119kajian Kes - Psiko

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

KAJIAN KES 1

BIODATA

BIL PERKARA BUTIRAN


1. NAMA MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAZMAN
2. KELAS 5 CEMPAKA
3. SEKOLAH SK. SUNGAI BINJAI,MERU
4. TARIKH LAHIR 16.8.1997
5. TEMPAT LAHIR KUALA SELANGOR
6. NO. SURAT BERANAK AG 59756
7. NAMA BAPA RAZMAN BIN ABD RAHMAN
8 PEKERJAAN BAPA PEGAWAI PENGUATKUASA MPPJ
9 NAMA IBU RAMZILA BT MAD SOOM
10 PEKERJAAN IBU KERANI SWASTA
11 ALAMAT 22,JLN MERU INDAH 4, TMN MERU INDAH
12 BILANGAN ADIK- 2 ORANG
BERADIK
12 BILANGAN ANAK YANG 2 ORANG
BERSEKOLAH

Muhammad Firdaus merupakan pelajar Tahun 5. Dia merupakan seorang


pelajar yang pendiam. Walaupun begitu, dia amat disenangi oleh gurunya
kerana dia merupakan seorang pelajar yang bijak dan mempunyai perwatakan
yang menarik dan kemas. Ini kerana dia sentiasa menjaga kebersihan dirinya,
tambahan pula dia merupakan salah seorang pengawas di sekolah.

Dia hanya mempunyai seorang kakak yang masih menuntut dalam


tingkatan 3 dan dia adalah anak kedua dalam keluarga. Ayahnya merupakan
seorang penguatkuasa kerajaan dan ibunya merupakan seorang kerani dalam
syarikat swasta. Memandangkan kedua orang tuanya adalah orang yang
berpelajaran tinggi tidak hairanlah dia dan kakaknya merupakan pelajar bijak di
sekolah mereka. Rutin kehidupannya sama setiap hari iaitu ibu dan bapanya
keluar bekerja pada awal pagi dan balik pada waktu malam. Manakala dia dan
kakaknya keluar ke sekolah dan balik lebih kurang pada pukul 2.00 petang.
Walaupun dia dibesarkan dalam kehidupan yang agak mewah namun dia masih
berasa bosan. Dia amat tidak suka dengan sikap kakaknya yang suka
berpesiran dengan teman lelaki yang juga pelajar di sekolahnya. Kedua ibu
bapanya tidak mengetahui hal ini. Dia tidak pernah menceritakan perkara ini
kepada kedua ibu bapa kerana tidak mahu melihat mereka bersedih.
Mengikut Hirarki Keperluan Maslow, pelajar ini telah memehui peringkat
“Physiological Need”. Contohnya dari keperluan asas telah disediakan oleh
orang tuanya. Sebelum keluar bekekerja ibunya sentiasa memastikan makanan
untuk anaknya tersedia. Pakaian anaknya sentiasa kemas dan bersih.
Persekitaran rumah sentiasa dikemas kini. . Di peringkat “Safety Need” , ibu
dan bapanya sentiasa memastikan anaknya berada dalam keadaan yang
selamat dan selesa. Sebagai contoh, kedua orang tuanya telaah membelikan
telefon bimbit untuk anaknya bagi memastikan di mana anaknya dapat
dihubungi. Walaupun di peringkat “Esteem Needs” pelajar ini di hormati di
sekolah kerana dia merupakan ketua pengawas di sekolahnya tetapi di
peringkat “Belonging Needs” dia masih rasa kekurangan. Walaupun segala
keperluan hidupnya dipenuhi tetapi dia masih berasa kekurangan dari segi kasih
sayang. Oleh sebab itu dia selalu mengisi masa lapang bersama kawan-
kawannya dan buku-buku sekolahnya.

Kesimpulannya untuk melengkapi tahap “Belonging Needs” kedua ibu


bapanya sepatutnya melapangkan masa contohnya pada hujung minggu atau
semasa cuti sekolah untuk bersama anaknya dengan lebih berkualiti supaya
mereka tidak merasa kesunyian dan disisihkan oleh kesibukan kedua ibu
bapanya dengan kerja di pejabat.

KAJIAN KES 2
BIODATA
BIL PERKARA BUTIRAN
1. NAMA AMY SHALIZA BT ABD MAJID
2. KELAS 3 SEROJA
3. SEKOLAH SK. SUNGAI BINJAI,MERU
4. TARIKH LAHIR 17.5 1999
5. TEMPAT LAHIR MERU, KLANG
6. NO. SURAT BERANAK AK 61861
7. NAMA BAPA ABD MAJID BIN MOHD SALLEH
8 PEKERJAAN BAPA EKSEKUTIF SYARIKAT SWASTA
9 NAMA IBU HALIMAH BT TAHIR
10 PEKERJAAN IBU SETIAUSAHA SYARIKAT SWASTA
11 ALAMAT 21, JLN RESTU 2, TMN SRI PUTRI, MERU
12 BILANGAN ADIK- 2 ORANG
BERADIK
12 BILANGAN ANAK YANG SEORANG
BERSEKOLAH

Amy Shaliza merupakan salah seorang pelajar dalam kelas 3 Seroja. Dia
boleh dikategorikan sebagai seorang pelajar yang comel, periang, bijak dalam
akademik. Setiap kerja sekolah yang diberikan sentiasa disiapkan. Dia
merupakan pelajar yang amat disenangi oleh setiap guru mata pelajaran yang
mengajar kelasnya.

Amy Shaliza berasal dari Klang, Selangor, merupakan anak pertama


dalam keluarganya. Dia mempunyai seorang adik perempuan yang berumur
lingkungan 3 tahun. Ayahnya bekerja sebagai seorang eksekutif di salah sebuah
syarikat swasta manakala ibunya merupakan seorang setiausaha di syarikat
swasta. Amy Shaliza adalah seorang pelajar saya yang suka menceritakan
aktiviti hariannya kepada saya. Pada suatu hari dia memberitahu saya yang dia
berasa sangat benci, bosan dan takut. Saya memintanya untuk meluahkan
perasaan di atas sehelai kertas yang saya berikan. Di atas kertas tersebut dia
telah melukis beberapa simbol yang melambangkan sesuatu. Setelah itu dia
menerangkan maksud lukisannya kepada saya. Setelah seminggu dia berbuat
demikian,akhir saya dapat mengetahui masalah yang dihadapai oleh pelajar
saya ini.
Dalam ceritanya, saya mendapati dia telah diperalatkan oleh pembantu
rumah yang merupakan seorang warga Indonesia untuk melakukan segala kerja
rumah semasa ketiadaan ibu dan bapanya. Walau bagaimanapun dia tidak
berani untuk menceritakan perkara yang berlaku kepada kedua ibu bapanya.
kerana dia telah diancam oleh pembantu rumah tersebut. Tambahan pula
ibunya yang selalu memarahinya walaupun kesalahan itu dilakukan oleh
adiknya. Berbeza pula dengan sikap bapanya yang memahami masalah yang
dihadapi oleh Amy Shaliza. Hal ini saya ketahui apabila dia meminta saya
supaya merahsiakan perkara yang berlaku dari pengetahuan semua orang
kecuali bapanya.

Setelah berbincang dengan guru besar, saya mengambil keputusan


untuk berbincang dengan kedua ibubapanya. Setelah mengetahui perkara yang
berlaku, ibunya masih tidak percaya dan memberi banyak alasan untuk tidak
menyebelahi anaknya itu. Berlainan pula dengan sikap yang ditunjukkan oleh
bapanya.

Mengikut hirarki keperluan Maslow, zul Nor Ain hanya berada di peringkat
“Safety Needs”memandangkan di peringkat “Physiological Needs” segala
keperluan segala sentiasa dijaga dan dipenuhi. Contohnya dari segi makan,
minum,tempat tinggal dan pakaian disediakan dengan selengkapnya oleh
keluarganya. Dari segi keperluan makan minum sentiasa dijaga agar anaknya itu
mendapat makanan yang sepatutnya. Begitu juga dengan tempat tinggal yang
selesa telah disediakan untuk anaknya itu.
Di peringkat “Safety Needs”, dia sentiasa mendapat penjagaan yang
sepenuhnya dari keluarganya. Contohnya semasa dia ke sekolah, dia dihantar
dan dijemput oleh pemandu bas sekolah. Pernah berlaku suatu hari Amy
Shaliza balik lewat ke sekolah sehinggakan bapanya menghubungi saya untuk
bertanyakan anaknya yang masih tidak balik pada waktu yang sepatutnya. Di
sini kita dapati bahawa bapanya amat mengambil berat tentang keselamatan
anaknya itu..

Di peringkat “Belonging Needs”, Zul Nor Ain belum mendapat kasih


sayang yang sepenuhnya dari keluarganya memandangkan bapanya sahaja
yang lebih menyayanginya. Hal ini saya ketahui ketika ibunya menceritakan
beberapa peristiwa yang berlaku di rumahnya. Saya telah membuat kesimpulan
bahawa semasa awal perkahwinan mereka ibunya belum bersedia untuk
menimbang cahaya mata tetapi Zul Nur Ain telah dilahirkan kerana keinginan
ayahnya untuk mempunyai anak. Jadi, mungkin kerana kasih sayang ayahnya
lebih tertumpu kepada anaknya itu menyebabkan ibunya merasa kurang diberi
perhatian oleh suaminya.

Rumusannya saya dapati pelajar saya ini hanya berada di tahap “Safety
Needs”. Walaupun dia boleh mencapai tahap “Belonging Needs” tetapi dalam
tahap ini keperluan belum dapat dipenuhi dengan selengkapnya.

KAJIAN KES 3
BIODATA

BIL PERKARA BUTIRAN


1. NAMA AHMAD KAMIL BIN MUSTAFFA
2. UMUR 40 TAHUN
4. TARIKH LAHIR 1.8 1968
5. TEMPAT LAHIR KAJANG,SELANGOR
6. NO. IC. 680108106235
8 PEKERJAAN ENGINEERING SYARIKAT SWASTA
9 NAMA ISTERI FATIMAH BT AHMAD KARIM
10 PEKERJAAN IBU ENGINEERING SYARIKAT SWASTA
11 ALAMAT 5,JLN MUAFAKAT 4D,TMN DATO’ BANDAR
12 BILANGAN ANAK 4 ORANG
12 BILANGAN ANAK YANG 3 ORANG
BERSEKOLAH

Ahmad Kamil adalah merupakan sahabat baik saya. Dia bekerja sebagai
seorang Engineering di salah sebuah syarikat swasta. Isterinya juga bekerja
sebagai seorang Engineering di jabatan swasta. Kedua-dua pasangan ini
mempunyai kelulusan luar negara. Tidak hairanlah apabila mereka amat mudah
mendapat pekejaan di jabatan yang dimiliki oleh warga asing. Walaupun bekerja
di jabatan yang berasingan tetapi mereka kerap melakukan tugas di luar Negara
seperti di Sepanyol, London dan Taiwan. Di pejabatnya, dia adalah seorang
yang berjawatan tinggi dan berpendapat lumayan. Pekerja bawahannya amat
menyenanginya kerana sikap yang tekun dan berdisiplin ketika melaksanakan
tugasnya. Dia sentiasa menonjolkan imej yang menarik kepada pekerja-
pekerjanya. Di rumah, dia adalah seorang bapa amat menyayangi anak-
anaknya. Dia mempunyai empat orang anak yang terdiri dari tiga orang lelaki
dan seorang perempuan. Pada hujung minggu dia akan melapangkan masanya
untuk bersama anak-anaknya pergi bersiar-siar atau membeli belah.

. Dia amat mementingkan kebajikan anak-anaknya, contohnya dari segi


keperluan asas. Dia akan memastikan anak-anaknya mendapat keperluan asas
yang secukupnya seperti makanan, pakaian dan pendidikan. Dia membayar
tenaga pengajar yang datang ke rumahnya untuk mengajar anaknya sama ada
dari segi pelajaran sekolah atau mengaji al quran.

Walau bagaimanapun, dia tidak disenangi oleh isteri, pembantu rumahnya


dan jiran tetangga kerana sikapnya yang panas baran dan tidak tahu berbudi
bahasa. Dia tidak suka bergaul dengan jiran di sekeliling rumahnya.
Mengikut hirarki keperluan Maslow, Ahmad Kamil hanya berada di
peringkat “Safety Needs” memandangkan di peringkat “Physiological Needs”
segala keperluan segala sentiasa dijaga dan dipenuhi. Contohnya dari segi
makan, minum,tempat tinggal dan pakaian disediakan dengan selengkapnya
untuk keluarganya. Dari segi keperluan makan minum sentiasa dijaga agar
anaknya itu mendapat makanan yang sepatutnya. Begitu juga dengan tempat
tinggal yang selesa telah disediakan untuk anaknya itu.

Di peringkat “Safety Needs”, dia adalah seorang yang berjawatan tinggi


dan berpendapat lumayan. Pekerja bawahannya amat menyenanginya kerana
sikap yang tekun dan berdisiplin ketika melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa
menonjolkan imej yang menarik kepada pekerja-pekerjanya. Di rumah, dia
adalah seorang bapa amat menyayangi.

Di peringkat “Belonging Needs”, Ahmad Kamil belum mendapat


kasih sayang yang sepenuhnya. dia tidak disenangi oleh isteri, pembantu
rumahnya dan jiran tetangga kerana sikapnya yang panas baran dan tidak tahu
berbudi bahasa. Dia tidak suka bergaul dengan jiran di sekeliling rumahnya.

Rumusannya saya dapati pelajar saya ini hanya berada di tahap “Safety
Needs”. Walaupun dia boleh mencapai tahap “Belonging Needs” tetapi dalam
tahap ini keperluan belum dapat dipenuhi dengan selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai