Anda di halaman 1dari 8

Tabika kemas kg.

pantai teluk likas

KERTAS KERJA PROGRAM


Sambutan Maulidur Rasul
Ibu Bapa dan Murid Peringkat tabika
kemas
Kg.pantai teluk likas
TAHUN 2010
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TABIKA

1. PENGENALAN

Program lawatan ini untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan pribadi yang unggul,berdisiplin ,bertanggungjawab dan mampu
menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

2. RASIONAL

Program ini dijalankan adalah untuk melatih dan memberi pendedahan kepada
murid-murid supaya boleh berdikari dan menimba ilmu pengetahuan serta
pengalaman semasa dan selepas menyertai program ini.

3. MATLAMAT

Menerusi lawatan ini nanti, peserta yang terlibat akan dapat;

 Membangunkan modal insan yang seimbang dari segi mental dan emosi.
 Menghargai nilai-nilai estetika yang terdapat dalam alam sekitar dan
mensyukuri nikmatnya.

4. OBJEKTIF

Di akhir lawatan ini nanti, peserta yang terlibat akan dapat;

 Mengembangkan potensi diri, memupuk perasaan kasih sayang dan sikap


akauntabiliti yang tinggi terhadap diri, persekitaran dan sejagat.
 Memupuk sikap berdikari dan jati diri yang kental serta bersedia menghadapi
cabaran.
5. KUMPULAN SASARAN

Semua murid-murid 5- 5 tahun.

6. PENGANJUR

Pemaju Masyarakat dan ahlijawatankuasa Tabika.

7. TARIKH

4.November.2010(Khamis)

8. TEMPAT

1. Taman Hidupan Liar Lok Kawi.


2. Pantai Tanjung Aru.
9 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
Tuan Aznita
Pegawai KEMAS Daerah

TIMBALAN PENGERUSI
Puan Siti Jamilah Binti Kuasa
Penyelia Prasekolah

PENYELARAS
Puan Latifah Abdullah

BENDAHARI
Pn Noorasiah Binti Sudin

SETIAUSAHA
Cik Adzilah Binti Adis

AJK DISIPLIN
En.Lasri

AJK KEBAJIKAN/KESELAMATAN
Puan Hirdayati Kolah

AJK MAKANAN
Puan Munairah Hassan

AJK PENGANGKUTAN
DH.Mil Idam
10. SUMBER PENDAPATAN

Peruntukan datang daripada sumbanga ibubapa dan geran perkapita murid tahun
2010.

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


01 Pengangkutan 2 buah Bus RM 500.00

02 Makan dan Minum Makan : RM 4 x 45 orang = RM.180+RM20


RM180 =RM.200.00
Minum : RM10 x 2 kotak = RM 20
Jumla RM.7
h 00.00

12. TENTATIF PROGRAM

20 Oktober 2010

7.10 Pagi : Peserta berkumpul disekolah.


7.30 Pagi : Bacaan Doa dan Bertolak.
8.30 Pagi : Dijangka Tiba di Taman Hidupan Liar Lok kawi.
11.30 Pagi :Berkumpul di tapak utama.
: Solat Zohor
12.15 T /hari : Makan Tengahari Di Pantai Tg.Aru.
` : Solat Zohor
1.00 Petang : Bertolak Pulang
13. NAMA DAN BILANGAN AHLI KUMPULAN

 Senarai Nama Guru (Rujuk lampiran 1)


 Senarai Nama Murid (Rujuk lampiran1)
 Senarai Nama pengiring (Rujuk Lampiran 2)

14. PENUTUP

Adalah diharapkan semoga program yang telah diatur ini akan dapat dilaksanakan
dan mencapai matlamat program ini dan direalisasikan sepenuhnya. Ilmu yang
diperolehi semasa program ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Oleh
itu kerjasama, komitmen dan sokongan padu dari semua pihak amat penting bagi
memastikan segala penrancangan berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(Cik Adzilah Adis) (Cik Latifah Abdullah )


Pemaju Masyarakat Tabika Pengerusi Tabika
Kg.Pantai Teluk Likas Kg.Pantai Teluk Likas

Disahkan Oleh :

(En Mohamad Patra)


Tuan Aznita
Pegawai KEMAS Daerah Kota Kinabalu
Ruj Kami:

Tabika KEMAS Kg.Teluk Likas,


Kota Kinabalu,Sabah.

Lok Kawi Wildlife Park,


Jalan Penampang –Papar Lama,
W.D.T no 63,89507 Penampang,
Sabah.
Tel: 088-765793 Faks: 088-765762 25.Oktober.2010

Tuan,
Lawatan Sambil Belajar Murid Tabika.

Dengan segala hormatnya,perkara di atas adalah di rujuk.

02. Saya Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Kg.Teluk Likas,Puan Noorasiah Binti
Sudin inigin memaklumkan kepada pihak tuan berkenaan rombongan lawatan
sambil belajar murid-murid tabika pada ketetapan berikut.

Tarikh : 4.November.2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi -12.00 tengah hari.

03. Sehubungan itu,berikut dimaklumkan bilangan jumlah yang akan menyertai


rombongan ini:-

Pemaju Masyarakat ( PM) : 2 orang


Pembantu Pemaju Masyarakat(PPM) : 2 orang
Murid : 45 orang
Pengiring Murid : 40 orang.

04. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan mengenai perkara ini
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,Harap Maklum.

Yang menjalankan tugas.

__________________
Puan Noorasiah Binti Sudin.( 016-8452115)
PM Tabika Kg.Pantai Teluk Likas

SK:Fail Tabika

Anda mungkin juga menyukai