Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAN SRI OSMAN MOHD SA’AT

PONTIAN, JOHOR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


MEI 2010

__________________________________________________________________________

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TINGKATAN 1

MASA : 1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan aneka pilihan..


Jawab semua soalan.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap -tiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan di atas kertas jawapan OMR yang
disediakan.
Hitamkan pilihan anda di dalam kertas jawapan OMR menggunakan pensel 2B.
Fikirkan dengan teliti semasa memilih jawapan.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak


Bagi soalan 1-40, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap
soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan OMR anda.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan 5. Namakan otot yang terlibat semasa


kecergasan fizikal? melakukan aktiviti ‘skipping’.

A. Keupayaan individu bermain tanpa rasa A. Abdominis dan gluteus.


penat dan lesu. B. Deltoid dan gastroknemius.
B. Keupayaan individu melakukan tugas C. Pactrolis major dan hamstring.
tanpa cepat berasa penat dan masih D. Trapezius dan triseps.
bertenaga untuk melakukan kerja lain.
C. Keupayaan sistem kardiovaskular
mengepam darah dengan lancar ke
seluruh otot. 6. 1 2
D. Keupayaan individu untuk melakukan
aktiviti fizikal tanpa berasa penat dan
lesu.

2. Mengapakah kita perlu memanaskan badan


terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti 3
fizikal?

A. Supaya badan kita berpeluh sebelum


akiviti fizikal dijalankan. Rajah 1
B. Supaya otot bersedia untuk melakukan
aktiviti fizikal. Namakan latihan seperti yang ditunjukkan
C. Supaya jantung kita dapat berdegup dalam Rajah 1 di atas.
dengan lebih laju.
D. Supaya otot kita dapat meregang dengan A. Angkat tubi.
lebih baik semasa melakukan aktiviti. B. Bangkit tubi.
C. Tekan tubi.
D. Dekam lunjur.
3. Daya tahan kardiovaskular dapat ditingkatkan
dengan menggunakan latihan berikut kecuali
7. Manakah di antara latihan berikut boleh
A. Senamrobik. meningkatkan daya tahan otot
B. Berlari dan berjalan pantas. gastroknemius.
C. ‘Skipping’.
D. Lompat ketinting. A. Angkat tumit.
B. Bangkit tubi.
C. Tekan tubi.
4. Berapakah bilangan minimum kadar nadi D. Mendagu.
yang diperlukan sebelum seseorang itu
melakukan aktiviti fizikal?
8. Namakan badan yang menyelaras kegiatan
A. 90 denyutan seminit. dan aktiviti permainan bolasepak di peringkat
B. 120 denyutan seminit. antarabangsa.
C. 140 denyutan seminit.
D. 160 denyutan seminit. A. Pertubuhan Bolasepak Antarabangsa.
B. Persatuan Bolasepak Antarabangsa.
C. Persekutuan Bolasepak Antarabangsa.

1
D. Persekutuan Bolasepak Sedunia.

13. Apakah posisi pemain yang boleh masuk ke


9. Antara berikut, yang manakah bukan jenis dalam kawasan bulatan gol dalam permainan
tendangan dalam permainan bola sepak? bola jaring?

A. Tendangan leret. A. WA dan GA.


B. Tendangan ‘volley’. B. GA dan WA.
C. Tendangan lambung. C. GS dan GA.
D. Tendangan sisi. D. GS dan C.

10.  Berdiri di belakang bola. Mata 14.


memandang bola
 Ayunkan kaki dominan ke belakang.
Badan condong ke hadapan.
 Tendang di bahagian belakang bola.
 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Penyataan di atas merujuk kepada satu Rajah 2


kemahiran dalam bola sepak. Apakah
kemahiran tersebut? Apakah jenis hantaran dalam permainan bola
jaring seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
A. Menggelecek. 2?
B. Hantaran ke hadapan.
C. Hantaran ke sisi. A. Hantaran aras dada.
D. Hantaran silang. B. Hantaran atas kepala.
C. Hantaran atas bahu
D. Hantaran sisi.
11. Semasa melakukan lontaran ke dalam,
dalam satu perlawanan bola sepak, kaki
15. Dalam permainan bola jaring, berapakah
pemain Y telah menyentuh garisan. Apakah
jarak kaki pemain yang menghadang dari
tindakan yang perlu dilakukan oleh pengadil?
kaki pemain lawan?
A. Lontaran itu dibatalkan dan pemain Y
A. Sekurang-kurangnya 0.5 meter.
atau rakannya dikehendaki melontar
B. Sekurang-kurangnya 0.6 meter.
semula.
C. Sekurang-kurangnya 0.9 meter.
B. Lontaran itu dibatalkan dan pemain
D. Sekurang-kurangnya 1 meter.
lawan dikehendaki melakukan lontaran
tersebut.
C. Lontaran itu dibatalkan dan lontaran Q
16. P R
semula diberikan yang hanya boleh
dilakukan oleh pemain Y.
D. Lontaran itu sah dan permainan
diteruskan seperti biasa.

S
12. Dalam permainan bola jaring, posisi
pengadang sayap diwakilkan oleh huruf
Rajah 3
A. WA.
Merujuk daripada Rajah 3 di atas, di
B. WD.
manakah kawasan bermulanya acara 200
C. GA.
meter?
D. GD.
A. P.

2
B. Q.
C. R.
D. S.
17. Apakah komponen kecergasan fizikal yang
patut ada pada seorang pelari pecut? 22. Semasa melaksanakan fasa ikut lajak dalam
acara lontar peluru, atlet X tersentuh blok
A. Kekuatan dan kelenturan. penahan. Apakah tindakan yang perlu
B. Kekuatan dan kelajuan. diambil kepada atlet X tersebut?
C. Daya tahan kardiovaskluar dan kelajuan.
D. Kuasa dan kekuatan. A. Lontaran atlet X tersebut dibatalkan.
B. Atlet X dibatalkan penyertaannya.
C. Atlet X dikehendaki melontar semula.
18. Dalam lari pecut, mengapakah pinggul perlu D. Tiada apa-apa tindakan yang perlu
diangkat dan badan seakan jatuh ke hadapan diambil.
semasa fasa permulaan?

A. Untuk memudahkan lonjakan badan ke 23. Khemah boleh dikelaskan mengikut saiz dan
hadapan. bentuk. Namakan dua jenis khemah
B. Untuk meningkatkan kelajuan semasa mengikut bentuk..
berlepas.
C. Untuk meninggikan pusat graviti. A. Bentuk A dan bentuk V.
D. Untuk memudahkan badan ditolak ke B. Bentuk A dan bentuk kubah.
hadapan. C. Bentuk kubah dan bentuk V.
D. Bentuk kubah dan bentuk rumah.

19. Semasa fasa berlepas, peserta A telah


bergerak ke hadapan sebelum pistol 24. Sebelum mengadakan satu perkhemahan,
berbunyi. Apakah tindakan yang boleh kita perlu meminta kebenaran daripada
dikenakan oleh pegawai pelepas?
A. Pegawai Majlis Daerah dan pihak polis.
A. Peserta A diberikan amaran kad kuning. B. Pegawai Majlis Daerah dan pihak
B. Peserta A diberi amaran lisan. ambulan.
C. Semua peserta diberi amaran kad C. Pihak polis dan pihak ambulan.
kuning. D. Pihak polis dan pegawai Jabatan Hutan.
D. Peserta A akan dikeluarkan daripada
perlumbaan.
25. Bagi menjauhkan khemah daripada binatang
20. Siapakah orang yang memperkenalkan berbisa, satu bahan perlu ditaburkan di
teknik lontaran O’ Brien dalam acara lontar sekeliling khemah. Bahan tersebut ialah
peluru?
A. Serbuk garam.
A. James O’ Brien. B. Serbuk lada.
B. Martin O’ Brien. C. Serbuk magnesium.
C. Barry O’ Brien. D. Serbuk sulfur.
D. Parry O’ Brien.

21. Berapakah berat sebiji peluru untuk kategori


lelaki bawah 15 tahun?

A. 2.72 kilogram.
B. 4.0 kilogram.
C. 4.55 kilogram.
D. 5.45 kilogram.

3
B. Trisep.
C. Bisep.
D. Trapezius.

Soalan 26 – 30 adalah berdasarkan Rajah 4 di 30. Otot T


bawah.
A. Deltoid.
B. Trisep.
C. Bisep.
D. Trapezius.

S
31. Apakah yang dimaksudkan dengan
T malnutrisi?
P
A. Keadaan berpunca daripada pemakanan
yang berlebihan.
Q B. Keadaan yang berpunca daripada
kekurangan sayur-sayuran dan buah-
buahan dalam diet pemakanan.
R C. Keadaan yang berpunca daripada
pemakanan yang tidak seimbang.
D. Keadaan yang berpunca daripada
kekurangan zat makanan.

Rajah 4
32. Apakah punca bagi penyakit Kwashiorkor?
Namakan otot-otot seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 4. A. Kekurangan protein dan kalori dalam
diet.
26. Otot P B. Kekurangan vitamin B1 dan mineral.
C. Kekurangan protein, karbohidrat, vitamin
A. Trapezius. dan garam mineral.
B. Rektus Abdominis. D. Kekurangan asid askorbik (vitamin C).
C. Hamstring.
D. Deltoid.
33. Semasa sedang memberus gigi, Anis
mendapati gusinya berdarah. Ini bermakna
27. Otot Q Anis kekurangan

A. Soleus. A. Protein.
B. Sartorius. B. Kalsium.
C. Kuadriseps. C. Vitamin C.
D. Hamstring. D. Vitamin D.

28. Otot R 34. Di manakah pendaftaran perkahwinan boleh


dilakukan bagi pasangan yang bukan
A. Soleus. beragama Islam?
B. Kuadriceps.
C. Gastroknemius. A. Pejabat Peguam Negara
D. Hamstring. B. Pejabat Pendaftaran Negara
C. Mahkamah Tinggi
D. Pejabat Daerah
29. Otot S

A. Deltoid.

4
38. Manakah yang benar tentang hak pengguna
35. seperti yang terkandung Akta Perlindungan
Pengguna 1999?

A. Setiap barangan yang dibeli boleh


dipulangkan kembali kepada peniaga jika
X tidak berpuashati.
B. Pengguna boleh menyaman peniaga
yang menjual barangan yang tidak
berkualiti.
C. Pengguna berhak mendapatkan
Rajah 5 keperluan asas seperti makanan,
pakaian dan tempat tinggal.
Rajah 5 di atas menunjukkan satu piramid D. Pengguna berhak untuk menentukan
makanan. Makanan yang mungkin sekali kualiti barangan yang hendak dibeli
berada pada aras X ialah dengan jumlah wang yang dibayar.

A. Nasi.
B. Aiskrim. 39. Manakah agensi yang bukan berkaitan
C. Ikan. dengan hal ehwal pengguna?
D. Buah epal.
A. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna.
36. Mengapakah setiap orang pelajar perlu B. Gabungan Persatuan Pengguna
mengambil sarapan pagi setiap hari? Malaysia.
C. Tribunal Tuntutan Pengguna.
A. Supaya dapat membekalkan tenaga D. Pertubuhan Pengguna Malaysia.
untuk bergerak aktif pada waktu pagi.
B. Supaya perut tidak sakit kerana kosong.
C. Supaya badan menjadi sihat dan kuat. 40. Tuntutan oleh pengguna melalui Tribunal
D. Supaya mudah untuk otak menerima Tuntutan Pengguna adalah bagi barangan
pelajaran. atau perkhidmatan yang bernilai

A. RM 10 000 sahaja.
37. Mengikut sajian makanan yang dicadangkan B. tidak melebihi RM 10 000.
oleh piramid makanan, berapakah jumlah C. melebihi RM 10 000.
nasi yang perlu diambil dalam sehari? D. tidak melebihi RM 1000.

A. ½ cawan
B. ¾ cawan
C. 1 cawan
D. 1½ cawan

5
6
Bagi soalan 41-50, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul.
Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada
pilihan A, B, C, dan D yang berikutnya

41. Kecergasan Fizikal terbahagi kepada dua iaitu berlandaskan kemahiran dan berlandaskan kesihatan. Di
antara komponen-komponen kecergasan berikut yang manakah merupakan komponen kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan?

i. Daya tahan kardiovaskular.


ii. Kekuatan otot.
iii. Imbangan.
iv. Komposisi badan.

A. i, dan ii sahaja.
B. ii dan iii sahaja.
C. i, ii dan iv.
D. i, ii, iii dan iv.

42. Di antara yang berikut, manakah merupakan faedah memiliki daya tahan otot?

i. Mampu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih lama.


ii. Mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan aktiviti.
iii. Menjadikan tulang lebih kuat.
iv. Meningkatkan kecergasan kardiovaskular.

A. i, dan ii sahaja.
B. ii dan iii sahaja.
C. i, ii dan iv.
D. i, ii, iii dan iv.

43. Mengapakah kita perlu melakukan aktiviti menyejukkan badan setelah tamat melakukan sesuatu aktiviti
fizikal?

i. Memastikan otot yang telah digunakan tidak kejang.


ii. Menurunkan kadar degupan jantung ke tahap normal.
iii. Darah yang mengandungi karbon dioksida dihantar ke jantung untuk digantikan dengan oksigen.
iv. Menurunkan suhu badan ke tahap normal.

A. i dan ii sahaja
B. ii dan iii sahaja
C. i, ii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

7
44. Susunkan teknik hantaran bola ke hadapan dalam permainan bola sepak dengan susunan yang betul ?

i. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.


ii. Berdiri di belakang bola dan mata memandang bola.
iii. Tendang di bahagian belakang bola.
iv. Ayunkan kaki menendang ke belakang dan badan condong ke hadapan.

A. ii, iii, iv, i


B. ii, i, iii, iv
C. ii, iv, iii, i
D. i, ii, iv, iii

45. Dalam permainan bola jaring, jaringan boleh dilakukan dalam kedudukan berikut.

i. Pada kedudukan statik.


ii. Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
iii. Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
iv. Melompat sambil menjaring.

A. i, dan ii sahaja
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

46. Fasa pecutan adalah satu fasa terpenting dalam acara lari pecut. Manakah antara berikut merupakan
teknik-teknik fasa pecutan tersebut?

i. Langkah panjang dan lutut tinggi


ii. Berlari di atas bebola kaki.
iii. Badan membongkok ke hadapan.
iv. Bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.

A. i dan ii sahaja
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

47. Manakah di antara berikut merupakan teknik lontaran dalam acara lontar peluru?

i. Gaya O’ Brien.
ii. Gaya putaran.
iii. Gaya berdiri.
iv. Gaya gelungsur.

A. i dan ii sahaja
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

8
48. Manakah penyakit berikut yang sepadan dengan keperluan nutrien yang sesuai?

i Anemia Vitamin B12


ii Beri-beri Vitamin B1
iii Marasmus Protein dan kalori
iv Osteomalasia Asid askorbik

A. i dan ii sahaja
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

49. Makanan yang mempunyai sumber vitamin C yang banyak ialah

i. Buah limau
ii. Sayur-sayuran
iii. Ikan
iv. Susu

A. i dan ii sahaja
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

50. Manakah antara berikut merupakan peranan dan tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna?

i. Mengawal cetak rompak.


ii. Menetapkan dan mengawal harga barangan keperluan harian.
iii. Membuat pemeriksaan tanda harga barang kawalan.
iv. Memperjuangkan hak pengguna.

A. i dan ii sahaja
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

KERTAS SOALAN TAMAT

c iman & co.

Anda mungkin juga menyukai