Anda di halaman 1dari 4

PERBINCANGAN MAYA

TUGASAN 1

Anda dikehendaki menulis tentang diri anda:

 Sebuah biografi profesional singkat dengan menerangkan siapa anda dan


nyatakan pengalaman anda sebelum ini sehingga memegang jawatan 
terakhir.
Jawapan 1 :

Saya Qusayla Abd.Razak dari Sandakan Sabah. Saya mempunyai pengalaman mengajar di
dua buah sekolah rendah.Sekolah pertama SRK Lok Yuk Kudat dan kedua di
SK.Muhibbahh Sandakan.Selepas lima tahun mengajar saya mengambil ijazah pertama di
Cawangan UPM , Tawau dari 1999 sehinggga 2003. Selepas itu ditawarkan ke sekolah
menengah berdekatan, namun saya mengambil keputusan untuk terus bertugas di sekolah
rendah . Di sekolah kedua saya bertugas selama hampir 15 tahun.Dalam tempoh itu, saya
pernah memegang jawatan sebagai Guru Kelas, Setiausaha Hem, Guru Penasihat Kelab
Badminton, Pengakap dan Bulan Sabit Merah, Selama dua tahun memegang jawatan
sebagai Penyelaras TQM sekolah, Pengadil Pertandingan Pidato Piala Perpaduan sebanyak
5 kali dan banyak lagi pengalaman yang tidak sempat dinayatakan di sini. Jawatan terakhir
saya ialah sebagai Ketua Panitia selama 12 tahun sebelum mengambil kursus NPQEL di
IAB sehinggalah kini berada di UM untuk Pengajian Sarjana Kepengetuaan. Harapan saya
agar terus dapat melalui segala cabaran hidup sebagai pelajar dan seterusnya dapat
menyempurnakan pengajian dengan suksesnya.Insyahallah.

 Anda juga dikehendaki  menggambarkan situasi pekerjaan anda iaitu di


mana, apa yang telah anda lakukan dan apa yang anda lakukan di dalam
organisasi tersebut.
Jawapan 2 :

Sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Panitia dalam tempoh yang sangat lama, saya
telah bekerja di bawah tiga orang Guru Besar yang mempunyai gaya kepemimpinan yang
berbeza, Namun apa yang menariknya, setiap pembaharuan atau penambahbaikan yang
saya bawa dalam pengurusan Panitia sentiasa mendapat kelulusan dan penerimaan yang
memuaskan daripada pihak pentadbiran. Dalam pelaksanaan program juga akan mendapat
kerjasama daripada semua ahli dalam panitia. Sebahagiannya menjadi panduan dan ikutan
positif kepada warga sekolah khususnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara
yang mungkin tidak memuaskan hati terhadap kepemimpinan pihak pentadbir atasan
apabila setiap perkara yang memberi kesan kepada pelajar dan sekolah sering diabaikan
dan tidak diambil tindakan. Sebagai contoh dalam menangani guru bermasalah dari segi
kaedah P&P, peribadi, pengurusan masa, ketidakhadiran, dan komitmen terhadap sekolah
tidak diambil peduli. Keadaan ini dibiar secara berlarutan sehingga saya merasa banyak
kepincangan yang berlaku dari segi kepimpinan sekolah. Melihat keadaan tersebut, saya
cuba menyuarakan pendapat atau pandangan serta mengusulkan beberapa tindakan setelah
melalui beberapa perbincangan dengan guru-guru yang komited , diterima namun akhirnya
disisihkan tanpa tindakan. Keadaan ini amat mengecewakan ,oleh sebab itu saya memohon
untuk menghadiri kursus setelah begitu lama memberikan komitmen yang tinggi kepada
sekolah. Saya tinggalkan sekolah untuk mendapatkan ilmu dalam pengurusan dan
kepimpinan agar dapat menyumbang bakti kepada kepimpinan sekolah khasnya pada masa
akan datang.

 Apakah cabaran kritikal yang anda hadapi dalam organisasi tersebut?


Jawapan 3 :

Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tanggungjawab saya ialah, penerimaan


segelintir guru yang tidak ingin berubah serta aliran pendapat yang berbeza. Berada dalam
zon yang sangat selesa, ada guru yang tidak mudah menerima dan melaksanakan program
yang dicadangkan. Sebelum melakukannya, pelbagai alasan dan kekangan dijadikan sebab
untuk tidak menerima usul atau usaha tersebut. Saya berpendapat guru tersebut tidak mahu
menerima perubahan kerana perubahan adalah sesuatu yang menyusahkan dan
membebankan mereka. Pengetua atau Guru Besar perlu sedar dan perlu berusaha
menangani guru-guru seperti ini.

 Mengidentifikasi apa sahaja masalah kepimpinan dan pengurusan sekolah.


Dengan kata lain, nyatakan masalah atau cabaran yang anda telah alami
atau sedang cuba atasi. Mungkin ini cabaran peribadi untuk diri sendiri
atau mungkin cabaran organisasi untuk organisasi anda. Pilih yang mana
satu yang paling menarik untuk diperbincangkan bersama.

Jawapan 4 :

Pengalaman berada di barisan pertengahan kepimpinan sekolah, saya melihat terdapat


banyak aspek pengurusan yang perlu diperbaiki dan diatasi. Saya berpendapat bahawa
setiap bakal-bakal pemimpin sekolah perlu diwajibkan mengikuti kursus pengurusan dan
kepemimpinan terlebih dahulu sebelum dilantik sebagai Pengetua, Guru Besar atau
Penolong Kanan-Penolong Kanan. Kemahiran mengurus dan Memimpin amat berguna dan
membolehkan mereka memimpin sekolah dengan berkesan. Ini kerana, secara holistik saya
melihat bahawa perlantikan pentadbir sekolah adalah berdasarkan senioriti. Jika untung
sabut timbul pemimpin yang berkaliber dan akhirnya sekolah berjaya, tetapi malang sekali
jika untung batu, tenggelam sekolah yang mendapat pemimpin yang bagai melepas batuk
di tangga sahaja. Masalah inilah yang membawa kemunduran kepada beberapa buah
sekolah yang pernah saya alami dan saksikan sendiri.

Selain itu, menghadapi karenah guru yang pelbagai juga memerlukan kepimpinan yang
bijak dan SMART dalam menangani kepelbagaian tersebut. Pada saya prestasi sekolah dan
kemenjadian murid adalah bergantung kepada komitmen guru dalam mendidik para
pelajar. Perkongsian visi dan misi sekolah haruslah dikongsi, dihayati , serta difahami
semua warga sekolah. Namun demikian, apa yang kita harapkan itu tidak semestinya
menjadi kenyataan. Kepemimpinan sekolah harus melihat akan kepentingan pengurusan
sumber manusia seperti guru dan staf sokongannya dalam mencemerlangkan sekolah.Pada
saya, situasi inilah yang harus saya utamakan dalam kepimpinan masa hadapan. Hubungan
baik, kebajikan dan kemahiran guru perlu menjadi keutamaan dalam memupuk kerjasama
dan sokongan dengan para staf sekolah.

Aspek seterusnya yang menjadi cabaran terhadap kepimpinan saya ialah masalah disiplin
pelajar. Cabaran teknologi dan perubahan yang begitu pantas banyak memberi impak
yang positif dan negatif kepada kemenjadian pelajar. Outcomes sekolah saban tahun
memperlihatkan pencapaian yang begitu membanggakan. Namun dari segi perkembangan
sahsiah dan moral, sekolah kurang berjaya melahirkan generasi yang boleh diharapkan.
Situasi ini juga tidak harus dipandang remeh. Komitmen semua pihak yakni sekolah,
ibubapa dan masyarakat setempat amat diperlukan bagi membantu para pelajar
meningkatkan jati diri bagi menghadapi cabaran di luar sana.

Akhir sekali ialah masalah peruntukan sekolah yang selalunya tidak selaras dengan
keperluan dan perancangan sekolah. Setiap tahun bajet diminta, diusul dan dibentangkan,
namun peruntukan selalu tidak mencukupi. Ini kerana pada setiap tahun ada sahaja
program tambahan yang diarah untuk dilaksana, tetapi bajet tidak diberi atau lambat
diagihkan. Atas sebab desakan tersebut ada sekolah yang terpaksa menangguhkan
perancangan yang telah dibuat lebih awal dan mengutamakan program yang diarah terlebih
dahulu. Keadaan ini sudah pasti memaksa sekolah untuk mengurangkan bajet dalam
aspek-aspek tertentu. Sementara itu, sekolah-sekolah yang telah sedia mantap akan terus
dapat melaksanakan segala agenda pendidikan yang dirancang atau diarah tanpa
permasalahan tersebut. Hakikatnya ketidakadilan dalam pengagihan peruntukan kewangan
akan membantutkan perkembangan sekolah-sekolah yang berada pada tahap biasa atau di
kawasan luar bandar.

Ini adalah perkara yang sangat menyedihkan apabila ada sekolah yang belum ada bekalan
elektrik, jalan berlubang, bangunan uzur dan tidak cukup, kemudahan akses internet dan
sebagainya. Apabila sekolah tidak mencapai prestasi yang diharapkan, sekolah akan terus
berada dalam kekurangan. Siapa yang harus dipersalahkan?

Keadaan ini sebenarnya adalah hakikat yang berlaku di beberapa buah sekolah, malah
sebenarnya banyak lagi sekolah di Sabah yang masih kurang dan tidak mendapat perhatian
secara total daripada pihak-pihak bertanggungjawab. Saya sebagai pemimpin masa depan,
amat sedih jika keadaan sedemikian masih berterusan. Oleh yang demikian, saya amat
bersetuju bahawa kesedaran, kemahiran dan kepimpinan pentadbir sekolah khususnya akan
dapat membawa perubahan terhadap kejayaan dan kecemerlangan sekolah dan
kemenjadian murid. Dengan ilmu dan kemahiran yang saya peroleh di IAB dan UM ,
mudah-mudahan akan dapat saya aplikasikan ketika menjalankan tugas sebagai pemimpin
kelak.Ini kerana saya percaya bahawa, kebijaksanaan dan komitmen bersepadu semua
pihak akan merealisasikan impian dalam mencapai visi dan misi KPM dalam mencapai
kecemerlangan bidang pendidikan pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai