Anda di halaman 1dari 71

Damia Zahra

bab 1
H
ATINYA tidak tenang sejak
kehadiran pengurus bahagian
korporat yang baru. Entah
mengapa setiap kali mereka terserempak, tiap kali itulah
dadanya berdegup kencang. Dia cuba melontar perasaan itu
jauh-jauh namun gagal. Setiap kali dicubanya, semakin jelas
pula wajah itu menghampiri.
Sejak sekian lama dia tidak pernah merasai perasaan
seperti itu. Ya, sejak peristiwa silam yang menimpanya suatu
ketika dahulu. Dia juga seakan cuba menafikan perasaan
seumpama itu dari hadir ke dalam dirinya semula. Dan
penafian itu berjaya ditanam di sudut hati.
Namun kebelakangan ini penafian yang sekian lama
terpahat seperti mahu runtuh. Dia cuba lagi untuk
menguatkan hatinya agar jangan terus tersungkur, sayangnya
dia kian gagal mengawal perasaan itu dari hadir semula. Dan
kegagalan itu kini mengganggu hidupnya.

1
Seindah Taman Raudah

Puas dia berpusing ke kiri dan ke kanan. Malam itu


ditempuhinya dengan seribu kegelisahan yang sukar
diredakan. Dia bagaikan tidak sabar menanti pagi menjelma.
Raudah menoleh ke wajah anak bongsunya yang mungil. Dia
mengelus lembut rambut Khairani yang halus. Perlahan-
lahan dia mencium pipi Khairani. Anak kecil itu menggeliat
kegelian dengan ciuman Raudah.
Raudah bangun menuju ke bilik tidur yang satu
lagi. Dia menolak daun pintu bilik itu, terlihat Ian Haikal
sedang enak dibuai mimpi. Ian Haikal, satu-satunya anak
lelaki yang dipunyainya. Dan wajah Ian Haikal sering
mengingatkannya kepada seseorang yang amat dirindukan.
Raudah beralih ke daun pintu sebelah. Dengkuran
halus kedengaran dari dalam. Raudah merapati birai katil dan
membetulkan selimut Sofea. Raudah meneliti susuk tubuh
Sofea yang kian meningkat dewasa. Cepat sungguh masa
berlalu hingga dia tidak sedar bahawa Sofea kian meningkat
dewasa.
Raudah keluar dari bilik Sofea lantas menuju ke
bilik air. Dia segera berwuduk kerana mahu bertahajud. Dia
mahu menyerahkan dirinya kepada Allah Yang Esa. Dia tidak
mahu diganggu oleh mana-mana ilusi yang tidak pasti. Dia
tidak mampu menepis sebarang perasaan yang hampir
kepadanya. Oleh itu dia perlu mendambakan dirinya kepada
Allah agar dia dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak
diingini.
“Ya Allah, hanya pada-Mu aku berserah. Hanya
pada-Mu aku mengadu. Kau berikanlah kekuatan kepadaku
dalam menjalani kehidupanku. Aku tidak mampu untuk
berdiri tanpa pertolongan-Mu, Ya Allah. Kau berilah aku
petunjuk. Kau berikanlah ketenangan dan ketabahan
untukku mengharungi hidup ini....”

2
Damia Zahra

Raudah menadah tangan memohon rahmat-Nya.


Dia berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Dia tidak
mahu kenangan lama hinggap semula di kotak mindanya. Dia
mahu melupakan segalanya. Dia mahu ketenangan yang
dikecapi kini tidak terganggu. Cukuplah pengalaman lalu
mengajarnya erti kehidupan. Raudah sedar dia tidak mampu
mengubah takdir. Kekuatan itu hadir setelah dia bertarung
dengan penafian yang begitu kuat terpahat di dalam hati.
Namun dia bersyukur kerana akhirnya dia sedar
bahawa dia perlukan kekuatan diri. Dia perlu melihat dunia
ini dengan penuh keinsafan. Yang paling penting ialah dia
mahu membina semula kehidupannya yang telah musnah
dahulu. Dia mahu mulakan hidup baharu demi Sofea. Demi
Ian Haikal dan demi Khairani.
“Ya Allah, kupohon keampunan-Mu andainya aku
telah lalai dalam menjalankan kewajipan. Aku mohon ampun
andai aku terleka. Aku mohon ampun andai aku hanyut
seketika. Sesungguhnya aku manusia yang lemah. Kau
teguhkanlah imanku, Ya Allah. Kau jauhkanlah aku dari syak
wasangka. Sesungguhnya aku berserah kepada-Mu. Amin.”
Raudah meraup wajahnya dengan kedua-dua belah
tangannya. Dia kembali baring di sisi Khairani. Anak kecil
yang baru berusia lima tahun itu masih enak dibuai mimpi.
Raudah menarik selimut dan menutup tubuhnya serta tubuh
kecil Khairani.

3
Seindah Taman Raudah

bab 2

“R
AUDAH… masuk ke bilik
saya sekejap,” panggil Faizal
menerusi telefon.
Raudah mengeluh. Jam sudah menunjukkan angka
satu. Waktu makan tengah hari sudah sampai. Perutnya juga
sudah berpalu. Dia paling tidak gemar dipanggil menghadap
pada saat-saat begini. Bagi Raudah, tahap kerajinannya untuk
bekerja sudah berada di tahap maksima. Sejak jam sembilan
tadi dia begitu asyik dengan kerjanya. Meneliti tiap patah
perkataan draf ucapan pengarah urusan sempena majlis
makan malam ulang tahun syarikat yang kedua puluh lima,
membuatkan Raudah leka. Dia tidak sedar masa berlalu
begitu pantas.
“Masuk.” Faizal memandang Raudah yang
menjengah di muka pintu dengan senyuman.
Raudah memalingkan pandangannya. Dia tidak

4
Damia Zahra

mahu melihat senyuman yang dilemparkan kepadanya.


Bukan dia bencikan Faizal, tetapi dia tidak sanggup menerima
senyuman itu. Jika orang lain mungkin ya, tetapi tidak
daripada Faizal. Setiap senyuman yang dilemparkan oleh
Faizal pasti mendebarkan jantungnya. Kadang-kadang
Raudah terfikir sendiri, mengapa Faizal yang perlu hadir di
syarikat itu. Mengapa tidak orang lain?
“Kenapa Raudah? Awak tak suka pandang muka
saya?” Faizal cuba mengusik.
Reaksi serba salah Raudah menyebabkan Faizal
gemar mengusiknya. Dahulu dia juga tidak berani berbuat
begitu, tetapi apabila Raudah turut tidak menghiraukan
usikan-usikannya, Faizal semakin galak mengusik. Faizal
cukup suka apabila melihat wajah Raudah yang merona
kemerahan bila diusik. Kadangkala Raudah langsung tidak
berani mengangkat muka. Dalam arus kota metropolitan ini,
masih ada juga wanita seperti Raudah rupanya, bisik hati
kecil Faizal.
Bukan mudah untuk menemui wanita sebegini.
Jika ada pun hanya sekadar sementara. Tetapi Raudah tidak.
Raudah tetap Raudah. Perangainya tidak pernah berubah
biarpun pantai kerap berubah.
Beberapa orang kakitangan bahagian korporat mula
beransur keluar untuk menjamu juadah tengah hari.
Pintu bilik Faizal ternganga luas. Dia memang tidak
gemar menutup pintu. Bagi Faizal, dengan cara itu dia mahu
setiap kakitangannya tahu bahawa dia sedia untuk ditemui
pada bila-bila masa. Dia juga bukan jenis yang suka memerap
di dalam bilik semata-mata.
Bila bosan dengan kerja, dia akan keluar dan
menyapa tiap kakitangan bawahannya. Kemesraan Faizal

5
Seindah Taman Raudah

tanpa mengira pangkat dan kedudukan membuatkan


kakitangan Bahagian Korporat Syarikat Gloria berasa senang
hati menerimanya sebagai Pengurus Bahagian.
Hampir setahun bertugas di Bahagian Korporat, dia
sudah mengenali semua kakitangan bawahannya termasuk
Raudah. Entah mengapa di antara semua kakitangannya yang
seramai empat puluh lima orang itu, hanya wajah Raudah
yang redup asyik mengganggu ketenangannya.
Bukan tidak ada kakitangan lain yang lebih cantik
dan bergaya daripada Raudah. Malah ada yang bersikap
daring terhadapnya. Namun dia tidak tahu mengapa hatinya
terlekat kepada Raudah. Sewaktu dia diperkenalkan kepada
Raudah, dia tidak pernah menyangka bahawa Raudah adalah
pegawai korporatnya. Penampilan Raudah yang sederhana
tidak langsung menampakkan imejnya sebagai pegawai
korporat.
Hanya bila adanya majlis-majlis rasmi barulah dia
tersedar penampilan Raudah yang menyerlah. Penampilan
Raudah berubah menjadi lebih bergaya walaupun dia tidak
lepas dari memakai baju kurung. Tidak pernah sekalipun
Faizal melihat Raudah memakai baju lain selain daripada
baju kurung.
Tanpa secalit mekap pun wajah Raudah yang bersih
sudah cukup menenangkan mata yang memandang.
Kematangan Raudah terserlah ketika melaksanakan tugas.
Dia tahu apa yang perlu dibuat tanpa perlu disuruh, apatah
lagi dipaksa. Tidak mustahil jika lima orang staf bawahannya
begitu menghormatinya.
“Duduklah,” kata Faizal setelah dilihatnya Raudah
masih tercegat di situ.
Raudah menarik kerusi di sebelahnya. Dia

6
Damia Zahra

mengeluarkan buku nota, bersedia untuk mencatat sebarang


arahan.
“Tak perlulah tulis apa-apa, Raudah. Saya panggil ni
hanya kerana nak bertanyakan sesuatu.”
Raudah mengangkat mukanya memandang tepat ke
arah Faizal.
Apa halnya la pulak ni? bisik hati kecil Raudah. Dia
memandang jam tangannya, sudah pukul satu sepuluh minit
petang. Tentu tidak ramai orang berada di dalam pejabat pada
waktu ini. Dia berasa kurang senang.
“Janganlah bimbang, Raudah. Saya bukannya nak
buat apa-apa. Saya cuma nak berbual saja.”
Kata-kata Faizal membuatkan Raudah berasa malu.
Malu kerana menyangka yang bukan-bukan terhadap Faizal.
“Awak tahu Raudah, sudah hampir setahun saya
bertugas di sini. Hampir kesemua kakitangan di sini saya
kenali. Tapi awak Raudah, walaupun awak adalah pegawai
saya, kenapa susah benar untuk awak berhubung dengan
saya?” Faizal memulakan bicara.
“Maksud Encik Faizal?” Raudah kehairanan.
“Yalah, setiap perkara yang perlu diselesaikan, awak
serah pada Kirana. Mengapa tidak awak sendiri, Raudah? Saya
ada buat salah dengan awak? Ataupun agaknya saya ni tak
sesuai untuk duduk di kerusi ni?” tanya Faizal, cuba
mencungkil isi hati Raudah tentang dirinya.
Wanita berusia pertengahan tiga puluhan ini amat
sukar untuk didekati. Sekali pandang, tiada siapa menyangka
bahawa Raudah sudah melewati angka tiga puluh. Tubuh
kecilnya sahaja sudah mampu menyembunyikan usia sebenar
Raudah.

7
Seindah Taman Raudah

Raudah tunduk. Tidak tahu hendak berkata apa-apa.


Bukan dia sengaja, tetapi dia sebenarnya cuba lari dari
kenyataan. Lari dari bertemu dengan Faizal. Namun apa
dayanya kerana dia tidak bisa membuat pertukaran ke
bahagian lain.
Tahukah kau wahai Faizal, bahawa aku sebenarnya
cuba lari dari kenangan masa silam? Lari dari mengingati
seseorang yang sudah lama tiada? hati Raudah berkata-kata.
Tetapi kata-kata itu tidak sampai ke cuping telinga Faizal.
“Tapi semua kerja selesai, bukan?” soal Raudah
kembali.
“Memang selesai, tapi saya tak puas hati.” Faizal
mengetuk meja dengan pen.
“Kenapa?”
“Sebab orang lain mahu berjumpa saya dengan
senang hati. Tapi awak tidak. Kalau saya tak panggil awak ke
bilik saya, muka awak pun saya tak akan nampak seharian.
Kenapa Raudah?” tanya Faizal perlahan.
Raudah diam. Bagaimana dia harus menjawab
sedangkan dia tidak mempunyai jawapannya. Jika ada pun,
dia tidak akan sama sekali menyuarakannya kepada Faizal.
Tidak sama sekali!
“Saya tahu awak tak sukakan saya... sebab itu awak
tak mahu berurusan dengan saya.” Suara Faizal agak kendur,
seakan merajuk.
Apa pulak sampai macam tu? bantah Raudah dalam
diam. Hei, macam budak-budak pulak, getus hati kecil
Raudah lagi.
“Bu… bukan begitu maksud saya, Encik Faizal.
Sebenarnya saya mahu melatih Kirana mengendalikan

8
Damia Zahra

tugasnya sebagai pegawai korporat. Tak lama lagi syarikat kita


akan buka cawangan baru di Sabah, jadi saya fikir kalau
Kirana dilatih dari sekarang, tentu dia ada peluang untuk
mendapatkan jawatan tersebut. Takkan selamanya dia nak
jadi pembantu saja...” terang Raudah panjang lebar.
Harapannya agar Faizal menerima alasan yang diberikan.
Faizal menggeleng. Dia tidak bersetuju dengan
jawapan Raudah. Soal pembukaan cawangan baru adalah soal
kedua dan perjalanannya juga masih jauh. Bukan dia tidak
tahu mengenai perkara itu.
Setakat hal-hal pengurusan, Raudah tidak boleh
mengatasinya. Apa-apa keputusan pengurusan, dia yang akan
lebih dahulu mengetahuinya. Faizal tersenyum sumbing
mendengar kata-kata Raudah.
“Awak marahkan saya pasal…”
“Tidak. Bukan pasal tu,” potong Raudah pantas.
“Habis tu? Kenapa susah sangat untuk awak bersua
muka dengan saya?” Faizal meluahkan ketidakpuasan hatinya
dengan nada kesal.
Hati Faizal seakan meronta ingin mengatakan
bahawa dia akan jadi rindu jika tidak melihat wajah Raudah
walaupun sehari. Dia tidak memandang kepada kecantikan
wajah semata-mata, tetapi ada sesuatu yang ada pada Raudah
tetapi tidak ada pada orang lain. Wajahnya amat manis ketika
senyum. Lesung pipit yang berlekuk di pipi kelihatan nyata
tatkala dia ketawa atau tersenyum.
Faizal cukup suka melihat Raudah tersenyum.
Raudah memang pemurah dengan senyuman. Sesiapa sahaja
yang ditemuinya pasti dihadiahkan sebuah senyuman. Tetapi
mengapa dengan dia Raudah tidak mahu menghadiahkan
senyuman? Mengapa setiap kali bertentang mata, Raudah

9
Seindah Taman Raudah

kelihatan bersahaja? Tidakkah Raudah sedar bahawa setiap


kali mereka bertentang mata, degup jantungnya kian
kencang?
“Encik Faizal… maafkan saya.” Suara Raudah
memecah kesunyian.
“Lagi-lagi maaf. Bukannya awak buat salah sampai
nak kena minta maaf. Saya cuma tanya kenapa susah sangat
untuk awak datang berjumpa saya? Itu saja.”
“Sebenarnya saya…”
Tok! Tok!
Spontan Faizal memandang ke arah pintu.
“Encik Faizal, Datuk hendak berjumpa,” beritahu
Azila, setiausaha Datuk Hairul.
“Sekarang?”
Azila angguk.
“Sekarang waktu lunch. Kenapa tak telefon aja?”
tanya Faizal sambil mengeluh.
Azila menjongketkan bahunya. Tangannya
tergawang-gawang menunjukkan dompet di tangannya.
Mungkin dia terus hendak pergi ke kafeteria setelah
menyampaikan pesanan tersebut.
Pandai cakap orang, tapi dia panggil aku masuk
waktu lunch tak sedar, rungut Raudah di dalam hati.
“Baiklah, sekejap lagi saya naik. Biar saya habiskan
discussion dengan Raudah dulu.”
Azila menghilangkan diri.
“Lebih baik Encik Faizal naik sekarang. Kalau tidak,
pasti Datuk mengamuk. Susah Encik Faizal nanti.” Raudah
mengambil kesempatan untuk mengundur diri.

10
Damia Zahra

“Ah… biarkanlah sekejap. Bukan ada urgent pun.


Semua laporan dah saya hantar tadi.”
Raudah serba salah. Dia faham benar perangai
Datuk Hairul. Jika marah, semuanya akan jadi tidak kena.
Jika puas hati dengan sesuatu perkara, dipuji, dilambung
setinggi langit. Kadang-kadang Raudah sendiri tidak faham
dengan perangai Datuk Hairul yang sering berubah-ubah.
“Pergilah Encik Faizal. Saya tak mahu ada masalah
nanti. Lagipun perbincangan ni kita boleh sambung
kemudian...” pujuk Raudah.
“Memang perbincangan ni boleh disambung. Tapi
saya tak pasti bila.”
Faizal menjeling tajam ke arah Raudah. Geram
benar dia dengan Datuk Hairul saat ini. Baru sahaja dia
hendak berbual dengan Raudah, ada sahaja gangguannya.
Sebenarnya sudah beberapa kali dia mahu
menyuarakan perkara itu kepada Raudah, tetapi setiap kali
itu juga dia membatalkan hasratnya. Kini bila dia sedang
membuat sesuatu untuk diri sendiri, ada sahaja gangguannya.
Faizal mendengus kasar. “Baiklah. Nanti kita sambung lagi.”
Raudah segera angkat punggung.
“Tapi ingat Raudah, kita belum habis lagi.”
Kata-kata Faizal menghentikan langkah Raudah.
Raudah berpaling dan memandang tepat ke anak mata Faizal.
Faizal tersenyum nakal.
Raudah bungkam. Entahlah, dia sendiri tidak tahu
apa yang dikehendaki oleh lelaki seperti Faizal. Bukan dia
tidak mahu melayan kerenah Faizal, tetapi Raudah lebih suka
mengambil langkah berhati-hati.
Apa yang Raudah tahu, Faizal sudah beristeri. Tetapi

11
Seindah Taman Raudah

Faizal tidak pernah membawa isterinya ke mana-mana majlis


anjuran syarikat. Alasan yang selalu diberikan ialah isterinya
sibuk. Entah benar atau tidak, Raudah tidak pernah tahu.
Dan dia memang tidak pernah ambil tahu!
Raudah menghempaskan punggung ke kerusi di
biliknya semula. Selera makan tengah harinya tiba-tiba mati.
Dia memandang skrin komputer dengan pandangan kosong.
Dia mengeluh kecil. Melihat ke arah jam tangannya, dia
menarik laci mejanya dan mengeluarkan sebuah beg kertas
berisi telekung. Dia segera menuju ke surau.

12
Damia Zahra

bab 3
F
AIZAL merenung Raudah dari
tempat duduknya.
Kebetulan Raudah
masuk ke ruang bahagian korporat untuk menemui Fakrul
bagi menyelesaikan masalah mengenai jemputan tetamu
yang akan hadir pada majlis makan malam tidak lama lagi.
Faizal mahu bersikap terbuka kepada semua
kakitangannya. Dia tidak mahu ada halangan di antara
mereka. Itu prinsip Faizal. Tetapi sikap Raudah terhadapnya
tidak begitu.
Raudah adalah antara pegawainya yang dihormati
oleh kakitangan lain di syarikat itu. Sikap Raudah yang
sentiasa merendah diri membuatkan orang lain selesa bekerja
dengannya. Tidak pernah dia melihat Raudah meninggi suara
apatah lagi bersikap sombong.
Hampir setiap hari pegawai-pegawainya akan

13
Seindah Taman Raudah

berjumpa dengannya untuk bertanya sesuatu atau


mendapatkan keputusan. Tetapi Raudah kerap menghantar
Kirana sebagai penghubung di antara mereka. Boleh dikira
dengan jari, berapa kali Raudah bertemu muka dengannya
dalam seminggu.
Mulanya Faizal tidak pernah ambil kisah tentang
itu. Tetapi setelah hampir setahun, telinganya sering
menangkap nama Raudah di kalangan kakitangannya. Raudah
itulah, Raudah inilah. Segala-galanya Raudah tetapi dia
sendiri jarang menemuinya. Sebaik sahaja dia mengetip kad
kedatangan, dia akan terperuk di dalam biliknya seharian.
Jika tiada keperluan, Raudah tidak akan
menjengukkan mukanya di situ. Bila dipanggil ke pejabatnya,
Raudah sering memberi alasan mahu segera keluar untuk
menemui pelanggan. Pening Faizal memikirkannya.
Walaupun semua kerja yang dilakukan oleh Raudah dapat
diselesaikan, dia tetap tidak berpuas hati.
Dia tidak menafikan bahawa Raudah memang kerap
keluar untuk bertemu dengan pelanggan, sesuai dengan
jawatannya. Namun kesibukan itu tidaklah begitu keterlaluan.
Ada ketikanya jika tiada temu janji, Raudah turut senyap.
Bayangnya pun susah untuk dilihat.
Dari jauh Faizal lihat Raudah sedang rancak berbual
dengan Fakrul. Faizal menghampiri tanpa disedari oleh
Raudah mahupun Fakrul. Beberapa kakitangan yang duduk
berhampiran tidak mengendahkan perbuatan Faizal, kerana
mereka memang tahu sudah begitu perangai Faizal yang suka
menjelajah di setiap sudut pejabat itu.
“Entahlah kak, saya pun tak dapat confirmkan
kehadiran Tan Sri Ayyub ni lagi.” Keluhan Fakrul kedengaran
amat berat.

14
Damia Zahra

Tan Sri Ayyub merupakan salah seorang pemegang


saham terpenting syarikat. Kehadirannya di majlis makan
malam amat diperlukan bagi mengukuhkan lagi kepercayaan
para pelabur mereka.
Raudah diam. Kasihan melihat Fakrul yang telah
ditugaskan untuk mengatur kedatangan para tetamu
kehormat.
“Apa kata akak telefon aje Tan Sri tu sendiri.
Lagipun akak kenal dia, kan?” cadang Fakrul.
Raudah masih diam. Mungkin sedang berfikir
mengenai cadangan Fakrul.
“Nanti akak tolong contact dia ya?” Suara Fakrul
seakan memujuk.
Raudah melihat senarai nama yang ada di atas meja
Fakrul. Hampir enam puluh peratus daripada senarai
jemputan yang akan hadir. Ini sesuatu yang baik, kata Raudah
di dalam hati.
“Hei… malaslah akak bab contact mengcontact ni.”
Raudah menggawangkan tangannya seakan cuba menolak
permintaan Fakrul.
“Ala… tolonglah kak. Akakkan pernah berurusan
dengan dia. Apa salahnya akak tolong saya kali ni. Boleh ya,
Kak Raudah?” rayu Fakrul lagi.
“Nantilah akak suruh Kirana tolong.” Raudah
memberikan kata putus.
“Kenapa pula akak nak suruh Kirana? Bukannya
Kirana tu biasa dengan Tan Sri. Ala… tolong la kak. Kalau
tak dapat Tan Sri ni, mampus saya kena marah dengan Encik
Faizal nanti. Akak tahu la dia tu…”
“Ehem… ehem….”

15
Seindah Taman Raudah

Serentak itu Raudah dan Fakrul berpaling.


Fakrul terkedu melihat Faizal yang sedang berdiri
di sebelah Raudah. Kenapalah aku tak perasankan dia tadi,
Fakrul mengutuk diri sendiri di atas kealpaannya.
Raudah berganjak ke kanan memberi jarak di
antara dia dan Faizal.
“Ada apa-apa masalah Fakrul?” tanya Faizal selamba
walhal dia telah mendengar semuanya.
“Tak ada apa-apa, Encik Faizal. Perkara biasa saja.
Lagipun Kak Raudah ada, dia boleh tolong.”
“Ada masalah Raudah?” tanya Faizal sambil
memandang tajam ke arah Raudah.
“Errr… tak ada, Encik Faizal. Nanti saya uruskan
hal ni.”
“Bukan ke tadi awak kata awak malas hendak… apa
tu contact mengcontact?” Faizal cuba meniru gaya Raudah
yang dilihatnya tadi.
Rona wajah Raudah kelihatan merah menahan
malu. Malu kerana Faizal telah meniru kata-katanya sebentar
tadi.
Fakrul tergelak mendengar kata-kata Faizal. Dia
segera menutup mulutnya sebaik sahaja dia terpandangkan
jelingan tajam Raudah.
“Aduh! Sakitnya.”
“Kenapa Encik Faizal?” tanya Fakrul cemas. Serta-
merta ketawanya terhenti.
Raudah turut terkejut.
“Sakit sebab jelingan tu,” jawab Faizal sambil
memberi isyarat ke arah Fakrul.

16
Damia Zahra

Fakrul segera faham maksud Faizal lantas


menyambung tawanya.
Raudah menggetapkan bibirnya, marah kerana
dipermainkan.
“Kak Raudah kalau marah makin manis, Encik
Faizal.” Sahut Ikram yang duduk selang semeja dengan
Fakrul.
Ketawa mereka bertiga memecah kesunyian pejabat
ketika itu.
Raudah segera meninggalkan tempat itu. Malas dia
hendak melayan mereka yang seolah-olah sepakat
mengenakannya.

