Anda di halaman 1dari 23

A.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke
15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat
pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
Batik mula diperkenalkan di Negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910
lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa ‘ tik’ yang bermaksud
menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis menulis, mewarna atau
menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan
sejak tahun 1770-an lagi.

Sejarah batik di Nusantara termasuk Malaysia dikatakan bermula sejak zaman


kegemilangan Kerajaan Majapahit pada abad ke -12 dan proses penyebaran agama
Islam di rantau ini.

Pedagang-pedagang dari kerajaan itu dikatakan membawa hasil tenunan batik ke


pelbagai wilayah di Asia Tenggara termasuk ke Indo- China sebagai barang dagangan
Dalam beberapa catatan, pengembangan batik banyak dilakukan pada masa-masa
kerajaan Mataram, kemudian pada masa kerajaan Kesultanan Solo dan Yogyakarta.

Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun


1910 lagi. Sebenarnya istilah tersebut tersebut berasal daripada bahasa Jawa tik yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Batik yang dihasilkan ialah semuanya batik
tulis sehingga awal abad ke – 20 dan batik cap hanya baru dikenali setelah Perang
Dunia Pertama berakhir atau sekitar tahun 1920.

1
Dalam konteks pembuatan, kesenian batik adalah seni ,menggambarkan di atas
kain untuk pakaian yang menjadi salah satu kebudayaan keluarga raja-raja Indonesia
zaman dulu.

Sejarah Awal

Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas dalam kraton saja dan ianya
dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar. Oleh kerana banyak
dari pembesar tinggal diluar kraton, maka kesenian batik ini dibawa oleh mereka keluar
dari kraton dan dihasilkan pula ditempat masing-masing.

Akhirnya kesenian batik ini ditiru oleh rakyat dan seterusnya berkembang menjadi
pekerjaan kaum wanita dalam rumah tangga mereka untuk mengisi waktu lapang.
Pada peringkat awal, bahan-bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnai batik
terdiri daripada tumbuh-tumbuhan asli yang dibuat sendiri antara lain, pohon
mengkudu, tinggi, soga, nila dan bahan sodanya dibuat daripada soda abu, serta
garamnya dibuat dari tanah lumpur.

Batik diletakkan sebagai wilayah yang unik dan potensial untuk digali serta
dijelajahi. Kesenian itu diletakkan sebagai sebuah wacana yang di dalamnya
melingkupi idealisme, pola piker, perilaku, proses serta gagasan.

Pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama


berlansung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua golongan , dari raja
ke bangsawan sampai ke rakyat jelata,batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang
praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut
dalam banyak hikayat-hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan
perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Demam dan persalinan dijadikan tanda

Penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih

2
terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak ( P. Ramli 1968) batik dijadikan
lambang pernyataan cinta yang terlarang.

Perkembangan Dalam Seni Batik di Malaysia

Sejarah perkembangan batik di Malaysia bermula pada kurun ke-15. Ia dibawa


masuk secara lansung dari Kepulauan Indonesia. Perusahaan batik di Malaysia
bermula di negeri Kelantan dan Terengganu.Pada peringkat permulaan,perusahaan
batik hanya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja tetapi kini ia diusahakan secara
komersial di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan Karya Munsyi Abdullah berjudul Pelayaran Abdullah, rakyat Kelantan


telahpun memakai kain batik sarung yang diimport dari Indonesia sejak awal kurun
ke – 19 lagi. Masyarakat Kelantan ketika itu memakai kain Batik Jawa dan Bugis.Pada
awal kurun ke – 20, masyarakat pantai timur Semenanjung Malaysiua ini telahpun
mengeluarkan kain batik sendiri dengan meniru pembuatan batik dari Indonesia.
Kain batik mula dicap pada awal tahun 1911 oleh Haji Che Su bin Ishak. Kain ciptaan
beliau dinamakan Kain Pelangi dan dihasilkan melalui teknik ikat dan celup. Kain yang
digunakan untuk membuat kain batik ialah kain sutera tiruan yang dinamakan Kain
Perier yang diimport dari Siam. Kain Pelangi itu digunakan sebagai selendang wanita
pada ketika itu.

Pewarna yang digunakan diperbuat daripada buah kayu arang dan kulit kayu.
Buah kayu arang akan menghasilkan warna hitam.Pewarna yang digunakan untuk
menghasilkan kain pelangi ini terhad kepada warna biru dan hitam sahaja.Walau
bagaimanapun, warna pada kain tersebut cepat luntur. Pada kain pelangi ini juga
terdapat bintik-bintik yang menampakan corak batik.

Pada tahun 1922, berlaku perubahan pada teknik membatik ini, apabila
terciptanya blok-blok kayu yang diukir corak. Blok inilah yang dicelup dalam lilin cair

3
untuk diterap pada kain putih. Pada tahun 1926, mereka telah menggunakan alat
pencelup warna yang dibawa masuk dari Jerman. Ini telah membawa titik perubahan
daalm aspek pengeluaran batik. Penggunaan warna batik tidak lagi terhad tetapi reka
corak batik Indonesia masih lagi mempengaruhi reka corak batik tempatan.
Pengeluaran batik tidak terhad pada selendang sahaja, malah berkembang kepada
pengeluaran kain sarung.

Pekembangan seterusnya ialah teknik menghasilkan batik dengan menggunakan


mesin. Teknik ini dibawa masuk dari Negara Thai melalui usaha yang dilakukan oleh
keluarga Haji Che Su. Disamping itu mulai tahun 1933, cara penghasilan batik stensil
telah diperkenalkan. Perusahaan membatik tidak hanya dipelopori oleh keluarga Haji
Che Su tetapi telah dituruti oleh pekerjanya yang mengembangkan perusahaan
tersebut hingga ke Terengganu dan negenri lain. Penggunaan blok kayu kemudiannya
digantikan dengan blok tembaga. Teknik ini dibawa masuk dari Indonesia. Seterusnya
penggunaan teknik blok telah membawa kepada penemuan batik stensil, iaitu
penggunaan pemidang skrin untuk menghasilkan corak pada kain. Batik stensil dicipta
oleh Mohd Yusof & Company pada tahun 1933.Walaupun perusahaan batik masih lagi
menjadi tunjang ekonomi dan terus berkembang dengan galakan kerajaan,tumpuan
teknik penghasilan batik lebih kepada penggunaan canting untuk menghasilkan batik
lukis. Penggunaan canting dipopularkan oleh angkatan pelukis muda pada tahun
1970an.

Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi seni batik
Malaysia dan luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting di pengaruhi oleh Indonesia
dan bersam-sama dengan kemunculan pewarna baru yang sesuai untuk sutera
mambawa kepada ledakan seni batik tulis di pertengahan 90an. Batik Terengganu
khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun dikatakan
dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, batik Terengganu dan batik Jawa

berbeza malah kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan
corak Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alas an kos menggunakan
blok yang dibawa dari Indonesia.

4
Penggunaan Batik

Penduduk di Negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan


untuk membuat baju , kain sarung atau batik lepas.Sebagai contoh,pakaian seragam
pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam
majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian batik juga digunakan
sebagai hiasan seperti alas meja, cadar , sarung kusyen, tudug kepala, alas televisyen,
dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik
begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia
sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke Negara masing-masing.

Cabaran dalam Industri

Perkembangan batik bergantung kepada beberapa factor dari reka bentuk,


bahan,artisan hinggalah kepada trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut
mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan mutu. Peniruan melambak di
pasaran.Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimport juga
menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa pelindungan kerajaan, kos bahan
mentah yang tinggi, saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada ekstil
import menjuruskan industri ini ke senja.

Masa Depan Batik

Ketahanannya merentas masa adalah factor yang akan meneruskan sejarah batik.
Serinya akan hidup melewati usia industri dan peredaran dunia fesyen akan membawa

5
batik popular kembali. Sejak akhir-akhir ini ada pihak yang bertanggungjawab mula
menegahkan kembali penggunaan batik supaya ia tidak terkubur begitu sahaja.
Allahyarham Tan Sri Endon Mahmud isteri kepada Perdana Menteri Malaysia diakhir-
akhir hayatnya telah kembali mempolopori batik hingga ke peringkat dunia. Lanjutan
dari usaha dan komitmen yang diberi maka kerajaan telah menetapkan penggunaan
batik kepada semua kakitangan awam yang tidak memakai uniform supaya ,memakai
baju batik pada setiap hari Khamis. Demikian, keperluan kepada idea dan kaedah baru
yang amat dirasai.

Usaha mempertingkatkan dan memartabatkan industri batik di Malaysia, ia


dijayakan bersama oleh badan-badan tertentu. Antaranya ialah:~

 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ~ institusi ini bertanggungjawab


membangunkan industri kraf melalui promosi dan pusat kraf.
 Kompleks Kraf,Kuala Lumpur menyediakan maklumat mengenai pelbagai jenis
kraf termasuk batik. Demonstrasi penghasilan batik ditunjukkan dari sehe;ai kain
kosong sehingga terhasilnya batik yang menarik.
 Muzium Negara~ institusi ini yang menyimpan, menjaga dan mengekalkan
hasilan kraf lam auntuk dijadikan sumber rujukan dan penyelidikan.
 Balai Seni Lukis Negara ~ institusi yang menjadi pusat pameran,pusat sumber
barkaitan kraf dan hasilan seni.
 Universiti tempatan ~ institusi yang melatih dan melahirkan tokoh atau
pengusaha kraf dan seni tempatan.

Pada dasarnya setiap institusi ada peranan masing-masing demi untuk terus
memartabatkan batik dimata dunia.

B. PROSES PENGHASILAN BATIK CANTING

 Pengenalan

Batik canting merupakan sejenis batik yang dihasilkan dengan menggunakan

6
sejenis alat yang dinamakan canting. Batik canting mempunyai cirri-ciri yang berlainan
dari segi prosesnya berbanding dengan proses batik blok ( batik cop ), batik pelangi
dan batik stensil.Walau bagaimanapun terdapat sedikit persamaan dengan batik blok
iaitu dari segi kaedah penerapan lilin pada permukaan kain. Penggunaan motif pada
batik canting tidak terbatas. Biasanya batik jenis ini merealisasikan motif seperti
flora,fauna,organic dan geometri.

Batik canting menjadi kegemaran masa kini kerana selain menggunakan bahan-
bahan yang berkualiti, batik canting juga mengenegahkan reka motif serta reka corak
yang tersendiri.

Canting ialah sejenis alat yang digunakan dalam teknik membatk. Canting
diperbuat dengan menggunakan logam tembaga yang dibentuk supaya dapat
menakung cairan lilin panas yang mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu
dan buluh. Canting mempunyai corong atau saluran mengikut saiz yang data digunakan
untuk mengalir cairan lilin panas ke atas permukaan kain.Canting dikatakan berasal
dari Jawa dan mula digunakan pada abad ke 16. Canting direka khusus untuk
mempermudahkan proses batik blok atau batik cop. Canting seterusnya didapati
berfungsi lebih dari itu. Bertolak dari hanya sebagai penyambung garis,canting mula
digunakan untuk melukis corak atau rupa sebagai tambahan kepada corak yang
dihasilkan dari blok batik. Corak atau rupa hiasan tambahan itu dikenali sebagai isen.

Canting juga boleh didapati dalam perbagai saiz dan bentuk. Canting yang
mempunyai corong kasar dapat menghasilkan garis tebal manakala canting yang
mempunyai corong halus dapat menghasilkan garisan yang nipis.

Terdapat juga canting yang telah diubahsuai kepada lebih daripad satu corong.
Ini adalah untuk mempermudsahkan kerja seperti membuat garisan selari menambah
titik-titik dan sebagainya.

Canting mempunyai berbagai bentuk. Canting juga mempunyai saiz-saiz yang

7
tetentu. Canting yang biasa digunakan dalam perusahaan membatik ialah:~

 Canting Periuk
 Canting Kasut
 Canting Dua Corong
 Canting Tiga Corong
 Canting Jawa

Biasanya canting bersaiz halus digunakan untuk kain sutera manakala canting
bersaiz kasar digunakan pada kain benang kasar. ( Kain Kapas )

 Penjagaan Canting

Canting yang digunakan untuk menadah lilin panas untuk disalurkan ke atas
permukaan kain itu selalunya menghadapi masalah tersumbat yang menyebabkan
aliran lilin tersekat. Ini disebabkan lilin kotor kerana terlalu lama digunakan dan
kekurangan bahan tambahan seperti minyak kelapa atau lemak binatang. Kadangkala
disebabkan lilin berkerak. Masalah ini dapat diatasi dengan mellaukan dua cara :~

 Cuci canting dengan mencelupnya ke dalam air panas yang bercampur dengan
bahan Soda Ash ( soda basuh )

 Mengorek crong canting dengan menggunakan dawai halus semasa canting


masih panas. Ini perlu dilakukan secara berhati-hati supaya dawai tidak putus.

Kepala canting biasanya diperbuat daripada kepingan tembaga atau perak.


Logam ini dipilih kerana dapat menahan atau mengekalkan kepanasan lilin. Canting
tidak bioleh direndam dalam lilin panas terlalu lama kerana boleh mencairkan bahan
peteri pada canting yang boleh menyebabkan merekah atau terkopak.

8
 Penyediaan Alat Dalam Proses Batik Canting

 Canting
Merupakan alat yang digunakan dalam teknik membatik. Pemilihan acnting yang
sesuai adalah penting untuk menghasilkan garisan lilin dan titik yang baik.

 Dapur
Terdapat berbagai jenis dapur yang selalu digunakan dalam proses batik canting
seperti :~!
a) Dapur minyak tanah
b) Dapur arang
c) Dapur elektrik
d) Dapur gas

 Periuk
Dalam proses membatik,periuk sangat berguna untuk menadah lilin panas. Logam
yang yang berfungsi menahan panas lilin supaya lambat sejuk sangat sesuai
digunakan. Untuk menjaga ketahanan canting, adalah lebih baik menggunakan periuk
yang diperbuat daripada logam tidak bersalut. Jika logam bersalut digunakan, lama
kelamaan salutan akan larut dan bercampur dengan lilin yang boleh menyebabkan
corong canting tersumbat.

 Bingkai / Pemidang
Bingkai atau pemidang adalah digunakan untuk merentang kain yang akan
diregangkan untuk mencanting. Bingkai biasanya dioerbuat draipada kayu. Terdapat
juga bingkai yang diperbuat dari bahan lain seperti plastic dan besi.

Jenis-jenis Berus
Dalam proses batik canting, berus yang paling ssuai digunakan ialah dari jenis

9
lembut dan berbagai saiz. Berus yang bersaiz kecil digunakan untuk mewarna ruang-
ruang yang kecil dan rumit, manakala berus yang bersaiz besar digunakan untuk
mewarna ruang-ruang luas dan latar belakang.

 Bekas Merebus Kain


Untuk merebus kain, bekas yang diperlukan bergantung kepada kuantiti kain
yang hendak direbus. Bekas kecil sesuai untuk kauntiti kain yang sedikit manakala kuali
yang besar digunakan untuk kuntiti kain yang banyak.

 Penyediaan Bahan

 Lilin
Lilin putih paraffin atau lilin lemak adalah bahan yang sangat penting sebagai
penahan atau penyekat warna dari membolosi ruang lain semasa proses mewarna. Lilin
juga digunakanuntuk menutup warna smasa proses mencelup.

 Minyak Masak
Minyak masak adalah bahan sampingan yang perlu dicampur sedikit ke dalam
campuran lilin dan rozin supaya lilin menjadi lebih lembut dan melancarkan proses
mencanting.

 Sodium Silikat
Sodium silikat atau garam silikat ialah bahan yang digunakan untuk mematikan
warna. Ini bertujuan untuk mengekalkan warna yang disapu pada kain. Bahan ini boleh
digunakan dengan menyapu pada kain atau celupan.

 Kain Putih
Kain yang sesuai untuk batik ialah dari kain kapas dan kain sutera. Kain-kain lain
seperti kain nylon atau polyester boleh juga digunakan tetapi menggunkan warna yang
berlainan. Misalnya kain polyester mesti menggunakan warna polyester.

10
 Rozin
Rozin atau dammar adalah bahan getah yang diperolehi dari sejenis pokok atau
tumbahan yang dinamakan Canarium Secundum dan Carnarium Hirusutun. Rozin
digunakan sebagai bahan campuran lilin khususnya untuk proses membuat corak retak
seribu ( kerana bahan rozin mudah patah atau mudah retak, sesuai untuk menghasilkan
retakan pada kain )

 Pewarna
Pewarna yang biasa digunakan dalam batik canting ialah dari jenis reaktif seperti
Remazol. Pewarna ini dari jenis debu dan warnanya akan kekal dengan tindakan
sodium silikat. Remazol sesuai dengan kain jenis lincin seperti nyalon,polyester dan
lain-lain. Warna dari jenis nepto juga dib=gunakan, tetapi lebih sesuai untuk batik jenis
celupan.

 Soda Ash
Bahan ini juga dipanggil soda basuh. Soda Ash digunakan sebagai bahan
campuran ke dalam air panas yang digunakan untuk merebus kain batik. Ini bertujuan
untuk menanggalkan kesan lilin pada kain

 Proses Membuat Batik Lukis / Tulis

 Langkah Pertama
Pemilihan kain putih yang sesuai sangat mustahak untuk batik terutama kain yang
boleh menyerap warna dan mengekalkanwarna. Untuk batik canting kain yang sesuai
ialah dari jenis sutera. Kain yang hendak d1canting perlu dibasuh terlebih dahulu
supaya bahan kanji atau “ sogo “ pada kain akan hilang. Sekiranya kain tidak dibasuh
akan berlaku kesan sampingan dimana warna yang disapu akan diserap oleh kanji.
Kain yang telah dibasuh tadi hendaklah dijemur hingga betul-betul kering sebelum
decanting. Sekiranya kain yang masih lembab decanting, akan menyebabkan lilin

11
cepat menjadi sejuk dan mungkinmudah patah yang akan mengakibatkan warna
terkeluar apabila proses mewarna dilakukan.

 Langkah Kedua
Meregang kain pada pemidang ada beberapa cara. Kain yang diregang pada
pemidang kayu bmenggunakan staples atau menggunakan klip yang diikat dengan
getah pengikat. Kain diregangkan pada setiap penjuru supaya ianya betul-betul
berkesan semasa mencanting dan mewarna.

Selain darimpemidang kayu, terdapat juga cara lain meregang kain seperti
penggunaan batang besi berlubang, batang papip ‘pvc’ atau kayu yang dipasang paku
supaya senang melekat kain

 Langkah Ketiga
Dalam proses batik canting,lakaran merupakan perkara penting yang akan
menentukan mutu batik yang dihasilkan. Lakaran yang akan dibuat di atas kain putih
tersebut sememangnya telah dibuat terlebih dahulu di atas kertas berdasarkan ilustrasi
sendiri. Bahan yang paling sesuai untuk melakar ialah pensil lilin. Pensil biasa juga
boleh digunakan tetapi apabila selesai proses merebus kesan pensil akan masih
kelihatan.

 Langkah Empat
Untuk menyediakan bahan campuran lilin, beberapa bahan lain perlu disediakan
seperti rozin,minyak masak atau lemak binatang. Kadar campuran ialah lilin ( 50%),
rozin ( 40%) dan minyak masak ( 10 % ) serta sedikit lemak binatang jika perlu.
Sekiranya tiada lemak binatang, sudah memadai dengan minyak masak sahaja. Satu
perkara yang perlu diingat semasa memproses lilin I;Lilin hendaklah selalu ditukar dari
masa ke maasa sekiranya didapati terlalu kotor atau berkerak. Untuk menukar lilin
tersebut, bahagian atas boleh diambil dan dicampur semula dengan lilin dan rozin yang
baru.

 Langkah Kelima

12
Mencanting memerlukan kemahiran. Kemahiran yang dimaksudkan ialah
mengawal pergerakan tangan, mengawal cairan lilin di atas permukaan kain serta
menentukan kesan lilin pada permukaan kain itu tudak putus atau patah. Lilin
hendaklah stabil kepanasannya. Ini penting kerana lilin yang terlalu panas akan
menyebabkan garisan canting akan mengembang dan terhasil garisan-garisan kasar.

Kain yang telah decanting perlulah disemak terlebih dahulu sebelum


diwarnakan.Ini untuk menentukan semua garisan lilin tersebut tidak rosak. Satu ujian
untuk menentukan garisan lilin tidak patah atau putus-putus iaitu dengan mencubanya
dengan menggunakan air sahaja. Mencanting juga perlu kepada kemahiran yang betul
melakukannya. Menarik canting lebih baik dari menolaknya ke depan. Canting yang
digerakkan secara menaik akan melancarkan kerja-kerja mencanting tetapi bila canting
ditolak akan menyebabkan pergerakan tersekat-sekat.

 Langkah Keenam
Mewarna kain batik adalah sama dengan mewarna lukisan biasa. Ianya sangat
memerlukan kesabaran dan ketelitian. Warna yang disapu pada akain akan bergerak
dengan cepat kerana warna yang digunakan adalah cair. Semasa mewarna juga perlu
diberi perhatian kepada tempat yang hendak diwarnakan. Sekiranya penyembung
warna dibiarkan lama maka kesan berelau akan kelihatan.

Semasa mewarna juga perlu mengambil berat tentang berus yang digunakan.
Berus hendaklah dikhaskan untuk setiap warna. Jika digunakan berus yang sama
untuk semua waerna , mungkin hasilnya kurang memuaskan. Memulakan proses
mewarna sebaik sahaja membuat pemilihan warna yang betul dan sesuai pada motif
atau corak serta latar belakang kain. Tentukan juga pelbagai teknik mewarna digunakan

13
sepenuhnya supaya batik yang dihasilkan berkualiti tinggi. Gunakan kaedah
penyediaan warna yang betul, gunakan air suam untuk membancuh warna. Kain yang
telah siap diwarnakan hendaklah dibiarkan kering sebelum dijemur panas matahari
untuk beberapa minit.

 Langkah Ketujuh
Mematikan warna ialah mengekalkan warn apada kain batik. Untuk proses ini
bahan yang diperlukan ialah Sodium Silikat. Dua kaedah yang digunakan untuk proses
ini iaitu dengan cara mencelup kain yang telah diwarnakan ke dalam bekas berisi
bahan Silikat tersebut dan satu kaedah lagi dengan cara menyapu bahan tersebut
dengan menggunakan berus atau tangan ke atas permukaan kain sehingga betul-betul
rata.
Kain yang telah dicelup atau direndam sodium silikat tidak boleh dibiarkan terlalu
lama. Bahan tersebut apabila terlalu kering akan menyebabkan sukar untuk
ditanggalkan dari kain walaupun telah direbus. Kemungkinan besar kain akan menjadi
reput dan mudah koyak.

 Langkah Kelapan
Kain batik yang telah cukup tempoh ‘ mematikan warna” boleh direbus dengan
cara-cara tertentu. Merebus kain bertujuan untuk menanggalkan kesan lilin dan juga
warna. Ada dua cara untuk proses ini :~

1) membasuh terlebih dahulu supaya kesan warna dapat ditanggalkan. Selepas


itu barulah direbus dan dijemur.
2) Merebus kain terlebih dahulu barulah dibasuh untuk menanggalkan kesan
warna. Kain yang dibasuh setelah direbus hendaklah betul-betul bersih
sehingga semua kesan warna tidak melekat pada kain, barulah boleh dijemur.
Merebus kain adalah dengan menggunakan air panas yang telah dicampur
dengan bahan penanggal lilin iaitu Soda Ash. Soda Ash dimasukkan sedikit semasa air
panas mendidih. Kain yang telah direbus hendaklah segera dibasuh dan dibilas bersih.

14
Kesan warna yang bercampur dengan air panas boleh melekat pada kain lain yang
akan direbus seterusnya. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara berhati-hati semasa
melakukan kerja. Kain yang tidak cukup tempoh mematikan warna akan luntur
warnanya setelah direbus.

 Langkah Kesembilan
Kain yang telah direbus atau dibasuh sehingga betul-betul bersih dari kesan warna
hendaklah dijemur dibawah panas matahari secara hamparan terlebih dahulu sebelum
disidai. Menjemur kain secara hamparan boleh mengawal kesan warna yang masih ada
pada kain dari menjangkiti ruang lain sehingga boleh merosakkan kain tersebut.. Perlu
diingatkan bahawa kain yang hendak dijemur mestilah direndam dalam air garam
beberapa minit untuk melembutkan dan mewangikan kain tersebut, gunakan pelembut
kain soflan.
Kain batik yang sudah kering perlu diseterika ( digosok ) sebelum digunakan. Kain
batik yang telah dijadikan pakaian perlu dijaga semasa membasuh dan menjemurnya.
Basuh pakaian batik yang bermutu itu dengan sabun dari jenis lembut dan jangan
selalu dijemur pada panas matahari, sebaliknya ditempat redup dan berangin.

C. PENJELASAN FALSAFAH ,TUJUAN DAN FUNGSI BATIK DIHASILKAN

Dalam Rukun Negara kita ada dijelaskan bahawa Negara kita mendukung cita-
cita hendak mencapai perpaduan yang erat dikalangan seluruh masyarakat disamping
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai –bagai corak. Falsafah Pendidikan Seni Visual sendiri memberi penekanan
kepada nilai murni dan semangat patriotic bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu menekankan


pelahiran pelajar-pelajar yang bertujuan membentuk berkeperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya kesenian. PSV bertujuan memberi peluang kepada murid-
murid memupuk minat,memoerkembangkan keperibadian,memberi kesedaran dan
kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.

15
Sukatan pelajaran PSV menekankan beberapa bidang yang perlu dikuasai
termasuklah mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni adalah untuk
memperkembangkan dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai
asas bagi menggalakkan pemikiran kreatif dan kristis.Dengan mempelajari PSV murid
akan menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran seperti mempelajari kraf
tradisional. Jika tajuk ini tidak diterapkan dalam sukatan PSV sudah pastilah nilai-nilai
seni yang terdapat dalam kraf tradisional kita terutama batik akan lenyap begitu juga.
Bila tajuk ini diwajibkan maka secara tidak lansung murid-murid akan belajar mengenali
batik dan seterusnya menyanjung nilai-nilai seni yang terdapat dalam pembuatan batik.
Remaja kini kurang berminat dengan kraftradisional lama kelamaan ia akan hilang
ditelan zaman sedangkan seni itu adalah sesuatu kazanah warisan yang amat
berharga.

Dengan mempelajari bidang kraf tradisional akan memberi kesedaran tentang


adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam tabah air. Kegiatan kraf tradisional
memperkenalkan fungsi proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan
hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap
bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi,lakonan,nyanyian dan cerita.

Melalui kaedah begini saja lah kita boleh menyerlah kembali industri batik
Malaysia yang kian lama kemalapan. Allahyarham Datin Paduka Sri Endon Mahmud
isteri Perdana Menteri Malaysia melalui Pertubuhan Penyanyang telah menghidupakan
kembali industri batik hingga ke luar Negara. Impak usaha begitu luas sekali dan rata-
rata…daripada pembatik-pembatik Pantai Timur sehinggalaj pereka-pereka fesyen
yang terlibat dalam industri ini, mengalu-alukan usaha beliau itu.

16
Pergerakan itu yang merangkumi carnival batik di pusat-pusat membeli belah
terkemuka yang disusuli pula dengan pertandingan ciptan batik yang warna-warni telah
membawa kepada sebuah piala perebutan, iaitu Piala Seri ENdon dengan hadiah wang
tunai yang lumayan. Ternyata usaha ini membawa batik Malaysia ke suatu paras bahu
yang lebih tinggi yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Pengeluaran batik tempatan
dengan serta merta melonjak naik. Ini amat besar ertinya kepada pembatik-pembatik
Malaysia. Strategi yang dilaksanakan dalam pergerakan batik ini amat komprehensif
sekali dan adalah hasil pemikiran secara serious yang turut mengambil kira pandangan
merek ayang terlibat dalam industri ini.

Usaha ini tidak berakhir di sini sahaja. Matlamat yang lebih besar ialah untuk
membawa batik Malaysia ke persada antarabangsa dan menjadikan Negara kita
sebagai pusat batik sedunia.

D) UNSUR-UNSUR DAN PRINSIP SENI YANG TERDAPAT PADA BATIK.

 Motif Batik
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau
menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu motif
organic dan motif geometric, motif organic berunsurkan alam semulajadi seperti awan
larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan.

 Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan merupakan motif yang paling digemari. Antara motif flora yang
digunakan ialah pucuk rebung, bunga kenanga,cempaka,melur,bunga matahari dan
lain-lain. Bunga ,pucuk,kudup,putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta
dipelbagaikan dalam corak yang menarik

 Motif Fauna
Sumber fauna dilakar mengikut kreativiti berdasarkan haiwan laut,darat dan

17
udsara.Antaranya ialah ikan,obor-obor,ayam,itik dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun
motif manusia jarang digunakan.

 Motif Geometri
Bentuk geogmetri digubah dalam pelbagai variasi seperti perulangan motif dan
menghasilkan corak yang menarik. Antara motif geogmetri ialah manipulasi bentuk
bulat,segitiga,segiempat,kon dan lain-lain lagi.

 Motif Benda
Corak yang diolah daripada benda-benda seperti jarring ikan, wau, watak wayang
kulit dan sebagainya.

 Motif Abstrak
Corak abstrak diolah mengikut kreativiti dan imaginasi pelukis,walaupun
kadangkala sukar ditafsirkan tetapi hasilnya tetap menarik.

 Motif Gabungan
Corak gabungan terhasil daripada gabungan dua atau lebih motif diatas.

 Motif Pengisian Atau Isen


Isen ialah motif pengisian yang melatari dan bertaburan di sekeliling motif utama.
Titik-titik juga digunakan pada bahagian latar belakang. Antara jenis isen yang
digunakan ialah :~
 Ada-ada
 Berangan ( pecah berserakah )
 Blarak sahirit
 Cacah gari
 Cantel dan banyak lagi.

18
 Susunan Reka Corak Motif
Susunan dan reka corak motif disesuaikan mengikut reka letak dan kedudukannya
pada kain. Susunan reka corak motif biasanya digunakan ialah:~

a) bahagian badan selalunya dihiasi dengan motif penuh seperti bunga tunggal
yang membentuk corak,pohonan bunga dan motif lain yang lebih bebas. Motif-motif ini
sering disatukan bentuknya dengan bahagian lain badan kain dengan motif seperti
keluk berbunga,keluk berlingkar,lengkungan separuh bulat dan motif pinggir awan.

b) bagi susunan menyerong,selalunya motif yang digunakan ialah parang


rusak,banji dan pilin berganda

c) untuk bahagian kepala kain,pilihan utama ialah motif pucuk rebung

d) bebrapa susunan motif lain pada kain termasuk susunan berdiri,berjalur,catur


atau dam,kisi-kisi, melintang,menyeluruh,serong,tompok-tompok atau bertabur, ulangan
selang dan ulangan batu-bata.

E) PELAPORAN

Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan
berkesan. Tidak semua guru boleh menjadi guru yang baik, seseorang guru perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidang yang akan
diajarnya. Seorang guru perlu mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran
yang akan diajarnya disamping ia perlu mempamerkan keyakinan diri dalam perkara
yang hendak diajar. Walaubagaimanapun tanpa bahan bantu mengajar pengajarannya
menjadi hambar kerana tiada ada satu tarikan untuk murid memberi seratus peratus
tumpuan terdapat pengajaranya. Impak dari situ maka bahan bantu mengajar adalah
satu keperluan yang amat penting untuk mengukuhkan lagi pengetahuan murid lebih-
lebih lagi jika apa yang ingin kita ajari tiada dipersekitran murid tersebut.

19
Sebagai contoh dalam pengajaran PSV kita ingin mengajar membuat batik kepada
murid-murid di Bandar yang tidak pernah mengenali apa itu batik. Pengajaran akan
menjadi amat sukar kerana apa yang diterang oleh guru tidak dapat mereka gambarkan
kerana mereka tidak biasa dengan batik, lama kelamaan murid-murid akan jemu
dengan pelajaran ini kerana ia diluar pengetahuan am mereka. Alangkah bagusnya jika
penerangan guru disusuli dengan tayangan atau apa-apa jua bahan Bantu mengajar
yang boleh membuka minda mereka seterusnya mengaitkan dengan pengalaman sedia
ada mereka. Dari buku skrap yang guru sediakan maka murid-murid ini boleh melihat
bahan-bahan yang diperlukan untuk membatik, kaedah-kaedah membatik dan
seterusnya apa yang dimaksudkan dengan membatik. Minat mereka boleh tumbuh
disini kerana ia sebenarnya amat menarik. Pengajaran menjadi lebih menarik kerana
murid faham tentang apa yang mereka akan pelajari.

Sebagai seorang guru yang berkesan ia perlu bijak dalam pemilihan yang sesuai
dan relevan dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
mengukuhkan pemahaman dan pengalaman tampak kepada murid.Pemahaman secara
“ first hand” dan bersifat konkrit dalam mindanya menjadikan suatu input yang
bermakna dan pelajar akan teransang kea rah penguasaan ilmu secara sistematik
Sebelum memilih atau membuat alat Bantu mengajar guru tersebut perlu peka kepada
beberapa perkara yang menjadi pokok pemilihan alat bantu mengajar. Antara criteria
alat bantu mengajar yang baik dan bermutu ialah :~

 berkaitan dengan tajuk pelajaran ~ jangan mengajar batik diberi alat


Bantu mengajar kaedah membuat tembikar.
 sesuai dengan jenis aktiviti yang dirancang ~ guru merancang membuat
membuat lukisan capan maka guru perlu maklumkan bahan-bahan capan yang perlu
dibawa sepeti kentang,belimbng,pelepah pisang dan sebagainya.
 sesuai dengan saiz kumpulan yang diajar samasa kumpulan yang kecil
atau kumpulan yang besar ~ merancang terlebih dahulu sesuaikan dengan alat bantu
mengajar yang ada.
 sesuai dengan lokasi pengajaran dan pembelajaran ~ membatik tidak
sesuai dilakukan dalam kelas keran ia satu aktiviti yang bermain dengan warna maka

20
lokasi yang sesuiaialah bilik seni atau tempat yang lebih lapang .
 sesuai dengan latar belakang pelajar ~ jika pelajar berasal dari kawasan
kampung mereka lebih mengenali kain batik dari baju batik, tapi jika murid di bandar
mereka lebih mengenali baju batikl dari kain batik ( kain sarung )

Jika ciri-ciri tersebut diberi perhatian sebelum menghasilkan alat Bantu


mengajar sudah semestinyalah bahan yang dihasilkan benar-benar berfaedah kepada
murid.

Untuk menarik minat murid mengikut proses pengajaran yang guru lakukan bahan
Bantu mengajar yang hendak disediakan mestilah menarik. Apa yang dimaksudkan
dengan menarik. Sesuatu alat Bantu mengajar perlu ada beberapa cirri yang
disenaraikan dibawah ini yang boleh membantu melincinkan pengajaran guru dan
objektif yang dirancang tercapai. Antara ciri – ciri alat Bantu mengajar yang baik dan
bermutu ialah :~
a) berwarna warni ~ alat Bantu mengajar mestilah berwarna warni untuk
menarik minat murid melihat apa yang kita pamerkan.
b) besar dan sesuai dengan tahap murid ~ bahan yang disediakan mestilah
besar jika ada huruf didalamnya huruf tersebut mestilah besar. Contohnya jika guru
ingin menunjuk contoh batik maka bawalah kain batik yang besar supa murid boleh
melihat dengan jelas.
c) audio ~ adakah unsur-unsur bunyi supaya lebih menarik
d) sesuai dengan tahap murid ~ bahan yang disediakan sesuai dengan
umur murid, murid tahun satu tidak sesuai ditujuk gambar mengecap batik tapi mereka
boleh mengecap dengan ubi kentang atau pelepah pisang
e) adakah bahan yang disediakan boleh membantu guru capai objektif
pengajaran
f) bahan yang disediakan boleh melaksnakan kaedah pengajaran yang
dirancang

21
g) jika menggunakan bahan pandang dengar pastikan suara dan bahasa
yang digunakan jelas dan murid mudah faham.
h) bahan sebenar ~ lebih baik tujuk bahan sebenar jika ia boleh dibawa
contohnya wau( layang-layang ) daripada melihat dari gambar.

F) KESIMPULAN

Dalam kerja kursus ini saya memilih membuat folio berkaitan dengan “
Mencanting Batik “. Folio ialah koleksi kerja yang menunjukkan perkembangan sesuatu
peristiwa atau proses dalam satu tempoh waktu. Folio saya lebih kepada buku
bergambar yang menceritakan dari sejarah perkembangan batik hinggalah kepada
proses pembuatan batik serta masa depan batik. Penghasilan folio ini telah membina
kebolehan saya untuk memahami,merumus dan menghasilkan buah fikiran saya
tentang mencanting batik. Selama ini saya “Zero Batik “, tetapi setelah saya
mengadakan dua kali ke KIlang “ Nia Batik” di Kampung Che Bema Sungai Layar telah
membuka minda saya apa itu yang dimaksudkan dengan mencanting batik. Kerjasama
dan maklukmat-maklumat yang diperolehi dari pekerja-pekerja di sana telah membuat
saya Berjaya menghasilkan sebuah folio yang agak lengkap dan padat isinya. Jika
sesorang itu tidak faham apa itu “mencanting batik” ia akan lebih jelas bila menyelak
helai demi helai folio saya.

Selepas menjalankan kajian terhadap mencanting batik timbul satu perasaan


bangga kerana kita mempunyai kazanah seni yang banyak yang perlu kita ketengahkan
kepada masyarakat antarabangsa. Walaupun Russia dan Amerika telah menjelajah ke
angkasa lepas tetapi mereka buta tentang batik yang begitu halus seninya. Kemahiran
membuat lakaran diatas kain dan mewarna bukan ada pada semua orang.

22
Beruntunglah kepada mereka yang dianugerahi kemahiran itu.

Saya harap dengan terhasilnya folio ini akan memberi manafaat kepada sesiapa
sahaja yang berminat untuk mencuba membuat batik ataupun menambah ilmu
berkaitan dengan membatik. Insyaallah.

23

Anda mungkin juga menyukai