Anda di halaman 1dari 3

Sembilang Bercili

Sumber: Majalah Jelita, Disember 1997  

Bahan-Bahan: 2 sudu besar serbuk kunyit


Sedikit garam
10 ekor ikan sembilang, dibersih
Minyak untuk menggoreng
5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering, dikisar bersama belacan
250 ml air asam jawa
Sedikit gula
Cara: Lumur serbuk kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak dan goreng
ikan hingga garing.

Panaskan minyak di dalam kuali lain dan tumis bawang merah bersama bawang
putih hingga garing.

Masukkan cili kering bercampur belacan. Masak hingga terbit minyak.

Kemudian masukkan air asam jawa bersama gula dan garam. Kacau sebati.

Akhir sekali, masukkan ikan dan kacau hingga 'mesra' dengan sambal.

Ikan minang
Bahan-bahan:
• 2 ekor ikan kembung dilumur kunyit dan garam
• 10 biji cili merah dan 5 ulas bawang kecil dikisar hancur; 2 keping asam jawa
Cara menyediakan masakan
• Goreng ikan sehingga masak, kemudian angkat
• Panaskan minyak dan masukkan cili merah dan bawang kecil yang sudah dikisar tadi dan tumis
hingga naik bau dan pecah minyak
• Masukkan 2 keping asam jawa serta garam dan gula secukup rasa
• Masukkan ikan yang dah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaulkan hingga rata.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
Sumber : Masz 73 dari MyResipi

Bahan-bahan ( 4 orang ) :

4 ekor ikan kembung

Bahan-bahan untuk ditumbuk * :

* 4 biji cili kering (potong dan direndam)


* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 3 ulas bawang merah atau 1/2 biji bawang besar
1 keping asam keping/gelugur
garam
serbuk perasa
Air secukupnya
5 biji bendi
1 biji terung bulat (dipotong)
* sedikit belacan (jika mahu)

Cara-cara :

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda * sehingga lumat (tumbuk pakai lesung batu lagi umpph..
dari blender)
2. Dalam periuk masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama-sama air dan
didihkan
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan mendidih sebentar kemudian barulah
dimasukkan terung, bendi, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah itu barulah masukkan asam keping (jika masuk awal, sayur lambat lembut)
5. Apabila ikan sudah masak, sayur sudah lembut, rasa asam garam sudah cukup, tutup api dan
hidangkan..

Nota :

1. Resipi asal menggunakan ikan pari, tapi mama gantikan dengan ikan kembung.
2. Mama tida memasukkan sayur bendi dan terung, tetapi mama masukkan celery.
Kacang panjang goreng

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 tangkai kacang panjang, hiris serong, cuci dan toskan
20 ekor udang sederhana bersar, buang kulit, cuci dan toskan
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/4 cawan air
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji lada merah, hiris serong
1 biji lada hijau, hiris serong
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA ;-)


1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, hirisan
cili merah dan hijau, tumis hingga harum. Masukkan sos tiram dan belacan tadi, kacau dan
masukkan udang. Biar sekejap.
2. Masukkan kacang panjang dan soo hoon (toskan dahulu). Gaul dan tambah garam secukup rasa.
Masak hingga kacang sedikit lembut tapi masih rangup dan kuah pekat. Hidangkan..

Anda mungkin juga menyukai