FAIZAL merenung kolam renang yang tenang tidak beralun


tanpa berkelip. Wajah Raudah datang dan pergi silih berganti
di ketenangan itu. Sesekali Faizal tersenyum sendirian
mengenangkan perangai Raudah. Sudah beranak tiga tetapi
kelakuannya tidak menunjukkan dia sudah mempunyai tiga
orang anak. Kalau sekali pandang orang lain mungkin
menyangka Raudah masih belum berkahwin atau paling tidak
belum mempunyai anak.
Kenapa dia bersikap seperti itu? Faizal menggaru
lengannya yang digigit nyamuk. Raudah… Raudah. Tercetus
nama itu dari bibirnya. Faizal mengeluh berat. Dia
membayangkan wajah Raudah yang redup dan manis. Raudah
tidak secantik Mimi. Raudah juga tidak mempunyai susuk
tubuh yang mengancam seperti Tiara. Tetapi entah mengapa
wajah itu yang selalu tergambar di ruang matanya.
Faizal mengalih perhatian ke arah tempat parkir.

17
Seindah Taman Raudah

Sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam memasuki


pekarangan rumah banglo setingkat itu. Pemandunya turun
dan terus menuju ke arah Faizal yang masih bersantai di tepi
kolam renang.
“Baru balik?” sapa Faizal lembut.
“Hmmm…” Ringkas jawapan Nia. Dia
membaringkan tubuhnya ke kerusi malas di sebelah Faizal.
“Macam mana function tadi? Seronok?”
Nia angguk.
“Ramai yang datang?”
Nia angguk lagi.
“Kalau you letih, pergilah mandi dan berehat,” usul
Faizal.
“Sekejap lagi la. I nak tengok bulan tu sekejap.
Rasanya dah lama I tak duduk di sini.” Akhirnya Nia bersuara
juga.
“Macam mana you nak duduk di sini kalau setiap
malam you asyik busy dengan function itu, function ini,”
rungut Faizal.
“Sayang… I kan sekarang businesswoman. Jadi
kenalah jaga imej dan bergaul dengan orang lain. Kalau tak
macam mana I nak dapat client?” jawab Nia.
“Orang lain pun ada business jugak. Tapi ada masa
untuk keluarga.” Faizal bersuara perlahan.
Nia berpaling ke arah Faizal.
“Come on sayang, we already discussed about it,
aren’t we?”
“I know. But can’t you consider it again?” pujuk
Faizal.

18
Damia Zahra

Sudah beratus kali dia cuba memujuk Nia agar cuba


membahagikan masa di antara kerja dan keluarga. Mama dan
papanya sudah acap kali merungut mengenai menantu
mereka yang jarang menunjukkan muka. Jika bertandang,
hanya Faizal seorang sahaja.
Bukan dia tidak tahu perangai Nia yang jika
mahukan sesuatu, dia pasti akan mendapatkannya. Dahulu
memang mereka pernah mengimpikan untuk membuka
perniagaan sendiri. Mereka tidak mahu makan gaji. Tetapi
hasrat mereka ditentang oleh papa Faizal. Mahu atau tidak
terpaksalah Faizal meminta Nia menguruskan perniagaan
mereka sendirian.
Kasihan Faizal melihat Nia terkontang-kanting
menguruskan syarikat yang baru setahun jagung. Namun Nia
sudah nekad, dia tidak akan sesekali undur diri. Bagi Nia itu
adalah matlamat hidupnya. Memadai bagi Nia jika Faizal
memberi keizinan untuk dia meneruskan perniagaan mereka.
Faizal juga memberi kebebasan kepada Nia untuk
membangunkan perniagaan tekstil mereka. Hingga kini Nia
telah berjaya membuka tiga buah gedung tekstil dan juga
beberapa butik di sekitar Kuala Lumpur. Semangat Nia yang
membara untuk maju di bidang perniagaan turut mendapat
dorongan orang tuanya. Tambahan pula mereka itu
memangnya ahli perniagaan.
Melihat kemajuan yang dicapai oleh isterinya,
Faizal bangga dengan hasil kerja keras Nia. Nia tidak pernah
mengeluh penat. Nia tidak pernah merungut letih. Segala-
galanya Nia tanggung sendiri. Itu yang membuatkan Faizal
bangga dengan Nia. Semangat Nia kental.
Nia mencapai tas tangannya yang jatuh ke lantai.
Dia bangun dan membetulkan rambutnya yang dibiarkan

19
Seindah Taman Raudah

lepas. Nia menghampiri Faizal dan mengucup dahi Faizal


dengan lembut.
Sudah lama Faizal tidak merasai kehangatan
ciuman Nia seperti itu. Belum sempat tangannya mencapai
Nia, Nia sudah berlalu pergi. Faizal mengeluh kesal.

20
Damia Zahra

bab 4
F
AIZAL melangkah menjengah ke
bilik Raudah. Lampu bilik itu
sudah terang menandakan ada
penghuni di dalamnya. Pagi itu sengaja dia datang awal ke
pejabat. Dia mendengar suara halus dari dalam bilik Raudah.
Faizal mendekati pintu bilik Raudah. Tiba-tiba suara halus itu
terhenti. Faizal segera beredar.
Kring!Kring!
Faizal mengangkat telefon yang sedang menjerit
minta diangkat.
“Baik, Datuk.” Faizal segera bangun dari duduknya.
Dia menuju ke bilik Raudah.
“Raudah, ikut saya,” arah Faizal dengan wajah
serius.
Raudah segera bangkit dari kerusi dan mencapai
buku nota dan pen. Pastinya menghadap Datuk Hairul, bisik

21
Seindah Taman Raudah

hati kecil Raudah. Tadi dia telah dimaklumkan oleh Azila


bahawa Datuk Hairul mencarinya sewaktu dia bersarapan di
kafeteria.
“Kenapa Tan Sri Ayyub tak dapat hadir Faizal,
Raudah?” Mata Datuk Hairul tertancap ke arah Faizal dan
Raudah.
“Bukankah saya sudah minta diusahakan agar Tan
Sri dapat datang. Majlis makan malam itu penting. Ramai
tetamu khas kita datang. Kalau Tan Sri tak hadir, itu sudah
menunjukkan bahawa minat Tan Sri terhadap syarikat ini
berkurangan,” marah Datuk Hairul.
“Maafkan saya, Datuk.” Raudah bersuara perlahan.
“Saya tak salahkan kamu, Raudah. Faizal… kenapa
tidak diuruskan hal Tan Sri?” Datuk Hairul mengarahkan
pandangannya kepada Faizal.
“Kami sudah berusaha, Datuk. Sampai sekarang
kami belum sempat berjumpa dengan Tan Sri, yalah sejak dia
balik dari Kanada,” sahut Faizal.
“Saya tidak mahu mendengar sebarang alasan. You
should take this responsibility Faizal. Jangan harapkan
Raudah. Status Tan Sri perlukan orang yang lebih tinggi
kedudukannya selain Raudah.”
Raudah tersentak. Begitu sekali Datuk Hairul
memandang rendah akan kebolehannya. Adakah kerana
selama ini dia hanya berdiam diri maka Datuk Hairul tidak
pernah menilainya? Hati Raudah tiba-tiba dilanda sebak.
“She’s your officer but you’re the boss. So I want
the answer about Tan Sri by tomorrow.”
Tegas sekali arahan Datuk Hairul kedengaran.
Terkulat-kulat Faizal mendengar kata-kata tersebut.

22
Damia Zahra

Sekilas dia memandang Raudah yang tunduk. Entah apa yang


difikirkan oleh Raudah saat ini.
“Raudah… you may go now.” Datuk Hairul
mengendurkan suaranya.
“Terima kasih, Datuk.”
Raudah keluar dengan perasaan berbuku. Geram
dengan kata-kata Datuk Hairul. Selama dia bertugas di
bahagian korporat, jarang dia dimarahi oleh Datuk Hairul.
Sejak Faizal mengambil alih tugas Encik Syed, kerap sekali
dia dimarahi. Kenapa Faizal tidak menyelesaikan masalah itu
sekiranya dia sudah tahu mengenainya? bisik hati kecil
Raudah.
Semalam dia sudah membuat laporan terkini status
kehadiran tetamu mereka. Kirana yang menghantarnya
kepada Faizal. Faizal tidak pula bertanya apa-apa. Faizal juga
tidak merungut mengenai Tan Sri Ayyub itu. Kenapa
sekarang hal itu timbul? Tidakkah Faizal melaporkannya
kepada Datuk Hairul semalam? Raudah tertanya-tanya.
“Lain kali laporkan terus kepada saya.”
Raudah tersentak. Faizal berdiri di muka pintu
biliknya sambil bercekak pinggang. Entah bila Faizal selesai
berbincang dengan Datuk Hairul, Raudah tidak pasti.
“Masuk ke bilik saya. Now!” Suara Faizal meninggi.
Beberapa orang kakitangan yang mendengarnya
berpaling.
Mengapa Faizal naik angin? Selama ini mereka
tidak pernah mendengar suara Faizal meninggi apatah lagi
dengan Raudah yang tidak pernah melawan. Mendengar
tapak kasut Faizal menuju ke biliknya, mereka buat-buat
tidak dengar.

23
Seindah Taman Raudah

Raudah mengikuti langkah Faizal dengan perasaan


yang berdebar-debar.
Kena marah terukkah Faizal tadi? Takkan aku pula
yang kena tempiasnya, bisik hati kecil Raudah. Rasa tidak
puas hati bersarang di dadanya.
“Duduk,” arah Faizal. Mukanya masam mencuka.
Dia memandang Raudah tepat-tepat.
Raudah jadi tidak tentu arah. Dia masih terkejut
dengan tindakan Faizal yang meninggikan suara padanya
tadi.
“Sudah berapa kali saya pesan, kalau ada masalah
terus laporkan kepada saya.” Faizal memulakan bicara.
“Awak tahu awak tu siapa di sini?”
Raudah mengangkat muka. Wajahnya berkerut.
“Awak adalah pegawai korporat di syarikat ini.
Sebagai pegawai korporat, you should report to me directly.
Bukan asyik minta staf awak tu berikan saya laporan daripada
awak. Apa, susah sangatkah awak nak melangkah masuk ke
bilik ni? Berat sangatkah mulut awak nak bercakap? Awak
ingat saya ni apa? Harimau?” marah Faizal bertalu-talu. Kali
ini Faizal benar-benar tidak dapat membendung rasa
marahnya.
Raudah terkedu. Haruskah dia membalas kata-kata
Faizal? Raudah berkira-kira untuk menjawabnya.
“Mulai esok, setiap hari awak kena buat laporan
pada saya... every morning. Faham?”
Raudah mengangguk.
Geram hati Faizal melihat Raudah yang hanya
mendiamkan diri.
“You may go now.”

24
Damia Zahra

Raudah bangun.
“Ingat Raudah, setiap pagi awak kena duduk
menghadap saya dan laporkan setiap perkembangan
perjalanan majlis tu.” Faizal mula mengendurkan suaranya.
Terasa ada kemenangan di sebalik kata-kata tersebut.
Raudah keluar dari bilik Faizal dengan langkah
longlai. Mulai esok dia terpaksa menghadap muka Faizal.
Setiap pagi? Oh Tuhan, bagaimana hendak dilalui hari-hari
tersebut, desis hati kecil Raudah.
Fakrul memandang Raudah yang melintasi mejanya
dengan perasaan belas. Bagi Fakrul, tidak patut Faizal
melakukan perkara sebegitu kepada Raudah. Bukan salah
Raudah jika Tan Sri Ayyub tidak dapat hadir, getus Fakrul.
Dia tahu Raudah sudah cuba mendapatkan tarikh temu janji
dengan Tan Sri Ayyub tetapi masih gagal. Dia juga kerap
membantu Raudah mengenai perkara itu.
Sebab itu Fakrul rasa Raudah tidak patut dimarahi.
Fakrul memandang Kirana yang turut bersimpati dengan
Raudah. Bukan Kirana tidak tahu usaha Raudah. Sudah
lenguh jarinya menekan nombor pejabat Tan Sri Ayyub.
Setiap kali setiausahanya menjawab, pasti ada sahaja alasan
yang diberi.
Sebagai pegawai korporat, Raudah kerap bertemu
orang luar atas pelbagai urusan. Kadangkala kasihan Kirana
melihat Raudah yang keletihan melayan tetamu yang datang.
Setiap hari aku kena menghadap dia? Ah! Tak boleh
jadi ni, Raudah berkata-kata di dalam hati. Mampukah dia
menahan pandangan nakal Faizal? Mampukah dia mengikis
bayangan wajah Faizal? Raudah menggeleng-gelengkan
kepala.
Bukan dia bencikan Faizal. Namun wajah itu

25
Seindah Taman Raudah

mengingatkan dia kembali kepada peristiwa lama yang selama


ini cuba dikikisnya. Iras wajah Faizal mengingatkan Raudah
kepada seseorang yang suatu ketika dahulu pernah bertakhta
di hatinya. Tawa Faizal mengingatkan dia kepada zaman
kebahagiaan yang dikecapi bersama orang yang dicintai.
Raudah mengeluh berat. Tidak sanggup rasanya
hendak memandang wajah Faizal saban hari. Jika boleh,
sudah lama dia mahu bertukar jabatan. Tetapi Datuk Hairul
tidak mengendahkan permintaannya. Melihat wajah Faizal
sahaja sudah membuatkan hatinya goyah. Mampukah dia
bertahan menatap wajah Faizal saban hari?
Memang dia tidak nafikan seboleh mungkin dia
cuba mengelak dari berhadapan dengan Faizal. Dia tidak
mahu kenangan silamnya muncul kembali. Raudah mengeluh
lagi.

26
Damia Zahra

bab 5

“R
AUDAH…”
Raudah berpaling
sebaik sahaja mendengar
namanya dipanggil.
“Ikut saya ke pejabat Tan Sri Ayyub. Setengah jam
lagi kita bertolak.”
Raudah tergamam. Ke pejabat Tan Sri Ayyub? Gila
ke dia ni? Raudah merungut di dalam hati. Bukan Faizal
tidak tahu betapa susahnya mendapatkan temu janji dengan
Tan Sri Ayyub itu.
“Saya dah dapatkan temu janji. Tapi kita pergi
berdua.” Belum sempat Raudah membuka mulut, Faizal
terlebih dahulu menerangkan.
Raudah mengeluh kecil seraya mengangguk.
Tidak sampai setengah jam Raudah sudah terjongol

27
Seindah Taman Raudah

di muka pintu bilik Faizal. Kelihatan Faizal sedang sibuk


mencari sesuatu. Dia menarik fail biru dan mencapai kot
yang tergantung di penjuru bilik.
“Jom…” ajak Faizal.
Raudah membuntuti langkah Faizal. Dia cuba
menyaingi langkah Faizal yang laju.
Fakrul sekadar memandang mereka berlalu tanpa
sempat bertanya apa-apa kepada Raudah. Selalunya Raudah
akan meninggalkan pesanan sekiranya dia keluar atas urusan
pejabat.
“Encik Faizal…” panggil Raudah.
Faizal menghentikan langkahnya. “Kenapa?”
“Kita…”
“Naik kereta saya. Kereta syarikat tak ada yang
kosong hari ni,” ujar Faizal seolah-olah memahami apa yang
bermain di benak Raudah.
Selalunya jika Raudah hendak pergi ke mana-mana,
dia akan menggunakan kereta syarikat. Dia jarang menaiki
kereta sendiri kerana Raudah tidak begitu arif keadaan jalan
di Kuala Lumpur. Apa yang dia tahu ialah jalan di antara
rumah dan pejabatnya sahaja. Lagipun dia tidak perlu pening
kepala memikirkan tempat parkir.
Sementelahan Raudah sendiri jarang merewang ke
tempat-tempat lain. Jika hendak pergi membeli-belah, dia
akan menumpang kawan-kawan yang lain atau jalan paling
mudah ialah dengan menaiki teksi.
Raudah teragak-agak mendengar kata-kata Faizal.
Berdua dengan Faizal? Aduh, macam mana ni? hati kecil
Raudah berdetik.
“Kenapa? Takut? Awak ingat saya sengaja ke?” Suara

28
Damia Zahra

Faizal kedengaran kasar. Mungkin tersinggung dengan sikap


Raudah.
“Tak… saya… saya….” Raudah tidak menyambung
kata-katanya sebaik sahaja melihat pandangan Faizal yang
tajam. Raudah mengorak langkah menuruti jejak Faizal yang
mula meninggalkannya.
Mereka berjalan menuju ke arah tempat parkir.
Raudah masih membisu, tidak berani bersuara.
Sepanjang perjalanan itu mereka tidak bersuara.
Masing-masing melayan perasaan sendiri.
Faizal teringatkan perbualannya dengan setiausaha
Tan Sri Ayyub pagi tadi.
“Please confirm my appointment with Tan Sri
today.” Faizal seakan merayu. Tangannya sudah jenuh
mendail nombor telefon pejabat Tan Sri Ayyub. Teringatkan
pesanan Datuk Hairul agar dia sendiri menyelesaikan hal Tan
Sri Ayyub, tidak jadi dia hendak mengarahkan Raudah.
Meskipun dia tahu selama ini Raudah yang sering berurusan
dengan Tan Sri Ayyub.
“Okay. I’ll try.” Itu janji setiausaha Tan Sri Ayyub,
Zarina.
“I’ll be waiting for your call.”
“Give me about half an hour.”
Faizal meletakkan gagang telefon setelah mendengar
janji Zarina. Dia memang sudah bersiap sedia dari pagi tadi
untuk terus datang ke pejabat Tan Sri Ayyub sekiranya Tan
Sri Ayyub bersetuju untuk menemuinya.
Hampir sejam dia menunggu panggilan Zarina.
Resahnya semakin menebal. Jika dia gagal berjumpa Tan Sri
Ayyub, alamat kena menjawablah dengan Datuk Hairul. Pasti

29
Seindah Taman Raudah

telinganya pedih mendengar leteran Datuk Hairul. Kalau


hendak sangat Tan Sri itu hadir ke majlis makan malam itu,
kenapa tidak dia sendiri yang menjemput? marah Faizal di
dalam hati. Geram dengan kerenah Datuk Hairul.
Sebaik sahaja dia mendapat lampu hijau daripada
Zarina, dia terus bergegas mencari Raudah kerana Tan Sri
Ayyub meminta Raudah turut hadir. Faizal tidak sempat
memikirkan sebab mengapa Tan Sri Ayyub mahu Raudah
hadir sama.
Tidak sampai sejam, mereka sudah berada di dalam
pejabat Tan Sri Ayyub. Mereka tidak perlu menunggu lama
kerana Tan Sri Ayyub sudah sedia menanti mereka.
“Kami amat berbesar hati jika Tan Sri dapat turut
serta dalam majlis malam itu nanti.” Faizal cuba memujuk
Tan Sri Ayyub.
“Nanti saya akan fikirkan. Banyak temu janji saya
pada minggu depan. Saya akan minta Zarina aturkan temu
janji yang baru jika boleh. Tapi saya tidak berani berjanji,”
jawab Tan Sri Ayyub seraya memandang Faizal yang kelihatan
gelisah. Tan Sri Ayyub cuba meredakan kegelisahan yang
bertandang di hati Faizal.
Sebelum ini dia kerap mendengar nama Faizal
melalui Datuk Hairul. Hanya sekarang dia dapat bertemu
muka dengan Faizal. Sewaktu melihat Faizal melangkah
masuk ke pejabatnya, Tan Sri Ayyub agak kaget. Dia
merenung Faizal tanpa berkelip. Inikah pengurus baru yang
diberitahu oleh Datuk Hairul? hati kecil Tan Sri Ayyub
berbisik.
Faizal memang kagum dengan Tan Sri Ayyub.
Walaupun sudah berumur namun masih mampu
mempertahankan kekuatan ekonomi empayarnya biarpun

30
Damia Zahra

dunia dilanda krisis ekonomi yang teruk. Tentu lelaki ini


punya formula sendiri, hati kecil Faizal berkata-kata. Bagi
Faizal, lelaki ini adalah contoh usahawan Melayu berjaya.
Mata Faizal menjelajah setiap sudut pejabat Tan Sri
Ayyub. Dia berasa beruntung kerana dapat berjumpa dengan
pelabur terbesar Syarikat Gloria. Anak matanya menangkap
gambar yang terpamer di dinding sudut sebelah kiri pejabat
itu. Punggungnya seakan mahu terangkat untuk melihat
gambar itu dengan lebih dekat.
Tan Sri Ayyub yang seakan mengerti memberitahu,
“itu gambar family saya.”
Faizal angguk, malu dengan reaksinya. Namun dia
kurang pasti gambar wanita yang berada di belakang Tan Sri
Ayyub. Wajah itu seakan pernah dikenali. Tetapi di mana? Dia
tidak ingat. Puas otaknya berfikir, hampa. Dia benar-benar
tidak dapat mengingati.
Tan Sri Ayyub berdeham apabila dilihatnya Faizal
masih tidak lepas dari memandang foto yang tergantung itu.
Faizal terkesima.
“Raudah… kenapa diam saja?” tegur Tan Sri Ayyub.
Sejak mereka masuk ke dalam pejabat Tan Sri itu
tadi, sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut
Raudah.
Faizal baru tersedar mengenai keadaan itu. Dia
berpaling ke arah Raudah yang duduk membatu di
sebelahnya.
“Raudah ni pemalu sikit, Tan Sri.” Faizal menjawab
bagi pihak wanita itu.
Raudah menjeling tajam ke arah Faizal.
Tan Sri Ayyub ketawa besar.

31
Seindah Taman Raudah

Faizal kehairanan. “Kenapa Tan Sri?”


“Saya sudah lama kenal Raudah. Dia ni akan jadi
pemalu dengan orang yang tidak dikenali saja. Kalau dah
kenal, sampai tak cukup mulut nak bercakap.”
Faizal mengerutkan keningnya. Mustahil!
Sepanjang dia bertugas di bahagian korporat, tidak pernah
dia melihat Raudah bersikap seperti yang diceritakan oleh
Tan Sri Ayyub. Atau mungkin dia sahaja yang tidak perasan.
Raudah tunduk. Malu dengan kata-kata Tan Sri
Ayyub. Dia sebenarnya agak kekok untuk berbual dengan Tan
Sri Ayyub kerana Faizal ada bersama. Selama ini dia menemui
Tan Sri Ayyub sendirian, tanpa teman. Jadi dia bebas untuk
berbual dengan Tan Sri Ayyub.
“Raudah sihat?”
Mabuk ke apa Tan Sri ni, rungut Faizal. Dari tadi
mereka berada di dalam bilik, tidakkah dia nampak Raudah
sihat segar-bugar. Sudahlah jemputan dari pihak syarikat
belum berjawab, sudah bertanya soalan lain yang tidak ada
kena-mengena dengan kedatangan mereka ke pejabat itu
ketika ini.
“Sihat, Tan Sri. Puan Sri sihat?”
Tan Sri Ayyub angguk.
“Puan Sri dah lama tak bertemu Raudah, katanya
rindu sangat.”
Haaa…? Apa kena-mengena Raudah dengan Puan
Sri pulak? hati kecil Faizal berbisik.
“Insya-Allah, jika ada kelapangan saya akan datang.
Sampaikan salam saya pada Puan Sri nanti,” ujar Raudah
perlahan.
“Raudah ni Faizal, selalu menemankan isteri saya

32
Damia Zahra

jika nak berbelanja. Maklumlah orang perempuan... kalau


nak bershopping, tak cukup tangan nak memegang.”
Faizal menarik nafas panjang. Teka-tekinya berjawab.
“Dulu Raudah selalu datang ke sini untuk urusan
pejabat. Dari situ isteri saya mengenali Raudah,” sambung
Tan Sri Ayyub lagi.
Raudah menarik nafas panjang, lega dengan kata-
kata Tan Sri Ayyub. Tidak perlulah dia bersoal jawab dengan
Faizal nanti.
“Baiklah Faizal, Raudah. Nanti saya akan minta
Zarina confirmkan selewat-lewatnya besok pagi. Tengoklah
sama ada dia boleh ubah atau tidak temu janji pada malam
tu.”
Janji Tan Sri Ayyub sedikit sebanyak melegakan
Faizal. Tidak perlu lagi dia berperang dengan Datuk Hairul.
Sewaktu keluar dari bilik Tan Sri Ayyub, beberapa
orang kakitangan yang ada di situ cuba menegur Raudah
dengan mesra.
Raudah segera memberi isyarat sambil menunjuk
ke arah Faizal yang sedang berjalan mendahuluinya. Bos ada
bersama, lain kali kita bersembang, Raudah memberikan
isyarat tanpa suara.
Bagaikan mengerti, mereka diam dan kembali
menyambung tugas masing-masing.
Tan Sri Ayyub memerhatikan langkah Faizal dan
Raudah dari jauh. Hatinya tiba-tiba berbunga. Adakah ini satu
takdir? Atau adakah pertemuan ini satu permainan takdir?
Tan Sri Ayyub mengeluh berat.
“Saya tak sangka awak kenal rapat dengan keluarga
Tan Sri.”

33
Seindah Taman Raudah

Spontan Faizal bersuara sebaik sahaja mereka


memasuki kereta.
Raudah diam.
“Awak tak dengar ke apa yang saya cakap?” Suara
Faizal agak meninggi.
Raudah tersentak. Hilang sekejap semangatnya.
Mak ai…! Aku tak jawab pun nak marah? Suka hati
akulah nak jawab ke tak nak! Berbakul rasa geram yang
berbuku di hati Raudah.
“Raudah…” Geram dengan sikap Raudah, Faizal
menggenggam tangan Raudah.
Serentak itu Raudah menarik tangannya dengan kuat.
“Encik Faizal…!”
“Haaa… ada pun awak di sini. Saya ingatkan dah
hilang entah ke mana.”
Sakit hati Raudah melihat senyuman sinis Faizal.
“Lain kali kalau saya panggil tu, jawablah,” kata
Faizal bersahaja tanpa rasa bersalah.
Dia melihat wajah Raudah merah. Entah marahkan
dirinya entahkan malu, Faizal tidak tahu. Dia juga tidak
menyangka akan bertindak seperti itu sebenarnya. Tetapi
sikap Raudah yang endah tak endah itu yang menyebabkan
dia geram. Faizal membetulkan duduknya dan terus
membawa keretanya keluar dari tempat parkir.
Sepanjang perjalanan itu masing-masing tidak
berkata-kata. Kedua-duanya senyap melayan perasaan.
Raudah kesal dengan tindakan spontan Faizal.
Tidakkah dia keterlaluan? Raudah bersoal jawab di dalam
hati. Salah dia juga kerana tidak menyahut panggilan Faizal
tadi. Tetapi dia sebenarnya lebih memikirkan ajakan Tan Sri

34
Damia Zahra

Ayyub tadi. Pasti Tan Sri Ayyub akan memberitahu


pertemuannya tadi dengan Puan Sri. Raudah mengeluh kecil.
Faizal menoleh ke arah Raudah. Entah apa yang
difikirkan oleh Raudah, dia tidak pasti. Tetapi dia tertanya-
tanya sendiri, sekiranya Raudah amat mengenali Tan Sri
Ayyub, mengapa susah benar Raudah hendak mendapatkan
temu janji dengan Tan Sri Ayyub?
Nantilah... aku akan tanya bila sampai masanya.
Geram benar dia dengan tindakan Raudah sekiranya perkara
itu benar.
Apakah Raudah sengaja hendak menyusahkannya?
Apakah Raudah sengaja hendak menjatuhkan air mukanya di
hadapan Datuk Hairul? Raudah… Raudah… terlalu banyak
persoalan yang tidak berjawab, keluh Faizal pula.
Kali ini Raudah pula menoleh ke arah Faizal sebaik
sahaja dia mendengar keluhan Faizal.
Serentak mereka berpandangan.
“Raudah… maafkan perbuatan saya tadi. Saya tak
sengaja,” kata Faizal perlahan.
Raudah diam.
“Raudah…” panggil Faizal lagi.
“Errr… lupakan saja perkara tadi, Encik Faizal.”
Akhirnya Raudah bersuara.
Faizal angguk. Jika itu kehendak Raudah, dia akan
akur. Salah dia juga kerana terlalu tergesa-gesa bertindak.
Kereta terus meluncur laju menghala ke pejabat semula.

35
Seindah Taman Raudah

bab 6
K
ETUKAN pintu yang bertalu-
talu mengejutkan Raudah
dari tidurnya. Dia menggosok
matanya dan melihat ke jam yang tergantung di dinding
kamarnya. Tiga pagi! getusnya.
Ketukan di pintu semakin kuat kedengaran.
Raudah melangkah turun dari katil dan menuju ke
arah pintu hadapan. Dia menarik tombol pintu dan sekujur
tubuh menghempap badannya. Hidungnya terus menangkap
bau yang amat meloyakan. Sekonyong-konyong dia segera
menarik keras tubuh sasa itu dan meletakkannya di sofa
berdekatan. Dia mencapai kusyen kecil yang tersandar dan
meletakkan kepala lelaki itu di atasnya agar tampak selesa.
Raudah segera berlari ke singki dapur. Dia tidak
dapat menahan isi perutnya dari keluar. Segala yang
dimakannya siang tadi berlumba-lumba hendak keluar dari

36
Damia Zahra

saluran tekaknya. Puas mengeluarkan segala yang


memualkan, dia kembali ke ruang tamu. Dilihatnya lelaki itu
sudah lena tidur.
Dia melucutkan kasut dari kaki lelaki itu dengan
perlahan, tidak mahu mengejutkannya. Dia meletakkan kasut
di rak berdekatan pintu. Raudah membetulkan kedudukan
lelaki itu agar kelihatan selesa. Kemudian dia kembali ke bilik
tidur dan mengambil sehelai selimut bagi mengelakkan lelaki
itu dari kesejukan. Raudah menatap wajah lelaki itu dengan
perasaan yang sukar digambarkan.
Suatu ketika dahulu, lelaki ini amat dicintai. Lelaki
ini juga telah menatangnya bagai minyak yang penuh. Entah
di mana silapnya, Raudah tidak tahu. Lelaki ini kembali
semula ke tabiat asalnya. Lelaki ini juga sudah mula lupakan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan sebagai
seorang ayah. Lelaki ini juga sudah lupa tanggungjawabnya
kepada Tuhan yang satu.
Raudah mengusap lembut wajah lelaki itu.
Mengusap dengan penuh kasih. Biar apa pun, dia tetap
mencintainya. Biar apa pun, dia tetap akan menjaga maruah
lelaki itu. Biarlah dia menanggung segalanya sendirian. Tidak
sanggup rasanya hendak berkongsi cerita dengan orang lain.
Raudah membetulkan selimut dan mengucup dahi lelaki itu
sebelum beredar.
Perlahan-lahan Raudah melangkah menaiki anak
tangga. Dia cuba menyambung tidurnya yang terganggu
namun gagal. Gelisah. Dia bangkit dan menuju ke bilik air.
Daripada dia gelisah tidak tentu hala, lebih baik dia
menyerahkan dirinya kepada Allah. Hanya itu yang mampu
membuatkan dia tenang apabila mengingatkan lelaki itu.
Hanya pada Allah sahaja tempat dia mengadu segalanya. Dia

37
Seindah Taman Raudah

membulatkan hati bahawa suatu ketika nanti lelaki itu pasti


berubah. Dan Raudah amat yakin dengan kata hatinya.

CURAHAN air yang bertalu-talu dari dalam bilik air


mengejutkan Raudah dari lena. Dia menggosok matanya. Dia
mencapai jam yang terletak di sisinya. Ya Allah, sudah pukul
enam empat puluh lima minit pagi! Dia masih belum bersolat
subuh.
Raudah segera berlari ke bilik air yang satu lagi. Dia
tahu, tidak guna menanti lelaki itu keluar dari bilik air
kerana dia sudah arif benar dengan perangainya yang
mengambil masa lama tiap kali menggunakan bilik air.
Usai solat lelaki itu masih belum keluar. Raudah
menggelengkan kepala. Dia melipat sejadah dan menuju ke
bilik sebelah melihat Sofea yang masih nyenyak tidur. Raudah
mencium Sofea yang mengerekot kesejukan. Raudah
meninggikan suhu penghawa dingin bilik Sofea.
Raudah kemudiannya berjalan pula ke bilik sebelah.
Dilihatnya Ian Haikal juga masih lena. Biarlah mereka
meneruskan tidur mereka, bisik hati kecil Raudah.
Raudah meniti anak tangga menuju ke dapur. Bibik
sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk menggoreng
mi. Semalam Raudah sudah berpesan kepadanya agar
menyiapkan bahan-bahan tersebut kerana pada pagi ini
Raudah bercadang hendak menggoreng mi.
“Sudah siap bik?” tegur Raudah. Matanya
memerhatikan bahan-bahan mentah yang disediakan oleh
bibik. Sawi, ada. Udang, ada. Tomato, ada. Satu demi satu
Raudah tengok. Tanpa berlengah dia terus menuang minyak

38
Damia Zahra

ke dalam kuali dan mula menumis. Aroma yang harum


memenuhi ruang dapur.
Selesai menggoreng, Raudah meletakkan mi
tersebut di atas meja. Sekejap lagi lelaki itu pasti turun.
“Morning,” ucap Raffique seraya menegur Raudah.
“Morning. Dah siap?” tanya Raudah sebaik sahaja
dia melihat Raffique sudah siap berpakaian pejabat. Awalnya
hari ini dia bersiap, getus hati kecil Raudah.
Bibik menghilangkan diri entah ke mana sebaik
sahaja Raffique muncul di ruang makan. Mungkin tidak
mahu mengganggu majikannya di awal pagi.
Raffique menarik kerusi dan terus menyudu mi
goreng yang sudah berisi di dalam pinggan. Dia mengunyah
dengan pantas.
“Nak lagi?” tanya Raudah setelah dilihatnya mi
goreng tadi habis dimakan Raffique.
“Cukup. Abang nak cepat.”
“Where are you going?”
“I have a meeting with Mr. Smith today.”
“Ooo… that’s why you’re early today.”
“You know my dad. He’ll be mad if I’m late,” terang
Raffique sambil meneguk air Milo panas dengan perlahan.
Raudah memandang Raffique sambil tersenyum.
Dia faham benar perangai bapa mertuanya yang begitu
menepati masa. Jangan sekali-kali terlewat ketika membuat
temu janji dengannya. Raudah terlalu pasti mengenai itu
kerana dia sendiri pernah bekerja dengan bapa mertuanya
dahulu.
Sebelum Raffique menerajui Tinta Emas Holdings,

39
Seindah Taman Raudah

Raudah terlebih dahulu bekerja di situ. Kemudian setelah


mereka berkahwin, Raffique masih enggan memegang
tampuk pengurusan Tinta Emas Holdings hinggalah akhirnya
daddy diserang sakit jantung.
Walaupun serangan itu minor, Raffique mengambil
tanggungjawab di Tinta Emas Holdings. Dia tidak mahu
daddynya terus-terusan mendesak dan memaksanya
memasuki Tinta Emas Holdings. Dia mahu daddynya senang
hati dan berehat.
Tidak lama setelah Raudah disahkan mengandung,
Raudah disuruh tinggal di rumah menemani mummy.
Raudah juga bersetuju kerana enggan bekerja sebumbung
dengan Raffique dan dia sendiri berasa tidak selesa dengan
keadaan itu.
Raffique meneguk air Milo sekali lagi. Kali ini dia
minum hingga habis. Dia bangun dan mencapai briefcase
yang tersandar di kerusi sebelah. Dia mencium ubun-ubun
Raudah dengan penuh kasih sayang.
Raudah mencapai tangan Raffique dan
menciumnya.
Mereka berjalan beriringan ke muka pintu.
“Raudah, I’m sorry about last night.”
“Hmmm…” sahut Raudah malas.
“Jangan beritahu mum and dad ya.”
Raffique minta simpati. Entah sudah berapa kali dia
meminta simpati Raudah, Raffique sendiri tidak tahu. Nasib
baik Raudah akur dengan kehendaknya. Jika tidak pasti
mummy dan daddynya mengamuk sakan. Raffique teringat
ketika dia mula berjinak-jinak dengan air kuning itu.
Semuanya angkara rakan-rakan yang suka mencabar.
Kebetulannya mummy dan daddy berada di London selama
tiga bulan atas urusan perniagaan.

40
Damia Zahra

Namun sejak perkenalan dengan Raudah, dia sudah


boleh menjauhkan tabiat tersebut. Malang sekali kerana
sejak menerajui Tinta Emas Holdings ditambah dengan
pengaruh Hanif, Raffique tersungkur semula ke tabiat
lamanya.
Hanif, lelaki yang gemar bersosial. Hidupnya
sentiasa penuh dengan keseronokan. Hanif bijak menangani
kerenah pelanggan, itu yang membuat Raffique terpaksa
mengakui kebolehan Hanif.
“Abang pergi dulu.” Raffique mencuit dagu Raudah.
Raudah melambaikan tangannya hingga kereta
yang dipandu oleh Raffique hilang dari pandangan. Raudah
mengeluh berat. Sudah hampir lima bulan Raffique kembali
ke perangai lamanya. Jika berjumpa dengan pelanggan,
pulangnya pasti dalam keadaan mabuk.
Sudah puas dia menasihati Raffique tetapi sia-sia
belaka. Akhirnya dia mengambil sikap mendiamkan diri.
Malas dia hendak memanjangkan perkelahian. Rasanya tiada
guna dia asyik menyuruh Raffique berhenti dari meneguk air
syaitan itu.
Dengan adanya Hanif sebagai tangan kanan
Raffique, sukar bagi Raudah untuk menangani masalah itu.
Hanif, tercetus nama itu dari bibir Raudah. Bilakah Hanif
akan sedar dari kealpaannya? Raudah tertanya-tanya sendiri.
Hanif orang kepercayaan Raffique. Semoga Hanif berjumpa
jalan pulang, doa Raudah. Andai Hanif sedar, Raffique pasti
kembali ke sisinya sebagai Raffique yang dahulu.
Sudah acap kali Raudah hendak mengadu kepada
ibu dan bapa mertuanya tetapi rayuan Raffique melunturkan
semangatnya. Cintanya terhadap lelaki itu menyebabkan dia
merelakan perbuatannya, meskipun Raudah tahu bahawa dia

41
Seindah Taman Raudah

turut bersalah kerana bersubahat. Namun dia tidak tergamak


hendak melanggar permintaan Raffique yang satu itu.
Kadang-kadang Raudah berasa terlalu bodoh kerana
membiarkan perasaan cintanya terhadap Raffique mengaburi
kebenaran yang perlu dipertahankan. Cintanya terhadap
Raffique juga menyebabkan dia tidak dapat membuat
pertimbangan yang betul.
Rengekan Ian Haikal yang berada di dalam
dukungan bibik menyedarkan Raudah dari lamunan.
Raudah menyambut Ian Haikal dari bibik. Dia
mencium pipi Ian Haikal berkali-kali. Wajah Ian Haikal saling
tak tumpah wajah Raffique. Bezanya cuma Ian Haikal
mempunyai lesung pipit seperti dirinya.
“Haikal nak susu?”
Ian Haikal angguk.
“Bibik, tolong buatkan susu Haikal!”
Bibik beransur ke dapur.
Raudah meletakkan Ian Haikal di atas sofa.
“Ini susunya buk,” kata bibik sambil mengunjukkan
botol susu yang penuh.
Ian Haikal segera menyorong botol susu ke dalam
mulutnya sebaik sahaja botol itu dicapainya.
“Perlahan-lahan Haikal,” kata Raudah setelah
dilihatnya Ian Haikal kelihatan gelojoh. Mungkin dia terlalu
haus, bisik hati kecil Raudah.
Anak kecil berusia tiga tahun itu dicempungnya.
Geram sungguh dia dengan wajah Ian Haikal yang gebu.
Kulitnya putih sama seperti Raffique. Rambutnya
lurus juga seperti Raffique. Segala-galanya sama seperti

