Anda di halaman 1dari 5

Makna Lambang Silat Gayong

BULAN DAN BINTANG


Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat
Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh
hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan
persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh
dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati
atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah
wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli
yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan
putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat.
Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.
HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan
identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan
ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya,
di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman
cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya
dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di
darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan
oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah
atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu.
Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran
Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang
melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor
melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan
Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan
Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang
Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah
digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan
salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu
lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong
adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.
PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir
kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan
kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan
mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman
Jahilliyah.

HITAM CHULA VII


Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga
Negar, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin
Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik
lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat,
adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat
Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua
murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat
Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan
Sejarah Silat Gayong

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas
kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511,
hulubalang-hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak
Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya
melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni
Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya
ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan,
hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan
penggempur (gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu berimau-
rimau, berimba-rimba dan bergayong.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan
orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang untuk
mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup
diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan
Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup
sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.

Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan


Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang
dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah
mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat
setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya.
Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan
persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat
dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang
diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang
membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu
dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh kerana
pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam
kedudukan Portugis di bumi Melaka.
Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni
Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah
berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan
dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Portugis yang mengawal
mereka. Kerana bimbangkan keselamatan mereka, hulubalang-hulubalang
Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata
gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah
daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di
situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan
meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis
inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di
Tanah Melayu.