Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUGASAN KERJA KURSUS

TAJUK PROGRAM : PGSR NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : PSK3102 SEMESTER : 5


Teori Pembelajaran, Sumber dan
Penilaian dalam Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan

TARIKH MULA 20. 01. 2011 TARIKH HANTAR 20. 03 . 2011

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Melaksanakan peranan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)
dengan berkesan
2. Menyediakan rancangan pengajaran harian Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan PSK mengikut format yang ditetapkan
3. Mengenalpasti pelbagai jenis sumber pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan
4. Menghasilkan sumber dan menjelaskan cara penggunaanya dalam
melaksanakan Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
5. Mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam strategi pengajaran dan pembelajaran

Kerja Kursus ini bagi menilai:


1. Maklumat pelbagai sumber dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
2. Cara penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
3. Nilai-nilai murni dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Kerja Kursus
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1. Melaksanakan pelabagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran.
2. Menghuraikan teori-teori pengajaran dan pembelajaran PSV
3. Menyediakan RPH bagi tahap 1 dan 2 dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni
dalam pengajaran.
4. Menyediakan contoh-contoh ABM yang bersesuaian RPH yang disediakan.

Tajuk Projek (50%)

Pengajaran yang berkesan didorong oleh guru yang berjaya menyediakan sumber
dan mengaplikasikan dengan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai.

Sub Tugasan

1. Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar dikehendaki menghasilkan kajian yang


mendalam mengenai:
a. Jenis-jenis sumber dan tujuan
b. cara menghasilkan sumber kreatif dan inovatif
c. Penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan.

2. Menyediakan RPH yang menunjukkan penggunaan sumber yang sesuai bagi


tema-tema dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah rendah/
menengah.

3. contoh-contoh ABM disertakan dalam lampiran yang berasiz A4,


( gambar digunakan bagi ABM yang bersaiz besar) dan bahan ICT dilampirkan
dalam CD.

4. Berdasarkan RPH yang telah dibina, anda dikehendaki menyediakan power


point untuk pembentangan. ( sertakan dalam CD dan cetak )

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1. Tugasan ini adalah tugasan individu @ dua orang.

2. Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk (visual (grafik), ICT


dan gambar foto).
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :
i. Fon Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Lampiran
4. Susunan laporan seperti berikut : Kandungan, biodata, penghargaan,
RPH, isi (penerangan/kepentingan/pengunaan tentang sumber /ABM yang
digunakan), rujukan dan power point.
5. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat

6. Sertakan CD yang mesra pengguna ( mengadungi semua maklumat yang


dihantar secara teratur)
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan
8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :
i. Pemahaman yang mendalam berkaitan sumber untuk Pendidikan
Sivik dan Kewargaganegaraan.
ii. Penghasilan sumber yang kreatif dan inovatif serta menjelaskan
cara penggunaan berseuaian dengan kaedah-kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dipilih.
ii. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah
dikemukakan
iii. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan
sokongan ilmiah
iv. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan coheren

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.


Markah akan diberi secara kerja kumpulan berdasarkan kepada sub tugasan 1.

Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh

_______________________
( Nama Pensyarah )

Anda mungkin juga menyukai