Anda di halaman 1dari 15

Menu Utama

 Muka Depan
 Profail Syarikat
 Senarai Produk
 Pelan Pemasaran
 Perkongsian Bijak
 Testimoni
 Panduan 
 Daftar
 Login
 Hubungi Kami
 Beli Online 
 Borang Tempahan

Laman Web Ini


Milik: 
User
 
id :
Nam
Administrator 
a:
Emai admin@Dunia
l : Herba.net 
No
019-3093956 
Tel :
YM :

ADMIN

Redza (019-3093956)
 

Admin

Sebarang pertanyaan berhubung dengan laman web ini, sila hubungi Muhamad Redza di
talian 019-3093956
»Email

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)

“Jalan Pintas Menjana Pendapatan


Lumayan, 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan
Melalui Program Perkongsian Bijak
Cemerlang (PBC) HPA”
 

Anda menghadapi kemelut kewangan?

Pendapatan tidak mencukupi?

Hutang keliling pinggang?

Yuran pengajian anak-anak, bil elektrik, bil air, ansuran kenderaan dan rumah juga
kos sara hidup yang semakin meningkat.

InsyaAllah..Bersama HPA, Anda Akan Bertemu Jalan Keluarnya.

Anda Berminat! Tapi BERMASALAH?

TAK PANDAI BERNIAGA?


Akan kami tunjukkan anda jalannya.

TAK BERMINAT BERNIAGA?


Pastinya anda akan berminat dengan pendapatan lumayan dengan produk-produk
suci bersih dan halal yang menjadi tanggungjawab umat Islam
memasarkannya.

INGIN BELAJAR BERNIAGA?


Kami menyediakan siri latihan khusus secara berterusan kepada mereka yang
berminat.

KECEWA DENGAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM) YANG LAIN?


Usahawan Islam tidak akan kenal erti kecewa. Bersama kami menjadi usahawan
dunia dan akhirat.

Mari Mulakan LANGKAH PERTAMA Anda Menjadi Usahawan


Produk Halal HPA Dengan Menyertai Program Perkongsian Bijak
Cemerlang (PBC).

1. Apakah Program Perkongsian Bijak Cemerlang?

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) merupakan plan pemasaran yang diperkenalkan oleh HPA
Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar-pengedar yang telah berjaya
memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.

Plan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperoleh


pendapatan lumayan dalam masa yang singkat; 5 angka dalam masa 5 bulan!

Program PBC berlangsung selama 2 hari 1 malam di semua lokasi terpilih (kebanyakannya di hotel)
di seluruh Malaysia. Jadual program PBC secara bulanan boleh dilihat di laman web rasmi HPA
iaitu www.hpa.com.my . Yuran PBC amnya ialah RM 180 sahaja namun ianya tertakluk kepada
perubahan bergantung kepada penganjur program dan faktor lokasi.

2. Siapa Yang Perlu Hadir Ke PBC?

1) Ahli baru HPA.


2) Ahli HPA yang telah lama sertai HPA tapi tidak aktif dan tidak berpangkat.
3) Ahli HPA yang berminat untuk menjadi stokis.

 
 

3. Modul-Modul Program PBC Yang Sangat Berkesan

Antara modul yang akan diberikan adalah :

1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan Al Maathurat.
14. Motivasi Niaga.

Modul-modul PBC menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk
memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan
keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran
Radix dan juga beberapa produk pilihan lain. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara
membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan
dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan
pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah
penerapan Islamiah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti
menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

 
 

4. Ganjaran Dari PBC

Selain ilmu, kemahiran dan motivasi yang diperolehi dari program ini, ada ganjaran istimewa yang
HPA tawarkan kepada peserta PBC iaitu kenaikan pangkat secara automatik. Kenaikan
pangkat akan menyumbang kepada peningkatan bonus bulanan. 2 syarat utama yang
membolehkan kenaikan pangkat ini ialah:

1) Peserta hadir ke PBC dan

2) Melakukan belian bersyarat 300 NM pada bulan yang peserta itu hadir program PBC atau
pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300 NM sebelum ke program PBC
melalui mana-mana agen stok.

PENTING! Belian bersyarat 300 NM hanya dilakukan sekali saja untuk PBC. Pada
bulan-bulan berikutnya, anda hanya perlu maintain 100 NM untuk mendapatkan
bonus bulanan.

Anda sebenarnya boleh mencapai apa jua kenaikan pangkat mengikut banyak mana jaringan yang
anda hadirkan ke PBC. Jika anda hadir seorang sahaja, anda akan naik pangkat pertama, PLX. Dan
misalnya anda membawa pula 6 orang ahli rangkaian anda ke PBC dalam satu-satu bulan, maka
anda terus akan mencapai pangkat PJX dalam bulan tersebut. Rujuk senarai pangkat dan
gambarajah di sini. Dengan syarat masing-masing juga membuat belian bersyarat 300 NM.

5. Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan Melalui Program PBC

 
Ingin pendapatan 5 angka melalui perniagaan HPA? Sudah semestinya bukan. Kini tiba masanya
untuk kami dedahkan plan pemasaran terhebat HPA kepada anda. Sila rujuk gambarajah di bawah.

 
Tugas anda:

1) Anda hadir ke program PBC + buat belian bersyarat 300 NM

2) Anda menaja 6 orang ahli baru pada bulan ke 2 dan membawa mereka ke PBC. Pada bulan ke
3 pula, 6 orang dibawah anda turut mengikut cara anda dengan membawa 6 orang ahli baru di
bawah mereka ke PBC. Hanya lakukan proses duplikasi ini sehingga bulan ke 5, bonus anda akan
mencapai RM 26, 729. Dengan syarat, setiap ahli juga melakukan belian 300 NM dalam tempoh
yang telah ditetapkan.

Belian 300 NM hanya dilakukan sekali saja untuk PBC. Pada bulan-bulan berikutnya, anda hanya
perlu maintain 100 NM untuk mendapatkan bonus bulanan.

* Setiap peserta yang hadir ke PBC mestilah membuat pembelian minima 300NM
pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta
program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC melalui mana-
mana agen stok.

6. Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan Melalui Program PBC

Selain dari Plan 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan, ada juga disediakan plan menjana pendapatan 5
Angka Dalam Masa 12 Bulan. Ringkasnya tugas anda ialah:

1) Anda perlu hadir ke program PBC pada bulan pertama dan buat belian 300 NM.

2) Menaja seorang setiap bulan secara berterusan hingga 12 bulan dan hadirkan setiap
dari mereka ke PBC. Setiap downline anda juga harus melakukan perkara yang sama seperti
yang anda lakukan.

* Setiap peserta yang hadir ke PBC mestilah membuat pembelian minima 300NM
pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta
program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC melalui mana-
mana agen stok.

Berikut ialah kiraan kasar bonus bagi Plan Pemasaran 5 Angka Dalam Masa 12 Bulan yang kami
gelarkan juga sebagai Pembinaan Rangkaian Berterusan (PRB):
 

7. Fakta Menarik Mengenai Program PBC

1) Sekitar 2002, jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200 ribu sahaja sebulan tapi kini,
Alhamdulillah jualan bulanan telah menjangkau berbelas-belas juta RM sebulan. Cawangan Sungai
Petani sahaja mampu mencatat jualan melebihi setengah juta sebulan. Faktor utama lonjakan jualan
bulanan ini ialah kerana keberkesanan program PBC yang dimulakan sejak Disember 2005.

2) PBC adalah medan baru bagi pemimpin-pemimpin HPA. Ia mampu menggerakkan pengedar
untuk mengubah cara bekerja dan bertindak lalu lahir sebagai usahawan HPA. Sebelum ini ramai
juga usahawan yang lahir, tetapi tidak sehebat usahawan selepas adanya PBC. Ia adalah momentum
baru yang menjulang kejayaan syarikat dan juga kecemerlangan pemimpin dan pengedar.

3) Menjadi ahli HPA dengan membayar yuran penyertaan RM30 seumur hidup belum tentu
memberi jaminan untuk kita berjaya sebagai usahawan HPA. Ramai yang menjadi pengguna dan
pengamal produk sahaja. Mereka mungkin terlupa bahawa Pelan Pemasaran yang dikemukakan
oleh HPA mampu membina diri kita sebagai jutawan HPA jika dilaksanakan dengan bersungguh-
sungguh.

4) Menjadi usahawan memerlukan ilmu perniagaan. Setakat tahu sahaja belum cukup sekiranya
tidak disertakan dengan skill untuk berdagang, terutama dalam syarikat yang berniaga secara Multi
Level Marketing (MLM). Selama 2 hari satu malam dengan bayaran RM180 sahaja, pengedar akan
didedahkan dengan ilmu dan skil perniagaan yang mampu menjadikannya usahawan yang cukup
berjaya jika dipraktikkan dengan betul.

5) Oleh yang demikian, pemimpin dan pengedar HPA yang bercita-cita mahu menjadi Usahawan
MLM (S) HPA yang berjaya dengan pendapatan bulanan 5 angka, hendaklah menggerakkan
jaringan mereka untuk hadir ke PBC.

8. Testimoni Peserta Program PBC

"PBC sememangnya suatu kursus yang luar biasa..."


Sebelum ini saya memang seorang yang suka membaca. Bagi saya terlalu banyak maklumat
terkumpul di dalam minda tetapi tidak mampu untuk mengkongsikannya. Kerana apa? Kerana
krisis keyakinan diri yang agak ketara.

Mungkin anda seorang yang bermaklumat, berilmu dan pakar dalam bidang tertentu. Tetapi apabila
keyakinan diri anda berada pada tahap yang kritikal, maka tiada seorang pun dapat menilai
kehebatan anda itu. Anda akan terpencil daripada pemerhatian orang.

PBC sememangnya suatu kursus yang luar biasa, menyalurkan banyak maklumat berkaitannya. Bagi
saya sebahagian besar yang disampaikan di dalam PBC sudah saya ketahui sebelumnya.

Cumanya, sumbangan terbesar PBC ialah, ia seperti kunci untuk menyerlahkan keyakinan diri,
mengajar saya berkomunikasi dan memberanikan saya untuk berkongsi apa yang saya tahu.

Sekarang bagi saya bukanlah sesuatu yang sukar untuk bertemu prospek secara bersemuka. Saya
ada maklumat, teknik dan tips yang mampu untuk menyakinkan mereka terhadap HPA.

Fauzi Sabri (peserta PBC Uniten Bangi, April 2009)


www.fauzisabri.com

"Jangan lepaskan peluang ini...wang ringgit boleh dicari dan tidak rugi
membayar RM180 jika ia memberi seribu satu manfaat untuk jasmani
dan rohani kita ini."
Alhamdulillah, saya baru saja tamat mengikuti PBC pada 2 bln lalu. Sepanjang saya mengikuti
program2 sebegini sebelum2 ini tidak pernah saya rasai jadual yang begitu padat seperti PBC HPA
ini, mungkin ada yang berpendapat jadual yang padat akan membosankan para peserta...ternyata
kenyataan itu salah.

Pada hakikatnya program2 yang diisi amat bermakna bagi yang sudah atau belum pernah mengikuti
program2 seperti ini. cuma disini saya agak berminat dengan program yang berbentuk ilmiah
seperti qiamullail. Saya mencadangkan agar qiamullail dapat dibuat dengan sebaiknya. Selain
mendekat kita padaNya ia menyedarkan kita erti kasih sayang sebenarnya..terutama kepada Ibu dan
Bapa...ia amat menyentuh perasaan.

Program ini juga tidak tertumpu pada mental dan fizikal tapi pada rohani juga...ini kerana solat
taubat yang mungkin ada sesetengah orang jarang sekali melakukannya, jika ada pun mungkin
golongan ibu-ibu atau bapa-bapa sahaja. bagi golongan muda seperti saya mungkin tidak berapa
ambil tahu hal-hal ini dan mungkin jarang lakukan..saya berharap qiamullail ni dapat dilaksanakan
dalam sebulan sekali ketika perjumpaan antara ahli2 HPA dan tidak tertumpu pada PBC sahaja....Ia
adalah cara yang terbaik untuk kita maju dalam perniagaan serta diberkati olehnya.

Harapan saya pada ahli yang belum mengikutinya agar jangan lepaskan peluang ini...wang ringgit
boleh dicari dan tidak rugi membayar RM180 jika ia memberi seribu satu manfaat untuk jasmani
dan rohani kita ini. Dan saya berharap agar lebih banyak program seperti ini untuk ahli2 yang telah
ikutinya dan mungkin boleh beri diskaun untuk ikutinya beberapa kali.

Akhir kata, "Di mana ada kemahuan disitu ada jalan". Selagi niat untuk tegakkan agama Allah,
InsyaAllah Allah s.w.t akan membantu...ALLAHU AKBAR....HPA BOLEH"

Rabiyatul Adawiyah bt Abdul Aziz (peserta PBC Kuala Kubu Bharu, April 2009)

 
 

"Sertai Kursus PBC Ini Sekarang!"


Usah berlengah lagi, daftar sekarang juga supaya anda beroleh maklumat yang tepat, teknik yang
betul dan kemahiran yang mantap untuk menjadi seorang usahawan produk Halal HPA yang
berjaya dengan pendapatan lumayan setiap bulan.

Yuran Kursus PBC hanya RM 180 sahaja. Termasuk penginapan,


makan/minum dan nota kursus. Sangat berpatutan dan berbaloi.

9. Bagaimana Untuk Menyertai PBC?

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1) Menjadi ahli HPA terlebih dahulu dengan mendaftar di web DuniaHerba.net. Sila klik DAFTAR
untuk tujuan pendaftaran, kemudian lakukan pembayaran RM 35 (yuran ahli HPA + kos pos kit
niaga) dan anda akan mendapat Kit Niaga HPA.

2) Daftar ke program PBC melalui Admin DuniaHerba.net. Sila daftar selewat-lewatnya 3


hari sebelum program PBC dijalankan. Sila berikan maklumat seperti berikut kepada Admin
sama ada melalui emel, muhamadredza@gmail.com atau SMS ke 019-3093956.

Tarikh PBC:
Lokasi PBC:
Nama Pemohon:
No Ahli:
No IC:

Sila rujuk jadual program PBC setiap bulan melalui web HPA, www.hpa.com.my atau
www.duniaherbahpa.com.

Kemudian, sila lakukan pembayaran *RM 180 sahaja ke mana-mana akaun Admin seperti berikut:

a) CIMB Bank: 09020091289529 atau


b) Maybank Berhad : 164052344820 atau
c) Bank Islam Malaysia Berhad: 12092020100363
d) Cek Bank Tempatan atau Wang Pos

Atas nama Muhamad Redza bin Ahmad Rodzi

* Yuran PBC adalah berbeza bagi sesetengah lokasi. Sila maklumkan lokasi PBC
yang anda ingin sertai supaya kami dapat maklumkan pada anda yuran PBC di
lokasi berkenaan.

Kelebihan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC):

 Hadiah pangkat pertama oleh pihak syarikat HPA: PLX (20% kekal) tanpa melakukan
penajaan.
 Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat,
berasaskan Syariah dan menguntungkan.
 Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan
RM 10,000 ke atas.
 Berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
 Modul program yang menarik dan mengesankan.
 Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk
golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.

Copyright 2008 DuniaHerba.net | Powered by www.JaguhInternet.com

Anda mungkin juga menyukai