42
Damia Zahra

Raffique. Mereka yang mengenali pasti akan memanggil Ian


Haikal dengan panggilan Raffique Junior.
Dan selalunya Raffique dengan bangga akan
mempamerkan Ian Haikal kepada tetamu yang datang ke
rumah. Kata Raffique, Ian Haikal akan jadi seperti dirinya
tetapi dia akan pastikan Ian Haikal mewarisi sifat Raudah.
Raudah selalunya tersenyum mendengar ungkapan Raffique.
Kring!Kring!
Raudah tersentak. Tangannya segera mencapai
telefon yang berdering.
“Assalamualaikum…” sapa Raudah.
“Mummy? Sihat?” Wajah Raudah ceria sebaik sahaja
mengetahui pemanggil di sebelah sana.
“Raudah sedang buat apa?” Kedengaran suara
mummynya bertanya.
“Tengah layan Haikal minum susu. Dia baru bangun
tidur.”
“Ooo… cucu nenek dah bangun. Rindu rasanya dah
lama tak jumpa budak-budak tu, Raudah.”
“Mummy datanglah ke sini. Boleh juga kita
bersembang lama.”
“Tak bolehkah kamu saja yang datang ke sini? Ha…
Si Raffique tu takkan sibuk memanjang sampai tak sempat
bawak anak bini datang ke rumah mummy? Daddy tu pun
sibuk juga, tapi masih ada masa untuk bercuti.”
Raudah tersenyum lebar mendengar leteran ibu
mertuanya.
Sejak daddy tidak lagi melakukan kerja-kerja
syarikat, mummy mempunyai banyak masa terluang. Sebab
itu kalau mereka tidak menjenguk mummy lebih daripada

43
Seindah Taman Raudah

seminggu, mummy akan berleter hingga kadang-kadang


kasihan Raudah melihat mummy yang kebosanan.
“Baiklah mummy. Nanti Raudah beritahu pada
Raffique.”
“Hmmm… kalau tunggu Si Raffique tu, alamat
berkurunlah baru mummy boleh tengok budak-budak tu,”
rungutnya lagi.
“Mummy… apa kata mummy datang saja ke sini
hari ni. Raudah pun tak ada buat apa-apa. Boleh kita
bersembang panjang.” Raudah cuba mengalih perhatian.
“Memang mummy nak ke sana pun. Sekejap lagi
mummy sampai.”
Raudah menggeleng mengenangkan telatah ibu
mertuanya. Dia juga geram dengan perangai Raffique
kebelakangan ini. Hendak balik ke rumah ibu sendiri pun
payah, apatah lagi hendak bersama keluarga. Sudah acap kali
dia mengingatkan Raffique. Sudah jenuh mulutnya berpesan
agar menjenguk mummy. Lagipun jarak rumah mereka
dengan rumah kedua-dua orang tua Raffique bukannya jauh.
Tidak sampai setengah jam mereka sudah boleh sampai ke
rumah mummy. Namun kata-kata hanya tinggal kata-kata.
Raffique tetap seperti itu juga. Sibuk dengan dunianya
sendiri. Kadangkala dia juga berasa iri hati dengan orang lain
yang punya kesempatan untuk bersama keluarga.
Raudah segera menyiapkan Ian Haikal dan
mengejutkan Sofea. Sekejap lagi bila nenek mereka datang,
ada sahaja permainan yang hendak ditunjukkan kepada nenek
mereka. Pasti ibu mertuanya akan keletihan melayan telatah
Sofea dan Ian Haikal.

44
Damia Zahra

bab 7
F
AIZAL berjalan tenang menuju
ke bilik Datuk Hairul. Senyuman
menguntum di bibirnya
sepanjang pagi ini. Khabar gembira yang diterima daripada
Zarina, setiausaha Tan Sri Ayyub perlu disampaikan kepada
Datuk Hairul.
Jika diikutkan, dia tidak perlu bersua muka dengan
Datuk Hairul, memadai dengan memaklumkan berita
tersebut melalui telefon. Tetapi Faizal tidak puas hati. Dia
menekan butang lif untuk ke tingkat tujuh.
“Ada apa Faizal?” tanya Datuk Hairul seraya
mempersilakan Faizal duduk.
“Mengenai Tan Sri Ayyub, Datuk.”
Datuk Hairul mengangkat mukanya. Keningnya
berkerut.
“Tan Sri bersetuju untuk hadir.”

45
Seindah Taman Raudah

Faizal mengukir senyum sambil memberitahu


berita baik tersebut.
“Ooo… itu. Saya dah tahu.”
Faizal terkesima. Bagaimana Datuk Hairul boleh
tahu sedangkan baru tadi Zarina menelefonnya? Faizal
tertanya-tanya.
“Datuk tahu?” tanya Faizal, tidak puas hati.
Datuk Hairul mengangguk mengiakan kata-katanya
tadi.
“Raudah beritahu saya tadi. Kebetulan saya
berjumpa Raudah di dalam lif pagi tadi,” terang Datuk Hairul
bersahaja.
Lagi, lagi Raudah. Raudah… Raudah. Nama itu
sahaja yang didengarnya. Bagaimana Raudah boleh tahu
berita itu? Dia belum pun berjumpa Raudah sejak pagi tadi.
Jika Raudah tahu, mengapa Raudah tidak memaklumkannya?
Faizal menggetap bibirnya, geram.
“You ni lambat sangat beritahu saya. Zaman
sekarang ni patutnya maklumat yang kita terima tak perlu
sampai berjam-jam baru dapat. Petik jari maklumat datang.”
Sindiran Datuk Hairul begitu menyengat di
telinganya. Kalau pun Datuk Hairul tidak berniat hendak
menyindirnya, dia terasa seperti dipermainkan. Faizal
bungkam. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Malu
dia dengan Datuk Hairul kerana menyangka dia membawa
khabar gembira untuk Datuk Hairul tetapi yang terjadi adalah
sebaliknya. Wajah Raudah bermain di ruang mata Faizal.
Geram ada. Sakit hati pun ada mengenangkan perangai
Raudah.
Keluar sahaja dari bilik Datuk Hairul, Faizal

46
Damia Zahra

bergegas mencari Raudah. Hatinya bertambah sakit apabila


didapatinya bilik Raudah kosong. Dia menghempaskan failnya
di atas meja Kirana.
Tersentak Kirana dibuatnya dengan tindakan Faizal.
Hampir terpelanting pen yang dipegang. Kirana mengurut
dadanya yang berdegup kencang akibat terkejut. Dia
memandang wajah Faizal yang menyinga.
Fakrul yang kebetulan baru hendak bangun,
terduduk semula. Taufan apa pulak ni? rungut Fakrul.
Beberapa orang yang ada di situ turut tercengang dengan
kelakuan Faizal.
Apa hal la pulak dia ni! getus Kirana di dalam hati.
Faizal memandang Kirana dengan mata yang merah
menyala menahan marah.
“Raudah mana?” tanya Faizal serius. Tiada nada
mesra langsung.
Alamak, dia ni lupa ke apa? Bukan ke Kak Raudah
ada temu janji dengan pihak hotel? Kirana berkata-kata
sendiri di dalam hati
“Awak pekak ke? Saya tanya mana Raudah?”
“Errr... errr… Kak Raudah a… ada appointment
dengan pihak hotel, Encik Faizal.” Dengan gugup Kirana
menjawab.
Faizal mendengus kuat. Geram sungguh dia kerana
gagal melemparkan kemarahannya terhadap Raudah. Kali ini
Raudah terlepas dari terkena tamparan kemarahannya.
“Dia balik nanti beritahu dia, saya nak jumpa,”
pesan Faizal tegas.
Sedikit pun dia tidak menghadiahkan senyuman
seperti selalu.

47
Seindah Taman Raudah

Beberapa orang yang duduk bersebelahan Kirana,


turut terpinga-pinga mendengar kemarahan Faizal. Angin
tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba melenting. Agaknya itulah
tanggapan mereka sekarang.
Faizal sudah tidak peduli dengan pandangan staf
sekeliling. Jika ada Raudah ketika itu, mahu sahaja dia
mencekik perempuan itu. Geramnya sudah tidak dapat
ditahan. Faizal mengambil semula fail yang dicampakkannya
di atas meja Kirana dan berlalu pergi.
Kirana menarik nafas lega. Segera dia memandang
ke arah Fakhrul.
Fakhrul menggelengkan kepalanya.
Kirana mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Teruklah Kak Raudah nanti, Kiran,” ujar Fakhrul
perlahan, bimbang suaranya didengari Faizal yang berada di
dalam biliknya.
“Kesian Kak Raudah. Tak pasal-pasal kena marah.
Kau agak kenapa ya?”
Kirana tidak menjawab pertanyaan Fakrul kerana
dia sendiri tiada jawapannya.

“SAYA setuju dengan cadangan Puan Zulaikha,” ujar Raudah


sambil memandang ke arah dewan besar Hotel Istana. Pentas
juga luas dan sesuai dengan majlis yang hendak dibuat.
Cukup untuk memuatkan beberapa orang penari yang akan
membuat persembahan tarian tradisional.
“Kalau begitu, saya perlukan letter of undertaking,
Puan Raudah.”

48
Damia Zahra

“Boleh, nanti saya fakskan. Cuma bayaran


pendahuluan tu saya perlu bincang dengan bahagian akaun.
Rasanya tiada masalah. Lagipun majlis tu dua minggu lagi.”
Puan Zulaikha mengangguk tanda faham. Bukan
perkara baru berurusan dengan Raudah. Sebelum ini pun dia
sudah beberapa kali membuat urus niaga dengan Raudah.
Raudah berjalan mengelilingi dewan besar itu sekali
lagi. Dia mahu pastikan ruang itu berupaya memuatkan
empat ratus orang tetamu nanti. Lebih-lebih lagi bahagian
yang akan diduduki oleh VVIP. Raudah tidak mahu timbul
rungutan di pihak Datuk Hairul. Dia faham benar perangai
Datuk Hairul yang satu itu. Jika ada yang tidak kena, pedihlah
telinganya nanti kerana terpaksa menadah semua lontaran
yang tidak enak didengar.
“Meja VVIP di mana?” tanya Raudah.
Puan Zulaikha menunjukkan arah tengah dewan di
bahagian hadapan.
“Kedudukan mereka kita letak di tepi sedikit dan
bukan di tengah-tengah.”
Raudah angguk. Dia sudah arif mengenai protokol
itu.
“Band muzik bagaimana?”
“Saya sudah uruskan. Dua hari sebelum majlis, saya
harap Puan Raudah dapat datang dan lihat persembahan
mereka dulu. Kalau tak sesuai, kita boleh ubah suai lagi.”
Puan Zulaikha mencadangkan.
“Saya pun fikir begitu juga. Saya akan bawa
pengurus bahagian korporat sekali masa tu nanti.”
“No problem. Saya pun mahu berkenalan dengan
bos Puan Raudah juga. Rasanya saya belum pernah berjumpa

49
Seindah Taman Raudah

dengan dia lagi.”


“Hmmm… memang pun belum. Masa kali terakhir
kami buat majlis di sini, puan cuti panjang. Tak apa la,
minggu depan saya akan perkenalkan puan dengan dia,” janji
Raudah.
Raudah berjalan menuju ke arah pintu. Seketika dia
berpaling ke tepi pintu.
“Kenapa?” tanya Puan Zulaikha hairan. Risau jika
ada yang tidak kena di mata pelanggan.
Syarikat Gloria tempat Raudah bekerja memang
kerap berurusan dengan hotel itu. Seboleh mungkin dia
mahu menjaga prestasi hotelnya di mata Raudah dan Syarikat
Gloria.
“Boleh tak kalau saya nak hiaskan dewan ni dengan
bunga hidup?”
“Semua atau sebahagian?”
Permintaan Raudah adalah biasa bagi Zulaikha.
Kebanyakan syarikat gergasi tidak lokek untuk menghabiskan
wang mereka untuk keselesaan bagi sesebuah majlis yang
mereka anjurkan.
“Boleh berikan saya budget untuk kedua-duanya?”
pinta Raudah. Entah kenapa dia boleh terfikir perkara itu
secara tidak langsung. Mungkin juga kerana sudah jemu
dengan konsep biasa.
“Saya boleh uruskan. Petang nanti saya akan
fakskan kepada Puan Raudah. Cuma pihak syarikat setuju ke
nak gunakan bunga segar?”
Raudah diam. Ada sesuatu yang mengganggu
fikirannya dengan pertanyaan itu. Setujukah Faizal nanti?
Raudah tertanya-tanya sendiri. Ah, pedulikanlah. Semalam

50
Damia Zahra

dia sudah mengajak Faizal untuk turut serta melihat keadaan


hotel dan membuat sedikit perbincangan, tetapi Faizal seakan
tidak mengendahkan ajakannya.
Jika tidak diajak, marah... sudah diajak, tiada
jawapan. Kebetulan pula pagi ini Faizal lambat masuk ke
pejabat, terus dia pergi sendirian. Ah, biarlah… asalkan
Datuk Hairul suka sudahlah, Raudah membuat kesimpulan.
“Kenapa? Ada masalahkah sebelum ni?” tanya
Raudah spontan.
“Tidaklah. Saya cuma mahu pastikan. Yalah...
biasanya bunga segar orang guna untuk majlis resepsi
pengantin. Jarang sekali kalau majlis begini, lebih-lebih lagi
majlis makan malam.”
“Itulah sebabnya saya nak gunakan. Saya nak buat
kelainan sikit. Saya mahu dewan ni dipenuhi dengan bau-
bauan bunga-bunga segar. Tentu harum dewan ni nanti.”
Zulaikha senyum senang mendengar pandangan
Raudah.
“Puan Raudah ni sentimental juga ya,” usik Zulaikha.
“Haaa…?”
“Yalah, selalunya peminat bunga segar adalah orang
yang sentimental jiwanya.”
Raudah ketawa kecil mendengarnya.
“Entahlah, itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya
mahu majlis malam tu berlainan sedikit daripada biasa.
Maklumlah, jemputan kebanyakannya VVIP. Kami juga
menjemput pelabur baru untuk berkenalan. Majlis makan
malam tu penting untuk syarikat kami. Kalau boleh biarlah
pelabur baru tu puas hati dengan layanan pihak kami.”
Zulaikha mengangguk, faham.

51
Seindah Taman Raudah

“Ada apa-apa lagi puan?” Zulaikha bertanya sambil


tangannya memegang tombol pintu dewan dan menutupnya.
“Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Saya tunggu faks
daripada pihak puan. Yang lain kita akan uruskan nanti
selepas saya keluarkan letter of undertaking.”
Raudah menghulurkan tangan untuk berjabat
salam.
Zulaikha menyambutnya dengan senang hati.
“Kita minum dulu, Puan Raudah,” ajak Zulaikha.
“Terima kasih. Lain kali saja. Banyak lagi urusan
yang perlu saya buat. Saya ada appointment dengan Dewan
Budaya,” tolak Raudah dengan sopan sambil menghadiahkan
sebuah senyuman.
Zulaikha lantas mengangguk tanda memahami dan
meminta diri.
Mengingatkan temu janjinya dengan Encik Razlan
dari Dewan Budaya, Raudah mempercepatkan langkah. Dia
mahu berbincang dengan Encik Razlan mengenai
persembahan kebudayaan pada malam itu. Dia mahu Encik
Razlan membuat persembahan yang melambangkan
kebudayaan masyarakat Malaysia yang sebenar.
Pelabur-pelabur luar negara pasti kagum melihat
kebudayaan mereka nanti. Bukan senang hendak mendapat
negara yang berbilang bangsa hidup aman dan damai seperti
di Malaysia. Segalanya dikongsi bersama. Segalanya dipikul
bersama.
Jika hendak menyediakan persembahan Barat,
tentu pelabur dari luar negara sudah biasa benar. Dia akan
berbincang dengan Encik Razlan mengenai perkara itu.
Lagipun konsep persembahan itu telah dipersetujui oleh

52
Damia Zahra

Datuk Hairul.
Dia teringat bagaimana dia bertekak dengan Faizal
mengenai konsep persembahan itu sewaktu berbincang
sebelum memanjangkannya kepada Datuk Hairul. Geram
sungguh dia dengan pandangan Faizal ketika itu. Nasib baik
Kirana turut membantu menegakkan pendirian mereka. Dia
dan Kirana sudah puas membuat penilaian persembahan dan
memikirkan persembahan kebudayaan adalah yang terbaik
untuk malam itu.
Faizal tetap mahu mengadakan persembahan
teater.
Alangkah bosannya malam itu nanti, fikir Raudah
dan Kirana. Namun dia puas hati kerana Datuk Hairul
menyebelahinya dan bukan Faizal.
Wajah Faizal mencuka.
Dan dia tahu bahawa dia dan Kirana perlu berusaha
keras untuk menjayakan majlis itu nanti. Jika tidak, pasti
Faizal akan mencari jalan untuk mengutuknya.

53
Seindah Taman Raudah

bab 8
S
EBAIK sahaja Raudah
menjengulkan mukanya di
pintu masuk pejabat, Kirana
telah terlebih dahulu menerkam Raudah. Terkejut melihat
perbuatan Kirana, Raudah hampir menjerit.
Kirana segera memberikan isyarat diam.
Raudah terpinga-pinga.
Kirana menarik tangan Raudah terus ke dalam bilik
ketuanya itu. Dia menutup pintu bilik.
Raudah meletak beg di atas meja. Dia mengerutkan
dahinya. Pelik dengan perangai Kirana. Apa kena dengan
budak ni? hati kecil Raudah berkata-kata sendiri.
“Kak… bos mengamuk!”
Raudah tercengang. Mengamuk? Apa kena-mengena
dengan aku? Raudah tertanya-tanya.

54
Damia Zahra

“Bos marahkan akak...”


Raudah tambah tercengang. Seharian ini dia belum
pun bertemu dengan Faizal, bagaimana boleh Faizal
memarahinya?
“Apa isunya?” Akhirnya Raudah bertanya.
“Pasal Tan Sri Ayyub tu la.”
“Kenapa?”
“Kenapa akak tanya?”
Bulat biji mata Kirana mendengar pertanyaan itu.
“Yalah, kenapa pulak dengan Tan Sri Ayyub?”
Raudah masih belum dapat menangkap maksud
kata-kata Kirana.
“Pasal akak tak beritahu Encik Faizal mengenai
persetujuan Tan Sri nak hadir ke majlis makan malam tu.”
Raudah menepuk dahi. Alamak, memang aku
terlupa la! katanya di dalam hati. Pagi tadi dia terkocoh-
kocoh hendak keluar berbincang dengan pihak hotel
mengenai majlis tersebut. Kebetulan Faizal belum tiba di
pejabat, jadi dia terus terlupa mengenainya.
Yang Si Zarina telefon aku pasal apa la pulak? Kalau
terus beritahu Encik Faizal, kan senang! marah Raudah di
dalam hati.
Pagi tadi sebaik sahaja dia sampai ke pejabat, telefon
bimbitnya berbunyi dan dia melihat nombor telefon pejabat
Tan Sri Ayyub terpapar di skrin telefon. Dia juga berasa amat
pelik dengan panggilan tersebut. Sementelahan pula
panggilan dibuat pada awal pagi. Mahu tak mahu terpaksalah
dia menjawabnya. Mana mungkin panggilan daripada orang
yang paling penting hendak dibiarkan. Tetapi bukan niatnya
hendak membelakangkan Faizal sama sekali. Cuma pagi itu

55
Seindah Taman Raudah

dia tidak berkesempatan hendak bersua muka dengan Faizal.


Itu sahaja.
“Habis tu, takkan pasal tu Encik Faizal nak
mengamuk?”
Raudah menarik nafas panjang. Dia masih tidak
faham mengapa Faizal harus memarahinya.
“Akak ni…!”
Geram benar Kirana dengan sikap bersahaja
Raudah.
“Yalah… kalau dia dah tahu, kenapa pulak dia nak
marah?” Raudah semakin pelik.
“Akak tahu tak, lepas setiausaha Tan Sri telefon...
terus dia berkejar nak berjumpa dengan Datuk Hairul.
Senyum lebar macam ni.”
Kirana cuba mengajuk gaya senyuman Faizal ketika
melangkah kaki ke pejabat Datuk Hairul.
Raudah tergelak kecil melihat mimik muka Kirana.
“Ha… ketawalah… ketawa…!” marah Kirana.
Raudah menutup mulut, cuba menyembunyikan
tawa. Nyata, tidak berjaya. Geli hatinya tidak habis lagi.
“Dah buat muka macam tu, akak gelaklah,” sahut
Raudah, masih ketawa.
Kirana menjeling Raudah. Marah.
“Yalah… yalah… habis tu?” Raudah mengalah.
“Lepas dia jumpa Datuk, tup-tup… bila turun, habis
kita orang semua disergahnya.”
“Haaa… kenapa?” Raudah mengerutkan keningnya.
“Haaa… baru tahu nak tanya. Dia marah sebab dia
ingat dia bawak berita gembira pada Datuk. Beria-ia dia

56
Damia Zahra

bercerita dengan Datuk, rupa-rupanya Datuk dah tahu lebih


dulu daripada akak. Mana kawan tu tak marah. Malu la dia!”
Raudah menggetap bibir. Kepalanya terangguk-
angguk macam burung belatuk. Pasti sekejap lagi Faizal akan
mencarinya untuk melampiaskan kemarahan yang tidak dapat
dikeluarkan sejak pagi tadi. Raudah menarik nafas dalam-dalam.
“Tak apa la Kiran. Nanti akak minta maaf banyak-
banyak pada Encik Faizal. Bukan akak sengaja,” sahut Raudah
perlahan.
Memang dia tidak sengaja melakukannya. Tidak
terniat langsung di hatinya untuk membelakangkan Faizal di
dalam hal ini. Apatah lagi hendak memalukan lelaki itu. Dia
terkocoh-kocoh hendak keluar dan Faizal pula tiada. Hendak
diberitahu pada Kirana, dia terlupa langsung.
Mudahnya dia bercakap, getus hati Kirana.
Telefon di meja Raudah berdering. Dia mengangkat
telefon dan melekapkan ke telinganya. Dia memberikan
isyarat kepada Kirana bahawa pemanggil itu adalah Faizal.
Kirana tersengih. Habislah Kak Raudah kali ni,
bisik hati kecil Kirana.
Selesai menjawab, Raudah bangun dari kerusi.
Kirana membuka pintu bilik Raudah.
“Baca selawat banyak-banyak, kak. Angin dia tak
baik tu,” pesan Kirana.
Raudah senyum kelat. Dia harus bersedia menerima
hamburan daripada Faizal sekejap lagi. Raudah menarik nafas
panjang. Dia mengenyitkan matanya ke arah Kirana.
Raudah mengetuk pintu bilik Faizal.
Faizal yang sedia menanti Raudah tidak
memberikan sebarang reaksi. Wajahnya mencuka.

57
Seindah Taman Raudah

Raudah berdiri di sisi kerusi tetamu. Lama dia


begitu dan Faizal langsung tidak menyuruhnya duduk!
Geram dengan situasi itu Raudah terus duduk tanpa disuruh.
Faizal memandang wajah Raudah tanpa berkelip.
Raudah jadi serba salah.
Faizal mengetuk pen di atas meja. Sengaja dia
membiarkan Raudah resah. Tentu Raudah sudah tahu
mengenai peristiwa pagi tadi. Pasti Kirana telah menceritakan
perkara yang berlaku pagi tadi.
“Kenapa awak tak maklumkan pada saya, Raudah?”
tanya Faizal dengan nada suara yang mendatar.
“Saya minta maaf, Encik Faizal. Saya bukan sengaja
nak buat begitu,” jawab Raudah tanpa bertanya sebabnya
kerana dia sudah teramat maklum.
“Jadi awak dah tahu kenapa saya panggil awak?”
tanya Faizal sambil memandang wajah Raudah tepat-tepat.
Raudah angguk.
“Bagus… jadi tak perlulah saya ceritakan dengan
panjang lebar lagi,” ujar Faizal. Nada suaranya masih seperti
tadi.
Raudah angguk lagi.
“Yang awak terangguk-angguk macam burung
belatuk tu kenapa?”
Raudah memandang tajam ke arah Faizal. Geramnya
dia bila Faizal menyamakan dia dengan burung belatuk. Tak
ada benda lain ke dia nak samakan dengan aku? marah
Raudah di dalam hati.
“Awak tahu tak, saya malu dengan Datuk hari ni?”
Raudah diam. Suara Faizal masih mendatar tetapi

58
Damia Zahra

agak keras. Mungkin menahan marah. Raudah masih diam.


Tidak tahu bagaimana hendak meredakan kemarahan Faizal.
Dia sudah pun meminta maaf tadi. Tetapi nampaknya Faizal
masih tidak puas hati. Teruklah macam ni, getus hati kecil
Raudah.
“Yang awak ni pun, satu. Apalah salahnya kalau
beritahu saya. Taklah saya rasa malu sangat.”
Yang dia beria-ia sangat tu kenapa? Raudah bersoal
jawab di dalam hati. Entah kenapa lidahnya rasa kelu lagi.
Agak lama baru dia bersuara.
“Saya minta maaf, Encik Faizal,” ulang Raudah lagi.
“Kenapa pejabat Tan Sri telefon awak dan bukan
telefon saya?”
Raudah geleng. Mana aku tahu, jawabnya di dalam
hati. Suka hati dia oranglah nak telefon siapa, rungutnya lagi.
Namun semua kata-kata itu bagaikan tersekat di
kerongkongnya.
Faizal diam, ditenungnya Raudah dalam-dalam.
Pagi tadi dia memang benar-benar marah dengan kejadian
itu. Di matanya hanya terpamer wajah Raudah. Geram
dengan sikap Raudah itu menyebabkan rasa amarahnya
membuak-buak. Habis satu jabatan korporat itu terkena
habuannya.
Raudah jadi gugup dengan pandangan tajam Faizal.
Dia diasak rasa bersalah. Besar sangatkah kesalahannya itu
sampaikan terlalu sukar untuk Faizal memaafkannya?
“Saya tahulah awak selalu berurusan dengan
mereka. Tapi kejadian seperti ini tak patut berlaku. Awak
faham?” tanya Faizal.
“Faham Encik Faizal dan sekali lagi saya minta

59
Seindah Taman Raudah

maaf. Saya betul-betul tak sengaja,” kata Raudah mohon maaf


sekali lagi.
Buat seketika mereka tidak bersuara.
Faizal sedar bahawa dia tidak sepatutnya marahkan
Raudah bulat-bulat. Tetapi entah mengapa sejak fikirannya
terganggu, mudah benar dia naik angin.
“Sudahlah Raudah. Saya rasa awak pun banyak lagi
kerja yang nak dibuat. Awak boleh keluar sekarang.”
Betul ke dia tak marah lagi? Raudah pandang Faizal
seperti tidak percaya.
Faizal senyum seperti tahu apa kata hati Raudah.

60
Damia Zahra

bab 9

N
IA meletakkan kasut di tepi pintu
bilik hotel. Dia memandang jam
tangannya. Ada setengah jam
lagi untuk dia menghadiri mesyuarat dengan pengilang
tekstil dari Brunei.
Dia sampai di Bandar Seri Begawan siang tadi.
Selepas meletak bagasi di bilik, dia terus keluar menuju ke
Syarikat Megaria untuk menandatangani kontrak perjanjian
jual beli tekstil. Kontrak juga menyebut untuk mengadakan
usaha sama pertunjukan fesyen di London pada tahun
hadapan.
Nia tersenyum senang dengan kejayaannya
mendapatkan kontrak membekal tekstil kepada gedung
fesyen terkenal di Brunei. Tidak sia-sia penat lelahnya selama
ini cuba melobi Syarikat Megaria agar bersetuju dengan
tawaran yang diberikan.

61
Seindah Taman Raudah

Nia sedar persaingan di bidang tekstil amat sengit.


Apatah lagi jika terdapat longgokan bahan dari negara China
dan Thailand. Namun usaha gigih yang tidak mengenal penat
jerih akhirnya berbayar juga.
Dia mengangkat bagasinya ke atas katil. Dibukanya
kunci bagasi dan dia mengeluarkan sehelai blaus warna ungu.
Dia cuba mengenakannya dengan skirt labuh yang ketat.
Kemudian dia mengeluarkan sehelai skarf panjang.
Puas hati dengan pilihannya, dia menuju ke bilik
air. Dia mahu membasahkan tubuhnya dengan jirusan air
hangat. Keletihan sepanjang penerbangan dan pertemuan di
Syarikat Megaria memerlukan dia berehat sebentar. Dia
bernasib baik kerana pertemuan yang diatur oleh para
pengilang itu di hotel yang sama. Jadi tidak perlulah dia
terkejar-kejar.
Nia membuka paip air dan merasa kehangatannya
dengan tapak tangan. Dia membiarkan air itu memenuhi tab
mandi hingga setengah. Kemudian dia mencecahkan kakinya
ke dalam tab mandi. Nia mencapai cecair yang tertulis shower
cream di sisi dan memicitnya. Dia meratakan shower cream
itu ke seluruh badan. Dia menyanyi kecil.
Sebaik sahaja selesai mandi, telefon bimbitnya
berbunyi. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon.
Pantas sekali dia mencapainya dan menekan butang hijau.
“Hai!” Nia menyapa.
“Dah lama sampai?”
Kedengaran pertanyaan di hujung corong.
Nia angguk bagaikan pemanggilnya dapat melihatnya.
“Tengah hari tadi,” jawabnya.
“Nanti kita jumpa.”

62
Damia Zahra

“Okey. I nak bersiap. Kita jumpa di bawah.”


Nia menutup telefonnya. Bibirnya mengukir
senyum. Dia memang menantikan panggilan tersebut. Nia
melilitkan skarf panjang pilihannya tadi ke lehernya yang
jenjang. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin bagi
memastikan penampilannya tampak kemas. Minyak wangi
jenama Gucci kegemarannya disemburkan ke tubuh.

PERJUMPAAN tersebut berjalan lancar. Masing-masing puas


hati dengan taklimat yang diberikan oleh Nia. Nia memandang
ke arah Ikhwan yang sedari tadi tersenyum gembira. Ikhwan,
rakan kongsi yang boleh diharap. Mereka sudah beberapa
kali memberikan taklimat kepada syarikat luar. Pengalaman
Ikhwan di dalam bidang perniagaan amat berguna bagi
membesarkan perniagaan yang mereka kongsi bersama.
“Nampaknya mereka puas hati dengan taklimat you
tadi,” puji Ikhwan ikhlas.
Nia mencapai cawan yang masih penuh dengan teh
panas. Diteguknya perlahan.
“Itu pun hasil usaha you juga. You banyak
membantu,” balas Nia.
Lagu Show Me The Meaning To Be Lonely yang
berkumandang, begitu enak di pendengaran.
Buat seketika mereka diam menghayati lagu
tersebut. Masing-masing hanyut dibuai perasaan.

63
Seindah Taman Raudah

FAIZAL merenung televisyen plasmanya dengan pandangan


kosong. Pagi tadi Nia sudah berangkat ke Brunei. Nia akan
berada di sana selama tiga hari untuk turut serta dalam lawa-
tan yang dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Brunei. Tentu
Nia sudah selesai memberi taklimatnya. Kasihan Nia kerana
terpaksa melakukannya seorang diri.
Bukan dia tidak mahu turut serta dalam lawatan
Nia itu. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia terbang sekarang
juga. Tetapi dia tidak boleh buat begitu. Majlis makan malam
tinggal dua hari sahaja lagi. Esok dia perlu ke Hotel Istana
untuk melihat persiapan akhir.
Dia tidak mahu ada sebarang kecacatan di majlis
tersebut. Dia mahu Datuk Hairul berpuas hati dengan majlis
tersebut. Sudahlah konsep persembahannya gagal merebut
perhatian Datuk Hairul. Tambahan lagi Tan Sri Ayyub sebagai
pemegang saham terbesar akan hadir. Pastinya majlis itu
menjadi satu majlis yang amat penting bagi Syarikat Gloria.
Faizal menekan nombor telefon Nia. Sekali. Tidak
berangkat. Dua kali. Tidak berangkat. Tiga kali. Juga tidak
berangkat. Faizal mengeluh kesal. Mengapa Nia tidak
menjawab panggilannya? Baru pukul sebelas malam. Sudah
tidurkah? Faizal tertanya-tanya. Mungkin dia keletihan
mengikut siri lawatan tadi. Faizal cuba menyedapkan hati
sendiri.

64
Damia Zahra

bab 10

R
AUDAH sudah siap menanti
Faizal di ruang legar. Sebentar
lagi mereka akan menuju ke
Hotel Istana. Tadi Raudah sudah mengarahkan Kirana pergi
melihat latihan yang dipimpin oleh Encik Razlan di Dewan
Budaya.
“Jom,” ajak Faizal.
Raudah mengekori langkah Faizal. Kereta syarikat
sudah siap menanti mereka di pintu hadapan.
Setibanya di Hotel Istana, Zulaikha sudah sedia
menanti kedatangan mereka. Zulaikha menyambut mereka
dengan senyuman.
“Kenalkan ini Encik Faizal, Pengurus Bahagian
Korporat dan juga bos saya.” Raudah memperkenalkan.
Zulaikha menghulur tangan dan salam bersambut.

65
Seindah Taman Raudah

“Zulaikha.”
“Faizal.”
“Selamat datang ke hotel kami, Encik Faizal.”
Zulaikha mengalu-alukan kedatangan Faizal.
Faizal angguk.
“Mari kita ke dewan.”
Mereka menuruti langkah Zulaikha tanpa sebarang
protes.
Becok mulut Zulaikha bertanya itu dan ini kepada
Faizal.
Raudah sememangnya sudah lali dengan keramahan
Zulaikha. Dia membiarkan Zulaikha menemu ramah Faizal
yang pertama kali ditemuinya.
Faizal pula dengan rajin menjawab pertanyaan demi
pertanyaan yang diajukan oleh Zulaikha.
“Inilah dewannya, Encik Faizal.” Zulaikha
mempersilakan Faizal masuk.
Faizal memerhatikan sekeliling.
Beberapa orang pekerja hotel sedang sibuk
mengatur meja bulat dan menyusun kerusi. Di bahagian
hadapan pula kelihatan backdrop sedang dipasang. Ada yang
sedang menggantung perkataan dan ada yang sedang
menggantung lampu.
“Bila internal deco akan mula dibuat?” Faizal
bertanya.
“Besok bunga akan sampai. Jadi kami akan mula
menghias besok pagi.”
“Bunga?” Faizal bertanya pelik.
“Hmmm… bunga segar. Dewan ini akan dipenuhi

66
Damia Zahra

dengan bunga-bunga segar. Encik Faizal tak tahu?” Zulaikha


memandang Faizal, kehairanan.
Mustahil dia tidak tahu, bisik hati kecil Zulaikha.
Melainkan dia tidak ambil tahu, Zulaikha membuat
kesimpulan.
“Raudah?” Faizal berpaling ke arah Raudah
meminta penjelasan.
“Bukankah tempoh hari saya dah maklumkan pada
Encik Faizal yang saya nak hiaskan keseluruhan dewan ni
dengan bunga segar? Saya nak buat kelainan sikit,” Raudah
menjawab.
Orang sudah beritahu minggu lepas lagi. Sajalah tu
buat-buat lupa, rungut Raudah.
“Macam orang nak buat resepsi saja,” komen Faizal.
Raut wajah Raudah bertukar masam.
Zulaikha segera memahami perubahan wajah
Raudah.
“Tapi Encik Faizal, idea Puan Raudah itu bagus
sebenarnya. Bau-bauan bunga segar lebih baik daripada
pewangi. Cuba Encik Faizal bayangkan, makan malam
bersama bau bunga segar. Rasa macam dalam taman. Relaks
dan menyenangkan,” jelas Zulaikha dan dalam masa yang
sama cuba membantu untuk meneutralkan kembali keadaan
yang sedikit tegang.
Faizal diam. Budak ni dah melampau! marah Faizal
di dalam hati.
Sudahlah konsep persembahannya ditolak, kini
konsep hiasan pun Raudah ubah.
Faizal memandang Raudah dengan perasaan tidak
senang hati.

67
Seindah Taman Raudah

Benarkah Raudah sudah memberikan maklumat


tersebut minggu lepas? Dia sendiri lupa mengenainya. Dia
lebih mengingati Nia yang ada di Brunei. Mengapalah dia
boleh jadi lalai dengan tanggungjawabnya terhadap syarikat?
Faizal menggaru kepala yang tidak gatal.

68
No. ISBN:- 978-967-5067-26-6
Jumlah muka surat: 374
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17

Sinopsis:-
Cinta Raudah terhadap arwah suaminya, Raffique
masih teguh laksana tiang seri yang tak mungkin dimamah
masa. Ketenangan kolam hatinya mula berkocak dengan
kehadiran pengurus baru di pejabatnya, Faizal. Raudah tidak
betah berurusan dengan Faizal kerana wajah Faizal yang
begitu mirip dengan arwah suaminya. Tambahan pula Faizal
sering mengusiknya. Mujurlah adanya Tan Sri Ayyub, dahan
buat Raudah dan anak-anak berpaut demi mengharungi
hidup ini. Kepada Tan Sri Ayyub Raudah meluahkan rasa.
Faizal pula tertarik dengan keperibadian Raudah
yang tulus dan ikhlas di dalam menjalankan tugas. Namun,
kehadiran si isteri mengekang dia meluahkan isi hatinya
kepada Raudah. Faizal menghormati Raudah. Namun, naluri
seorang lelaki yang mendambakan belaian isteri meronta-
ronta menyeksa sukma. Nia, isteri yang dinikahi atas nama
cinta telah berubah arah kepada lelaki lain.
Faizal dan Raudah... masing-masing perlu membuat
keputusan yang paling penting di dalam hidup mereka.
Sanggupkah Faizal melepaskan Nia? Bagaimana
pula dengan Raudah? Bolehkah dia menghilangkan bayangan
arwah Raffique yang sentiasa bermain-main di wajah Faizal?

“Andai itu ketentuan-Nya, aku terima.... Aku terima


cintamu seikhlasnya.”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


SEINDAH TAMAN RAUDAH di rangkaian kedai buku MPH,
Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai