Anda di halaman 1dari 10

JENIS, KESAN DAN BAHAYA DADAH

Dadah Dan Ciri-cirinya

"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti


berikut:-

1.      mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak
dan saraf tunjang);

2.      digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya


adalah dilarang;

3.      diperlehi secara haram;

4.      membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan


meningkatkan daya tahan terhadap dadah;

5.      mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan


fungsi sosial.

Jeni-jenis Dadah

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;

b)Kanabis - ganja, hashish;

c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta


tranquilizer;

d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan


e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol
dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan
dengan dadah dari segi kesannya.

Dadah Perangsang

-Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh


otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa
seronok

-Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan.

-Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat


keriangan yang agak palsu.

-Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari segi
kelincahan dan petuturan.

-keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika


dibandingkan dengan keseronokan semulajadi.

-oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah
merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa.

-Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami

-Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum

-pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan


persekitaran samada makan atau minum
-jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan sehingga
mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak dapat
dikawal

-kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan


ginjal tidak terkawal. dan maut akan menyusul.

Dadah Penekan

- ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan


dadah perangsang

-pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul

-rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan

-mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret

-tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan


sekelliling

-contoh:

- ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk

- tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut

- fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas

- contoh lain: candu/morfin/heroin

narkotik/kodein(ubat batuk)<--sederhana
Dadah halusinogen

contoh dadah

:LSD,PCP, dadah rekaan

akibat:

-persepsi si pengguna akan berubah

-tidak akan berpijak ke alam nyata

-contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau


dapatberjumpa dengan tuhan

-juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan

-emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk

-dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi.

-cth: arak : mabuk , cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong hayang

-cth rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan
adalahuntuk merangsang otak ,oleh itu tidak dirasakan dengan serius oleh
pengguna.

Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan

Dr Rahmat Awang

Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita.
Berbeza dengan dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka
khas untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu. Umumnya kumpulan ini
dipanggil designer drug. Pada masa ini, dua kelas utama dadah designer
telah dicipta dan digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan
feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik.

Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang


serius dan dibendung oleh kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum
diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini. Malah ketulenan dan
keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu.
Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal
yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah sering menjadikan
drug tersebut lebih merbahaya. Ruangan ini menekankan tentang
kumpulan feniletilamin.

Kesan Penggunaan Feniletilamina

Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia,


peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang
akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang

digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan
penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta
merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pada dos yang
besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi
(rasa khayal). Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari
dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami
keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang tidak
menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah
putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan
peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang feniletilamina pula
biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan
mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin
memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami
gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang
menakutkan. Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat
penggunaan jangka panjang.

Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti


yang berikut:

ICE

ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah


designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa
nama lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh penagih dadah. Di
antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK, dan
METH. Metamfetamina

hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat


digemari oleh penagih dadah terutama setelah menyedari bahawa
penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia mempunyai
kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan jantung berbanding
amfetamina. Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang
agak panjang iaitu di antara lapan sehingga dua puluh empat jam.
Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa ketakutan), rasa
terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang
membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan
kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik.

LOVE DRUG

LOVE DRUG iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan


pada tahun 1967 dan boleh membuat seseorang mengalami euforia serta
empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini.
Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian
yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4-
metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses
pembikinan tersebut.

ECSTACY

Dadah ini adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling kontroversi


sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4-
metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan

pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk


mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan
berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama
ECSTASY, XTC, dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di
dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri
halusinogen. MDEA (3,4-metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan
baru feniletilamina yang mempunyai kesan yang berbeza berbanding
dadah jenis halusinogen dan perangsang. Pada dos yang rendah, MDMA
dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia. Keinginan untuk
memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami
sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini, pengguna juga
kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung
yang cepat, berpeluh seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak
menentu. Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri
daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang cepat
dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian,
rasa ketakutan, dan serangan depresi. Dua masalah yang ketara
berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi terlalu tinggi.
(hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi)
oleh badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering. Apabila ini
berlaku suhu badan akan meningkat - dicirikan dengan pening kepala,
keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah. Sekiranya suhu badan
meningkat kepada 40(C darah mula membeku di saluran darah dan boleh
menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain.
Kesudahan ia boleh menyebabkan maut. Akibat daripada ini ramai yang
cuba meminum air dengan banyaknya, ada hingga 20 liter dalam
beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-
bahan galian yang telah hilang tidak turut digantikan malah boleh
menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di otak)
menjadi 'kembang' dan kemudiannya rosak. Maut akan menyusul. Secara
jangka panjangnya Ecstasy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan
membunuh sel-sel didalamnya serta juga mengganggu perjalanan bahan
kimia semulajadi otak. Selepas menggunakan Ecstasy seseorang itu akan
merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit yang silam. Di
samping itu ia memberi beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan
seakan-akan gila.

1.      Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah.

Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikuti individu dan


bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:-

1. jenis dadah
 perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu
samaada ia merosotkan (contohnya,heroin) atau merangsangkan
(contohnya amfetamin dan kokain) atau merosot dan
merangsangkan (contohnya, ganja).
2. jumlah digunakan
 kesan dari dos kecil adalah berbeza dari kesan dos besar,
contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa
mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana
akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
3. cara penggunaan
 kesan dadah bergantung kepada cara (sama ada ditelan, suntik,
hidu, hisap, atau diguna bersama dadah lain), jangkamasa dan
kekerapan mengguna.
4. keadaan individu
 kesan adalah bergantung kepada umur, jantina, berat badan,
kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah, ‘mod’ dan
aktiviti penagih.
5. situasi ketika mengguna
 keadaaan/tempat mengguna dadah dan samada ada, atau tiada
orang lain hadir bersama.

Jenis-jenis Dadah Yang Popular Pada Masa Kini

1.      Morfin

Dikenali juga sebagai "M", "White Stuff", "White Powder",


"Monkey", "Dreamer", "Morpho", "Tab", "Morb", "Cubes", "Emsel"
dan "Melter". Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari
candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi
sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin
sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk
atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik
larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

2. Ganja

Ianya dikenali sebagai "Kanabis Herba", "Marijuana/Grass",


"Pot/Weed", "Bhang", "Kif", "Takrouri" dan "Dagga". Kanabis herba
atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga
pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan
dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun
lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
3. Kokain

Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca_dan lain-lain


jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan
Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini
kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai