Anda di halaman 1dari 6

Nisfu Syaaban 

(Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.


Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawanaikoleh malaikat untuk
ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Soal:
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membacayaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban.
Adakah adadalil yang jelas mengenai perkara ini.

Jawab:
Oleh: TuanHassan Tn-Lah < [EMAIL PROTECTED] >

Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yangdireka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud
(tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari iniantaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh
Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi(anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal)
dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu
Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat
Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.

Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?

Jawab:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni tiada dasar dalam Islam. Malam yg
diagung2kan itu sebenarnya malam lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)

Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita digalakkan untuk banyak
membaca alquran, saya menjadi confuse dengan apa yg diceritakan thtl.

Jawab:
Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi:
Fatawa Mu'asirat, Lujnah DaimahArab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz
Basri Ibrahim, Kusza...Penjelasan:
Baca yaasin tidak bid'ah.Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu
sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.

Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu syaban, catitan amalan untuk tahun lalu
akan di bawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?

Pendapat tersebut adalah Dha'if.


Perkara di atas terdapat di dalam beberapa kitab tetapi nas atau sumbernya tiada yang sahih.
Tiada ditemui sumber/nas sahih berkaitan perkara di atas setelah dilakukan kajian mendalam oleh
berbagai pihak.

Soalan :
Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ?

Jawab:
Berkata Imam asSyawkani (Nailool Awthor, Jld3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas
15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis dha'ef.
PUASA DI BULAN SYAABAN

Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah
Radhiallahu `anha berkata:

Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihiwasallam berpuasa sehingga kami mengatakan


baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya
tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali
padabulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada
bulan Sya`ban."(Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam emperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan
oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:

Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-
bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya`ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu
kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan
Ramadan, dan

Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka
aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i)

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari
Khamis malam Jumaat ( sebaik saja masuk maghrib), 08hb September 2006
(selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1427H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk
menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan
sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk
catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun
diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang
baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban
bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam)


Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur


untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat
kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang
baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca
doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak
22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa


2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan


tubuhnya dari api neraka dan dia
akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah
turun ke langit dunia lalu berfirman: adakah orang-orang yang
meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang
meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang
bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang
mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya
kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban


kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya
kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL
IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK
BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA JUMAAT 08hb SEPTEMBER INI KERANA KITA
TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN
HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

BAGAI persediaan menyambut Ramadan sebaiknya kita memahami kedudukan dan keistimewaan bulan
Syaaban sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis-hadisnya.

Keistimewaan ini menunjukkan kepada kita bagaimana Islam sangat mementingkan soal masa di mana
ada saat-saat tertentu yang jika tidak diambil kesempatan untuk memanfaatkannya akan berlalu begitu
sahaja dan sukar untuk dikembalikan.

Menyentuh tentang bulan Syaaban terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan tentang
keistimewaannya.

‘‘Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa hingga kami menganggap ia tidak
berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat
baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah
melihat baginda memperbanyakkan berpuasa melainkan pada bulan Syaaban.’’ Riwayat Imam
Bukhari dan Muslim.

Aisyah r.a. juga meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. tidak pernah berpuasa sebulan begitu banyak
melainkan pada bulan Syaaban, sesungguhnya ia berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan ia
bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah Taala tidak jemu
sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah s.a.w. ialah yang berterusan
meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat baginda akan sentiasa melakukannya.” Riwayat Imam
Bukhari dan Muslim.

Abi Salamah r.a. pula berkata: Aku pernah bertanya Aisyah r.a. tentang puasa Rasulullah s.a.w. lalu
dijawab: Bahawa Nabi berpuasa sehingga kami berkata memang ia berpuasa dan ia berbuka sehingga
kami berkata memang ia berbuka, dan aku tidak pernah melihatnya berpuasa lebih banyak daripada
bulan Syaaban, ia pernah berpuasa sebulan pada bulan Syaaban dan pernah juga ia berpuasa sedikit
pada bulan Syaaban. Riwayat Imam Muslim.

Ummu Salamah berkata: Aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. berpuasa berturut-turut melainkan
pada bulan Syaaban dan Ramadan. Riwayat Imam Tarmizi.

Aisyah r.a. berkata: Bulan yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. untuk berpuasa ialah bulan Syaaban
kemudian disambung ke bulan Ramadan. Riwayat Abu Daud dan Ahmad.

Dalam pada itu terdapat larangan berpuasa selepas dari Nisfu Syaaban atau pertengahan bulan Syaaban
berdasarkan hadis berikut:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Apabila sudah tinggal separuh dari bulan
Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.

Disambung

Menurut Imam Tarmizi maksud hadis ini berdasarkan pendapat sebahagian ilmuan apabila seseorang itu
tidak berpuasa langsung (di awal Syaaban) tetapi apabila sampai pertengahan Syaaban ia berpuasa
untuk disambung dengan Ramadan.

Oleh itu amalan sunahnya ialah berpuasa di awal hinggalah ke hujung Syaaban manakala berpuasa di
hujung Syaaban kerana ingin menyambungnya dengan Ramadan adalah ditegah seperti di dalam hadis
di atas.

Berkenaan dengan hikmah atau rahsia menunaikan ibadah di bulan Syaaban, terdapat hadis-hadis sahih
yang menceritakannya.

Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah aku tidak pernah
melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi s.a.w:
Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan, ialah bulan di
mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekalian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam
keadaan aku berpuasa. Riwayat Imam Nasai dan Imam Ahmad.

Abu Musa al-Asyaari menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Taala
melihat (amalan hamba-Nya) pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya
(hamba-Nya) kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya).
Riwayat Ibnu Majah.

Abdullah bin Amru menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala melihat kepada
makhluknya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan hambanya kecuali dua iaitu orang yang
memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya) dan pembunuh. Riwayat Imam Ahmad.

Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan tentang kelebihan bulan Syaaban sebagai pintu kepada
ketibaan bulan yang lebih istimewa iaitu bulan Ramadan.

Bentuk perlaksanaan ibadah pada bulan Syaaban adalah merupakan satu kebebasan kepada umat Islam
tanpa dikhususkan kepada amalan-amalan tertentu atau dengan cara yang tertentu.

Kerana berdasarkan hadis-hadis yang telah dipaparkan menjelaskan bagaimana baginda Rasulullah
s.a.w. banyak melakukan ibadah puasa. Justeru bolehlah dilakukan amalan-amalan lain seperti
bersedekah, membaca al-Quran, berselawat dan sebagainya.

Di samping itu elok juga di bulan Syaaban ini kita menghiasi rumah, menyediakan pakaian baru serta
menyiapkan tempat ibadah di rumah sebagai persiapan untuk menempuh bulan Ramadan.

Syaaban juga elok dijadikan sebagai saat untuk bertaubat dan memohon daripada Allah agar dikurniakan
sifat istiqamah melaksanakan ibadah.

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -
sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta
satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata
memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban
maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut
tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka
akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kali lah
malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu
pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu
mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan
keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai
hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka
terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini
kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan
tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.