Anda di halaman 1dari 26

PANTANG LARANG PELBAGAI

KAUM DI MALAYSIA
KAUM CINA
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang
larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang
dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.
Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan
yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang
larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-
kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang
diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam
masyarakat Cina secara keseluruhannya.
KELAHIRAN
• Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh
wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas
bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa
kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.
Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa
diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan
kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya
suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki.
Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka
melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan
hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan
apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga
suaminya.
Pantang Larang
• Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa
mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan
kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir
akan mengalami kecacatan.
• Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang.
Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga
digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau
perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami
sebarang gangguan.
• Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa
mengandung juga adalah antara pantang larang dalam
masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan
kecewa bila harapan tidak tercapai.
• Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu
kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir
kelak akan mempunyai sifat yang manja.
• Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang
sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan
mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana
ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan
ibu sukar untuk bersalin.
• Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau
perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut
wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia
empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang
dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika
perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
• Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama
empat puluh hari hari.
• Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi
yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini
bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk
mengeringkan tali pusat.
• Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak
tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan.
• Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi
yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua.
• Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani
kehidupan yang kaya.
• Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di
atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
• Dari segi pemakanan, masyarakat Cina
menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan
mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-
sama ayam, halia dan lada, kemudiannya
digoreng.
• Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat
mengeluarkan angin daripada badan wanita
yang bersalin disamping menguatkan semula
tenaga.
• Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan
kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang
berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang
dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih
dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa
pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
• Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan
adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana
beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.
Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
Memberi Nama
• Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan
sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.
• Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta
dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting
yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
• Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.
• Bunyi nama mestilah sedap didengar.
• Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil
tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
• Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang
sama berat.
• Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu
serta saling melengkapi.
• Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus
disusun secara seimbang yang mengandungi unsur
Yin dan Yang.
• Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada
akan ditimpa kecelakaan atau mendapat
kesejahteraan.
• Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai
untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan
mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya
bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang
terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.
KAUM MELAYU
• Pantang Larang Orang Melayu Tradisional
merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman
lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan
nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk
mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan
untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang
tersembunyi di sebalik  pantang larang yang telah
diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman
Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang
bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang,
dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang,
dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan
ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin.
Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan
kena.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan,
dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat
tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri
mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak
akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti
pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak
akan menjadi besar.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan
orang.
Pantang Larang Bayi
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’
kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan
cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan
pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum,
ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi
sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri
• 1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung
dijamah hantu.
• 2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan
akan jauh rezeki.
Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika
bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat
menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba,
nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit
barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak
bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di
pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti
didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah
pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di
serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu
orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti
pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan,
dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
Pantang Larang Di dalam Hutan
• 1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan
hantu.
• 2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
• 3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
• 4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
• 5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
• 6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
• 7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
• 8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut
berpenunggu.
• 9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti
dirasuk atau dapat malang.
KAUM INDIA
Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke
rumah
- tuan rumah tidak boleh membenarkan
tetamu yang pertama kali datang menziarahi
melakukan kerja seperti membasuh pinggan.
Ini kerana dipercayai akan membawa sial. Ini
kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan
rumah.
Pantang larang merisik
• bakal pasangan akan saling membalas
kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika
rombongan bakal pengantin perempuan, bakal
pengantin perempuan dilarang ikut serta.
Kerana dianggap tidak sopan.
Pantang larang kematian
• gambar si mati tidak boleh digantung secara
formal tetapi terbalik.
• barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang
tamu.
• ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak
3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan.
• sedikit makanan berupa beras disuapkan
sebagai pemberian terakhir.(Vaaikkarisi)