Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI KURSUS BINA INSAN GURU DI

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA

Kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk semester dua PISMP 2009 telah berjalan
dengan jayanya hasil kerjasama semua guru pelatih kursus Matematik ambilan PISMP
2009 dengan pihak pentadbiran institut dan juga pihak sekolah walaupun terdapat
beberapa halangan dan dugaan yang terpaksa diharungi bersama. Kursus ini dijalankan
di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata di Cameron Highlands pada 1 hingga 3 Oktober
2009. Di sini terbinanya sifat yang baik di kalangan guru pelatih dalam menguruskan
sesuatu organisasi atau sebuah badan untuk dijadikan bekalan apabila berkhimat di
sekolah suatu hari nanti.

Kursus untuk semester ini menfokuskan khidmat masyarakat dan seminar atau
bengkel yang meliputi masa selama 10 jam. Ahli komuniti perlu merancang dan
berbincang untuk menyusun jadual atau aktiviti yang sepatutnya dijalankan. Pada hari
pertama di sekolah tersebut kami semua menghadiri satu seminar yang disampaikan
sendiri oleh guru besar sekolah tersebut.

Sebelum menghadiri seminar tersebut, kami semua disambut dengan baik walapun
tidak semeriah menyambut orang kenamaan oleh wakil pihak sekolah dan menikmati
sedikit juadah pagi di kantin sekolah. Lokasi sekolah yang berdekatan dengan Pajabat
Pendidikan Daerah Tanah Tinggi memudahkan lagi urusan pentadbiran. Terdapat
beberapa buah sekolah lain yang turut terletak berhampiran dengan sekolah tersebut.
Selain itu terdapat beberapa bangunan yang masih dalam pembinaan bersebelahan
dengan sekolah.

Antara isi kandungan yang terdapat dalam seminar yang telah saya ikuti adalah
berkenaan dengan teori pembelajaran dan pengajaran yang amatlah memberi banyak
faedah kepada diri saya sendiri sebagai bekalan ilmu untuk menjadi guru kelak.

Tugas utama sebagai seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja
harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi
mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza
dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi
memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai


urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.
Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh
pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para
pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti


yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti
harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Justeru itu, dengan pengisian ilmu sebegini, minda saya terbuka dengan lebih jelas
lagi dan bertambah ilmu di dada. Sebagai seorang guru, saya juga bertanggungjawab ke
atas generasi akan datang perlu mengkhabarkan dan mendidik mereka supaya menjadi
manusia yang bertanggungjawab kepada nusa, bangsa dan agama.

KEKUATAN

Apabila detik pertama saya melangkah masuk ke sekolah ini saya berasa kagum
dengan suasana dan persekitaran sekolah yang ceria dan tenang. Terasa sejuk mata
memandang keindahan landskapnya . Padangannya yang menghijau dengan tumbuhan –
tumbuhan renek menghiasi persekitaran sekolah memikat hati siapa sahaja yang
memandangnya.

Daripada pengamatan yang dibuat , kami dapati sekolah ini sungguh ceria dengan
landskapnya dan amat sesuai sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan. Guru yang
dihantar mengajar atau berkhidmat di sana pasti berasa bertuah dan terus jatuh cinta
terhadapnya. Pertama , jika dilihat dari pintu depannya sahaja kita sudah dapat melihat
pemandangan sekolah yang ceria jika dibandingkan dengan sekolah lain. Dengan
pemandangan yang indah dengan lanskap yang dihiasi dengan tumbuhan – tumbuhan
renek di sepanjang laluan masuk yang sudah tentunya memukau sesiapa sahaja melalui
kawasan ini .

Seterusnya, kawasan sekolah yang tidak begitu luas memudahkan pihak


pengurusan sekolah untuk menguruskannya tanpa banyak halangan. Asrama pelajar dan
rumah untuk guru turut disediakan untuk kemudahan pelajar dan guru. Pelajar yang
memohon dan terpilih sahaja yang dapat mendiami asrama yang ditangung sepenuhnya
oleh kerajaan. Setiap dinding sekolah yang dicat dan dilukis dengan lukisan dan lakaran
yang menarik menceriakan lagi suasana sekolah. Terdapat juga satu sudut yang
mempunyai kolam ikan perhiasan yang dibina dengan rekaan seolah-olah berada dalam
hutan hujan tropika. Pelajar boleh meluangkan masa rehat meraka sambil mengulang kaji
pelajaran dan berbincang sesama mereka di atas bangku yang disediakan berhampiran
dengan kolam ikan tersebut.

Ahli komuniti yang bertangunjawab menguruskan kursus ini telah mengaturkan


aktiviti khidmat masyarakat iaitu aktiviti gotong-royong dan kelas tambahan untuk pelajar.
Aktiviti pertama iaitu gotong-roying terpaksa ditukar kepada aktiviti melukis dan mengecat
mural dinding kantin sekolah terbabit kerana hujan turun dengan lebat. Keputusan ini
diambil sebulat suara dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah. Aktiviti ini dilakukan
pada waktu petang di hari pertama saya berada di sekolah itu. Terdapat kumpulan pelajar
yang membersihkan kawasan kantin dan membuat lukisan pada dinding. Ini menimbulkan
kerjasama antara ahli komuniti. Aktiviti ini terpaksa disambung pada hari kedua kerana
kesuntukan masa.

Aktiviti lain yang turut diatur adalah mengadakan kelas tambahan untuk pelajar
tahun lima dan empat yang memfokuskan subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Aktiviti
ini dijalankan pada hari kedua saya berada di sana.Kumpulan guru pelatih dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang mengajar subjek Matematik dan kumpulan
yang mengajar subjek Bahasa Inggeris. Masa yang dihadkan selama sejam setiap sesi
dan akan bertukar secara selang seli.

Selain daripada itu, kami juga mengambil kesempatan semasa berada di sana
dengan melawat tempat-tempat yang menarik seperti ladang teh, ladang strawberi dan
pasar malam. Cameron Highlands sememangnya terkenal dengan penghasilan sayuran
yang segar dan bunga-bungaan yang cantik dan menarik. Harga yang ditawarkan murah
dan boleh tawar-menawar.

Dari segi penginapan pula boleh dikatakan selesa dan menyenangkan. Kami
tinggal di apartment yang terletak di atas bukit yang indah. Kelengkapan yang terdapat
dalam bilik mencukupi seperti dapur gas, peti ais, tandas, dan katil. Cuaca di sana
amatlah sejuk dan memerlukan selimut yang tebal untuk menahan kesejukan lebih-lebih
lagi apabila cuaca hujan. Sejuk boleh sampai mengigil satu badan. Ini adalah pertama kali
di Cameron Highland.

Makanan yang disediakan selama berada di sana saya rasa amat puas hati dan
mencukupi. Menu yang disediakan memenuhi selera dan lazat sekali. Tidak pula timbul
makanan tidak mencukupi dan komen-komen daripada guru pelatih yang lain. Tetapi
makanan hanya disediakan untuk sehari sahaja manakala selebihnya perlu mengeluarkan
duit poket sendiri.

KELEMAHAN

Kelemahan yang dapat saya nyatakan semasa BIG ini adalah masalah disiplin
antara kalangan guru-guru pelatih yang masih mengambil ringan dan sambil lewa. Masih
lagi terdapat guru pelatih yang tidak memberi perhatian sepenuhnya ketika sesi
penerangan yang disampaikan oelh ketua rombongan.

Selain itu terdapat juga guru pelatih tidak menepati masa yang ditetapkan dan ini
menyebabkan banyak masa terbuang dengan begitu sahaja. Hendak dimarah nanti terasa
hati dan merajuk. Mengalahkan budak-budak walaupun pada hakikatnya dapat
membezakan yang mana baik dan buruk. Terdapat juga segelintir guru pelatih yang tidak
berpakaian sebagaimana yang ditetapkan semasa taklimat dan menunjukkan imej yang
tidak baik dalam profesyen perguruan.

Pergaulan yang boleh dikatakan bebas juga tanpa kawalan merupakan salah satu
kelemahan dan ini boleh dibaiki. Bergantung kepada individu untuk mengubahkannya dan
menjauhinya walaupun berjuta nasihat diberi ibarat mencurah air ke atas daun keladi
PENUTUP

Sesungguhnya, melalui program Bina Insan Guru ( penanda arasan ) yang


dijalankan pada kali ini terdapat begitu banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
berjaya kami perolehi dan ianya amat berguna untuk kami pada masa hadapan kelak.
Sesungguhnya pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk program
seterusnya dan menjadikannya lebih baik dan mantap dari pelbagai aspek.

NIK MUHAMMAD AIMAN BIN NIK ASBULLAH


PISMP-2MTED2
20 OKTOBER 2009