Anda di halaman 1dari 2

Permulaan latar suasana

Cuaca petang itu agak redup. Tok Andak asyik membersihkan kawasan belakang rumahnya.
Tiba-tiba disedarinya Arman tiada bermain berhampirannya. Belum sempat dia memanggil nama
cucunya, seorang budak kampong memberitahunya yang Arman telah jatuh ke dalam sungai.

“Ya Allah cucuku!” Kata-kata itu terhambur di bibir Tok Andak bila melihat Arman tergapai-gapai
kelemasan. Tanpa berlengah dia terjun ke air yang deras arusnya. Dengan kudrat tenaga tuanya, Tok
Andak bertungkus-lumus cuba mendapatkan cucunya. Akhirnya dia Berjaya lalu membawa tubuh Arman
yang telah pengsan ke tebing sungai. Ramai orang kampong sedang menanti di situ, termaksuk Nek
Andak. Deli, anak saudara Tok Andak segera memberikan bantuan pernafasan. Akhirnya, Arman dapat
dipulihkan.

Permulaan dengan dialog

“Percayalah, satu hari nanti, pesalah itu akan tertangkap juga. Berapa lamalah dia boleh lari?
Berapa jauhlah dia boleh bersembunyi? Kalau pihak berkuasa tak menangkapnya, dia sendiri yang akan
menyerah. Tak akan aman hidupnya. Tak akan lena tidurnya. Rasa bersalah dan berdosa akan terus
menghantui dirinya,” pujuk Nita.

“Terima kasih, Nita. Walaupun kau anak angkat, kami anggap kau macam anak kandung kami
sendiri. Kami memang tak ada anak kandung sendiri,” kata Pak Andak. Dia teringatakan peristiwa
selepas isterinya, Mak Gayah, mendapat nahas di jalan raya gara-gara dilanggar motosikal ketika sedang
menyeberang jalan. Mak Gayah cedera di badan. Luka-lukanya agak teruk. Nasib baik kepalanya cedera
ringgan saja. Kalau tidak, pasti sudah menjadi arwah. Pak Andak sedar betapa isterinya telah banyak
berbudi padanya. Namun, dia juga tak lupa tentang kelainan yang ditunjukkan isterinya. Pak Andak
pernah terlihat dari balik pintu yang isterinya mengadu sakit kepala. Perkara-perkara ini berlaku enam
bulan yang lalu.

Permulaan menggunakan monolog

Aku masih lagi duduk di sebuah bangku dengan penuh kerisauan. Bilik pembedahan di
hadapanku masih lagi beroperasi. Lampu merah masih lagi menyala menandakan pembedahan masih
belum selesai. Emak masih lagi menangis dan ayah sedang memujuknya. Mira adalah satu-satunya
adikku di dunia ini walaupun dia bukanlah adik kandungku.

Permulaan latar perasaan

Saat itu pandangan Kamal tertumpu ke arah lantai. Matanya tidak mampu untuk menatap wajah
Cikgu Zuraini yang merah padam akibat menahan marah.
“Cikgu, tolonglah. Tolong beri saya peluang untuk membuktikan kemampuan kepada cikgu
dalam peperiksaan akhir tahun nanti,” kata Kamal dengan perlahan. Cikgu Zuraini merenung mata
kamal, mungkin cuba membaca keikhlasan niat Kamal.