pertama dan masukkan lebihan


benang di dalamnya.
- Jahit terus hingga ke bucu satu lagi.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 38


MANUAL
Jahitan Blaus

- Tanpa mengangkat jarum jahit, masukkan


2 lembar benang di antara kolar pertama dan
kedua di bahagian bucu kolar.
- Jahit sebanyak satu mata kia.

- Masukkan lebihan benang ke dalam .


- Jahit terus hingga ke hujung bawah kanan.

- Gunting basi jahitan di sekeliling kolar


sebanyak ¼ inci .
- Snap bahagian kolar yang melengkung.

- Terbalikkan kolar dan tarik lebihan benang


untuk mendapatkan bucu kolar yang tajam.
- Gosok untuk kemasan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 39


MANUAL
Jahitan Blaus

• Bahu

- Temukan luar fabrik hadapan dan


belakang bahu.
- Semat dengan jarum peniti
- Jahit kedua-dua bahu kiri dan kanan.
- Cabut jarum peniti.

- Buka kelim dan gosok di bahagian dalam dan


luar bahu.
- Lipat basi lipatan belahan kiri da kanan ke
dalam dan gosok.

• Mencantum Kolar Sport ke Leher Baju

- Di bahagian selisih butang, jahit mesin


sebanyak ¾ inci untuk kiri dan kanan.
- Gunting sedikit dari leher hingga ke tempat
yang dijahit.

- Acukan kolar sport pada leher baju


untuk samakan kedudukan.
- Tanda basi jahitan sebanyak ¼ inci di bahagian
leher baju.
- Lipat dua baju tersebut dan snap di bahagian
tengah leher.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 40


MANUAL
Jahitan Blaus

- Lipat dua kolar sport dan snap di bahagian


tengah leher.
- Tandakan basi jahitan pada bawah kolar.

- Temukan sebelah luar fabrik bahagian lubang


leher dan sebelah luar fabrik kolar.
- Jahit kolar dari sebelah kanan dan matikan.
- Jahit kolar dari sebelah kiri terus hingga
ke kanan.
- Snap basi jahitan.

- Masukkan basi jahitan beserta lebihan


basi lipatan bahagian baju ke dalam kolar.
- Jahit dari sebelah kanan hingga sebelah kiri
di tepi kolar.
- Gosok dan kemaskan kolar yang telah
siap dijahit.

- Jahit mesin sebanyak ¼ inci atau selebar


satu tapak mesin di bahagian tepi belahan
baju sebelah kanan bahagian hadapan baju
terus hingga ke kolar dan berakhir di bahagian
tepi belahan baju sebelah kiri.

- Lipat di bahagian berdekatan kolar untuk


dijadikan lapel dan gosok untuk kemasan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 41


MANUAL
Jahitan Blaus

• Badan Baju

- Temukan fabrik sebelah luar sisi hadapan dan


belakang baju.
- Semat dengan jarum peniti
- Jahit tepi baju di sebelah kiri mula dari pangkal
lubang lengan hingga ke bawah kaki baju.

- Ulang langkah yang sama untuk sebelah kanan.


- Cabut jarum peniti.
- Buka kelim dan gosok untuk kemasan.

• Lengan Panjang

- Lipat dua bahagian lengan fabrik sebelah luar.


- Ukur dan tanda 4 inci dari hujung lengan untuk
belahan mansit
- Semat jarum peniti.
- Jahit mesin mula dari keruk lengan hingga ke
tanda belahan mansit.
- Cabut jarum peniti.
- Buka kelim dan gosok.

- Snap di tengah pangkal lengan bahagian lengan


dan juga di tengah pangkal lengan badan baju.
- Temukan keruk lubang lengan di badan baju
dengan keruk lubang lengan di lengan ½ inci
ke depan.

- Jahit keliling lubang lengan.


- Ulang proses yang sama untuk sebelah
lengan lagi.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 42


MANUAL
Jahitan Blaus

• Mansit

- Bentang sekeping fabrik mansit yang


telah siap digunting.
- Letak stafflex di atas fabrik mansit.
- Pastikan mansit diletak 1/2 inci dari bahagian
atas fabrik sebagai basi jahitan.
- Gosok staflex tersebut.
- Calit gam kanji di bahagian atas mansit
bahagian basi jahitan tadi.

- Lipat basi jahitan.


- Gosok untuk kemasan.
- Jahit mesin basi yang dilipat sebanyak ¼ inci
atau selebar satu tapak mesin.
- Ambil fabrik mansit kedua dan bentang.

- Letak fabrik mansit yang pertama


di atas fabrik mansit kedua.
- Jahit mesin di tepi stafflex mengelilingi mansit.
- Gunting basi jahitan sebanyak ¼ inci.
- Snap bahagian basi tersebut.

- Terbalikkan mansit ke bahagian luar.


- Gosok untuk kemasan.
- Tandakan basi jahitan.
- Ulang proses yang sama untuk mansit
sebelah lagi.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 43


MANUAL
Jahitan Blaus

• Mencantum Mansit ke Lengan

- Bentang bahagian lengan terutama


hujung lengan.
- Jahit jelujur mesin di basi jahitan hujung lengan
sebanyak dua baris.
- Tarik lebihan benang jelujur mesin untuk
menghasilkan kedut.

- Acukan mansit di bahagian hujung lengan yang


telah dikedutkan.
- Pastikan tinggalkan basi sebanyak 1 inci
di bahagian mansit.
- Jahit dari hujung kiri hingga ke kanan.

- Terbalikkan mansit.
- Masukkan bahagian basi ke dalam mansit.
- Jahit mesin di sekeliling tepi mansit.
- Ulang proses yang sama untuk sebelah
lengan lagi.

• Lipatan Bawah Kaki Baju

- Gosok bahagian basi lipatan bawah kaki baju.


- Jahitan lipatan tersebut menggunakan
jahitan silang pangkah.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 44


MANUAL
Jahitan Blaus

• Butang untuk Baju

- Dari garisan lapel, turunkan ½ inci untuk tanda


butang pertama.
- Dari bawah kaki baju, tanda 6 inci untuk
butang kedua.
- Ukur jarak di antara butang pertama
dan kedua.

- Bahagikan ukuran jarak tersebut kepada empat


untuk menentukan kedudukan butang ketiga,
keempat dan kelima.
- Tandakan kedudukan butang di bahagian
belahan kanan.

- Jahit lubang butang di bahagian kanan


menggunakan mesin jahit lubang butang.

- Jahit butang di bahagian kiri menggunakan


jahitan lubang butang.

*Nota
• Untuk lelaki, kedudukan selisih butang adalah kiri di atas kanan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 45


MANUAL
Jahitan Blaus

• Butang untuk Mansit

- Tandakan lubang butang di hujung belahan.


- Jahit lubang butang menggunakan mesin jahit
lubang butang.

- Jahit butang menggunakan jahitan


lubang butang di bahagian 1 inci lebihan
mansit tersebut.

ii. Kolar Kontinental dan Lengan Pendek


• Kolar Kontinental

- Bentang fabrik kolar kontinental yang


telah digunting.
- Letak interlining bergam dengan basi di atas
fabrik tersebut.
- Gosok interlining tersebut.

- Letak interlining bergam tanpa basi di atas


interlining dengan basi.
- Gosok interlining tersebut.

- Bentang fabrik kolar kontinental yang kedua.


- Temukan sebelah luar fabrik kolar pertama dengan
sebelah luar fabrik kolar kedua.
- Jahit mesin mula dari hujung bawah kiri hingga ke
bucu atas.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 46


MANUAL
Jahitan Blaus

- Tanpa mengangkat jarum jahit, masukkan 2 lembar


benang di antara kolar pertama dan kedua
di bahagian bucu kolar.
- Jahit sebanyak satu mata kia.

- Angkat kolar pertama dan masukkan lebihan


benang di dalamnya.
- Jahit terus hingga ke bucu satu lagi.

- Tanpa mengangkat jarum jahit, masukkan 2 lembar


benang di antara kolar pertama dan kedua
di bahagian bucu kolar.
- Jahit sebanyak satu mata kia.

- Masukkan lebihan benang ke dalam.


- Jahit terus hingga ke hujung bawah kanan.
- Gunting basi jahitan dan tinggalkan
sebanyak ¼ inci.
- Snap basi jahitan di tepi dan di bahagian atas kolar.

- Terbalikkan kolar ke bahagian luar .


- Tarik lebihan benang yang dijahit tadi untuk
mendapatkan bucu kolar yang tajam.
- Gosok untuk kemasan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 47


MANUAL
Jahitan Blaus

- Jahit keliling kolar dari sebelah luar fabrik sebanyak


¼ inci atau selebar satu tapak zip.
- Jahit jelujur kasar di bahagian basi jahitan kolar.
- Gunting lebihan benang di kedua-dua bucu kolar.
- Gunting basi jahitan.
- Tandakan basi jahitan pada kolar.
- Lipat dua kolar dan snap di tengah leher

• Kepok
- Bentang fabrik kepok yang telah digunting.
- Letak kain interlining bergam ½ inci
di atas fabrik.
- Gosok interlining tersebut

- Letak kain interlining bergam yang kedua


di atas interlining pertama.
- Gosok interlining kedua tersebut.
- Calitkan gam kanji di atas basi lipatan
di bahagianbawah kepok.
- Lipat basi lipatan tersebut di atas
interlining bergam.
- Gosok lipatan tersebut.

- Jahit mesin selebar ¼ inci di atas basi lipatan


yang dilipat tadi.
- Gunting basi jahitan sebanyak ¼ inci.
- Lipat dua kepok yang siap dijahit.
- Snap tengah leher sebagai tanda tengah.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 48


MANUAL
Jahitan Blaus

• Mencantum Kepok dengan Kolar

- Bentang fabrik kepok kedua


( sebelah luar fabrik).
- Letak kolar di atas fabrik kepok kedua.
- Letak kepok dengan interlining di atas kolar.
- Pastikan ketiga-tiga tanda tengah kepok
dan kolar bertemu.

- Jahit mesin mula dari tengah hingga ke tepi kiri


dan mulakan semula di tengah hingga
ke tepi kanan.
- Gunting basi jahitan sebanyak ¼ inci.
- Snap bahagian yang melengkung.

- Terbalikkkan kedua-dua kepok dan gosok.


- Jahit di atas tepi kolar dari luar fabrik sebanyak
¼ inci atau selebar satu tapak mesin.

• Bahu

- Temukan luar fabrik hadapan dan


belakang bahu.
- Semat dengan jarum peniti
- Jahit kedua-dua bahu kiri dan kanan.
- Cabut jarum peniti.

- Buka kelim dan gosok di bahagian dalam dan


luar bahu.
- Lipat basi lipatan belahan kiri da kanan ke
dalam dan gosok.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 49


MANUAL
Jahitan Blaus

• Mencantum Kolar Kontinental ke Leher

- Acukan kolar pada leher baju untuk menyamakan


kedudukan kolar dan lubang leher.
- Tanda basi jahitan sebanyak ¼ inci di bahagian
leher baju
- Lipat dua baju tersebut dan snap
di bahagian tengah leher.
- Snap di tengah leher kolar sebagai
tanda tengah.

- Temukan sebelah luar fabrik kolar dengan


sebelah luar lubang leher di bahagian luar baju.
- Semat dengan jarum peniti.
- Jahit mesin dari tepi kiri hingga ke kanan.
- Gunting bahagian basi jahitan
- Snap basi jahitan keliling lubang leher.

- Masukkan basi jahitan ke dalam kolar.


- Jahit mesin di atas tepi kolar bermula dari
tengah hingga ke hujung kanan dan seterusnya
keliling kolar dan berakhir ditengah semula.
- Gosok untuk kemasan

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 50


MANUAL
Jahitan Blaus

• Badan Baju

- Temukan fabrik sebelah luar sisi hadapan dan


belakang baju.
- Semat dengan jarum peniti
- Jahit tepi baju di sebelah kiri mula dari pangkal
lubang lengan hingga ke bawah kaki baju.

- Ulang langkah yang sama untuk sebelah kanan.


- Cabut jarum peniti.
- Buka kelim dan gosok untuk kemasan.

• Lengan Pendek

- Lipat dua bahagian lengan fabrik sebelah luar.


- Semat jarum peniti.
- Jahit mesin mula dari keruk lengan hingga
ke hujung lengan.
- Cabut jarum peniti.

- Buka kelim dan gosok.


- Snap di tengah pangkal lengan bahagian
lengan dan juga di tengah pangkal lengan
badan baju.
- Temukan keruk lubang lengan di badan baju
dengan keruk lubang lengan di lengan
½ inci ke depan.

- Jahit keliling lubang lengan.


- Ulang proses yang sama untuk sebelah
lengan lagi.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my


www.mygfl. Halaman 51
MANUAL
Jahitan Blaus

• Kemasan Lipatan

- Lipatan bawah baju, hujung lengan perlu


dijahit silang pangkah untuk kemasan.
- Lipat basi lipatan bawah baju dan gosok.

- Jahit silang pangkah bermula dari hujung bawah


kaki baju sebelah kiri ke hujung bawah kaki baju
sebelah kanan.
- Ulang langkah yang sama untuk lipatan
hujung lengan.

• Butang Baju

- Tandakan butang pertama pada kepok.


- Dari butang pertama, turunkan 3 inci
untuk butang kedua.
- Dari bawah kaki baju, tandakan 6 inci
untuk butang ketiga.
- Ambil ukuran jarak dari butang kedua
hingga ketiga.
- Bahagikan ukuran jarak tadi kepada 4 untuk
menentukan kedudukan butang kempat, kelima
dan keenam.

- Tandakan kedudukan butang di bahagian


belahan kanan.
- Jahit lubang butang di bahagian kanan
menggunakan mesin jahit lubang butang.

- Jahit butang di bahagian kiri menggunakan


jahitan lubang butang

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 52

Anda mungkin juga menyukai