Anda di halaman 1dari 2

Muzium DiRaja Abu Bakar

Istana Besar Johor ini mula dibina pada 1864 dan siap pada 1866. Ia dijadikan muzium pada 1982, dan
merupakan salah satu bangunan tertua di Johor Bahru.

Istana Besar Johor juga merupakan tempat kediaman Sultan Johor ketika itu. Malah, Sultan Abu Bakar yang
mengarah pembinaan istana ini mahukan ia dibina dengan pengaruh Renaissance.

Kebanyakan perabot di istana ini ditempah khas dari England dan baginda sendiri juga telah memantau
pembinaan taman di istana.

Terdapat pelbagai koleksi unik keluarga DiRaja Johor ditempatkan di sini, termasuk hadiah-hadiah dari pembesar
dunia, koleksi barangan perak serta pakaian. Ada juga koleksi gambar-gambar lama keluarga DiRaja bermula dari
zaman Sultan Abu Bakar.

Hari ini, muzium ini digunakan untuk acara rasmi kerajaan negeri dan negara dan menjadi salah satu peninggalan
sejarah yang sangat berharga bagi negeri Johor.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina
1894. Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru KerajaanBangunan Sultan
Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor. Bangunan dua tingkat ini
mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200
meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moor.
Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir. Ciri-ciri utama
bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. [2]
Bangunan ini menjadi latar belakang Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan sambutan malam Tahun
Baru setiap 1 Januari . Perarakan kereta berhias sempena Pesta Flora juga diadakan di sini. Perarakan sempena
sambutan Maulidur Rasul 2009 dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Lumba basikal Le Tour de Langkawi ditamatkan di hadapan bangunan ini.
Beberapa drama dan filemtempatan , Hollywood dan Bollywood juga pernah mengadakan penggambaran di sini.

Menara Jam Condong Teluk Intan

Menara Jam Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda

agandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini

dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.

Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini

dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan

hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap

yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Menara ini pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.

Anda mungkin juga menyukai