Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN A

Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan


Tambahan ( RMT ) di sekolah anda.

1.0 Pengenalan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan untuk membantu


seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ia bermaksud
untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada
keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras
dengan usaha – usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid
tersebut.

Program RMT di sekolah ini juga merupakan satu usaha mempertingkatkan tahap
pencapaian pendidikan negara yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia semenjak lebih dari 30 tahun yang lampau. Keutamaan program RMT
disasarkan kepada murid sekolah rendah yang berasal daripada golongan keluarga miskin
yang berpendapatan di bawah RM400.00 sebulan. Bantuan ini turut dipanjangkan kepada
murid yang dikesan mengalami malnutrisi dengan pengesanan dan pengesahan pegawai
perubatan yang bertauliah. Di samping itu, peluang yang sama turut diberikan kepada
murid yang tinggal jauh dari sekolah untuk dipertimbangkan menyertai program RMT
jika keadaan kewangan mengizinkan (Kementerian Pelajaran, 2005).

Program RMT di sekolah bukan bermaksud menggantikan makanan yang disediakan oleh
ibu bapa atau penjaga murid tetapi sebagai makanan tambahan yang membekalkan 25%
hingga 33% jumlah keperluan harian dari segi taraf pemakanan murid sekolah rendah.
Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan 15% hingga 20% murid hadir ke sekolah
tanpa sarapan atau makan tengah hari dan 1/6 hingga 1/3 dari kalangan murid dikesan
mengalami kelaparan tersembunyi. Selain dari itu, faktor salah pemakanan, serangan
penyakit, masalah pertumbuhan badan, pencapaian pelajaran serta kelakuan penyesuaian
diri menyumbang kepada rasional pelaksanaan program RMT (Kementerian Pelajaran,
2005).

Pada tahun 2006, data peserta RMT menunjukkan seramai 771 506 orang murid dari
seluruh negara menerima bantuan RMT (Berita Harian, 6 Februari 2006).

Selain dari objektif am RMT seperti memberi makanan tambahan kepada murid sekolah
rendah, objektif khusus RMT ialah :

1. Memberi makanan tambahan berzat dan seimbang kepada murid yang berkenaan.

2. Menyelenggarakan program pendidikan kesihatan dan pemakanan di sekolah.

3. Memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta pelaksanaan-pelaksanaan


yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan
alam sekitar.

4. Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha sekolah.


2.0 PENTADBIRAN / ORGANISASI

2.1 BARISAN AJK RMT SK KEDAWANG 2010

PENYELARAS RMT

PN AZURIAH BT ABDULLAH

SETIAUSAHA

PN. SUHANIAH BT ISMAIL

AJK

PN. NIK MOH BT NIK LAH


PN. CHE KU NORZITA BT CHE KU IBRAHIM
PN. WAN SARA BT WAN ABDULLAH
PN. SHARIFFAH HAYATI BT TUAN ABDULLAH
PN. ZAITI BT DERAMAN
PN. NORADILAH BT MOHAMAD
PN. ZURAIHAN BT SULAIMAN
2.2 OBJEKTIF JAWATANKUASA RMT SK KEDAWANG.

Untuk memastikan murid yang kurang berkemampuan mendapat makanan yang


sempurna, sihat dan seimbang.

1. Supaya murid yang kurang kurang berkemampuan dapat belajar dengan sempurna
semasa sesi persekolahan.

2. Supaya murid-murid yang bermasalah pelajaran (PKBP) juga mendapat makanan


tambahan yang sempurna dan seimbang.

2.3 KERJA PIAWAI AJK RMT SK KEDAWANG.

1. Mendapatkan data semua murid yang layak menerima RMT.

2. Membuat pemilihan dengan adil.

3. Menentukan menu yang sesuai.

4. Melakukan pengawasan yang berterusan dan menepati masa.

5. Bekerjasama dengan pihak pembekal (Kantin Sekolah) dari segi penyediaan dan

pelaksanaan harian.

6. Senarai murid gantian diadakan.


3.0 SUMBER KEWANGAN YANG DIPEROLEH UNTUK PROGRAM RMT

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membelanjakan sejumlah wang yang besar
untuk menjayakan Program RMT ini di sekolah – sekolah di seluruh negara.

Peruntukan semasa yang disediakan berasakan kepada jumlah murid dan kadar tersebut
adalah RM123,647,250.00 setahun. Penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus
kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa,
tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih
awal dan pada hari pertama persekolahan.

Sehingga kini, purata perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia untuk menjalankan program RMT di sekolah-sekolah rendah seluruh negara
adalah RM200 juta setahun. Di bawah program ini, setiap murid yang menyertai program
RMT diberi bantuan dalam bentuk makanan dengan kadar RM 1.20 sehari bagi sekolah
di Semenanjung Malaysia,dan RM1.35 sehari bagi sekolah di Serawak, Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan (Kementerian Pelajaran, 2005).
4.0 KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN PESERTA RMT

Kriteria pemilihan murid yang layak menerima bantuan program pemakanan RMT adalah
seperti berikut:

a) Taraf sosio ekonomi keluarga yang membolehkan keutamaan diberikan kepada


murid-murid daripada golongan miskin iaitu:

(i) Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang
mempunyai pendapatan bulanan RM 150.00.

(ii) Pendapatan perkapita bagi murid yang datang dari keluarga yang
mempunyai pendapatan perkapita setakat RM350.00 dan ke bawah
adalah layak dipertimbangkan dalam program ini.

(iii) Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah
rendah dengan bilangan murid 100 orang dan ke bawah.

b) Keluarga , ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM 400.00 dan ke


bawah.

c) Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu


dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan.

d) Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan
tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.
4.1 BILANGAN PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Bil Penerima RMT Yang


Bil Kod Sekolah Nama Sekolah
Layak
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

Pengesahan Oleh Penyelia Kesihatan


Jabatan Pendidikan Negeri

Tandatangan: Cop Jawatan:

Nama: Tarikh:

Contoh Borang RMT


5.0 KAEDAH PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA PESERTA RMT

Di SK Kedawang, sistem kad digunakan untuk menentukan kehadiran pelajar yang


mendapat RMT. Sistem kad ini dilaksanakan untuk memastikan tiada sebarang
penyelewengan dalam proses pengagihan makanan RMT kepada pelajar yang telibat.

Dalam kad makanan RMT ini mengandungi butir – butir diri murid yang layak mendapat
makanan RMT seperti nama dan kelas murid tersebut. Ia bagi memudahkan guru –guru
yang menyelia RMT pada hari itu menandakan kehadiran murid tersebut.

Penggunaan sistem kad ini dilihat lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah
sebelum ini dimana murid hanya beratur dan menyatakan nama dan kelas mereka pada
guru bertugas.

Diharapkan penggunaan sistem kad ini akan dapat membantu melancarkan proses
penyeliaan RMT di SK Kedawang.

Gambar 5.1 : Sistem Kad untuk menentukan kehadiran pelajar.


Gambar 5.2 : Seliaan guru pada setiap pagi.

Gambar 5.3 : Murid mengambil hidangan RMT yang telah desediakan


Gambar 5.4 : Murid menikmati hidangan RMT

Gambar 5.5 : Sudut RMT S. K . Kedawang, Langkawi.


6.0 MENU MAKANAN RMT YANG DISEDIAKAN

a) Bermula dari tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah menaikkan kadar


peruntukan harian RMT untuk seorang murid dari 45 sen kepada 80 sen di
Semenanung dan dari 50 sen kepada 90 sen di Sabah dan Sarawak.

b) Menu makanan yang dihidangkan dalam RMT adalah merupakan makanan


seimbang berdasarkan menu pihak Institut Pnyelidikan Perubatan dan
Kementerian Malaysia.

c) 10 pilihan menu makanan telah disediakan iaitu 5 menu disediakan pada tahun
1976 dan 5 menu berikutnya telah disediakan pada tahun 1983 dengan peruntukan
sebanyak 45 sen di Semenanjung dan 50 sen di Sabah dan Sarawak.

d) Peningkatan peruntukan kewangan ini telah membawa kepada perubahan kepada


menu makanan RMT baru yang lebih baik. Pembabitan pihak-pihak tertentu
seperti berikut memberi lebih banyak faedah:

 Institut Penyelidikan Perubatan


 Institut Kesihatan Umum
 Hotel NPC
 Universiti Kebangsaan Malaysia

e) Penyediaan 20 jenis menu masakan baru makanan RMT dihasilkan dan telah
mula diberikan kepada penerima RMT smenjak awal tahun 1995 sehingga ke hari
ini.
f) Senarai 20 jenis menu tersebut ialah

(i) bubur nasi (ayam)


(ii) mee kari
(iii) bihun goreng
(iv) nasi goreng
(v) nasi ayam
(vi) nasi dan kacang dhal
(vii) nasi dalca sayuran dan telur
(viii) puttu mayam bersama ikan goreng dan sayur lemak
(ix) roti canai dan kuah sardin
(x) nasi lemak
(xi) mee rebus
(xii) gado-gado dan sos kacang
(xiii) nasi dhal, bubur daging dan kacang
(xiv) nasi bersama telur rebus dan sup sayur
(xv) nasi campur, roti telur dan dhal
(xvi) bubur gandum pedas, stew roti dan ayam
(xvii) bubur bersama biskut tawar
(xviii) Menu masakan yang disediakan adalah berdasarkan selera kanak-
kanak, selain dapat membekalkan lebih kurang 350-400 kcal tenaga
dan 5-40 g zat protein

Pemilihan sekurang-kurangnya 10 jenis menu masakan oleh Pihak Penyelia RMT di


sekolah untuk disediakan kepada murid yang terbabit untuk dilaksanakan setiap 2
minggu.
7.0 KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK PENYEDIAAN MAKANAN
RMT

Penyelia Kesihatan di JPN akan menyampaikan rekod pengagihan peruntukan RMT


di sekolah sehingga 31hb. Januari tahun berkenaan kepada pihak sekolah.

Penyelia Kesihatan di JPN akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri


kepada Bahagian Kewangan Kod dan nama sekolah besertakan dengan jumlah
penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan
menggunakan Format A kepada unit Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30
November untuk bayaran secara berkomputer melalui sistem e-PCG terus kepada
akaun kerajaan sekolah-sekolah yang terlibat.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran hendaklah dibuat secara waran
mengikut peruntukan kepada Pejabat Pendidikan Daerah negeri masing-masing.
8.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan, kajian ini telah mengupas persoalan-persoalan yang berkaitan


dengan pendekatan sekolah dalam membentuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan
pelajar di sekolah terutamanya melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan para pelajar.

Sesungguhnya, memiliki tahap kesihatan yang baik merupakan nikmat yang tidak
ternilai harganya. Amalan pemakanan merupakan salah satu faktor yang menyumbang
kepada kecemerlangan pelajar.

Untuk merealisasikan amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar, pelbagai


langkah perlu diambil dan langkah-langkah tersebut memerlukan penglibatan pelbagai
lapisan masyarakat. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran
memberikan pengaruh yang besar terhadap pelajar.

Pendekatan secara serius, efektif dan konsisten perlu diambil oleh pihak sekolah
dalam memupuk amalan pemakanan yang sihat di kalangan pelajar. Ini adalah sebagai
penjana kepada kesihatan fizikal dan mental pelajar bagi membantu mereka mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Secara tidak lansung, amalan pemakanan yang
sihat akan membentuk pelajar menjadi warga yang cemerlang dalam kehidupan.
BAHAGIAN B

Keberkesanan program ini sebelum dan selepas berdasarkan aspek :

 Akademik
 Kesihatan
 Keyakinan kendiri pelajar

PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengendalikan pelbagai program untuk membantu


murid mencapai satu tahap kecemerlangan dalam mengikuti pelajaran dengan lancar dan
berkesan. Antara program utama yang telah dilancarkan ialah program Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). Program RMT diwujudkan untuk membantu para murid
yang berasal dari keluarga miskin atau kurang berkemampuan untuk menikmati makanan
tambahan secara imbuhan sebanyak 25%-33% daripada keperluan harian seorang
murid.Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-
usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan murid sekolah. Walaupun program ini telah
dilaksanakan lebih 30 tahun yang lampau, beberapa kelemahan telah ditemui dan
berkemungkinan boleh menjejaskan pencapaian matlamat program RMT.

Kajian-kajian yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah rendah menunjukkan


kebanyakan makanan yang disediakan mengandungi kandungan protein dan kalori yang
rendah dan tidak mengikuti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, tidak selaras
dengan menu yang ditetapkan dan tidak dihidangkan pada masa makan yang sesuai untuk
dinikmati oleh murid (Wan et al. 1996; Mohd Sahril et al, 2000; Kandiah, 1990).
Memandangkan pengurusan program RMT di peringkat sekolah diselia oleh guru sebagai
penyelaras khas yang dilantik oleh pihak sekolah maka kajian perlu dijalankan untuk
mengetahui kewibawaan guru dalam menguruskan program yang telah diamanahkan.
Kelancaran dan kejayaan program banyak bergantung kepada perancangan yang betul
dan teliti serta faktor pelaksana program yang terlibat. Menurut Boone (1985), suatu
pengurusan atau pembangunan program yang berjaya dan berkesan banyak dipengaruhi
oleh faktor kewibawaan pelaksana program yang memahami objektif program yang ingin
dilaksanakan.

ASPEK AKADEMIK

Kesihatan dan nutrisi yang baik diperlukan bagi membolehkan seseorang pelajar
mencapai potensi pembelajaran sepenuhnya. Ini kerana, nutrisi mempengaruhi
perkembangan intelektual dan kebolehan pelajar (UNESCO, 2004). Menurut laporan
kajian oleh UNESCO (2004), terdapat penemuan yang signifikan di antara status nutrisi
dengan skor ujian kognitif atau pencapaian sekolah. Laporan tersebut turut menyatakan
bahawa secara konsisten, pelajar dengan diet yang lebih lengkap mendapat skor yang
lebih tinggi di dalam ujian pengetahuan fakta berbanding dengan pelajar yang kurang
nutrisinya.

Selain itu, kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pencapaian akademik


dan kebolehan mental pelajar yang mempunyai status nutrisi yang baik adalah lebih
tinggi secara signifikan berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai status nutrisi
yang kurang baik (UNESCO, 2004). Menurut Zainab, (2000), pengambilan makanan
perlu dilakukan mengikut waktu. Beliau menyatakan bahawa pengambilan makanan
perlu dirancang mengikut masa biasa dan utamakan sarapan pagi, makan tengah hari dan
makan malam. Hal ini bertepatan dengan jadual waktu Rancangan Makanan Tambahan di
sekolah. Makanan Rancangan Makanan Tambahan hanya diberi pada waktu bersarapan
pagi atau pada waktu rehat untuk membantu memberi tenaga kepada pelajar.
ASPEK KESIHATAN

Sehingga kini, banyak kajian telah membuktikan kejayaan program RMT kepada murid.
Antaranya, Perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang telah memperakukan
bahawa Rancangan Pelaksanaan Pemakanan dan Pemakanan telah dapat menghasilkan
peningkatan taraf kesihatan umum, pertumbuhan tubuh badan yang tidak terencat,
pengurangan serangan penyakit dan pertambahan daya pembelajaran murid maka, oleh
itu, Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) dan khasnya RMT akan
diteruskan dan diperbaiki (Kementerian Pelajaran, 2005).

Kajian lalu telah memperlihatkan hubungan yang positif di antara pemakanan dan
perkembangan diri kanak-kanak terutama terhadap fungsi otak.Contohnya, kajian
terhadap kesan pemakanan terhadap fungsi otak kanak-kanak dan remaja menunjukkan
pemakanan mempunyai kesan yang mendalam terhadap otak.Pengambilan protein, zat
besi, iodin dan pengambilan sarapan pagi mempunyai kesan terhadap pembelajaran
kanak-kanak dan tingkah laku.

Selain dari itu, pemakanan seperti asid lemak, mineral dan vitamin adalah penting dan
turut dikesan mempunyai kaitan serta kesan terhadap fungsi otak.Kajian ini menunjukkan
pengambilan sarapan dapat meningkatkan kesan terhadap daya pembelajaran kanak-
kanak.Memenuhi keperluan nutrisi sepanjang tempoh pembesaran di kalangan kanak-
kanak adalah penting dalam pembangunan tingkah laku dan daya intelek. Diet yang tidak
mencukupi, bakal menyebabkan kesan negatif terhadap pembelajaran dan tingkah laku
dalam banyak cara. Justeru para guru, ibu bapa patut mengambil tahu bagaimana kanak-
kanak mampu terencat akibat kesan diet dan berusaha untuk mendidik mereka akan
kepentingan pemakanan yang baik (Dani et al., 2005).

Guru memikul peranan dan tanggungjawab yang berat dengan peruntukan masa yang
amat terhad. Selain dari tugas hakiki iaitu mengajar, guru perlu menerapkan pengetahuan
pemakanan dan kesihatan kepada murid di samping memantau penyediaan makanan yang
disediakan pihak kantin atau pengusaha makanan dari segi kebersihan dan keselamatan
makanan agar ia menepati menu dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan seperti
penyediaan makanan yang seimbang, bersih, berkhasiat dan menyumbang kepada
pertumbuhan yang optimum kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005).

ASPEK KEYAKINAN KENDIRI PELAJAR

Kejayaan program berkait rapat dengan guru dalam pelaksanaan pengurusan


RMT.Justeru, pelaksanaan pengurusan RMT perlu dilaksanakan dengan mematuhi arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia demi mendatangkan kesan yang bermakna kepada
murid.Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada aspek pelaksanaan pengurusan yang
meliputi aspek pemilihan murid hingga kepada penyediaan makanan. Namun, ia perlu
dikendalikan seiring dengan keperluan pendidikan yang memberikan penekanan kepada
aspek kepentingan pengambilan makanan. Oleh itu, guru perlu mempunyai kesediaan dan
maklumat yang cukup dalam mengendalikan RMT terutama dari aspek mendidik murid-
murid tentang pemakanan, kesihatan dan adab sopan yang sempurna. Menurut Fullan
(1993), guru adalah agen perubahan yang profesional yang mampu membawa kebaikan
yang diharapkan hasil dari pengajaran yang baik dan berkesan.

Pemakanan berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak.Murid sekolah rendah merupakan golongan yang berada
di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa kanak-kanak boleh membentuk
satu pola pemakanan yang sihat sepanjang hayat seseorang. Usaha mendidik pada
peringkat awal berkenaan pemakanan yang sihat akan membantu kanak-kanak bijak
membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya
menghalang pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau
pertambahan berat badan (Edge, 1976).

Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan yang
betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan yang
betul hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan dengan selesa dan
menyeronokkan.Persekitaran fizikal ruang makan, kebersihan dan keceriaan ruang makan
perlu dikekalkan agar tabiat makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid.Contohnya,
tabiat makan yang baik boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul.
Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk adab makan murid, oleh itu,
guru mesti makan bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka sewaktu makan.
Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut boleh digunakan
oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan, adab dan tabiat makan. Menurut
Satter (1987) dalam Suriani (2003), persekitaran yang interaktif akan menggalakkan
kanak-kanak untuk mencuba, menerima dan menikmati makanan dengan selesa.

Sejajar dengan keperluan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah


menggariskan beberapa panduan berkenaan pelaksanaan pengurusan RMT di
sekolah.Antara perkara-perkara yang menjadi fokus utama adalah penerapan aspek
mendidik berkenaan pemakanan, adab makan, kesihatan, penyediaan makanan yang
menepati menu dan penyimpanan makanan yang wajar.
RUMUSAN

Konsistensi pengambilan makanan yang berkhasiat oleh pelajar harus dibantu oleh pihak
sekolah dan penjaga (Rohizani, 2002). Sebaliknya, menurut Bonwell dan Eison (1991),
peranan dari pelajar sendiri adalah lebih berkesan, di mana pelajar berjaya meningkatkan
konsistensi dan konsentrasi dengan meningkatkan komitmen. Justeru, ternyatalah
pengambilan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) secara konsisten di
sekolah dapat membantu meningkatkan kesediaan makanan kepada pelajar yang
memerlukan. Beberapa penilaian yang dibuat oleh UNESCO (2004) melaporkan bahawa
program memberi makanan kepada pelajar meningkatkan ketinggian dan berat badan
pelajar selain daripada peningkatan kecemerlangan dalam kehadiran ke sekolah dan
pencapaian dalam pelajaran. Menurut UNESCO (2004) lagi, program tersebut juga dapat
mengurangkan kelaparan jangka masa pendek dan seterusnya membolehkan pelajar
menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai