Anda di halaman 1dari 5

Air Mata Tafakur Ramadhan

www.iLuvislam.com
oleh: FiNaS_90

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana


penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang
tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak
cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi
memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh
daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di
dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya.
Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak,
yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan
tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-
lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3
player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy
menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan


bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak


matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan,
kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh
jiwanya. Najwa teringat surah Al-Anfal ayat 2 :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah


apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan
mereka sahajalah mereka bertawakal!”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW:


“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan
tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata.
Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan
selain Engkau)”
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)

Najwa singgah duduk di atas kerusi di bawah pokok. Musim


bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di
dalam hatinya. “Ya Allah hanya rahmatMu yang aku
harapkan”.Dalam hati Najwa mengulangi doanya itu. Tiba-
tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya
rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada
Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah
mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat
suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa
juniornya untuk mengikuti program agama mingguan. Dia
terasa sangat gembira kerana melihat wajah adik-adik yang
ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut,
Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan
tazkirah.

Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata


kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan
dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak. Kelopak
bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.
“Oh… Di situlah silapnya…. Benarkah aku hanya
mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku
perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan
pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih
diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini….
Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih
baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan
Engkau tidak marah kepadaku” Najwa mengenangkan,
rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa


daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah
Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya,
lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari
percampuran bebas lelaki dan perempuan. Dengan perasaan
malu itu juga, pakaiannya semakin sopan menepati cirri-ciri
muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan
teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan
kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan
soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan
sebuah program semasa cuti musim bunga. Masya-Allah,
Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari,
kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan
dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi,
dia kelam-kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar
urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah
Al-Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk
muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak
lagi…

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal


kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal
kamu membaca Al-Kitab ?Maka tidakkah kamu berfikir?”
Najwa teringat Surah Al-Baqarah ayat 44. Ya benar… Dia
telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali
ini… Aku mengharapkanMu jangan tinggalkan aku
bersendirian bersama urusan-urusanku… Walau pada kadar
sekelip mata,” Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu
pelupa sifatnya. Manusia itu zalim terhadap dirinya. Hanya
atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu
menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka
sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup.
Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak memerlukan sesiapa
untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai
kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk
mengendalikan urusan hariannya.

Tetapi, manusia lupa… Di belakang sesuatu urusan, Allah,


Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa
yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang
berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa
terkedu… “Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh
temannya, Hayati. “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa
mencebik. “Alah… Maaflah… Assalamualaikum” Hayati
tersengih sambil memberi salam. “Awak dah sampai ke
negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara
angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat
suka menyekat. Walaupun begitu Hayati memang seorang
yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja.

Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki?(Apa khabar


iman kamu?)”. Hayati senyum, “Alhamdulillah…
Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”
Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this
Ramadhan?” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke
kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi
saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar dari
seorang Sheikh semasa solat terawikh kat mussollah”.
“Surah Al-Ma’un ayat 4-5. Dalam ayat 4… Allah mencela
orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat,
yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita.
Awak rasa kenapa, Najwa?” Hayati bertanya.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas


berfikir. “Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap
“iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. Kalau
tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi
solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di
sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Ia bukan
merujuk kepada orang yang lalai semasa solat mereka.
Seolah-olah, orang tu telah lari dari tujuan solatnya kerana
solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada
berbuat maksiat apabila dia selesai solat. Itu sebab Allah
cela”.

“Macam kitalah, kalau dok dalam usrah, kita asyik cerita


pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar
usrah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu… What
is the purpose of the usrah to begin with?” Hayati berkata.
Hayati menyambung lagi, “Awak ni macam ade problem
je…” Najwa melarikan pandangannya, “Hmm… Biasalah, hati
kurang sihat”. Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah… Awak
masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak.
Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat
imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah
baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”.
“Iman kita memang ada turun dan naik. Tapi di saat down
ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa
seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu
kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita
merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu
Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah
musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia
merintih kepadaKu”

"Awak tau Najwa… Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat
Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita
buat… Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh
kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab
kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa
menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak
matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat
1000 rakaat. Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan.
Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-
saat terakhir Ramadhan diterima oleh Allah.

Anda mungkin juga menyukai